Sunday, February 28, 2010

MUNIR - MELUKIS



cikgu: hari ni cikgu nak kamu semua melukis..

murid: lukis apa cikgu..???

cikgu: emmm tajuk bebas....

murid: baik cikgu..!!

20minit kemudian.

cikgu: kereta apa yang kamu lukis ni abu..?

abu: kereta lembu cikgu..

cikgu: mana lembunya..??

abu: lembu sakit perut cikgu...dia pergi klinik jumpa doktor..

cikgu: ada ada je kamu ni abu...munir, kamu lukis gambar apa?

munir: rahsia..mana boleh bagitahu cikgu...

cikgu: bak sini cikgu tengok....kamu lukis muka sape ni munir..?? hudoh bebenor rupanya...

munir: errr gambar cikgu...

cikgu:..........#$??

LAJU



seharian kini bagaikan sekejap
tahun yang lepas sudah bertangkup
kini kita sedang dalam perjalanan
gear 3 baru sahaja di masukkan

adakah jam kita semakin pantas
masa kita bagaikan di cantas
sedar tak sedar waktu hampir senja
sedangkan baru tadi pagi menjelma

tidur malam baru nak lena
tiba tiba azan bergema
adakah hanya aku sahaja yang merasa
seperti aku di planet yang berbeza

semuanya semakin laju
kereta motor jet bagaikan peluru
tapi kita masih lagi ketinggalan
ya..semakin jauh ketinggalan



[1]
Demi Masa!
[2]
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar

(al-'asr)

MUNIR - TAK SIAP KERJA



cikgu: murid murid...keluarkan kerja yang cikgu bagi semalam...

murid: (keluarkan buku)

cikgu: ada sape sape yang tak buat...??

munir: saya cikgu (mengankat tangan)

cikgu: ha munir..kenapa tak buat..???

munir: amir tak buat jugak cikgu..

amir: adoi yaa...

cikgu: kamu berdua berdiri atas kerusi.

AMANKAH HIDUP KITA



amankah hidup kita
bila perompak bertandang ke rumah
mengacu pisau di leher

amankah hidup kita
bila perompak bertindak kejam
bila hasratnya tidak di turutkan

amankah hidup kita
bila perompak berani membunuh
menikam mengelar menetak

amankah hidup kita
bila peragut mengekori kita
seolah olah menjadi kawan

amankah hidup kita
bila peragut bertindak liar
menyentap apa yang berharga

amankah hidup kita
bila peragut menolak kita
agar dia berlepas diri

amankah hidup kita
bila perogol datang tanpa di sangka
bersedia untuk menerkam mangsa

amankah hidup kita
bila pembunuh lengkap bersenjata
bersedia mensasarkan ke arah kita

amankah hidup kita
bila penjenayah berada di kalangan kita
bersiap untuk melakukan apa sahaja







amankah hidup kita
bila orang yang kita percaya
tidak lagi boleh di harapkan

TIADA BELAS


tersimpan sehingga kini
mekarnya tak akan mati
kisahmu menyentuh hati
tak mungkin aku lupakan

tergamak engkau lakukan
tiada belas kasihan
menghukum seorang insan
yang kecil tidak berdosa

kemana hilangnya rasa
kasih sesama manusia
hilang di dalam jiwa
hancur di rasuk syaitan

apa yang engkau fikirkan
apa yang engkau lakukan
sanggupnya kau hancurkan
hidup seorang insan

sucinya tiada dosa
putihnya tiada noda
tetap kau hancurkan
tiada belas kasihan

lemahnya tak terbela
tangisnya di biarkan saja
malah kau hancurkan
tanpa belas kasihan

MUNIR - JALAN JEM



cikgu: hari ni cikgu nak ajar kamu semua tentang......

tok tok tok.... (pintu di ketuk)

munir: assalamualaikum...

cikgu: waalaikumussalam...haa munir...kenapa lewat ni..??

munir: err jalan jem cigku..sbb tu lambat...

cikgu: kamu datang naik apa..?

munir: jalan kaki cikgu...

cikgu: ...???

