Tuesday, June 29, 2010

PENGAWARDAN DI ABAD INI

dah lama jugak rasanya aku tak post n3 beraward...tapi malam ni tiba tiba je rasa gatal tangan nk post...biasa la..semut gatal punya pasal..sampai ati ko gigit aku..aku gigit ko baru tau...ok aku dapat award ni daripada TQAH.. 



tOceTQAH

1. anda mesti memuji si pemberi award.
err aku tak reti sangat pasal puji puji ni...
tapi yang aku nk cakap,
blog TQAH mmg cun..
kaler ijau tu aku suka..
rasa tenang je...i like it! haha
siyes ni...sikit pun tak tipu..

2.sila beri award ini kepada 10 bloggers yang lain.
aku tulis nama blog yg aku ingat je ni..hehe
1. nick irfan
2. tika/ice
3.adk zaza
4.mentari senja meniti senja
5.sugar kapas strawberi
6.rerama unggu
7.melatidaisy
8.mat din
9.yun
10.budak hitam

"AWARD NI UNTUK KAMU BERSEPULUH"
*blog yang tak di sebut tu bukan aku tak ingat..
cuma tak cukup no nk letak...

3.anda mesti memberitahu kepada 10 blogger tadi.
Okeh..kalau tak bagithu macam mana nk tahu kan..hehehe

4.bagaimana anda boleh digelar sebagai blog yang best, great.
err maca mana nk jawab ni..aku pun tak tahu blog aku best ke tak...
kena tanya orang yang datang sini la..
best ke blog nih??

ps: tiada keterpaksaan dalam melakukan perkara ini..hehe



aku tak paham kenapa lptop aku jadi makin slow sejak sehari dua ni..sape sape ada jawapan? bgatu aku pantas ye..apa perlu aku buat?








TENTANG HIDUP DAN PERSAHABATAN



"apa? dah tak ada????......."


dulu..kita pernah belajar satu sekolah..
tapi kau seniour aku..aku juniour...tapi tak kesah la kan..
kita saling berkawan..kau ok..baik....
kita duduk satu asrama..tapi aku lupa kau bilik mana..
yang aku tahu kau tak sombong...tak macam yang lain..
tapi yang lain ada jugak yang ok...
kita cuma kawan je...kadang kadang kita jumpa..
lepas tu aku tak tahu kau kemana..
tamat sekolah..kita memang tak jumpa..
cuma dengar dengar berita..kau pun sambung belajar...
aku tak tahu kos apa..tapi kau nk jadi guru bi...
aku sambung diploma...habis...aku prektikal...
aku jumpa kau kat hospital...dah lama aku tak jumpa..
dalam 3 tahun kot..entah aku pun tak ingat..
kau sakit?? diabetis? hmm tu semua dugaan kan...


>>>read more

Monday, June 28, 2010

MUNIR - ENGLAND MENANG




munir: adoyaa apa main macam budak sekolah ni..tu pun tak boleh goal...

munir: haa passing la bola tu... haa macam tu laa....

munir: alllamakk boleh terjatuh pulak..lembik..!! macam anak ayam!

munir: hah ape lagi..rembat la bola tu...haaa rembat......!!!!

munir: gaolllll..!!!!


cikgu: munir..!!! bangun..!!!  asyik tido je kamu ni..siap mimpi lagi tu...

munir: err mimpi ke tadi cikgu...

cikgu: @#$%?? sabo je la...



p/s: err england bungkus awal la pulak...

WAKTU AKU SEUSIA ANAK KECIL




soreh itu menguris hati
bila terkenang waktu semalam
ketika aku seusia anak kecil
menatap indah setiap sentuhan
menikmati setiap perjalanan
akulah yang melukis senyuman
seindah jalinan sang pelangi
mewarnai hidup ini
biar pun dalam payah
aku tetap merangkak ke seberang
mengisi setiap masa terluang
mendalami erti hidup berkawan..

aku tak pernah lelah
meronta ronta lawati alam
meninggalkan jejak seribu
di lopak air di bendang sawah
mencari sebutir permata yang hilang
hingga terpalit selut ke muka
membuatkan aku tersedar
kita asalnya daripada ini
dari tanah yang aku gengam


tapi dengan tanah itu
ada yang menjadi mulia
walau dari setitis air
taat itu yang utama
kerana antara kita tiada beza
dari tanah juga kita kembali
kerana tiada yang abadi
melainkan Dia
yang hakiki....






