Saturday, May 22, 2010

AKU TAKKAN BERPALING



aku tak kan berpaling
dari cahaya yang terang
menyuluh malam seperti bulan
memukau setiap yang memandang

dan aku adalah bayang
sentiasa ada bila di suluh cahaya
takkan berpisah selagi bernyawa
takkan bercerai untuk selamanya
kerana saksiku pernah di hadapanMu
kerana engkau adalah tuanku

walau di sapa ribut dan badai
takkan terhakis pendirian ini
seteguh karang di dasar laut
seteguh hati di balut iman
walau di rendam ke laut dalam
takkan sekali berubah warna
takkan keruh setitis airnya...

kerana cintaku cinta rabbi
hidup matiku untuk ilahi


Al-An’am[162] ……Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.[163] Tiada sekutu bagiNya dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)



Friday, May 21, 2010

BIARKAN TERANG MENYULUH JALAN



jiwa yang hanyut ini sedang bermimpi
bunga bunga pantas berlari
mengejar aku mengejar dia
hingga terjatuh kelembah yang gelap
terdiam tersepi tanpa biaca
aku bertanya pada diri
keman hilangnya cahaya tadi
yang bersinar memancar warna
warna warna membentuk benda
aku cuba mencapai tali itu
payah
tiada arah

aku keletihan
bertemankan air mata penyesalan
yang mengalir bila gelap melanda
yang mengalir bila tubuhku bermandikan darah
yang mencari tali bila aku terjatuh
aku sesat
mengapa kini baru menangis
mengapa lupa pada semalam
waktu aku berlari riang
waktu aku bernafas senang
aku zalim pada diri sendiri

andainya ini mimpi yang panjang
kejut kan aku wahai teman
birakan cahaya itu melalui mata
biarkan cahaya masuk kehati
biarkan terang menyuluh jalan




PELAYARAN HIDUP



Hidup ini umpama satu pelayaran

Diatas sebuah bahtera usang

Yang merentasi lautan bergelora

Menuju ke pulau yang kekal abadi


Kita yang terpilih dan pernah berjanji

Hidup mati hanya untuk berbakti

Namun kita lupa pada yang Esa

Apa tujuan kita di cipta


Ramai yang hanyut dan juga tengelam

Karam di tengah pelayaran

Kerana melanggar perintah nakhoda

Dan tidak mengikut haluan sebenar


Berbahagilah hidup mereka

Yang berjaya sampai ke sana

Mendapat nikmat yang tak terhingga

Bertemu dengan yang maha Esa





PASTI TIBA



Bila tiba batasan waktu

Jasadku akan terbujur kaku

Hilanglah nyawa terpejamlah mata

Pergi untuk selamanya

Namun perjalananku

Masih belum berakhir lagi

Harusku tempuh jalan yang jauh

Mencari bekalan sebelum pulang


Hidup hanyalah sementara

Menuju akhirat yang selamanya

Hina terseksa hidup di dunia

Akhiratku harapkan bahagia


Aku percaya pasti akan tiba

Dalam sedar atau lena

Mogaku jadi hamba sejati

Agar tidak menyesal nanti


Thursday, May 20, 2010

PERASMIAN



bismillah....
dengan hormatnya....
hari ini..aku nk merasmikan blog baru aku....
blog yg bernama CWCbiz....

ok..
tujuan blog ni di bangunakan....
blog ni aku buat untuk mencatatkan tentang apa sahaja yang berkaitan dengan bidang perniagaan yang baru sahaja aku ceburi pada 19/05/2010...

tujuan kedua aku buat blog tu..
sebab tak nk campur urusan bisnes dangan syair si para para ni...

aku pun nak tengok...
setakat mana aku boleh pergi dengan benda tu...
semua tentang jatuh bangun perjalanan aku dgn CWC....

sape sape yang tak tahu lagi pasal CWC tu...
boleh la layari web utama kat www.cwc.com.my

kalau berminat boleh klik gambar kat bawah ni...





kalau nk tahu pasal perjalanan bisnes aku tu, boleh la pergi kat blog ni...

http://cwcbiz.blogspot.com/



kalau ada apa apa pertanyaan pasal cwc boleh tnya kat blog baru aku ye..
segala perhatian anda amatlah saya hargai..hehe





Wednesday, May 19, 2010

JATUH BANGUN PERJALANAN INI




BAKAL GEGAR 2010!!!