BEGITULAH KEHIDUPAN






kita di lahirkan
hinggalah sekarang
esok lusa tak terduga
mungkin tiba ajal kita

ramai yang telah pergi
yang di sayang di benci
dia pergi tak kembali
menunggu kita menyusuli

begitulah kehidupan
hanya sekilas pandangan
penuhkan dengan amalan
kasih sayang sesama insan

masa terus berputar
jangan di isi dengan dosa
kisah semalam akan di kenang
pasti akan di hitungkan

kadang kala impian
tidak menjadi kenyataan
kita hanya merancang
tuhan juga menentukan

jangan berputus asa
selagi kita berdaya
usah berhenti mencuba
kelak pasti berjaya

teruskan perjalanan
usah pandang ke belakang
perhatikan sinar yang terang
gengam tali jangan lepaskan

Saturday, February 27, 2010

KEMANISAN HIDUP



rasai manis kehidupan
walaupun dalam kesakitan
biarkan air mata kesedihan
terus mengalir hingga kekeringan
kerana syukur kepada tuhan
atas nikmat yang di berikan
tak mampu untuk ku hitungkan
tak terbalas segala pemberian

selagi masa ini berjalan
jangan berhenti berpesan pesan
walau ada seribu halangan
hadapi penuh kesabaran
agar nanti tidak kerugian
menjadi insan di akhir zaman
banyak cabaran dan dugaan
yang menanti di tengah perjalanan

lemparkan semanis senyuman
ketika harungi duri ujian
selagi punya kekuatan
gengamlah masa hadapan
seperti hidup kekal berpanjangan
kejarlah seribu impian
asalkan tidak melanggar arahan
patuhi segala larangan


MUNIR - STOKIN



cikgu: bau ape ni kudin?

kudin: bau stokin munir cikgu..

cikgu: munir, tak basuh stokin ke?

munir: lupa cikgu....

cikgu: dah berapa hari kamu tak basuh..?

munir: 2bulan cikgu.....

cikgu: arkkk..

DENGARLAH



Setitis air mata yang menitis
Terkandung seribu cerita sedih
Hidup di dunia tak semua indah
Tidak seperti yang kita harapkan

Dengarlah suara rintihan manusia
Lemah tersiksa batinnya sengsara
Cuba selami hati mereka
Cuba kau rasa derita di sana

Bantu segera tangan yang meminta
Kerana kasih sesama saudara
Tanpa mengharap balasan dunia
Hanya akhirat yang utama

Andai dirimu didalam derita
Usah bersedih banyakkan doa
Itu semua ujian dariNya
Sebagai hamba harus bersabar

Bila kau senang hidup di dunia
Usah kau lupa kepada mereka
Yang memerlukan sebuah pertolongan
Yang mengharapkan kasih sayang

MUNIR - TAK FAHAM



cikgu: murid murid..ada soalan...?

murid: tak ada cikgu..!!

cikgu: semua faham..??

murid: faham cikgu........

cikgu: amir, apa yang kamu faham..?

amir: err.....

munir: hihihihi....

cikgu: haa kamu munir kenapa ketawa? ulang balik ape yang cikgu terang tadi..

munir: saya tak faham cikgu....

cikgu: berdiri hingga habis kelas.

RAJA SEHARI



kompang berbunyi riuh sekampung
ayam bertelur tidak menjadi
sepasang pengantin duduk bersanding
tersenyum gembira raja sehari

ralik bersilat si anak muda
habis tertewas anak menteri
dulu berkompang hingga ke senja
sekarang berkaraok sampai ke pagi

bunga telur sebagai bekalan
buat makan dalam perjalanan
berpada pada dalam pekerjaan
jangan di ikut amalan syaitan

semakin layu daun semalu
kerana tersepit di celah lembah
sila menjamu janganlah malu
kalau tak cukup bolehlah tambah

membina masjid di tanah lapang
masuk waktu kita sembahyang
berdoa kita kepada tuhan
moga bahagia jodoh berpanjangan

Friday, February 26, 2010

KITA BERBEZA



kami pakai kereta proton
kau pakai kereta nissan

kami makan beras jati
kau makan spegeti

kami pakai baju lama
kau pakai baju cap buaya

kami kerja bawah matahari
kau kerja bawah air condisi

kami bergaji 2ribu
kau bergaji beribu

kami suka makan budu
kau suka makan keju

kami tinggal dalam rumah
kau tinggal di banglow mewah

kami kerja dengan tulang empat kerat
kau kerja rembat duit rakyat

BULAN BINTANG DAN MATAHARI



Siangku di terangimu
Penuh cahaya hiasi dunia
Beri harapan kepada semua

Engkaulah mentari merah
Sungguh indah juga megah
Engkaulah ciptaan Allah

Malamku hilang cahaya
Hanya sinar bulan purnama
Menyinari gelap gelita

Engkau begitu mengasyikan
Sungguh cantik dan menawan
Engkau juga ciptaan tuhan

Langit hitam penuh berlian
Bekerlipan di balik awan
Menjadi petunjuk jalan

Engkaulah beribu bintang
Sungguh hebat ciptaan tuhan
Membuktikan kebesarannya

Mari berfikir wahai manusia
Yang di kurnia akal fikiran
Taatlah kita pada pencipta


MUNIR - KERTAS UJIAN


cikgu: abu...munir..datang ke depan....

cikgu: abu..ni kertas ujian kamu kan..?

abu: ya cikgu..

munir: yang tu saya punya cikgu..

cikgu: ye cikgu tahu..tapi kenape kamu tulis nama abu atas kertas ujian kamu..?

munir: err abu tiru saya cikgu..