################################


kat bawah ni aku copy paste je artikal dari sherah's blog...untuk bacaan aku sendiri..mungkin orang lain dah ramai tahu..tapi tak pe kan...permisi tuan blog... :)




KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN REJAB
Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.


* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).





Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.

* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.

* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

* Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

* Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di  hari kiamat.

* Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

* Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

* Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.

* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.

* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.



aku cuba cuba jugak  nk puasa bulan ni...perutku, bersabarlah hari ini untuk hari esok...

MUNIR - SEJARAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA




di dalam kelas sejarah...


cikgu tengah mengajar di hadapan...


bla...bla..bla..bla..bla..merdeka..bla..perjanjian reid..bla bla..blaa.....zzzzz....

cikgu: munir..!! bangun...saya mengajar kat depan kamu boleh tidor pulak kat belakang ye...

munir: eh! saya tak tidor cikgu..cuma terlelap je..

cikgu: sama la tu...jawab soalan cikgu ni...

munir: err...baik cikgu....

cikgu: perjanjian reid berlaku kat negara mana?

munir: err england cikgu...

cikgu: ish kamu ni....ok sape yang terlibat masa perjanjian tu?

munir: err........wayne rooney cikgu...

cikgu: kamu ni munir...pergi basuh muka..lepas tu berdiri atas kerusi...

munir: baik cikgu...

cikgu: haa tu la kamu..banyak sangat tengok bola....

Saturday, June 26, 2010

CEPAT BENAR



lihat...daun itu masih basah lagi..
cepat benar engkau pergi..
melangkah kaki..

ingat...semalam arjuna menulis janji..
cepat benar engkau mungkiri..
melukakan hati..

aku sedar..hidup ini tak lama...
cepat sangat nikmat terasa..
sebab aku tahu...
di sini bukan selamanya..
di sana sebenarnya singgahsana..

jadi..aku mengerti...
aku izinkan kau pergi...
aku mengekorimu setiap hari...
sepantas saatmu melangkah kaki..













#####################################################












وَالْعَصْرِ ﴿103:1﴾ 
(103:1) By the time!

 
إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ ﴿103:2﴾ 
(103:2) Lo! Man is in a state of loss;

 
إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ ﴿103:3﴾ 
(103:3) save those who have faith and do righteous deeds, and counsel each other to hold on to truth and counsel each other to be steadfast.

DARI BLOG CWCbiz - APA KATA MEREKA



adoyaa lama giler aku tak update blog ni...
kat mana aku nk sambung ni....

ok...aku dah lupa berapa hari bulan..
hari tu aku pergi selangor..atas urusan peribadi...
aku g shoping skit...
pastu org cwc tel aku..

>>>read more

JENDELA HATI





                 sejauh ini kita melangkah......
                               mengapa sekarang mahu berpatah arah.....





#############################################




Aku Ingin Hidup Secerah Mentari
Yang Menyinar Di Taman Hatiku
Aku Ingin Seriang Kicauan Burung
Yang Terdengar Di Jendela Kehidupan

Aku Ingin Segala Galanya damai
Penuh Mesra Membuah Ceria
Aku Ingin Menghapus Duka Dan Lara
Melerai Rindu Di Dalam Dada

Sedamai Pantai Yang Memutih
Sebersih Titisan Embunan Pagi
Dan Ukhuwah Kini Pasti Berputik
Menghiasi Taman Kasih Yang Harmoni

Seharum Kasturi Seindah Pelangi
Segalanya Bermula Di Hati Di Sini...


