Monday, February 28, 2011

AKU DAN BINTANG



semalam aku pergi melihat bintang...dan aku mencari bintang yang paling terang...ada satu di hujung sana...berkelip dan bersinar menarik hati... teringin sangat untuk aku sentuh..tapi sayangnya kau jauh...aku cuma dapat lihat dan hayati dari sini...hati aku tenang...bahagia..kadang kadang terbit senyum di bibir...tak pernah jemu..dan tak pernah puas memandang...

macam tulah aku melihat dirimu...waktu kita mula mula bertemu...engkaulah bintang itu...sangat berharga dalam hidup aku...kini aku hampir dapat miliki...cuma selangkah lagi dari sini...dan kini..kau masih lagi menari seperti dulu...sangat indah di mata ini... ingin selalu aku bersamamu... setiap musim dan waktu...

semoga... aku juga dapat jadi bintang di hati mu... yang mengisi bongkah puzzle yang kosong... yang akan membentuk corak indah...yang akan membimbing dirimu...dan memandu arah walau dalam gelap.. yang akan menghias ruang hati... agar kau tak sunyi selalu...



.: gembira tapi internet lembab....

Sunday, February 27, 2011

SESAT DI TENGAH TERANG



aku sesat di tengah terangnya lampu
mencari arah yang harus aku tuju
bukannya tiada papan tanda
cuma keliru mana satu yang utama

menelusuri lebuhraya waktu
aku mengejar cita cita palsu
tersenyum puas bila berjaya
tapi sayang semua itu tiada guna

berpusing di bulatan kehidupan
menahan diri dari segala ujian
jalan berbatu aku teruskan
moga tercapai segala harapan

kemalangan memang tidak berbau
harus waspada hati hati selalu
kesesakan hidup atasi segera
menyesal nanti tidak berguna

aku pening dengan dunia
semakin di ikut semakin terleka
aku berhenti sampai di sini
bimbang nanti terbunuh diri


p/s: err mood jalanraya tak habis lagi..hehe

Mak Dara 1st Giveaway (GA)

klik untuk pergi ke blog mak dara











Sempena sebulan birthday Blog BICARA MAK DARA ni.. Mak Dara ingin menganjurkan GIVEAWAY yang pertama untuk blog Mak Dara yang kira masih Dara ni. Oleh kerana ini adalah GA pertama dari Mak Dara maka Mak Dara buat yang simple, sempoi dan tak semput untuk disertai oleh semua rakan Blogers.

Seperti yang anda tahu dan mungkin juga yang tak tahu, Mak Dara ni bekerja sebagai penulis skrip. Jadi kali ni Mak Dara nak anda mendekati sedikit bagaimana dunia seorang penulis skrip ni. Jadi apa yang perlu anda lakukan untuk menyertai Mak Dara 1st Giveaway (GA) ni ialah....

"BERIKAN SATU TAJUK DRAMA"


tajuk............."esok masih ada"


tag:
 



aku dapat tag ni daripada KHRLHSYMROX..jom terjah blog dia!!!!!



Thursday, February 24, 2011

CEK DARIPADA NUFFNANG



jangan tak percaya...sape cakap main blog tak ada pekdah..sape cakap main blog sia sia...ini bukitnya....itu cek daripada en.nuffnang...buka mata seluas luasnya...percaya bukan...kalau korang nak dapat income macam ni kena la kerja kuat..ok.. korang teruja kan...aku pun sama..sebab cek tu bukan aku punya..hahaha aku ambik kat google je..

ok dah..sebenarnya aku sedikit kechewa dengan en.nuffnang sebab tolak chinta aku..eh bukan..sebab aku tak pernah dapat pun ganjaran daripada beliau..sangat sedih bukan..ok dah lap air mata tu..aku ada berita gembira untuk di kongsi bersama...

setelah kechewa dengan nuffnang..maka lahirlah rasa terujan dengan HeartBeat pulak.. aku tengok kat blog shinju lala..beliau dapat RM6.60 dalam masa 3hari..hebat kan (sila la teruja)..hehe jadi aku pun dengan sukahatinya nak try la jugak... kalau korang nak try apa lagi..klik la banner comel kat atas tu..tak rugi pun..percuma.. kalau kena hari baik..dapat la 6ribu ringgit.hahaha



Pendaftaran sangat mudah.Macam nuffnang gak.
Psstt...incomenya lebih lumayan drpd nuffnang kalau
kena cara promosinya.. siapa cepat dia dapat...hehe



1 - Memula klik banner Heartbeat kat atas blog saya nun.

2 - Pastu Create Account dgn Heartbeat..
Isi form la....
3- Dah ada account anda klik plak 'Join HB!Affiliate tu..
4 -  Isi form..masukkan nama blog ekh..

5 - Get a code dan 'tampal' code tu dalam blog anda


6 - Promosikan la dgn cara buat n3 khas macam saya buat nih..