DENGAN NAMAMU




Dengan namamu aku mulakan

Hidup ini semoga tenang
Azimatku di perjalanan
Mencari sinar cahaya terang

Dengan namamu aku teruskan
Hidup ini penuh rintangan
Matlamatku di hadapan
Mencari keredhaanmu tuhan

Setiap hariku
Takkan berhenti bibirku
Dari menyebut namamu
Engkau di hatiku

Setiap waktu
Engkau di hatiku
Takkan berhenti lidahku
Dari menyebut namamu

Dengan namamu
yang maha pengasih
yang maha penyayang....

Thursday, February 25, 2010

TUDUNG



pakai tudung itu wajib
err nanti dulu la
belum terbuka lagi hati
nanti dah terbuka saya pakai la

pakai tudung itu wajib
err kubur kita lain lain
apa yang awak susah
ikut suka saya la tak nak pakai

pakai tudung itu wajib
err kalau hati tak ikhlas macam mana
baik tak payah pakai
awak tak boleh paksa

pakai tudung itu wajib
err belum sampai masanya lagi
nanti dah sampai masa saya pakai
harap semua tunggu ya

pakai tudung itu wajib
err harap peminat bersabar
doakan saya agar bertudung
doakan yang terbaik ya

pakai tudung itu wajib
err saya tak suka hipokrit
kalau nak saya akan pakai
kalau tak pakai faham faham sendiri la ya

pakai tudung itu wajib
err saya nak buat perlahan lahan
tak nak terus bertudung
nanti apa kata peminat saya pulak

pakai tudung itu wajib
ya saya tahu
tapi susah la saya nak cari makan
bos saya tak suka saya bertudung

pakai tudung itu wajib
err no komen
saya memang nak pakai
tapi..tunggu la




pakai tudung itu wajib
tapi kenapa ramai yang berdolak dalih






takkan bila dah masuk kubur baru nak pakai....

BUKAN SEKALI



Bukan sekali aku mungkiri
Sebuah janji yang telah ku patri
Berulangkali aku insafi
Sesal di hati menggunung tinggi

Namun diriku tidak mengerti
Mengapa aku masih begini
Semakin hari makin bertambah
Beratnya dosa yang telah ku galas

Oh tuhan
Kurniakanlah aku hidayah
Bantulah aku untuk berubah

Oh tuhan
Akulah insan yang lemah
Bantulah aku untuk berubah

Air mataku menjadi saksi
Penyesalanku yang sepenuh hati
Aku berjanji takkan mungkiri
Tak akan lagi aku ulangi


MUNIR - TIDOR



cikgu: munir...tolong kejutkan kawan kamu yang tidor tu...

munir: tak perlu cikgu...

cikgu: kenape?

munir: dia tido..tapi hati dia jaga cikgu..

cikgu: munir, kamu berdiri atas kerusi.

WAHAI PEJUANG



wahai pejuang agama
bangkit segera dari lena
mereka sedang lekakan kita
jangan sampai kita terlupa

ayuh bersatu kita semua
pertahankan islam dari di hina
biar syahid melawan musuh
agar tertegak kalimah Allah

walau panas hangat membara
jadi pembakar semangat jiwa
walau hujan ribut melanda
takkan luntur perjuangan kita

gengamlah tangan penuh semangat
laungkan takbir Allahu akbar

JALAN RAYA



jalan rayaku
tempat tumpahnya darahku
berlurah lurah dan berliku

jalan rayaku
tempat orang melepas nafsu
pecut laju mengalahkan peluru

hati hati semua
jangan sampai jadi mangsa
menyesal nanti tak berguna

mereka di sana
syahid membela agama
tapi kita terkorban di jalan raya

AKU BERSAMAMU




Desiran angin menghembus aku
Buatku melayang teringatkanmu


Kisah hidupmu satu persatu
Aku selami aku hayati


Sejarah lalu mengajar aku
Kesusahan perjuanganmu


Tiada kata untuk ku gambarkan
Kemuliaanmu menjadi ikutan


Walaupun kita jauh terpisah
Masa dan tempat bukan penghalang


Selawatku keatasmu
Sebagai tandaku bersamamu

Tuesday, February 23, 2010

WAS WAS



gunakan tanpa was was
bila makan baca bismillah
tetapi awas!!
jangan tersalah....