by: saujana


Friday, June 25, 2010

HATIKU MALAM



bagaikan langit malam
hanya di suluh sedikit bintang
awan hitam membungkus bulan
menyukarkan perjalanan insan

begitulah suasana di dalam hati ini
mengharapkan muncul mentari pagi
buat menyuluh ruangan gelap
agar abadinya terang




MUNIR - PELAJAR CEMERLANG

gambar di atas tak ada kena mengena dgn cerita di bawah ni ye..


cikgu: buka kerja rumah yang cikgu bagi sebelum cuti hari tu...

murid - murid semua diam........



cikgu: ada sape yang tak siapkan ke??

sunyi sepi~




cikgu: sape yang tak siapkan lagi sila berdiri...


separuh murid murid yang berdiri termasuk..errr...





cikgu: munir..kenapa tak berdiri??

munir: saya dah siap buat cikgu...

cikgu: meh sini cikgu nk tengok.......oh bagus kamu munir..yang cikgu tak suruh buat pun kamu buat..nah ambik buku pergi duduk..

munir: terima kasih cikgu...hehehe (senyuman sinis untuk rakan rakan)




moral: contohi munir....walaupun cuti dia tetap buat kerja sekolah...







amir: mana aci cikgu..dia tak pergi mana mana masa cuti.....

Thursday, June 24, 2010

HARI HARI BIASA SEORANG LELAKI


6.30am
bangun..
mood 40%
mandi..
solat..
siap untuk kerja..

8.00am
masuk kerja...
mood 70%....
buat kerja macam biasa...

10.00am
makan..
mood 80%

1.00pm
rehat...
mood 70%...
makan..
solat..
tido..

2.00pm
masuk kerja
mood 50%
sambung kerja..

5.00pm
balik..
mood 40%
rehat...
solat..
tido..

8.00pm
keluar..
mood 80%..
makan..
jumpa kawan..
sembang..

11.00pm
balik..
mood 70%..
rehat..
solat..
on9..

2.00am
tido..
mood 60 %..
mimpi...

6.30am
bangun..
mood 40%
mandi..
solat..
siap untuk kerja..



lebih kurang macam ni la jadual hidup aku sekarang..
sejak akhir akhir ni...aku rasa tensen..bosan..malas..letih..tak bermaya dsb...

aku fikir fikir...rasanya ada beberapa sebab...
1.aku kuat makan...
2.aku langsung tak bersenam..
3.aku banyak tido..

kesan kesan pun aku dah dapat sekarang...
1.seluar jadi makin kecik...
2.cepat letih..
3.otak tak berapa nk cergas..lembab.
4.emosi pun tak stabil..


jadi aku kena cari jalan penyelesaian....
1.bersenam
2.kurangkan makan
3.waktu tido kena jaga

masalahnya...
1.aku tak ada masa nk bersenam..petang petang orang kat sini tak keluar rumah..barangkali semua tengah rehat sebab penat kerja...hari tu ada jugak main bola petang petang..tapi sekarang tinggal padang dgn tiang gol jer...tak ada pemain pun..tak kan pergi kat afrika semua kot...nk jogging pun tak best..tak ada tempat..

2.macam mana aku nk kurang makan ni...pagi memang aku kena makan..tapi bila pkul 10 tu perut aku ni dah meronta ronta...sakitnya...kena makan jugak..tengahari aku makan lagi...biasanya staff lain ajak aku makan..segan pulak aku nk tolak..lagi pun aku mmg makan tengahari...petang aku boleh tinggal la makan..kadang kadang tu aku makan jugak petang..malam memang makan lagi..keluar ramai ramai..pergi kedai...sekarang aku dah oder nasik separuh..tapi rasa tak cukup pulak..hehe

3.tido..adoii...macam mana ni..bali kerja penat...mandi mandi..solat..tido....ada tu balik terus tido..aku rasa tak larat betul la sejak akhir akhir ni...hmmm

kesimpulannya.. 
nk tak nk aku kena paksa diri jugak..ubah cara hidup...err ada tak yang senasib dengan aku???
ke aku sorang je macam ni?? hahaha sape sape ada tips hebat tu tolong tolong la kongsi...jangan memalu...