KEHEBATAN PRODUK


1) TIME ERASER (ANTI AGING)
- menghilangkan garisan halus dan kedut pada raut wajah kurang dari 28 hari
- mencerah dan menanjalkan wajah
- nampak muda sentiasa, terutama bagi mereka yang berumur 35tahun keatas
- sesuai untuk lelaki dan wanita


2) TRIAL PACK + LADY CARE (SKIN CARE - kecantikan)
- cleansing
- toner
- pelembab
- scrab
- essance
- wangian
- setaraf dengan produk sk-11 dan estee lauder



"KETAHUILAH RAHSIA KECANTIKAN MENJANA KEKAYAAN"

Untuk maklumat lanjut sila klik sini Untuk daftar (percuma). klik sini

ok cukup la tu untuk sesi iklan..kalau sape sape nk tahu dengan lebih lanjut, boleh la klik kat atas tu....nak di pendekkan cerita, aku masuk la benda alah ni...MLM ke apa ntah...

sebenarnya aku memang tak main benda macam ni..tapi bila kawan aku ajak sekali pergi meeting dia, aku pun teringin jugak la nk join...lagi pun abang kawan aku tu jadi penasihat syarikat tu...

mula mula memang ramai yang halang aku masuk benda ni.. naik pening jugak la aku fikir...nk join ke tak..dan keputusannya aku terjoin jugak la benda ni...sebabnya aku dah try produk tu...memang bagus..aku dah try pakai yang TIME ERASER tu..hehe nape? laki tak leh pakai ke benda ni...hehe

ok dengan berfikir panjang aku pun join la..jadi stokis mobile lagi tu..hahaha sebabnya produk tu..bagus...satu lagi untuk tambah pendapatan...lagi pun benda ni benda baru...hari tu aku nk join yang alpha lipid tu..tapi atas nasihat kawan aku, aku tak join...sebab peluang makin kecik...ramai org dah masuk...jadi aku join la benda baru ni....peluang lebih besar...

ada lagi produk lain dalam ni..bukan produk kecantikan je...produk kesihatan pun ada.... yang penting produk ni halal...guna herba, berkesan dan selamat...kalau nk tahu lagi boleh pergi usha kat lama web utama diorang www.cwc.com.my ...semua maklumat ada kat sana...

kalau ada apa apa masalah atau kemuykilan boleh tanya aku..jangan memalu..hehe
opss ada satu lagi iklan kat bawah ni...layan je la....



BAKAL GEGAR 2010!!!

PRODUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN (killer produk)


MODAL

- RM 199 - pakej silver (10 pairs) - RM600 sehari

- RM 580 - pakej gold (15 pairs) - RM900 sehari

- RM985 - pakej platinum (25 pairs) RM1500sehari

- RM1900 - pakej diamond (70 pairs) RM4200 sehari



BONUS

1) sponsor 20%
2) pairing 10%, 20%, 30%
3) royalti 20% 4level
4) unilevel 50% 10level
5) car found10%
6) mobile stokis 5%
7) stokis daerah 10%
8) taja mobile stokis RM360
9) taja stokis daerah RM500
10) stokis cto 5%
11) personal sale 10% & 12%
12) yearly bonus 3%
13) khairat kematian
14) bencana alam
15) speaker speech



banyak giler bonus..penat taip woi...hahaha



Ok kalau ada yang berminat sila klik sini

Untuk daftar (percuma). klik sini






promosi tamat.................................................................................



aku ingat nk buat satu lagi blog...untuk cerita pasal perjalanan hidup aku bila menceburi bidang ni....
aku nk tulis apa yg aku buat dan apa yang aku dapat..mungkin semua tu berguna untuk aku dan sapa sahaja...
tapi masa selalu tak bagi aku buat....hmmm tapi akan cuba jugak...sebab aku tak nk berhenti untuk mencuba...







Tuesday, May 18, 2010

NOKHTAH



Telah pun aku tempuhi

Perjalanan yang jauh dari sini
Mengajarku erti kehidupan
Kesusahan dan kesakitan
Dan aku keletihan
Hilang kekuatan
Hanya mengharapkan
Belas ihsan

Aku kini bagai bintang
Semakin hilang cahaya gemerlapan
Menuggu saat untuk binasa
Menjadi debu tak bermakna
Apalah nasih ku nanti
Sesudah nafas ini terhenti
Kemana aku kan pergi
Setelah semuanya mati




semangatku takkan luntur.......