makan bukan sebarang makan
jangan di makan sesedap rasa
ada yang halal ada yang haram
tersilap makan buruk padahnya
darah daging menjadi hina
menjadi malas untuk bekerja
malas beribadat kepada DIA
silap silap masuk neraka
menyesal nanti memang tak berguna

BIARKAN AKU




Aku ingin pergi seperti hilangnya matahari
Aku ingin bersama malam yang sunyi sepi
Memerhati indahnya bintang bintang
Menahan esok yang akan datang

Aku ingin terbang bebas di angkasa
Aku ingin hentikan waktu seketika
Biarkan aku tenang bersamanya
Menikmati saat yang berharga

Biarkan aku berbicara dengan malam
Agarku tahu asal usul sinaran bulan
Biarkan aku di basahi hujan
Agarku hargai erti kehangatan

GADIS BERBAJU MERAH



dalam beribu orang
hanya engkau berbaju merah
memukau mata yang memandang
menjadi hilang punca dan arah

rambutnya ekal mayang
dahinya licin berkilat
hidungnya mancung paruh burung hantu
pipinya merah gebu
matanya bulat bagaikan bola
keningnya nipis sehelai kertas
bibirnya merah menyala
dagunya terbelah dua
lehernya jinjang
bahunya menawan
dadanya bidang
perutnya saiz 28
kakinya panjang
tangannya pun panjang
kukunya hitam
kakinya bagaikan kaki ayam
tingginya sedang sedang
beratnya lebih kurang
bila sekilas pandang
memang nampak rupawan
tapi dua kali perasan
persis.............bunga kembang pagi....









...................................................................

masa itu seakan terhenti
bilik ini bagaikan terkunci
kedap udara menyerap bunyi
hanya sunyi hanya sepi

hanya kedengaran degupan jantung
berlari cepat mengejar jerung
memanah hati menjadi rentung
tidak sempat meminta tolong

langkah kaki ini menjadi kaku
memaksa aku berhenti di situ
terlupa pada sasara yang satu
mindaku pudar menjadi kelu

bisikan itu jelas sekali
menggoda aku mendekatimu
bulum sempat nafasku pergi
aku tersedar dari di tipu

gadis berbaju merah
sungguh indah bila di pandang
gadis berbaju merah
melambai labai di tepi jalan..


jangan berhenti jika mahu selamat

CINTA



cinta itu buta
tak melihat tapi berkata kata
berjalan hanya bertongkat sahaja
di pimpin teman insan setia
setiap masa pasti bersama

cinta itu indah
bila melihat rasa bertuah
untuk melintas pastinya mudah
berjalan kemana pasti berhemah
terbit jalinan lahirlah ukhwah

cinta itu luar biasa
hati dan jiwa penuh cahaya
kadang kala mengalahkan kita
bersusah payah tapi gembira
hidup ceria tiada sengketa

cinta itu palsu
bila susah ramai membisu
tiada sifat ingin membantu
hanya melihat terus berlalu
ramai orang berhati batu

cinta itu merana
hidup melarat tersiksa jiwa
orang terdekat ramai yang lupa
tanggungjawab kita sesama saudara
tiada rasa tiada jiwa

cinta itu tak di pinta
tidak mengenal siapa sahaja
mungkin hari ini hari dia
esok lusa mungkin hari kita
hendaklah kita berwaspada

cinta itu gila
bila lupa pada yang Esa
melanggar batas hukum agama
alpa pada suruhan pencipta
apa guna hidup di dunia

cinta itu satu anugerah
haruslah bersyukur kepada Allah
tiap yang berlaku pasti berhikmah
untuk menguji hamba yang lemah
agar mendapat taufik hidayah

MUNIR - TRANSFORMASI



cikgu: murid murid..sape tahu apa tu maksud transformasi..?

murid: semua membisu..

cikgu: haa kamu munir..jawab...

munir: errr...transformasi ialah seekor robot yang boleh bertukar tukar...adik kepada transfomers cikgu...

cikgu: kamu berdiri atas meja.

APA NAK JADI



tadi aku buka TV
terlihat satu rancangan sensasi
debat dan berdiskusi
antara dua orang lelaki
lagaknya seperti menteri
tapi cakapnya bodoh
mengalahkan budak sekolah rendah
biarlah muka hodoh
tapi jangan bercakap celaru
agak agak la kalau nak menipu
sekarang semua orang tahu
mak cik felda pun dah terbuka
internet depan mata
maklumat di hujung jari
hari hari berita terkini
mengalahkan surat khabar meloya
baca sekali sakit jiwa
putar belit fakta itulah kerjanya
macam mana orang nak percaya
50tahun merdeka apa dia buat
tengok ramai yang merempat
perogol perompak makin menjadi jadi
sampai bila nak terus begini


ini bukan terjadi di negara kita
tapi di negara lain.....harap maklum

Sunday, February 21, 2010

BERILAH CAHAYA



Malam masih belum berlalu
Terhenti aku di perjalanan
Tiada arah dan hala tuju
Bila engkau beri kegelapan