Wednesday, June 23, 2010

SI KEKASIH



malam 
kau padamkan segala keaiban
selimuti setiap kekurangan
menyimpan rahsia yang terpendam






siang 
kau serlahkan lagi keindahan
menzahirkan warna kehidupan
seperti sebuah lukisan yang tiada tandingan 






sehingga yang melihat itu terpukau
dalam terang dalam gelap
sentiasa ada yang memuji
punyai kehebatan tersendiri




 begitulah engkau si kekasih hati
kau selindungkan segala kelemahanku
kau persembahkan setiap kelebihanku
membuatkan aku bertambah sayang

TABAHKANLAH


semalam aku masih berlari riang
hari ini aku di timpa seribu bebanan
kiri kanan depan dan belakang
hilang kekuatan....


tiada lagi masa untuk kembali ke saat itu
saat yang penuh kegembiraan
hari yang penuh senyuman
waktu kecil...



"Ya tuhan..tabahkanlah hatiku ini......."

SEDIH



apa yang harus aku kesalkan
hidup ini bukannya untuk aku seorang













 tetap melangkah walau tiada arah
hampir tewas dan menyerah kalah
cuba mencari jawapan
tapi.....

tiada.......


aku sendiri
masih mencari
terus berjalan dan berlari...
tapi...

tiada sesiapa di sini.......















 aku pejamkan mata
sekali dengan rasa hiba
moga terpadam semuanya

begolak di hati
harus lupakan semua ini
sebelum bertukarnya hari

harus bangkit dari mimpi
kembali ke dunia nyata
seharusnya aku terus ceria.....












namun aku percaya
masih ada yang mendengar
semoga esok untukku terus bersinar
agar aku tidak lagi
sedih.















senyum seikhlas hati seperti seorang bayi...
semoga merubah hati dan dunia ini...


Sunday, June 20, 2010

MUNIR - MENAGKAP IKAN NEMO DI PULAU REDANG



cikgu: hari ni cikgu nk kamu bercerita tentang aktivit yang kamu semua buat semasa cuti sekolah...

amer: saya cikgu!

cikgu: haa kamu amer..kamu buat ape masa cuti?

amer: masa cuti hari tu, kami pergi jalan jalan cikgu.. pergi kat P.D..berkelah...pastu balik kampung...bla..bla..bla...

cikgu: ok amer..dah la tu..kamu boleh duduk...

amer: baik cikgu

cikgu: kamu munir, kenapa diam je..kamu pergi mana mana tak?

munir: err saya pergi makan angin jugak cikgu...pergi jalan jalan...makan makan...pergi mandi kat pantai...pergi kat pulau redang...bagi ikan nemo makan...menyelam...pastu pergi naik bot laju..best cikgu..!!

cikgu: aik? bila kamu pergi ke pulau redang tu munir?? hari tu saya jumpa mak kamu kat kedai..kamu pergi dengan siapa?

munir: err saya mimpi je cikgu...



moral: jangan banyak tido di siang hari..



########################################



AWARD DARIPADA

:: melatidaisy ::


err award ni dah lama..tahun berapa ni ek..dah lupa..hehe apa apa pun terima kasih untuk beliau...award ni main ambik je..hehe so sape2 yang berkenan tu boleh la ambik ye..buat koleksi..tak pun buat tambah n3...

okeh...habis bahagian award...sedar tak sedar..blog aku ni dah masuk umur 4bulan..err dah 4 bulan lebih..hmmm dah besor kau rupanya PARA PARA...dah pandai terbang belum nih...macam mana la kamu besor nanti kan...harap kau jadi sesuatu yang berguna untuk orang lain..nanti kalau aku tak ada kau jangan nakal nakal ye...

opsss dah lebih nih...jadi..di kesempatan ni..bulan baik...hari baik...aku mintak sahabat di sana memberi pandangan dan tunjuk ajar sikit pada aku...err untuk pertingkatkan lagi industri blog nih...apa yang tak ok tu korang tegur la...haa nk tanya..blog aku ada masalah loading tak? aku rasa macam sarat je benda alah kat dalam blog ni...err kena buang ke benda tu? aku harap ada la sorg dua yang komen dan bg pendapat....

akhir kata....majulah industri blog untuk perkembangan ilmu semasa...