TIGA BULAN ITU TEMPOH YANG MENYAKITKAN

gambar asal telah di tukar


sedar tak sedar..bulan ni dah masuk bulan ke tiga blog ni di lahirkan...
kalau di bandingkan dengan usia budak kecik, memang tak boleh merangkak lagi...
tapi tiga bulan ni dah banyak beri erti kepada aku...
untuk bulan pertama dan kedua aku dah tukar background dan benda alah tu..
tapi untuk bulan ni mungkin tak ada apa perubahan sangat...
daripada seorang yang tak tahu pasal blog, sekarang boleh la sikit sikit...
terima kasih aku untuk mu wahai teman yg pernah tolong dan beri tunjuk ajar...
kalau tak ada kalian, mungkin aku tak sampai ke tahap ni...
aku sangat hargai blogger yg tak pernah putus datang blog aku yang tak seberapa ni...
korang memang best....
ok...mungkin sekarang dah tak ada munir...
n3 aku pun makin hari makin kurang...
nk post sekali sehari pun rasa sakit sikit...
tu kelamahan aku jugak...
ok la...banyak mengarut pulak aku ni...
akhir kata, selamat hari guru kepada semua...
err guru tak semestinya duduk kat sekolah kan...hehehe


jangan sedih walaupun kita tengah sedih........

Monday, May 17, 2010

PERMATA YANG HILANG




pernah dia bersamaku
di setiap erat gengaman itu
dia diantara yang istimewa
hanya satu dialah permata

wajahnya itu ada cahaya
tanda ceria seluruh jiwa
dia di belai dia di jaga
aku rela tanpa di paksa

sayangnya kini tiada lagi
aku mencari segenap mimpi
nyata dan sedar dia tiada
sememangnya dia tiada dua

sehingga di saat ini
masih lagi aku mencari
walau sedar dia tiada
hati terasa dia masih ada

mungkinkah aku kurang hargai
apa yang pernah aku miliki
memang ada kesal di hati
namun semua telah terjadi
tiada guna bersedih lagi...





hargai apa yang ada...

Saturday, May 15, 2010

ADAKAH INI NAMANYA NAFSU



gunung emas di depan mata
memukau hati dan jiwa
ingin sekali aku miliki
untuk tunaikan segala janji

adakah ini namanya nafsu
sikap tamak hantui aku
ingin aku hidup bahagia
hari ini dan selamanya

salahkah untuk aku mencuba
bila peluang di depan mata
bimbang nanti aku tertipu
merana bila ikutkan nafsu

aku sering membayangkan
hidup tenang tercapai impian
untukku hidup menyulam bakti
menjadi hamba yang sejati

Ya Allah Ya Tuhanku
berikanlah petunjukMu
aku berserah hanya padaMu
terangilah jalan untuk diriku






tunjukkanlah kami jalan yang benar.....



Tuesday, May 11, 2010

HARI INI TAK SEPERTI HARI ITU



bismillahirahmaanirrahim..

hari ni hari selasa...rasanya dah sebulan lebih aku kerja...masa memang pantas berlalu..terasa macam semalam hari pertama aku kerja..harap aku tak lupa untuk hargai jasa jasa mereka...yg banyak tolong dan beri tunjuk ajar....

kebelakangan  ni aku makin jarang update blog...kebelakangan ni jugak aku di himpit oleh kesibukan yang melampau...mungkin sebab banyak aktiviti yg aku dan staf lain kena buat kat klinik...minggu depan ada program apa ntah...aku malas nk ingat dan fikir...satu lagi minggu depan ada pertandingan kaunter...aku makin hilang semangat untuk semua tu...

untuk hari ni dan hari yg aku dah lalui sejak akhir akhir ni..terasa perasaan bosan dan lemah semangat tu mula datang...tak macam masa mula mula aku start kerja..motivasi aku makin nipis dan tipis....adoii baru kerja sebulan lebih dah macam ni..macam mana aku nk hadapi untuk 10, 20 tahun lagi agaknya....aku pun tak pasti..

tadi...aku rasa penat sangat sangat....pesakit hari ni datang tanpa henti sampai tengahari....kali pertama dalam sebulan lebih...dan aku hadapi tu berdua...Kak.na memang pekerja yg bagus..tapi hari ni, dia hampir hampir jugak nk tewas... petang tu aku terasa pening pening....macam baru sudah naik kapal titanic...rasa hanyut entah kemana.... aku pergi check tekanan darah...aku agak mesti darah aku naik tinggi..tapi memang apa yang aku agak tu tak betul...bacaan kat alat tu cuma 115/68....nadi 50...ok la tu...cuma denyut nadi je rendah sikit...