Tuhan
Terangilah hidupku
Seperti terangnya mentari
Bercahaya menerangi semua

Tuhan
Sinarilah hatiku
Seperti bulan purnama
Bersinar di malam gelita

Oh tuhanku
Harapanku hanya padamu
Hanya engkau tempatku mengadu

Berilah aku cahaya hidayah mu yang berharga
Untuk ku tempuhi hidup di dunia penuh pancaroba

EMAS HITAM



emas hitam menjadi rebutan
tidak kira halal dan haram
ramai orang menjadi syaitan
sanggup khianati amanah tuhan

telah termaktub dalam perjanjian
siap di turunkan tanda tangan
tapi sekarang engkau khianati
menafikan hak rakyat pertiwi

emas hitam melambung tinggi
jadi kegilaan si tamak haloba
bila iman tiada di dalam hati
sanggup lakukan apa sahaja

jangan khianati bangsa sendiri
bimbang nanti memakan diri
jika di dunia engkau berjaya
usahlah di lupa akhirat sana


ANDAINYA AKU TAHU



Andainya aku tahu

Hari ini akhir hidupku

Andainya aku tahu

Hari esok tiada lagi


Bagaimanakah nanti

Untukku berdepan denganmu

Sedangkan diriku ini

Penuh dosa terhadapmu


Ya tuhanku

Ampunkanlah dosaku

Sebelum ajal menjemputku


Ya tuhanku

Terimalah taubatku

Sebelum nyawaku berlalu


Kurniakan aku kesempatan

Untuk baiki segala kesilapan

Berikanlah aku peluang

Untuk kembali ke pangkal jalan


RUNTUH



durian runtuh
tanah runtuh
jambatan runtuh
stadium runtuh
bangunan runtuh
sekolah runtuh
masjid runtuh
gerai runtuh
bangsal kereta runtuh
stesen bas runtuh
menara runtuh

kes runtuh begitu heboh
ramai yang berseloroh
negeri darul runtuh?

berdiri teguh
bercerai runtuh

akhlak runtuh?
kenapa kurang heboh?
tak macam jom heboh
runtuh tetap runtuh

berdiri megah sesuatu bangsa
kerana tinggi akhlak mulia
menjadi kuat sesuatu negara
kerana penyatuaan rakyat jelata

mat rempit?
pelacur?
anak luar nikah?
perompak?
pencuri?
peragut?
perasuah?
pembohong?
pengkhianat?

semua itu kurang akhlak
mana satu yang lagi berat?
runtuh akhlak atau runtuh stadium?

runtuh akhlak kes berat
runtuh stadium pun kes berat

siapa yang harus bertanggunjawab?

MUNIR - KARIPAP



cikgu: munir, kamu buat ape?

munir: makan karipap cikgu...

cikgu: rehat tadi kenape tak makan?

munir: lupa cikgu...

cikgu: berdiri atas kerusi...

JENAYAH



cubit cubit peragut
jangan cubit kuat kuat
biarkan ragut makin berlambak
jenayah ragut bukannya berat?

Pijak pijak perompak
pijak sampai keluar taik
orang macam ni patut di tembak
nanti licin semua wang rakyat?

sebat sebat perogol
biar sampai dia kojol
kalau tak kojol dia buat lagi
silap silap kena anak sendiri?

sepak sepak pembunuh
pastikan sampai terkeluar otak
ramai orang jadi pembunuh
kurang asuhan dari mak bapak?

jentik jentik penjenayah
masuk mahkamah pasang lowyer
kalau silap boleh kalah
bayar denda seribu dua jer?

siku siku perasuah
eloklah sampai jadi arwah
orang macam ni jual maruah
mana pergi pencegah rasuah?

polis sentri one two jaga
polis mati pencuri jaga...