Banyak faedah (RM) yang anda boleh dapat melalui Hearbeat nih.
Meh tengok sini : klik untuk tumbesaran yang sihat...


 - RM2 untuk setiap orang yang mendaftar di heartbeat melalui
promosi (banner) anda...Kalau ada yang klik banner anda pastu
register memang kompem dapat RM2 hokay..


- RM0.04 untuk setiap klik...Sikit jer kan..Tapi sikit2 pun duwet!


- 20% untuk setiap barangan cenderahati yang anda beli di Heartbeat
Kalau beli mug hiasan berharga RM40,anda akan dapat RM8..
Beli kat kedai lain mane dpt camni...


- 15% plak untuk setiap pembelian referral anda..Kalau referral anda beli
mug RM40 tu jugak,anda dapat RM6..


- Banyak lagi la..testimonial,feedback n join survey pun dapat income gak.


- Kalau earning anda dah cukup RM5o boleh la cash out..Tempoh 
menunggu cuma dua minggu yer...Boleh pilih samada terima 
pembayaran melaui cek (macam nuffnang) ataupun terus masuk 
ke dalam akaun bank anda (transfer fund)..



p/s: harap harap dapat beli kete bmw...


ADA APA DENGAN ANGKA



air dan ombak itu asalnya satu...
kita berpasangan menjadi dua..
lahirlah anak bertambah tiga...
sampai batasan setakat empat...
rukun islam itu tegaknya lima...
rukun iman percayakan enam...
hari hari genapnya tujuh...
malaya merdeka di bulan lapan...
wali wali itu jumlahnya sembilan...


.: aku di wangsa maju tertipu oleh angka...

Tuesday, February 22, 2011

KATA KATA DARI SESEORANG YANG TIDAK MENGERTI MAKNA CINTA



"terasa kosong di dalam fikiran ini.. untukku mencurah erti... sedangkan berselirat di sini... hidup ku sedang di uji... dan juga mereka yang merasa kecewa... pada hati yang di cintai...
aku jatuhkan air mata itu... buat merawat luka... memang pedih yang di rasa... saat di toreh pada semua rasa yang pernah aku berikan... tak terkata... aku melihat dalam hiba...

hati...bagai hancur berkecai... dan jiwa sedang meronta... minta di bebaskan segera... dari permaian ini... kerana terlalu jelas...aku di halang dari cahaya itu.... 'dia' gelap dan tak terisi..."



cikgu: ok munir.. baca rangkap yang seterusnya.....

munir: "aku mulakan langkah... mencari satu arah... yang selama ini aku tinggalkan... kerana jiwa buta... aku gagal menilai permata... bersinar di depan mata...
maafkan aku atas segala dosa...atas segala tutur kata... atas setiap inci pergerakan... atas setiap kesalahan... atas sedetik kelewatan.... atas segalanya yang membawa aku ke neraka jahanam...

kini...harapanku agar 'dia' berseri... segar dan hidup mewarnai diri... kerana 'dia' itu amat penting bagiku... untuk memandu jiwa ke arahNya..."

cikgu: ok bagus..kamu boleh duduk... minggu depan kita baca bab ke dua pulak ye murid murid..

murid: baik cikgu...!!!






.: terasa bisa duri semalu... tak seperti luka di hati..

Saya Join Bloglist Falia Shazana



  • Content entry korang tu tak kisah la pasal apa... Suka hati korang ok? 
 
  • Letak gambar yang korang nak guna (bersaiz tepat taw!)
 
  • Pastu jangan lupa link kan entry korang tu kat ruangan komen ni..
 
  • Lastly, korang letak lah link blog aku ni dalam blog korang ya? :) 


 p/s: aku baru balik dari gotong royong.... tapi kenapa yang turun dua tiga kerat je....hmmm..



NIKMAT MANA HARUS KITA DUSTAI LAGI



cuba sedut sedalam dalamnya nikmat hidup yang kau tak sedar..
setiap detik setiap masa ada sahaja bahagian kita..
cuba pejam mata dan diamkan semua pancaindera..
rasai degupan jantung yang masih bergetar..

cuba lihat langit gelap di hiasi bintang bintang...
tetap indah walau seribu kali di pandang..
cuba hapuskan semua rasa yang datang..
melaikan rasa kehambaan...

terus bangkit dan terus berlari..
rentasi hamparan ini..
cari rahsia yang tersembunyi...
dapatkah engkau temui..?


JOM TERJAH BLOG KUREKURECOMEL

BEKU



biarkan angin ini berbisik di telinga.. "tidurlah.. lupakan dunia seberang sana..."

sebelum itu biarkan aku berteriak dalam hati... "@#$%%!!!!!"



p/s: biarkan aku jauh...jika dekat aku benci..

Monday, February 21, 2011

CONTEST PILIHAN HATI WR...





ok2...jom terjah ape kah syarat2nya...

~ SYARAT- SYARAT PENYERTAAN...

