assalamualaikum...2,3 hari jugak aku tak buka blog...banyak perkara yang tertangguh..yang di rancang tak terlaksana...kita cuma boleh merancang..tapi bukan kita yang menentukan..ok aku nak post pasal cerita kali ni..n3 ni panjang sikit...tapi ni kesah benar.hehe aku nak tulis dalam blog ni..sebab ada perkara penting yang aku nak ingat.
selepas aku siap post n3 hari ini, seminggu sebelumnya pada tahun lepas, aku dengan sepantas kilat bersiap.. hajat hati ingin ke kuala lumpur hampir nyata..sebenarnya aku dah buat perjanjian dengan yulley dan mak aku untuk pergi ke kuala lumpur dan rumah kakak aku di wangsa maju...tapi di sebabkan kereta aku belum siap lagi di bedah siasat, aku jadi buntu di antara dua persimpangan..satu jalan mati..satu jalan bahagia..tapi tanpa di sangka, pomen kereta cakap kereta dah boleh ambik..masa tu dah nak maghrib...aku terus meluru laju bagaikan peluru sesat.
dalam pukul 8 malam aku terus gerak ke terengganu....jarak lebih kurang 100km lebih tu tak bisa memadamkan semangat aku..memandu seorang diri memang lain cabarannya...mengantuk...bosan..pening..sudah cukup untuk menguji tahap kekuatan aku yang tak berapa kuat ni..dalam sejam setengah aku sampai sana..tu pun setelah aku bertungkus lumus bertarung dengan lori jalanan.
sampai je kat rumah..aku macam biasa la..pening..mabuk bawak kereta..penyakit mabuk ni rasanya aku baru dapat..lagi pantang kalau aku yang duduk kat belakang jadi penumpang..pernah tu aku naik ambulans, mabuknya mengalahkan ibu yang mengandung. ok tamat cerita pasal mabuk.
dah la tu tulis..sambung esok pulak...aku nak buat tag dari melatidaisy pulak ni..
tag ni aku baru tengok...tengok punya tengok..boleh tahan jugak tag ni...
apa benda penting dalam hidup korang?
benda...ic kot...
benda...ic kot...
kad bank..
hp..
banyak benda jugak tu..
benda terakhir yang korang beli gune duit korang?
pagi tadi aku beli minyak kereta kat petronas masa nak datang kerja..
aku isi 30ringgit je..
minyak kuning.
yang hijau mahal..
dimanakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
dimanakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
nak kawin mesti la kat rumah pengantin perempuan kan..
jadi tu la jawapannya.hehe
Tema..sederhana cukup sempurna..
adakah korang sedang bercinta sekarang?
cinta....mesti la..tiap masa..
cinta....mesti la..tiap masa..
cinta itu tak ada batas..
berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
sepatutnya dari dulu lagi..kini dan selamanya...
eh macam slogan tu pulak...
di manakah korang selalu jumpa kekasih korang?
di mana mana...
novel/buku/majalah terakhir dibeli?
baru 2hari lepas aku beli...
7 rahsia langit dan bumi..
apakah nama penuh korang?
err tak pe kan tak bagitahu...
ok aku tukar soalan lain..
apa nama penuh kuceng korang?
err aku tak ada kuceng..
antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?
mak..ayah pun mesra jugak.
namakan orang yang betul² korang nak jumpa dalam hidup korang?
Kekasih yang di cintai...rasulullah s.a.w
adakah korang basuh baju korang sendiri?
tak..mesen yang basuh
dimanakah tempat yang betul2 korang nak pergi?
Makkah Al Mukarramah
pilih salah satu, peluk atau cium?
dua dua aci tak..
beritahu 3 benda tentang orang yang beri tag?
1) seorang yang baik..
2) bayak ilmu..sebab kat blog dia banyak cerita yang bermanfaat.
3) dia orang terengganu.
Lima benda yang paling disayangi dalam hidup anda?
benda yang paling di sayangi..banyak ni...
laptop ni..sebab pakai duit sendiri beli..
hp..hari hari aku guna..
kereta..aku nak ulang alik..
buku..sebab aku suka buku..
err banyak lagi ni...
cukup la tu eh...hehe
lagu yang paling anda suka dan selalu dengar?
aku kurang sikit pasal lagu ni...
emm masa blaja dulu aku selalu dengan butterfinggers..
masa sekolah dulu aku suka raihan..
sekarang ni tak ada rasanya..
bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas?
30jun1980-an
aku tak sambut pun...
buat diam diam je.hehe
rakan Blogger yang korang nak tag
