Saturday, June 19, 2010

DARI SEORANG ANAK



semalam...telinga ini merah..
menahan leteran...dari seorang ayah...
hari ini...kata kata itu masih lagi di sini...
tersemat rapi..di hati...

ayah..aku pernah merasa...setitis kasih yang tersepit...
paling mahal harganya...
ayah..aku pernah merasa...secebis nikmat bahagia...
yang terbit darimu...

kini..aku sepi dalam gema...
aku sedih dalam tawa...
aku rindu dalam benci...
aku seorang diri...

ayah..kata kata ini bukan yang terhebat buatmu..
kerana jasa pengorbanan dan penat lelahmu itu..
tak pernah dapat aku nilai dan hitung...
tak terkira...

ayah...kata kata ini hanyalah ibarat sampah..
sedikit pun tidak berharga...
kerana apa yang ada di dalam hati ini...
tak dapat untuk aku luahkan...

ayah...doaku satu....
semoga kau bahagia di sana...




ayah..aku pasti bersamamu suatu hari nanti........

Thursday, June 17, 2010

RINDU SI KULIT SIPUT



petang itu..
kaki ini menyentuh lagi pasir halus..
putih..bersih...tiada noda...
tempat aku bermain dulu...
dulu pada satu masa dahulu..

desiran ombak memanggil aku...
sama seperti dahulu...
tak pernah berubah...
tapi sayangnya..
aku telah berubah...
menjadi seorang aku..
seperti hari ini...

angin lembut menyapa lagi..
membelai tiap helaian rambut ini..
cahaya matahari pula mengambil kesempatan..
membakar kulit gebu..
hingga menjadi hitam manis..
seperti yang aku miliki sekarang...

tangan ini..
takkan puas menyulam pasir..
membentuk istana indah..
sebuah mahligai kayangan..
di hiasi kulit siput..
tempat aku menjadi raja...

kulit siput itu mengingatkan aku..
pada petang yang dahulu...
saat aku berlari riang...
kau telah membenamkan duri..
hingga mengalirkan darah..
darah muda aku...
aku meronta kesakitan...

tapi tak mengapa..
aku telah memaafkanmu...
kerana parut ini menjadi saksi...
yang kita pernah bertemu..
pada waktu masa dahulu...
dan kini aku terlalu rindu..
rindu pada kesakitan dulu...

tapi aku juga percaya..
engkau juga sedang merindu..
rindu pada kaki ini...

Wednesday, June 16, 2010

HANGAT HANGAT TAHI AYAM





pernahkah engkau melihat..
senjata api senapang patah juga meriam...
muncungnya menghala tepat ke dahi..
menunggu masa picunya untuk di tarik...

pernahkah engkau simpati...
pada mereka yang meronta mengerang menahan kesakitan
hingga air mata dan darah bercucuran
melimpahi kolam perjuangan..

pernah...tapi....

mengapa sekarang baru sedar...
mengapa sekarang baru sedar...
mereka sudah lama menderita...
mereka sudah lama tersiksa....


adakah selepas kejadian itu baru kita membuka mata...
baru kita memasang telinga....


...............................................






sudahkah engkau mendengar cerita...
kisah sedih mereka di sana...
hingga nyawa tiada makna...
hingga nyawa menjadi mainan...

tapi masih lagi kita bersenang lenang di sini....






kita hanya hangat hangat tahi ayam....



seperti buih buih di lautan.....