  • Sila teka kedudukan lukisan- lukisan yg disertakan mengikut pilihan HATI WR...
johan: PH1 - kaler bagus dan pemandangan simple.
naib johan: PH3 - sebab pemandangan belakang nampak lebih hidup.
tempat ketiga: PH4 - kaler dan pemandangan yang boleh tahan / sederhana.
  • Sila buat entry khas mengenai CONTEST PILIHAN HATI WR ini diblog anda sekiranya anda ingin turut serta. Sila letakkan gambar contest tersebut.
 sedang buat ni...hehe


  • Sila nyatakan mengapa anda menyertai CONTEST PILIHAN HATI WR. Ceritakan serba sedikit siapakah WR.
sebab nak join dan memeriahkan majlis :)

 WR seorang yang best.. tak henti gelak kalau chat ngan dia.. ustazah yang happy good lucky.hehe puji sikit sikit je eh..hehe


  • Tiada paksaan "TAG" kepada sesiapa kerana WR lebih mengutamakan blogger2 yang setia disini.
(kalau rajin buat la ye..tak pakse)

  • Sekiranya anda blogger yang baru saja singgah disini, sila follow WR terlebih dahulu.
 sudah~

  • Letakkan link dan jawapan anda diruang komen entry ini supaya WR bole terjah & menyatakan perstujuan samada diterima atau tidak dalam penyertaan CONTEST PILIHAN HATI WR...
 ok bos~

MUNIR - JAM MATI



5 minit selepas loceng di bunyikan....
di hadapan pagar sekolah... maka berlakulah perbualan ini...
 

cikgu romzi (cikgu disiplin): kamu kenapa datang lewat?

munir: err jam saya mati cikgu.....

cikgu romzi: oh ye ke..tak pe la..pergi masuk..hari ni kamu di maafkan...


dua tiga langkah munir ke hadapan menuju ke kawasan sekolah, tiba tiba...

cikgu romzi: munir...kejap...

munir: ye cikgu...

cikgu romzi: err tadi sape yang meninggal..jiran kamu ke..

munir: tak cikgu..ni haa jam saya mati...sebab tu saya lewat datang..

cikgu romzi: oh ye ke... (serba salah pulak aku nak denda budak ni)

munir: err kenapa cikgu..

cikgu romzi: tak ada apa..dah pergi masuk kelas cepat..lepas ni jangan lewat lagi..

munir: baik cikgu~


p/s: jangan lewat....

Sunday, February 20, 2011

MIMPI INDAH SUDAH BERAKHIR



kini pertandingan telah bermula walaupun loceng "mula" belum lagi di bunyikan... setiap detik kini tidak lagi tersisi..di media arus perdana sering di putarkan baikt bait indah... senyum mesra dan rasa senang hati sesetengah orang upahan bagi mengaburi mata juri... namun pihak lawan masih lagi menikus.... hilang dari pandangan kaca mata arus perdana...

tapi hakikatnya pada dunia realiti, pihak lawan yang sedang bertungukus lumus bermatian matian... mengerah keringat.. walau kurang di prosmosi dan di publikkan...mereka tetap bersemangat waja... hati jitu mereka tak pernah puas untuk melawan... biarpun di sekat kebebasan dan kekurangan nilai mata wang..namun itu bukan batu pengahalang...kerana semangat itu yang utama..ikhlas untuk apa sahaja.. kebatilan harus di hapus segera.

namun di mata kita tiada satu pun asas yang di bawa oleh lawan... tiada satu kemudahan dan kesenangan yang di jamu... melainkan hancur... rosak.. ibarat labu yang di korek korek pada hari hollowen... itu cerita mereka...cerita dari mulut dua orang yang sering muncul dan menggangu kita saat kita menonton cerita kegemaran... penyebar fitnah... tertipukah kita? atau kepala ini mengagguk kencang seperti pokke, binatang mahal yang berharga tinggi..

siren amaran kini berdentum kuat sekali... seluruh pelusok negeri berputar putar di kelilingi... semuanya mereka di tabur janji... berjuta juta menjadi buah mulut orang kampung... sedangkan pihak lawan sering di perbodohkan..di canang cerita yang tidak sedap di dengar..tidak enak di pandang.. tidak logik untuk di fikirkan...dan kini sedang berlangsungnya cerita yang flop flip... para hakim pun pening di buatnya... 

tak tahu? tak pernah dengar? tak faham? oh lihatlah... ada lagi yang masih di tidurkan... realitinya kini waktu malam..yang enak di peluk kekasih hati...yang nikmat jika bermimpi..tapi sedarlah..kini sudah tengahari... waktu untuk kita bangkit dan melawan... bukalah minda seluas dunia... agar kita tidak lagi di perbodohkan seperti tahun 80 an...

lihat di sana sini di setiap penjuru dunia...ada sahaja "orang gila" yang merusuh.. ada sahaja "orang biadap" kejalan raya...ada sahaja "anak kecil" bermain apa... mengapa? tidak amankah hidup mereka di ulit janji.. tidak lenakah hidup mereka di belenggu hutang.. tidak selesakah mereka bila tiada tunai untuk di gunakan.. tidak waraskah mereka di bebankan hidup...merempat di tanah sendiri... habis mengapa mereka harus berdiam??


p/s: geli hati melihat anak bangsa begitu teruja berjudi nasib di mentor 5...

