Wednesday, December 29, 2010

MISTERI DI SANA



andainya aku tahu
mesteri di sebalik itu
pasti tiada lagi tawa

tahukah engkau
apa yang terjadi di sana
saat cacing meratah tubuh
saat tanah menghimpit penuh
adakah lagi suka dan tawa?

tahukah engkau
apa yang berlaku di sana
saat daging diuraikan
saat tulang di pisahkan
adakah lagi wajah yang kau banggakan?
yang kau jaga sepanjang masa

tahukah engkau
apa yang akan kau rasa
tempat yang gelap penuh gelita
tempat yang sunyi penuh sepi
adakah lagi waktu untuk bergembira?

tahukan engkau
apa yang ada di sana
tempat seksaan untuk pendosa
sedikit sahaja taman syurga
di manakah kita?

andainya engkau tahu semua itu
apa yang harus di lakukan sekarang
seandainya kematian itu datang
adakah waktu untuk kita bersenang lenang?



(demikian keadaan orang orang kafir itu)
sehingga apabila kematian datang kepada seseorang daripada mereka,
dia berkata: Ya Tuhanku kembalikanlah aku kedunia
agar aku berbuat amal soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan.
Sekali kali tidak.
Sesungguhnya itu adalah perkataan yang di ucapkannya sahaja
dan di hadapan mereka ada dinding
sehingga hari mereka di bangkitakan.

(surah al-Mukminun, ayat 99-100)


Tuesday, December 21, 2010

JAUHI RASUAH



langitku runtuh
harapanku musnah
mohon berteduh
di bawah rumah

tanahku basah
kompasku punah
mencari arah
bimbang tersalah

duniaku parah
diriku pasrah
biar pun susah
takkan mengalah

tekadku teguh
ranjauku redah
perjalanan jauh
mencari hidayah

mentariku merah
hatiku cerah
tersembunyi hikmah
di sebalik musibah


ujian itu lumrah
sabar itu indah
bercakap mudah
membuatnya payah




P/S..

terus berdakwah
jauhi rasuah
tiada faedah
merosakkan ummah

Monday, December 20, 2010

KEKASIH HATI



esok atau pun lusa......mungkin aku akan kesana......bertemu mu kekasih sejati.....selama ini aku nanti
hampir aku tak terdaya.....menahan rindu di hati....masih lagi aku mencuba......menempuh dugaan ini

mohon segera....terima aku seadanya....sucikan hati dan jiwa.....hapuskan debu debu dosa
tak sanggup lagi menanti...menahan bebanan ini....siang malam merintih....mengharap padamu kekasih...

Sunday, December 19, 2010

MUNIR - BANYAK NAIK



munir: mak..buat apa tu...

mak: kira duit ni haa..untuk belanja bulan ni...hmmm

munir: kenapa mak...

mak: ye la..barang semua naik harga sekarang...gula..susu..bawang...

munir: ye ke semua naik mak..

mak: ye la..habis tu apa yang turun...

munir: tu..hujan tengah turun..hehe

mak: ada je yang makan selipar jepun hari ni..

munir: hehe munir pg tido dulu ye mak...





moral: jangan main hujan..nanti demam.

WARNA WARNA



saat kau melihat
warna warna itu
membentuk sesuatu
terlalu indah
tak pernah kau bayangkan
jika tiada mata
tiadanya cahaya
gelaplah dunia

menjadi anugerah kepada semua
yang mampu melihat
yang mampu menangkap
dan terjemahkannya
menjadi satu gambaran nyata
mampu di sentuh dan di rasa
penuh bermakna

terserlah satu tanda
sebagai bukti kepada semua
tidak diciptakan sesuatu dengan sia sia
melainkan untuk mengajar kita
supaya berfikir adanya pencipta
yang amat sempurna
lebih sempurna dari segala

hargailah anugerah ini
gunalah untuk mencari cahaya suci
melihat ketenangan
mencari kedamaian
sebelum segalanya kabur dan hilang........