Saturday, February 20, 2010

AKU TAK MAMPU



Teriknya mentari

Panas membahang

Bagai membakar kulitku

Membuatku lesu kepenatan

Berteduh aku

Dipohon menghijau

Dan aku terfikir

Bagaimanakah nanti

Sanggupkah aku menghadapinya

Panas yang tak terkira di akhirat sana

Oh aku tak mampu

Oh tuhan

Aku menggalas dosa

Banyak tak terkira

Dan aku menambah dosa

Hampir setiap masa

Tuhan

Jadikan taubatku dan air mata ini

Buat membasuh dosa dan penyejuk jiwa

Jauhkan aku dari azabMu

Kerana aku tak mampu menghadapinya

Oh aku tak mampu


Friday, February 19, 2010

Tekanan punca bunuh diri

Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my


Membunuh diri perlu dilihat sebagai masalah kesihatan.
Ahli keluarga dan rakan terdekat dapat membantu kerana,
seseorang itu tidak membunuh diri secara tiba-tiba

KEJADIAN bunuh diri boleh disifatkan jenayah yang mungkin kurang
popular berbanding samun dan rompak yang didedahkan hampir
setiap hari, tetapi realitinya ia sememangnya membimbangkan
kerana bilangan kes bunuh diri yang kian meningkat.

Buktinya di Malaysia sendiri, kejadian bunuh diri tidak lagi hanya
membabitkan golongan dewasa yang dikaitkan dengan
kematangan, tetapi juga anak kecil yang baru berusia 12 tahun!
Malah data yang dipetik sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang terbabit dalam usaha membantu
menangani kes ini, mendakwa ada sekurang-kurangnya tujuh kes bunuh diri sehari di Malaysia.

Golongan dewasa dihimpit masalah hutang atau perhubungan cinta dan keluarga, golongan remaja pula
membunuh diri akibat faktor akademik seperti tekanan kerana gagal meraih 7A atau lebih dalam
peperiksaan awam.

Jika sekitar tahun 1990-an dan sebelumnya, kes bunuh diri yang dilaporkan di negara ini membabitkan
masyarakat India, sejak akhir-akhir ini bilangan orang Melayu Islam yang mengambil tindakan nekad
membunuh diri pula kian meningkat biarpun ia diketahui boleh menyebabkan individu itu terkeluar daripada
Islam.

Pakar Runding Psikiatri, Pusat Perubatan
Universiti Malaya (PPUM), Dr Muhamad Muhsin
Ahmad Zahari berkata, satu ketika dulu, dalam
konteks Malaysia dan negara di Timur Tengah, kes
bunuh diri lebih rendah jika dibandingkan dengan
negara barat.

"Bagaimanapun, kebelakangan ini bilangan orang
Melayu Islam yang bertindak membunuh diri semakin
meningkat," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Jelas Dr Muhsin, walaupun kebanyakan pakar
perubatan tidak mengaitkan faktor keimanan dan
ketaatan beragama dengan tindakan membunuh diri,
secara umum iman bukan faktor keseluruhan kes
bunuh diri sebaliknya sebahagian daripada faktor.

"Agama adalah pendinding kepada masalah tekanan begini, sebab dalam Islam sudah menggariskan mereka
yang mati dengan membunuh diri tidak akan masuk syurga," katanya.
Statistik menunjukkan, bagi tempoh 15 tahun lepas,
seramai tujuh hingga 12 orang daripada setiap 100,000
penduduk Malaysia, mati kerana membunuh diri.

Bagi tempoh sama di Singapura, nisbahnya adalah 15 hingga
20 orang bagi setiap 100,000, juga mati sebab bunuh
diri.

Di Korea, negara yang mana statistik bunuh dirinya
menjadi antara yang tertinggi di dunia, menyaksikan 15
hingga 44 rakyatnya mati bunuh diri.

Namun katanya, berbanding negara barat, data di
Malaysia dan kebanyakan negara Asia mungkin kurang
tepat kerana dalam kebanyakan laporan perubatan, tidak
mencatatkan bunuh diri sebagai sebab kematian.

Sebaliknya, laporan perubatan menulis punca kematian
adalah komplikasi perbuatan bunuh diri, misalnya mati
kerana organ utama yang pecah akibat terjun dari bangunan tinggi. Atau mati kerana kehilangan banyak
darah kerana tindakan melukakan diri sendiri.

Ada juga laporan perubatan hanya menuliskan punca kematian sebagai 'punca biasa' atau 'kematian biasa'.
Justeru, masalah sebenar yang menyelubungi kematian itu tersembunyi menyebabkan data sebenar bunuh
diri di Malaysia dan kebanyakan negara Asia tidak diketahui dengan jelas.

Umumnya, kematian disebabkan bunuh diri di negara Asia dilaporkan kepada polis. Bagaimanapun kematian
kerana bunuh diri tidak dilaporkan sedemikian dalam laporan perubatan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) menyifatkan ia sebagai tindak balas masyarakat Asia yang dikenali memiliki budaya yang berbeza
dengan warga barat.

Warga Asia mengutamakan hubungan kekeluargaan dan kemasyarakatan.
Justeru kematian disebabkan bunuh diri selalunya disembunyikan bagi mengelak stigma sosio budaya
terhadap keluarga yang masih hidup selain rentetan penyiasatan dan tindakan undang-undang
berpanjangan.