BROADBAND SI SIPUT COMEL



aku rasa blog aku ni makin kelam kabut je... tambah lagi dengan kepala aku yang tengah berserabut... mungkin sebab blog aku berat ataupun internet ni masih lagi lembab.. masa aku rajin nak berblog makin kurang sebab masa tu la aku rasa tekanan.. "ape ni main blog sampai tertekan".. betul aku cakap.. tertekan... geram... aku dan kurangkan entri jadi 3... masih lagi lembab... sekarang aku nak buang apa yang serabut kat tepi belah kanan ni...harap harap laju la sikit benda ni nak loading...

aku bukan nak cipta alasan..tapi kenyataan.. "cakap je ko malas nak lawat blog orang" serius beb..aku bukan sengaja tak balas blog korang..kadang kadang tu aku lawat jugak walaupun kena tunggu lama..rasa macam tak best pulak..korang datang baca dan komen..aku buat bodoh je..baik tak payah buat blog kalau macam tu...hampeh.

last aku nak mintak maaf..aku nak buang balik link korang kat tepi tu...aku masih terkenang link yang dulu...aku selalu bw dengan link tu..sebab entiri korang yang best..sekarang aku rasa tawar je...aku nak buang balik dan aku nak kutip sendiri link korang yang aku rasa aku patut bw blog tu hari hari yang aku termampu...

aku kematian mood dan idea bila internet lembab...

p/s: sapa boleh tolong aku?

aku tak nak kaitkan dengan siput lagi bila sebut pasal lembab...siput tu macam berhantu je..

SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF


aku pun nak join jugak la..rasa idea dah beku jadi ais kepal pulak sekarang..macam tak ada idea..biasa idea mencurah curah ke ladang gandung macam air terjun...di sebabkan aku nak jadi seorang yang aktif, aku jon sekali...

p/s: err korang tak aktif ke? haha

Saturday, February 19, 2011

KISAH KITA SI POHON ITU



andaikan...kita semua sebagai sepohon pokok yang rendang dan permai..  aku akarnya... dia batangnya... engakau daunnya... kita semua saling bekerja sama.. aku mencari air jauh di dalam sana... engkau menghantar air ke seluruh tubuh.. dia mencari makanan dari mentari...

walau ribut datang menguji.. kita tempuh dengan suka hati... kita bersatu kuat dan teguh... aku pasti mencengkam tanah dengan tabah....engkau berdiri kukuh.. dia menahan lembut ribut yang angkuh..

tapi bayangkan... aku engkau dan dia tidak sehaluan... kita ego dan sombong... aku tidak lagi mencari air... engkau malas membawa air... dia tidak lagi mencari makanan...

saat ribut kecil datang bertamu.. sekadar untuk bertegur sapa.. kita mula cemas dan tak terkata.. aku tidak hiraukan pertolongan engkau dan dia... engaku tidak peduli tangisan aku dan dia.. dia tak risaukan jeritan aku dan engkau... aku pasti tidak kuat untuk mencengkam tanah... engkau tak mampu lagi berdiri teguh, lemah dan reput... dia pula sudah hampir layu...

akhirnya....




p/s: malam ni aku tak ada mood nak menulis.cuma dapat buat sebuah cerita yang tak sudah...harap korang dapat fikir kesudahan cerita tu..




Friday, February 18, 2011

PEWARIS NABI

tajuk entri telah di ubah atas kesilapan teknikal..terima kasih shinju lala atas pembetulan :)



ilmu itu cahaya... hadir cahaya terhapus semua kegelapan hati dan jiwa... dengan cahaya kita pasti jelas dalam setiap perkara.. cahaya itu tidak menusuk ke dalam mata sehingga kita jadi berpinar pinar seperti melihat mentari..tapi cahaya itu lembut dan meresap ke hati..carilah cahaya itu.

di sana nanti kita semua di dalam gelita.. teraba raba mencari arah dan pertolongan... terkapai kapai tangan minta di pimpinkan... di tengah keramaian jasad itu, aku pasti terpinga pinga... arah mana harus ku tuju.. pada siapa harus ku mengadu.. semoga mata ini dapat menangkap seurat cahaya... biar jauh di pelusuk meter.. aku pasti akan berlari untuk mendapatkannya... dengan sekuat hati...

mereka adalah pemegang obor; nabi nabi, para ulama, pejuang yang syahid.

jadi mengapa aku harus membenci mereka sedangkan nanti aku yang tergesa gesa untuk mendapatkannya... apa untungnya aku jika aku sombong dan ego dengan ilmu yang secetek ini.. aku seperti air yang bisa di pijak pijak dan terlalu hina... jika aku mulia, patutkah aku seperti ini.. tiada arah dan sering melakukan dosa yang menggelapkan fikiran dan hati... mana duduknya aku... di kiri tak pasti di kanan belum tentu...

berbuat baiklah kepada mereka..dekati dan kasihi sepenuh hati...usah di benci kerana mereka adalah kekasih ilahi...cinta mereka sampai ke syurga yang abadi... cinta kita hanya tersangkut di sini... panjatlah tangga untuk ke sana..

aku genggam cahaya itu sekuat hati..moga bila aku bangkit nanti ia masih berada di dalam gengaman ini..