Friday, December 17, 2010

AKU SEORANG



yang sepi yang hilang
hanyalah aku seorang
engkau yang rasa
kita tak sama

aku bersalah tersilap langkah
engkau tunjukkan arah
tapi aku tak terdaya
tak mampu aku terima
segala yang kau ucap
mampu ku dengar
aku hanya perlu terima
segala yang terjadi
anugerah dariNya

bukan terpaksa bukan merana
aku perlu jalani
hari berlalu pergi
senyum di ukir
tapi pahit yang ku telan
engkau ketawa aku pun sama
tapi jiwa kita berbeza
luarnya sama tak mengapa

terhenti langkahku mati
aku berfikir tak pernah pergi
masih berdiri melawan arus
dunia tidak selalu denganku
biarpun awan menurunkan hujan
kadangkala hati tak sehaluan
musnahkan segala keraguan

berpaling melihat jalan ke seberang
ia terlindung menghalang pandangan
kabur di hadapan hilang tujuan
ramai yang pergi takkan kembali
hanyut pada permainan
dunia ini tempat persinggahan
hanya sesaat seumur hidup
tiada masa untuk di tangguhkan
sampai waktu ia menjelma
tiada maknanya harta


yang pergi yang hilang
hanyalah aku seorang...

PINJAM 5 MINIT UNTUK INI



Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya amalan yang sangat dicintai Allah selepas melakukan ibadat fardhu oleh hambanya ialah mengembirakan hati saudaranya sesama Islam". (Riwayat Baihaqi)



semoga kita tidak lupa untuk sentiasa memperbanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w.. mudah mudahan kita beroleh rahmat dan syafaat....

Thursday, December 16, 2010

LENA



tiada bintang malam ini
hujan turun tanpa henti
terdengar irama sepi
titisan hujan jatuh ke bumi
mengulit tidur seorang insan
selimut tebal kesejukan
berbaring lena kehangatan
terlupa tanggungjwabnya
solat wajibnya entah kemana
sedikit pun tiada rasa bersalah
rela du buai mimpi indah
lenanya tidur dia
bayangkan bila keadaan berbeza
saat berbaring sempit di pusara
tika hujan datang menyapa
adakah lagi selimut buat mengulit lena
menggigil tak tertahan
adakah ada teman untuk hilangkan ketakutan
andainya tiada amalan
sesal di sana sudah tiada guna
lihatlah
jasad kita..
lihat tangan kaki dan semuanya
tubuh inilah yang akan merasa
hangat atau dingin berbaring di sana
ingatlah
janji kita..
ingat apa yang pernah kita janjikan padaNya
kita ini hanya hamba
mengapa kita sering derhaka padaNya
sedarlah...
kita sama..
yang beza hanya taqwa padaNya
usahlah
kita berbangga
apa yang kita miliki adalah milik mutlakNya
dunia..
tempat persinggahan
bawalah seberapa banyak pun bekalan
moga rahmatnya menyelamatkan kita semua.

Wednesday, December 15, 2010

HARI ISTIMEWA




SELAMAT MENYAMBUT HARI ASYURA (9 & 10 MUHARAM)



14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat
- Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat
- Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat
- Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat
- Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat
- Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat
- Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat
- Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat
- Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat :
'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak
fadhilat
- tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat
- Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat
- Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat :
'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat
- Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa
Niat -
'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. 




P/S: artikel ini di copy paste utk perkongsian ilmu dan manfaat bersama.TQ

Monday, December 13, 2010

PANTULAN RASA



berbeza apa yang kau sedang fikirkan
apa yang kau perhatikan
kau rasa aku sedang kecapi
mimpi mimpi indah..

tak pernah terbayang oleh diriku sendiri
apa yang sedang kau fikirkan
berbeza benar dengan apa yang ku rasa
kerana aku benar benar memaksudkannya

dengan cahaya yang kau lihat
tak pernah tembus ke ruang hati
senyum di bibir memang terzahir
tak meresap bila kau perhalusi

sepertinya sebuah prisma kaca
warna yang terhasil begitu istimewa
namun hakikatnya siapa yang mengerti
hanya gembira melihat pelangi

kerana apa yang berlaku di dalam
tak pernah sesiapa memandang
biarlah hati terus berahsia
ku ungkapkan hanya padanya

dengarlah segala inci
setiap rahsiaku ini
wahai yang maha mendengar
dengarlah suara ini

kerana aku sedar dan percaya
hanya kau ku serah jiwa
tiada dua atau pun tiga
cuma satu untukku dan untuk semua.

MUNIR - BERDIKARI



mak: munir...ooo munir... mana la pegi budak ni....munir..!!!

munir: ye mak..munir kat belakng rumah ni...

mak: hah kamu buat apa tu munir?

munir: tanam kangkong la mak...

mak: tanam kangkong?

munir: ye..kangkong.. kan menteri kita suruh berjimat cermat..tanam sayur..baru hrga sayur turun..

mak: owh ye ke..bagus2...lepas ni tanam bayam pulak ye munir...

munir: taugeh sekali ye mak

mak: apa2 je la munir...