balik kerja aku ambik masa untuk rehat kejap...buka lptop...hmmm aku tak tahu kenapa sejak dua tiga hari ni broadband aku makin lembab...hari tu ok je...laju...mungkin sebab tu semangat aku nk buka blog kurang dan kurang..aku tinggalkan lptop aku ni dengan alunan ayat suci terpasang...aku mandi..semayang...petang ni aku nk berteman dengan cangkul....aku cuba untuk berbakti kepada tanah...tapi semalam aku sempat bersuai kenal dengan mesin rumput..habis rumput panjang di belakang rumah aku kerjakan...penat...peluh habis basahkan baju aku....tangan rasa lain macam...tapi aku puas hati..dapat pengalaman bermain dengan benda tu....belakang rumah aku pun tak semak lagi.....

tegok lptop...memang teringin nk buka blog...dan hari ni aku buka jugak walaupun terpaksa tunggu lama...banyak komen yg aku tak sempat balas... (ingat lima sebelum lima...salah satunya lapang sebelum sempit) memang aku tak sempat nk balas...sebab tu jugak aku buang cbox atau mesin chat aku.. aku rasa bersalah sebab tak dapat nk blas balik kunjungan bloger lain...tapi aku nk ucap terima kasih pada mereka yg sudi datang dan jenguk blog aku...terima kasih kepada yg sudi baca n3 ni hingga ke ayat ni....

harapan aku...semoga aku kembali bersemangat..untuk kerja..untuk jalani kehidupan seperti biasa...untuk menjenguk blog...untuk buat apa yg sepatutnya aku buat...

wassalam....




INGAT LIMA SEBELUM LIMA
sihat sebelum sakit
muda sebelum tua
kaya sebelum miskin
lapang sebelum sempit
hidup sebelum mati...

Thursday, May 6, 2010

HARI MINGGU YANG BEST


hari ni aku balik rumah

malam...

aku buka beg lptop...

keluarkan lptop....

on lptop...

cari carger....

tak jumpa...

cari lagi...

tak jumpa lagi...

cari sekali lagi...

jumpa...

tapi carger nokia...

cari lagi sekali...

tak ada...

cari lagi dan lagi...

memang tak ada...

owh..baru aku ingat...

aku tak ambik tadi...

carger ada dalam bilik kat kuaters...

aku tertinggal kat sana...

hmm sedikit kechewa...

tak dapat nk berblog...

lagi pun celcom lembab kat rumah aku..

kat sana pantas pulak...

padahal rumah aku ni tak la hulu sangat...

pakai maxis ok je hari tu..

tapi kat sana pulak maxis lembab...

jadi...apa boleh buat....

tukar maxis salah...

pakai celcom salah...

serba salah di buatnya...

ok la...

sementara bateri ni masih bertahan...

aku nk tinggalkan pesan....

kepada semua pemain blog...

jaga kesihatan...

amalkan gaya hidup yg sehat...

jangan nakal nakal...

akhir kata...

wassalam...







setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya...






Monday, May 3, 2010

IKRAR DAN JANJI



tak pernah aku ragui
apa yang telah engkau beri
pahit manisnya aku terima
syukurku pada di sana

walau duri menikam hati
aku tahan sampai mati
kerana cinta kau abadi
aku pertaruhkan segalanya

kadang kala aku tewas
arus dunia makin deras
lemah aku tanpa arah
mana mungkin aku mengalah

dengan ikrar dengan janji
aku pegang hingga kini
tak mungkin aku mungkiri
untuk hidup yang sekali







tunjukkan aku jalan yg lurus...




MILIKNYA



Kadangkala aku rasa cemburu

Pada apa yang mereka miliki

Aku juga ingin merasa

Hidup bahagia seperti mereka

Bukannya aku tak mahu bersyukur

Atas apa yang aku miliki

Aku hanya ingin mengadu

Meluahkan rasa di hatiku

Bagaimana rasa bila di tempatnya

Hidup bahagia setiap masa

Pasti hatinya tenang sentiasa

Tiada duka tiada kecewa

Tuhan kurniakalah padaku

Seperti yang kau kurniakan padannya

Kebahagiaan itu adalah milikMu

Dan aku sentiasa berharap padaMu


Saturday, May 1, 2010

KUALA LUMPUR



kuala lumpur itu masih sama...
seperti yang aku mula mula kenal dahulu...
sesak dengan limpahan manusia dan asap...
melemaskan aku di dalam arus kemodenan...



















akhirnya aku meninggalkan tanah yg berlumpur itu untuk sekali lagi.......