.'. antara 3... ilmu.. harta... raja (pangkat).. mana satu yang akan kita pilih..



JOM TERJAH BLOG

ghost writer
(sangat hebat dengan kata kata)
(luaskan  fikiran anda dengan entri beliau)

(blog baru aku terjah)
(blog ni banyak manfaat; baik untuk jiwa)

Thursday, February 17, 2011

GENGAMLAH TANAH TUMPAH DARAHMU



berlegar bintang di kepala saat anak mata cuba untuk menangkap cahaya.. tersentak dari mimpi yang panjang bila aku dan engkau di permainakan kesetiaan dan nilai percaya.. kerana aku dan engkau ini mudah menyerah diri pada jerung yang sedang terbuka luas mulut untuk menelan apa sahaja.. heii ini tanah tumpah darah aku dan engkau.. di tangan ini masih ada azimat yang mampu merubah warna warna pudar.. jangan persiakan !!!

sudah masa berlalu begitu lama.. saat nenek moyang engkau dan aku masih ada lagi di sini... mereka turut tertipu sama.. tapi tidak mengapa kerana warna hitam dan putih pada waktu itu mudah membuatkan mereka sukar untuk memilih.. kerana hutang budi yang tak bisa di balas, lalu masa depan bakal anak engkau dan aku di biarkan terbabas.. tergamakkah tangan suci itu membunuh mereka dalam diam?

minda ini berlapik lapik hitam dan putih.. berselang selang buruk dan baik sehingga menutup hati... biarpun di curah peluntur tapi karat itu tak bisa hancur... sedalam hatinya yang teguh dengan ketetapan, tiada siapa yang mampu mengubah selain dirinya sendiri... begitu juga dengan hati ini, sesekali takkan terguris walau seribu arahan yang kau garis.. aku tetap dengan tali dan fikiran yang waras... takkan berganjak.. takkan bergerak walau setapak.


JOM TERJAH BLOG NI  Alief si Muncung Manis... ada tips best..hehe

ULANG TAHUN YANG PERTAMA






bagaikan tak percaya
masa pantas menghambat usia
seharian aku terlena
bagaikan setahun lamanya
tersentak aku seketika
melihat kedut di muka
seperti semalam aku di sini
memulakan perjalanan ini



sedar tak sedar..dah hampir setahun aku main blog...
rasa rasa aku start blog aku kenal nick irfan.
dia salah seorang yang bagi semangat untuk aku main
dulu masa start buat blog aku pakai background putih macam ni la.
tapi dulu lagi ok aku rasa..sekarang ni aku dah banyak buang benda yang memberatkan.
mungkin terlalu simple...tapi tak pe..
asalkan ada pengisian.betul tak.hehe
mungkin ada yang ingat..aku pakai background warna oren..
background tu adik aiza banyak tolong aku
background tu mmg ok..
tapi lepas aku jumpa blog yang sama macam aku,
terus aku tukar.hehehe

sekarang ni putih.tak kisah la ada ramai yang sama pun.
ok la tu..dah panjang melalut...
aku nak ucap terima kasih banyak banyak kepada blogger yang selalu datang sini
bagi komen dan apa apa je la...
aku pun nk mitak maaf kalau ada terkasar bahasa
ada tak terbalas komen..tak terbuat tag..
err aku masih ada ada tag tahun lepas yang tak buat lagi.hehe
ada masa ok aku buat..
maaf atas semua kesilapan..

last aku nak mintak pendapat korang semua...
ada apa apa yang perlu aku buat lagi untuk blog ni..
untuk bagi keselesaan kat korang ke..
tak kira la apa pun..
nk kritik kaw2 pun tak pe...
asalkan utk kebaikan...
ok aku sangat sangat berharap agar ada orang yang bagi pendapat tentang blog ni.

sekian, terima kasih..


terakhir,jom terjah blog Fizalinolie
(iklan tak berbayar)


p/s: aku ingat nak buat contest..korang rasa hadiah apa yang ok..duit ke barang barang lagi ok?