Kata Dr Muhsin, sebenarnya, jumlah kematian di Malaysia disebabkan bunuh diri lebih banyak jika setiap
kematian yang menimbulkan keraguan seperti terjun bangunan atau minum racun rumpai diselidiki secara
terperinci.

"Kalau seseorang itu berhadapan dengan penyakit mental seperti skizofrenia, selalu kematiannya dikaitkan
dengan penyakit berkenaan dan bukan kerana bunuh diri," katanya.

Berbanding dengan negara lain seperti United Kingdom atau Australia, setiap kematian yang meragukan
diselidik melalui inkues keadilan dan disiasat dalam kes jenayah. Malah, ada kala inkues dimohon bertahun tahun selepas kejadian.

Di Malaysia, pula tiada istilah sebegitu dalam kes sebegini.
Jelas Dr Muhsin, data sebegini penting kerana berdasarkan data WHO, usia 15 ke 44 adalah usia kritikal
untuk bunuh diri. Dalam masa yang sama juga usia itu disifatkan sebagai umur paling produktif.

WHO juga menganggarkan satu juta orang akan membunuh diri untuk tahun-tahun pertama abad ini. Jumlah itu bersamaan dengan satu kematian untuk setiap 40 saat dan satu percubaan bunuh diri setiap tiga saat.

Di Malaysia, dalam kajian Morbiditi dan Mortaliti Kebangsaan 2006 mendapati daripada 14,000 responden
yang mengalami masalah mental, 20 peratus adalah kanak-kanak manakala 11 peratus adalah dewasa.

Enam peratus responden terfikir untuk bunuh diri manakala 25 peratus terasa hendak bunuh diri.
"Data ini menunjukkan kecenderungan besar membunuh diri di kalangan remaja dan golongan muda selari
dengan laporan media massa yang banyak melaporkan kes bunuh diri. Kebanyakan remaja membunuh diri
kerana tidak lulus peperiksaan.

"Saya sendiri pernah menangani kes remaja 16 tahun yang rasa kecewa dengan persekitaran di sekolahnya,
kerap diejek dan rasa tidak harapan untuk memperbaiki hubungan dengan persekitarannya. Dia rasa
terasing dan akhirnya cuba membunuh diri," katanya.

Walaupun ada faktor lain misalnya masalah perhubungan, namun kebanyakan golongan remaja dalam
lingkung usia 12 ke 20 tahun, masalah dalam akademik seperti harapan dan tekanan daripada ibu bapa
yang tinggi dan sistem persekolahan yang berorientasikan peperiksaan menyebabkan mereka murung dan
akhirnya bertindak membunuh diri.

Bagi golongan berusia 40 tahun ke atas pula, faktor ekonomi selain masalah rumah tangga menjadi
penyebab.

"Kemelesetan ekonomi memang antara faktor peningkatan bunuh diri. Kemelesetan ekonomi boleh
menyebabkan banyak hutang, hilang pekerjaan, bankrap yang akhirnya membuat seseorang itu tertekan
dan menyebabkan mereka memilih untuk bunuh diri," katanya.

Secara perbandingan, kematian akibat membunuh diri di kalangan lelaki adalah tiga hingga empat kali
berbanding dengan perempuan, walaupun cubaan membunuh diri lebih tinggi di kalangan perempuan.

Statistik menunjukkan di sebalik 10 orang yang berjaya membunuh diri, ada 20 orang yang mencuba tetapi
gagal. Budaya, persekitaran dan jantina mempengaruhi mekanisme yang dipilih untuk membunuh diri.

"Lelaki kerap memilih untuk menggantung diri atau terjun daripada bangunan tinggi untuk menamatkan
riwayat. Manakala wanita lebih cenderung menelan ubat-ubatan seperti paracetamol, ubat tidur malah racun
tikus. Ada juga wanita memilih untuk mengelar tangan dan meminum racun rumpai.

"Malangnya, ada sesetengah mekanisme ini tidak tepat. Misalnya dos yang berkurangan dan mangsa
akhirnya diselamatkan. Bagaimanapun komplikasi pengambilan bahan-bahan sebegini yang tidak boleh
dirawat walaupun mangsa masih hidup," katanya.

Dalam langkah mencegah bunuh diri kata Dr Muhsin, ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat sebenarnya
dapat membantu. Ini kerana, seseorang itu tidak akan bertindak membunuh diri secara tiba-tiba.

Selain itu katanya, langkah pencegahan juga perlu dilakukan dengan meletakkan masalah bunuh diri itu
sebagai masalah kesihatan dan bukan masalah undang-undang.