AL FATEHAH UNTUK DI SINI DAN DISANA





al fatehah
untuk toki...yang selamat kembali....

semoga toki aman dan tenang di sana....



amin....



14hb jun 2010....11.15pm...


Tuesday, June 15, 2010

N3 TERPANJANG DALAM SEJARAH PENULISAN BLOG AKU




khamis, 10hb 2010....10.00pm

bertolak dari KT ke KL...


jumaat, 11hb 2010....5.30am..

tiba di stesen bas putra...
ambik kereta di lot parking...
pergi ke masjid negara....
mandi....solat subuh...

tujuan: putrajaya...

berhenti di RnR kat sg. besi..
beli makanan...
makan dalam kereta...
teruskan perjalanan...

sampai di putrajaya...
pukul 8am..
letih..penat..mengantuk...

yulley msj..suruh cari rumah tumpangan...
mak letih..adk2...
patah balik ke bangi...
ambik yulley...
cari rumah tumpangan...
teras jernang...
sewa Rm70 sehari semalam...

tinggal mak dan adik2...
terus ke putrajaya dengan yulley..
cari PICC
10.30am..sampai...

masuk dalam...
ramai orang...
jumpa teman seperjuangan...
masuk dewan..
untuk sesi "memanas badan"

settle pasal jubah...
balik...singgah pergi makan...
hantar yulley..
3.30pm sampai ke teras jernang..
rehat..tido...solat.

6.00pm..
keluar..pergi jalan jalan...
ambik yulley..pergi makan..
pergi ke stesen komuter bangi..
tunggu train macam orang gila..
banyak masa bazir kat sini..

8.30am..sampai ke mines...
tunggu bot..macam orang gila jugak..
9.15am sampai kat dalam..
cari barang..tak jumpa..
last last beli pakaian untuk adik kat kg.
balik...bot tak ada..
cari teksi..
tapi pemandu teksi tak layan...
pergi kat pemandu teksi cina..
sama..tak layan...
macam orang bodoh..cakap sorang2..
macam aku ni pengemis jalanan..
mungkin mereka tengah tunggu wargha asing..
yang banyak duit..
sebab nk rembat duit diorang...
ok..aku memang tak puas hati dengan kau!
semoga kau dapat balasan yang sepatutnya...
jalan kaki ke stesen komuter..
11.30pm sampai tempat penginapan.

sabtu, 12hb 2010....8am..
keluar...ke kajang..beli teket bas...
terus ke bangi..ambik yulley..
makan...sarapan pagi..
pergi ke nilai...
kat giant..
cari baju aku..seluar..
baju adk..siap.
terus ke PICC...
11.30am..sampai..
keadaan sesak..
aku pakai t shirt dengan seluar lusuh..
selipar jepun..
orang lain pakai baju ala2 opis boy..
kemeja..slack...tail..kasut..
pergi toilet..tukar pakaian...
baju seluar yg baru beli..
kemeja ada kesan lipat...
jumpa kawan2..ambik gambar..
sembang...
orang lain dah siap berjubah..
aku ambik jubah dalam plastik..
terus pakai...kesan lipat..
orang lain siap gosok..kemas..
geng aku semua tak gosok..
semua baru buka dari plastik..
2pm..masuk dewan...
duduk atas kerusi..
penuh dengan protokol...
ada ucapan..doa..lagu negaraku..
farmasi mula2 akan di panggil..
aku rasa berdebar...seram sejuk..
ok turn aku..nama aku di panggil...
err aku rasa macam seorang robot..
berjalan di atas pentas..
rasa jauh sangat antara aku dengan orang tu..
aku jalan laju laju..
sampai..salam..ambik fail biru...
aik dia tak nk lepas pulak..
opss ptut la..aku lupa...kena ambik gambar dulu..
pandang depan...mak oii ramainya org..
lepas tu aku berjalan laju2..turun...
nasib baik aku tak pitam..
tamat sesi...
ambik gambar...salam2..
pulangkan jubah...
terus balik....
lapar la pulak..
ke kajang...nk bwak mak aku makan saty kajang..
makan....saty dgn nasi goreng..kenyang..
pergi ke metro kajang..
beli baju...