Wednesday, February 16, 2011

PERISTIWA 25HB



tajuk dia atas tak ada apa apa kaitan dengan entri ni ye...hari tu..hari yang dah lama berlalu tu...dulu dulu..lama kan.hehe sebenarnya dah lama tag ni aku peram buat pekasam dalam draft...dan aku boleh lupa save alamat sape yang bagi tag ni..jadi aku kena cari satu satu dan agak sendiri sape yang bagi..dan akhirnya aku jumpa juga tuannya..tag ni daripada ch!na+su hayam! dan hidayati....ok sila bagi aku hadiah sebab berjaya kesan korang sampai basah ketiak jiran sebelah rumah aku ni.hehe


25 RANDOM THINGS ABOUT ME


1. aku seorang lelaki

2. baru setahun jagung main blog

3. suka dengan puisi dan yang sewaktu dengannya

4. suka melukis

5. gitar / piano

6. cipta lagu

7. nikon d90

8. sangat rapat dengan ubat

9. suka baca buku

10. game

11. suka jalan jalan / aktivit luar

12. bola / futsal

13. coklat

14. kumpul stem / duit lama..duit baru pun suka jugak.

15. teringin nak kawin

16. suka kartun

17. butterfingers / monoloque / raihan

18. suka cerita cina

19. ada hubungan kimia dengan no 7

20. cepat pening kalau naik bas

21. takut jarum

22. hijau

23. aku sayang mak aku

24. yulley

25. tak suka internet lembab


perghh berbuh otak aku nak fikir 25 benda..aku nak tag korang pulak..tak buat siap.hahaha ini bukan paksaan tapi ini betul betul...ok mangsanya ialah...


























ok cukup sudah 25 orang..yang dah buat tu tak pe la..kalau yang belum buat tu rajin rajin la buat ye..

p/s: malam ni korang nak makan apa? jiran rumah sebelah aku nak belanja.hehe

KEBAIKAN GARAM BUKIT

ni gambar kat pc tempat kerja aku


masa kerja tadi aku search pasal garam bukit..sebab kawan aku ni dia nak sangat beli garam bukit..jadi aku cari la kat internet..nak tahu apa kelebihan garam tu...

sebelum ni aku pernah tengok kat tV garam bukit dari sabah ke sarawak eh..lupa pulak..yang diaorang buat sendiri tu..memang mahal yang tu kan..tapi banyak kelebihan..

pasal garam bukit..aku buka kat HPA punya...aku baca pasal garam bukit tu...benda ni berasal dari gunung himalaya..masa dulu orang panggil “Raja Garam atau emas putih”. sangat hebat bukan..dalam garam bukit tu ada 84 “ natural” elemen yang diperlukan oleh tubuh badan manusia..

kat situ jugak ada terang pasal beza garam bukit dengan garam biasa.. aku tertarik dengan ayat ni.. Hidup adalah mustahil tanpa garam. Tetapi penggunaan garam boleh membunuh kita. .salah satu sebabnya ialah garam biasa yang kita makan tu banyak mengandungi bahan kimia...

memang kita sedia tahu, nabi suruh kita makan secubit garam sebelum dan selepas makan untuk menjaga perut...untuk mengelakkan penyakit dan banyak lagi...tapi ada ke kita buat? ada ke kat sekolah ajar? tak ada kan.

Dari Abdullah Bin Umar
” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu beis, api ,air dan garam”
Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .

Dari Anas Bin Malik, Nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .
Hadis riwayat Ibnu Majah

” Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam ”
Hadis riwayat Al – Bazzar.

last, aku bukan nak promote pasal garam bukit hPA tu...cuma nak bagi info sikit sikit la pasal aku baca tadi..rasanya bermanfaat jugak la bagi aku.


p/s: jom main bola petang ni..ada nak join tak? hehe

TIADA JAWAPAN YANG ADA HANYALAH PERSOALAN



terhenti kata bagai di panah halilintar memancar.. hingga hati ini menjadi redup untuk bersuara... seperti hilang suria fikiran ku gelap tiada idea...hampir saja air mata ini menitis menyambung hujan semalam...aku sedar diri ini cuma sekecil manusia..ibaratnya kuman terbang ke sana ke mari di tiup angin...

tapi aku masih ada senyuman manis untuk ku tutup seribu lara di jiwa...aku punya hati yang bisa di robek dan di ubati semula...biarkan parut itu menjadi penghias hidup di hari muka..agar nanti aku bisa kenang kembali..suka duka hidup sebagai perantau di tanah orang..aku rela...

mungkin juga hari ini sebagai petanda..agar aku lebih pandai menyusun kata...kerana aku sentiasa yakin juga percaya apa yang di kata orang orang lama..terlajak kata buruk padahnya...atau aku memang tidak pandai untuk mengambil peluang...bertanya pada masa yang mememerlukan...

izinkan aku bertanya seketika..salahkah aku bertanya apa yang belum aku jelas ertinya...memang benar aku tak mengerti apa yang terjadi...kerana itulah aku meluah apa yang terbuku di hati...bukannya untuk aku bangkang sana dan sokong sini...aku perlukan jawapan...


p/s: tadi aku bertanya..tapi dia marah aku..dia cakap aku tak tahu apa apa..memang la aku tak tahu..kalau tahu aku tak tanya..tak pe..aku terima...