Ahli bomba dilengkapi ilmu psikologi
ANTARA kes cubaan membunuh diri yang berjaya diselamatkan berlaku di Kelantan. Jabatan Bomba dan
Penyelamat (Bomba) Kelantan mencatatkan tiga kes cubaan bunuh diri secara terjun dari bangunan tinggi,
dalam tempoh kurang empat bulan sejak November tahun lalu.

Kajian jabatan itu mendapati tiga mangsa cuba membunuh diri berikutan tekanan perasaan selepas putus
cinta, lari dari penguatkuasaan serta gangguan emosi ekoran masalah perniagaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Azmi Osman, berkata kes pertama berlaku pada 4
November tahun lalu membabitkan seorang pelajar kolej berusia 20-an yang bimbang ditahan penguat
kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) selepas disyaki berkhalwat dengan pasangannya
di sebuah hotel murah dekat Jalan Pengkalan Chepa.

"Dalam kejadian itu, pemuda terbabit cuba terjun dari tingkat tiga bangunan hotel setinggi kira-kira 36 kaki
selepas diserbu anggota penguatkuasa JHEAIK kira-kira jam 10.30 pagi sebelum berjaya diselamatkan
anggota Bomba dan Penyelamat Kota Bharu sebelum sempat dia terjun.

"Kes kedua pula membabitkan seorang wanita berusia 22 tahun yang juga kakitangan kerajaan yang
bertugas di Wisma Persekutuan dekat sini, yang cuba terjun dari Tingkat 11 wisma itu dikatakan mengalami
tekanan perasaan akibat putus cinta.

"Cubaan bunuh diri gadis itu berjaya digagalkan oleh beberapa rakan sepejabat yang memujuknya supaya
tidak berbuat demikian sebelum anggota bomba membawa turun mangsa dan dirujuk untuk pemeriksaan
kesihatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII)," katanya.

Azmi berkata, dalam kejadian bulan lalu, seorang pengusaha kedai roti berusia 50an mengancam untuk
terjun dari Tingkat 1 rumah kedai dekat Taman Uda Murni di Jalan Pengkalan Chepa.
"Beberapa anggota polis yang tiba awal di lokasi itu berhasil memujuk lelaki terbabit membatalkan niat itu
sebelum diselamatkan dan hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai mengalami tekanan ekoran masalah
dalam perniagaan," katanya.

"Walaupun Bomba Kelantan tidak mempunyai unit khas untuk memujuk mangsa yang cuba membunuh diri
tetapi setiap anggota sudah dilengkapi ilmu psikologi bagi memastikan mereka mampu memujuk dalam
usaha menyelamatkan mangsa daripada meneruskan hasrat itu.

"Dalam operasi menyelamat itu, paling penting ialah anggota bomba dapat menghampiri kedudukan
mangsa dan bercakap dengan mereka untuk meyakinkan bahawa bunuh diri bukan penyelesaian terhadap
masalah yang dihadapi itu. Setakat ini, kita berjaya dan belum ada kes cubaan bunuh diri berakhir dengan
kematian,' katanya.

BARU PERASAN




Di antara sejuta wajah

Hanya satu anak bangsaku

Hingga aku menjadi jemu

Hingga aku menjadi keliru

Mana satu pemilik tanah

Mana satu pemecah rumah


Tanah tumpahnya darahku

Kini bagai di milik orang

Memang malang tidak berbau

Bila berbau amatlah malang

Cepatlah lari melintang pukang

Selamatkan diri dari bom temberang


Cuba hayati wangian itu

Persis seperti bunga bawang

Hiruplah ia sedalam dalam

Jangan sampai jatuh pengsan

Terasa diri di atas awan

Jadi ketagih melayan layang


Lihat itu penjual karpet

Bertandang dengan motor yang buruk

Tapi kini kita yang terperok

Melihat mereka berkereta besar

Hantar pinangan si hidung mancung

Dapat kawin si warga malaysia


Awan hitam semakin gelap

Sekali datang bagai nak ribut

tabur duit senang di cetak

jual tepung buat melalok

jadi maharaja ramai pengikut

gadis sunti jadi hidangan


Hari hari buka TV

cerita melayu semakin layu

apa nak jadi si anak kecil

cakap melayu pelat lidahnya

buka radio bercakap melayu

bila bersuara lain bunyinya


cerita ini perkara lama

nasik lemak hampir basi

kita derita bagai nak gila

tapi mereka suka hati

duit berkepok di dalam peti

boleh di kirim pulang ke negeri


tahun baru alaf baru

masih ada orang yang dungu

jangan sampai terkejut beruk

melihat gajah di depan mata

nanti beruk membaling batu

pasti ramai orang ketawa