
aku tak kan berpaling
dari cahaya yang terang
menyuluh malam seperti bulan
memukau setiap yang memandang
dan aku adalah bayang
sentiasa ada bila di suluh cahaya
takkan berpisah selagi bernyawa
takkan bercerai untuk selamanya
kerana saksiku pernah di hadapanMu
kerana engkau adalah tuanku
walau di sapa ribut dan badai
takkan terhakis pendirian ini
seteguh karang di dasar laut
seteguh hati di balut iman
walau di rendam ke laut dalam
takkan sekali berubah warna
takkan keruh setitis airnya...
kerana cintaku cinta rabbi
hidup matiku untuk ilahi
Al-An’am[162] ……Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.[163] Tiada sekutu bagiNya dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)