6.30pm..balik..
singgah solat di masjid ukm...
ke kuis..
hantar yulley, mak dan adk permpuan...
aku ke masjid dengan adk laki..
tido kjp..solat..
tunggu mak dan adk..
sampai tertido..penat...
9pm..dari bangi ke KL...
naik bas pkul 10pm...
sampai dataran merdeka.
aku sesat..lupa jalan ke stesen bas putra..
tanya brader tu...
oh aweknya boleh tahan...
aku cari jalan ipoh..
akhirnya...
stesen bas putra...
cemas..sebab dah pukul 10pm..
ambik barang...terus cari bas..
tapi bas tak masuk lagi..
aku pergi kat kereta semula..
kemas apa yang patut..buang sampah..
bas sampai...naik bas...
rehat..lupa pulak nk cabut wayar bateri..
turun bas..ke kereta..cabut wayar..
masuk dalam bas..rehat...
penat..sakit kepala..mengantuk...
tido..

ahad, 13hb 2010...5.30am

tiba di stesen bas KT..




tahniah pada mereka yang baca sampai habis..hehe...

MUNIR - MAKAN ANGIN





munir: mak..kita tak nk pergi mana mana ke time cuti sekolah ni...asyik duduk rumah je..boring la...

mak: ish kamu ni..mak tak boring pun...

munir: sekali sekala kena la pergi makan angin ke...makan kat luar ke...pergi menikmati keindahan alam ke...baru tak boring mak...

mak: haa ye la..esok kita pergi...

munir: yeeaaa...seronoknya dapat pergi jalan jalan....yeahh...


Esoknya..........

munir: mak...cepat la..munir dah siap ni.......

mak: haa ye la...mak tengah siap ni...

munir: ish lambat betol org pempuan bila siap...

mak: apa tunggu lagi tu..jom la kita pergi....naik kereta....

munir: hehe baik boss...



5 minit kemudian.......




munir: waaa tak aci...cakap nk pergi jalan jalan..makan angin.....mak tipu....

mak: laa apa yang tipunya....kan kita dah makan angin tadi kat luar..tak cukup lagi ke munir....

munir: kalau pergi keliling kampung je buat ape...waaa....nk makan angin......





moral: jangan makan angin banyak banyak....nanti kembung perut..







Tuesday, June 8, 2010

SESUATU YANG TAK AKAN PUDAR



semalam...
almari itu habis aku selongkar...
ada buku lama...
tulisan rumi...
pudar..sepudar hati aku...
aku bercerita sendiri..
pada waktu dulu...
oh...di sana ada kenangan kita...
tapi sayang...
ingatan aku makin pudar...
sepudar tulisan itu...
tapi wajahmu masih jelas...
senyuman...
aku membelek satu persatu...
helaian demi helaian...
kenangan kita....
masa itu telah lama berlalu..
tapi alunan suara masih jelas...
suara ustaz mengajar kita...
terima kasih...
jasamu itu tak pernah pudar...
sentiasa ada di hati...
di sana...
kita sahabat baik..
bertiga...
tapi kenapa sekarang tidak lagi...
aku sendiri...
seorang...
helaian terakhir...
kosong...
tapi tetap ada cerita...
aku tersenyum...
menutup sejarah lama...
walaupun pudar...
tapi indah...
aku akan simpan buku ini...
buku kenangan....
aku tak akan buang...



kenangan itu indah.....

Monday, June 7, 2010

MUNIR - GULA UNTUK ADIK




mak: munir...pergi kedai cik yam kejap...beli gula...gula dah abis ni...

mak: munir...!!!

munir: (tengah tido..terjaga dari mimpi...) ye mak....

mak: dah..dah bangun pergi kedai kejap...adk kamu ni nk minum air milo....pergi beli gula....

munir: baik la..baik la.....