 " Kempen Tanam Sendiri Jimat Belanja"



err kalau yang duduk kat rumah flat tu macam mana nk tanam kangkong?


ini pokok kangkong.



ni pulak kangkong yang dah siap utk dijual.



kalau seikat seringgit...kalau sekebun berapakah harganya?




update...

tadi aku check kat dlm kotak chat...ada tag..daripda blog  ►.KHAYALAN.SI.PARI.PARI.KAYANGAN.◄
try tengok....dlm BI pulak..aku tak paham sgt...tapi rasanya mcm pernah buat... kalau tak silap aku dah buat kat N3 ni.. HARI TAG DAN AWARD SEDUNIA
rasanya dah tak payah buat kan..hehe


Sunday, December 12, 2010

DUNIAWI



hidup ini penuh misteri
macam macam boleh jadi
orang cerdik di caci maki
orang tak cerdik jadi menteri
tapi bukan aku dengki
jauh sekali nak iri hari
cuma pelik dengan kondisi
apa nak jadi dunia hari ini
ramai orang hipokrasi
esok cakap A lusa kata C
tapi ramai yang mempercayai
bukannya bodah tapi otak letak kat kaki

mintak maaf mintak permisi
jangan terasa dan berkecil hati
terkasar bahasa mohon ampuni
aku cuma nak post entri


last sekali

pakai kasut tumit tinggi
kononnya ikut trend terkini
tapi tak sedar menyeksa diri
.....mungkin ni la yang orang kata.. duniawi...


satu lagi...kenapa broadband celcom lembab tahap siput babi..nak berblog pn tak senang hati..nak lawat blog orang lain jauh sekali...dah puas buat komplentasi...tapi prestasi tetap macam ni..apa nak jadi ni...bulan bulan bayar tak pernah mungkiri...oh apa nak jadi..sampai sekarang tak kawin lagi..apa nak jadi...eh apa ni..siap nyanyi nyanyi...ok la ni...sampai sini saja la untuk hari ni..esok lusa jumpa lagi...jaga diri..gosok gigi...muhasabah diri.....

Thursday, December 9, 2010

SETAKAT INI



tak pernah berhenti
aku atau diakah yang berlari
saat aku terpaku
dia tetap pergi menjauh

aku gagahkan kaki
melangkah tanpa rasa jemu
walau sakit jasad menanggung
tak akan aku menyerah kalah

rasa sesekali
ingin menoleh ke belakang
banyak yang tertinggal di sana
hinggakan aku hampir terlupa
liku liku yang pernah aku lalui
sehingga aku menjadi aku

harus ku akui
segala yang aku nikmati
adalah anugerah darimu
yang tak pernah dapat aku kira
hingga ke hujung usia

sesaat aku berhenti
berjuta cerita telah terjadi
ingin aku mencari rahsianya
di sebalik indah namanya
agar aku menjadi hamba

Wednesday, December 8, 2010

MUNIR - MULA DEWASA



tahun ni merupakan tahun yang bermakna bagi seorang budak lelaki bernama Munir....
dengan jayanya Munir telah berjaya melakukan transformasi daripada seorang budak hingusan kepada budak yang pandai buang hingus dengan sendiri.

apa yang paling ketara, munir kini lebih bertanggungjawab..bertimbang rasa... berdisiplin.. matang dan berkalibel.. semoga hijrah Munir untuk menjadi budak yang lebih dewasa berjaya dengan jayanya..


anda pula bagaimana?












############################


mak: munir..dah baik ke belum...


munir: err dah kot mak...


mak: ye ke..meh mak nk tengok..


munir: eh mana boleh...malu.




moral: malu itu sebahagian daripada iman.

HIDUP SEBUAH PERJALANAN



lama betul aku tak makan ikan goreng celup tepung..sekali sekali dapat makan time ujan2 ni memang best... tapi lagi satu bab yang best... bila makan tercekik tulang...sampai skrng pun masih terasa...

lepas beli roti dan telur aku terus gerak..waktu tu dalam pukul 9lebih mcm tu la...hujan yang tak berapa lebat tu belum nampak tanda nk berhenti...sedikit dingin bila di tambah dengan aircond kereta...perjalanan sejauh 100km lebih kurang aku mulakan dgn doa... (harapanku hnya padaMu)  malam ni tak berapa sibuk.. mungkin waktu mcm ni lagi best bila di pertemukan dengan bantal dan selimut....

aku singgah kejap kat rumah kawan aku...ada pesanan dan barang untuk aku...aku teruskan perjalanan... memandu sendirian mmg sedikit mencabar..waktu malam..hari hujan...lampu jalan pun samar samar...sekali sekali baru selisih dengan kereta...kadang2 terpaksa bersabar di belakang lori...