PANDANGAN DARI SEORANG YANG BERNAMA RAKYAT


entri ini adalah kesinambungan daripada entri lepas...

Sejak akhir akhir ini seiring kali mata kita melihat kes bunuh diri di kaca TV...hari tu kes pelajar cina terjun bangunan..lepas tu emak buang anak dari bangunan dan lepas tu dia pulak yang terjun..

menurut statistik, purata 6 orang bunuh diri setiap hari, 2500 setiap tahun dan 50000 kes cuba bunuh diri setiap tahun... kalau ikutkan kes bunuh diri di negara kita semakin serius dan membimbangkan...

tekanan adalah satu punca berlakunya kes bunuh tinggi... di tengah kemodenan dan kecanggihan teknologi hari ni masih ramai yang mengalami tekanan..tekanan di tempat kerja, tekanan di sekolah, tekanan putus cinta, tekanan hidup di sebabkan harga barang naik dan macam macam lagi...

tekanan ini juga mungkin berlaku sebab kurangnya pengetahuan agama dan tidak tahu cara untuk meredakan tekanan..bagi umat islam solat adalah jalan terbaik untuk menghilangkan tekanan...tapi hari ini amat mendukacitakan ramai yang membunuh diri dari kalangan melayu beragama islam...

untuk yang ni aku nak sentuh tentang kenaikan harga barang...kebanyakan daripada kita adalah golongan pertengahan iaitu tidak kaya dan tidak miskin..golongan ini berpendapatan dalam purata 2ribu sebulan..akibat kenaikan harga barang dan harga minyak sudah semestinya akan merubah hidup mereka..bagi yang mempunyai anak yang ramai, mempunya hutang kereta serta rumah suduh cukup untuk memberi tekan di kepala mereka...bagi yang berpendapatan tinggi perkara seperti ini tidak menjejaskan kehidupan mereka.

tapi yang peliknya di negara kita bila harga barang naik, harga minyak naik, kita masih lagi tersenyum gembira.. tidak seperti negara lain.. jika ada kenaikan harga barang mereka akan protes tanda tidak setuju..dan kerajaan mereka akan berfikir dua kali untuk melakukan sebarang kenaikan harga barang.. tidak seperti negara kita..

jadi rasanya sudah menjadi keperluan untuk kerajaan mengkaji semula gaji minimun.. tidak kira la untuk sektor swasta atau pun kerajaan sebab kedua duanya rakyat malaysia dan perlukan duit untuk membeli barang barang keperluan.. aku begitu respek kat CUEPACS sebab bertungkus lumus untuk membela "anak buah" bagi meningkat lagi gaji bulanan..ingat tak masa bajet dulu dia mintak bonus dengan PM..tapi PM kita cuma bagi 500ringgit...

pelbagai alasan di cipta dan di beri bagi mengelak kenaikan gaji dan menurunkan harga barang..katanya ekonomi kurang baik..katanya harga pasaran dunia meningkat..katanya harga di negara jiran lebih mahal berbanding negara kita..tak apa..kita kena akur..tapi yang malangnya kenapa hendak di bina menara 100 tingkat..apa gunanya kepada rakyat..apa guna jejantas yang mahal...walaupun bukan duit rakyat, tapi petronas tu sedut minyak kat tanah air kita..kenapa royalti di negeri tertentu di tarik balik...apa guna beli kapal perang mahal sedangkan masih ada yang lebih murah dan lebih baik..tapi kita masih berdiam dan membisu..aku bukan nak ajak korang buat rusuhan..jangan salah faham ye.hehe

mungkin benar dan tepat Ramalan ISRAEL tentang POLITIK MALAYSIA bahawa apa yang berlaku di mesir tidak akan berlaku di malaysia kerana kurang cerdik politik...tapi lain pula pendapat Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainol Abidin..beliau mengatakan tidak mustahil apa yang berlaku di mesir akan berlaku di malaysia...untuk mengelakkan keadaan yang lebih buruk berlaku, kita sama sama kena fikir yang terbaik..yang mana yang terbaik tu serah la kepada korang...

last, ni bukan blog politik... aku cuma ingin melepaskan apa yang terbuku dan terpEndam dalam kepala otak ni.. aku tak ada pengalaman bab politik.. aku cuma setahun jagung.. jadi kalau ada salah dan silap di harap korang tegur dan buat pembetulan ye...


P/S: korang sensetif tak aku tulis pasal ni? perlu ke aku tulis lagi lepas ni atau berhenti je...

Tuesday, February 15, 2011

POLITIK ITU IBARAT BUAH NANGKA

gambar hiasan je..hehe

Seorang petani sangat kesal dengan sikap budak-budak nakal yang selalu mencuri nangka di kebunnya. Akhirnya ia mendapat idea... Di tengah-tengah kebunnya diletakkan papan tanda yang besar bertulis..

'AWAS.. SATU DARI NANGKA-NANGKA INI TELAH DISUNTIK DENGAN RACUN'

Keesokan harinya.. petani itu tersenyum kerana mendapati nangka-nangkanya itu tidak dicuri lagi..