15minit kemudian........


munir: nah ambik...pergi main jauh jauh....kacau je org nk tido...

munirah: aik..apa ni......?


mak: munir..!! yang kamu pegi beli gula gula tu kenape??

munir: haa?? tadi mak cakap adik nk gula gula.....

mak: adoyaa......




moral: jangan kejut org yg tgh best tido..hehehe



hmm nape la kat tempat aku ni susah sangat nk dapat gula....semut punya pasal la nih..

ACI ACI TAK KIRA

bismillahirahmanirrahim....

hampir kering...macam sebuah padang pasir....ketandusan setitik air....buat menyubur jiwa....hmmm bukan hampir kering..tapi memang dah kering.....
selesai untuk pendahuluan...

ok...internet dh ok...laju sikit daripada biasa..tapi idea pulak tak ada...susah jugak ni....
di kesempatan ini...aku ambik keputusan untuk siapkan tag yang di kirim...terima kasih sahabat..kalian adalah idea aku...hehe....jadi minggu ni mungkin aku nk buat tag je....
mengikut kesesuaian masa dan keadaan....

tag yang pertama daripada blog mawaddah...


Rules :

It's harder than it looks...
Copy to your own notes...
Erase my answers...
Enter yours and tag twenty (20) people...
Use the first letter of your name to answer each of the following questions...
They have to be real...
Nothing made up...
If the person before u had the same first initial, you must use different answers...
You cannot use any words twice...
and
You can't use your name for the boy / girl name question...

1. What is your name : siparapara
2. A four letter word : para
3. A boy's name : parapara
4. A girl's name : paripari
5. An occupation : akhir bulan makan megi
6. A colour : oren kot...
7. Something you wear : baju seluar sudah semesti....
8. A food : makan?? tolak kayu ngan paku jer...
9. Something found in the bathroom : berus gigi ngan ubat gigi...sabun...ok tu je..
10. A place : terengganu
11. A reason for being late : aku tak faham ni...lalalala~ err dtg lambat ker?
12. Something u shout : err alamak...fail la kalau cm ni....
13. A movie title : transfomer..err boleh la....
14. Something u drink : of kos la air..ni pun nk tnya...ish3
15. A musical group : monoloque/butterfingers...raihan...
16. An animal : kucheng yg chumel..yg tak chumel tak masuk senarai yer..hehe
17. A street name : jalan yang lurus.....
18. A type of car : honda...waaa mimpi jap..

hehe jawapan yg tulus eklas dari hatiku ke hatimu....ayyaaa da lewat ni..nk masuk kerja....aku tag sorg je la...aci kan..hehe...


KHAS UNTUKMU: cikaidacomei

kalau dah buat, kena buat sekali lagi...hehehe



Wednesday, June 2, 2010

MUNIR - KEMBALI KE SINI ATAU KEMBALI...??



munir..ada orang tanya..kemana kamu pergi..? menghilang..?
munir..ramai yang tak kenal kamu...tapi ada yang nk tahu...
munir..aku pun tercari cari..mana kau pergi..? kemana..?
munir..bila nak kembali..? munculkan diri..? bila..?
munir..aku tak tahu apa nak jawab..apa nk tulis..
maafkan aku munir...




################################################


ni aku kutip dari blog orang ni...hehehe permisi pak...

anda tahu tak di dalam komputer kita ada menyimpan lambang zionis? tak percaya? lihat disini C: > ProgramFiles > Microsoft Office > MEDIA > CAGCAT10 > J0285926.WMF tolong delete file ni..foto kemenangan lambang zionis..harap hebahkan

(copy paste dari blog sedikit coretan...)

Tuesday, June 1, 2010

AKU MASIH DI SINI



di biarkan sepi
sunyi tiada penghuni
aku masih di sini
hanya menghitung hari

saat berlalu pergi
bagai sebuah mimpi
aku masih di sini
terlena di atas bumi

perjalanan dunia ini
pantasnya tak terperi
aku masih di sini
hanya sempat memerhati




######################################

masa itu ibarat pedang........