aluanan lagu di radio sedikit mengulit jiwa... melayang perasaan sambil ikut arus jalan... kadang2 aku tak tahu kat mana aku sampai.. sebab aku jarang bergerak siang... jadi tak tahu sangat tempat2 ni..lampu jalan pun dah tak ada sangat..hnya di terangi oleh lampu neon..sesekali aku pandang cermin belakang.hitam. gelap.. tayar kereta pulak kerap jugak melawat kawah di tengah jalan..kalau hari2 macam ni, boleh musnah kereta aku....

sampai satu tempat..siaran radio terganggu...macam biasa...aku kena tukar siaran lain...makin jauh aku membelah ladang kelapa sawit...makin dekat la aku nk sampai...di gigi jalan ada sebuah MPV terbabas...mungkin sebab jalan licin..ntah..aku tak tahu..aku terus je ke depan.. kalau ada kerta rosak mmg parah..di tengah2 hutan macam ni mana la nk dptkan bantuan...silap2 yang berhenti pun bukan nk bg bntuan...hmmm sekarang apa2 pun boleh jadi...

dalam sejam setengah aku sampai...alhamdullilah....aku selamat sampai lagi..di tempat aku mencari rezeki...kat sini pun sunyi...gelap...aku dah biasa dengan keadaan macam ni... aku tak pasti..berapa lama lagi harus aku lalui kehidupan yang macam ni...sampai kat rumah...semuanya masih sama....tak ada apa yang berubah...esok pagi 7.30 aku masuk kerja...macam tu la esok...dan untuk hari2 yang seterusnya....


hidup kita ni sama jugak macam perjalanan.kan..ada permulaan....ada rintangan sepanjang perjalanan...last sekali kita akan sampai kat tempat yang kita nk tuju... walau pun kita bergerak laju atau lambat, kita tetap akan sampai..macam tu jugak dgn hidup ni...walau cepat atau lambat, kita semua patsi akan mati... cuma kita tak tahu masa dan tempat...

dan mati tu bukanlah perhentian kita yang terkhir..lepas tu ada lagi....dan lagi...sampai la ke perhentian kita yang abadi....kalau masa hidup kita buat baik, insyaallah kita akan di tempatkan di tempat yang baik. mcam tu jugak sebaliknya...rasanya semua orang dah tahu....

last..kita sepatutnya bersyukur..sebab masih di beri peluang..untuk terus hidup hingga sekarang..untuk buat kebaikan....tanpa sedar..kita dah jejak ke tahun yang lain... Al fatehah untuk mereka yang tak dapat bersama kita sekarang...tapi yang pasti..nanti..kita pasti akan menyusul untuk bersama dengan mereka....
selamat tahun baru hijrah 1432...semoga tahun ni lebih baik dari sebelumnya...

Thursday, December 2, 2010

MUNIR - TAK SAKIT




khamis...

baru 2,3hari lepas PM bagi bonus...Mesti orang keje kerajaan hpy gila2..kan..kan..hehe lepas tu pulak minyak ada naik lagi..hpy kan.hehe eh bukan ke hari tu cakap dah tak nk naik? opss minyak terpaksa naik sebab harga minyak dunia naik...ok cukup la ni untuk pendahuluan.

ptg ni aku balik kampung

esok jumaat...boleh la nk rehat

sabtu..rehat2 jgk..lupakan kerja...

ahad..aku ada kursus

isnin..pun ada kursus

selasa..cuti...

rabu..kerja..

khamis..pun kerja...

kan best rabu khms pun cuti.haha

jumaat..sabtu..ahad..isnin..selasa mmg konfm aku tak dpt online punya...jadi tak ada la sesi blog..sesi kunjung mengujung..offline.

err tu je kot aku nk tulis...hehe



#####################################


sambung cerita munir....


mak: ha munir..macam mana..sakit tak bersunat?

munir: tak pun..

mak: habis tu kenapa kamu nangis tadi sebelum tok mudin potong?

munir: semut api gigit.

mak: ?#$

Wednesday, December 1, 2010

MUNIR - SEMUT API





munir: mak, bersunat tu sakit tak?

mak: tak sakit..

munir: iye ke mak..

mak: iye..macam kena gigit semut jer...

munir: semut apa mak?

mak: semut api.

munir: hah??

tok mudin: haa munir.turn kamu pulak..

munir: arkk...

mak: hihihi







ni kan time cuti sekolah..mesti ramai yg bersunat/berkhatan. sape sape yg belum lagi tu jangan tunggu lame2 ye.hehe

slmat bersunat kepada yg berkenaan.