Seminggu selepas itu.. Petani ini pergi kekebunnya untuk memetik nangka-nangkanya untuk dijualkan.. Memang jelas kelihatan tiada nangkanya yang hilang... tetapi dia sangat terkejut kerana disebelah papan tandanya terdapat satu lagi papan tanda yang baru bertulis.....


AWAS!
KINI ADA DUA NANGKA YANG DISUNTIK RACUN


p/s: jangan makan nagka...




untuk entri yang lebih santai KLIK SINI


[KAMIKAZE] Kami Blogger Sporting!!

ni yang ketiga aku masuk untuk hari ni..ahh tak kisah la yang ke berapa pun kan..asalkan dapat buat entri baru...time cuti boleh la post banyak entri pun..10 ratus pun tak pe.hehe ok la ni aku jumpa benda ni kat blog erk! ...err sendawa ke tercekik tulang..hehe gurau je..tapi aku suka headerblog dia..simple dan cool..buat la aku sebijik macam tu..boleh la..ok dah dah..aku tak nak melalut..

cun kan header dia...klik gambar tu untuk ke alam sana..



Syarat-syarat   
  1. Sila buat satu entri khas.
  2. Letak header blog Erk ! dan linkkan ke entri INI
  3. Tajuk : Ikut tajuk entri atas tu.
  4. Bagi 5 perkara kenapa korang nak join segmen ini. *dalam bentuk point form*
  5. Hasut Ajak rakan blogger lain untuk join segmen ini. Lagi meriah lagi bagus..
  6. Pastekan url anda kat ruangan entri INI

5 PERKARA KENAPA AKU NAK JOIN SEGMEN INI IALAH :
- sebab aku gila sikit hari ni..gila update.haha
- err saje nak meriahkan lagi segmen yang erk! buat..
- sebab hari ni aku sporting.hehe
- sebab header blog erk cun..boleh la kan macam ni..  
- last, sebab..sebab apa eh..yang last ni susah nak fikir...sebab blog erk best..hehe bolah la kan...ni dah 10 minit fikir ni..hehe



ahh tak kira..aku nak tag 2 orang..kena buat..hehe


cepat pergi blog dia..blog dia ada cerita pasal ketiak.hehe
blog dia cool...sape sape yang hot pergi la sana ye.hehe


p/s: kalau tak buat pun tak pe....saje je nak meriah meriah.hehe


HARIMAU MALAYA KE MELAYU?



entri lepas MENTANG MINYAK YANG SALAH, aku ada masalah dengan si Z..tapi sekarang alhamdulliah..aku dah kembali ok..tapi tak la macam dulu..cakap pun ada batas..tak bergurau macam dulu..tapi tak apa.aku rela begini daripada bermasam muka..kita kena ingat.kalau kita tak tegur orang tu lebih dari 3 hari, dosa kan..aku ibaratkan persahabatan aku dengan dia macam sekeping kertas yang aku renyuk dan aku buka semula..

kertas tu takkan sma macam dulu lagi walaupun kertas tu kertas yg sama

petang tadi elok sangat kita kiranya bermain bola di taman bunga..tapi yang hebat aku tak tahu apa tujuan aku main bola...adakah untuk menjaringkan gol atau untuk mengeluarkan peluh..aku tak pasti apa tugas aku..adakah seorang permain pertahanan atau pemain di bangku simpanan..aku masuk dalam padang dan aku sepak bola sesuka hati..mungkin di sebabkan itu aku cuma pernah manjaringkan gol sebanyak sekali dalam beberapa bulan aku bermain bola...

hidup kena ada matlamat dan tujuan hidup

betul..hidup kita kena ada tujuan dan matlamat..apa tujuan kita hidup...mestinya untuk mengabdikan diri kepadanya..setiap amalan dan perbuatan mestilah berlandaskan agama..kalau berblog, kena selit sikit ilmu yang berguna.soal ada yang baca ke tidak no 2..yang penting kita kena lakukan amal maarof dan nahi mungkar. betul kan.

dan matlamat hidup kita secara kasar adalah untuk berjaya di dunia dan diakhirat..aku percaya setiap orang ada matlamat hidup..dan matlamat kita berbeza.aku tak nak sentuh yang tu.korang boleh tetapkan sendiri matlamat hidup korang kan..aku pun sama..

hidup tanpa matlamat ibarat air teh tiada gula

dan hari tu aku main bola..dengar la perbualan budak budak ni..oh ye aku main bola dengan budak budak sekolah..dan aku tiap hari di permaikan oleh mereka..mereka semua pandai main bola..ok balik kepada budak budak tadi..mereka cakap pasal keputusan peperiksaan dan mereka bangga sebab tak lulus subjek subjek susah macam matematik tambahaban dan lain lain..

sebenarnya tak pelik..aku dulu pn begitu..rasa bangga bila matematik tambah aku dapat G..semua pakat pakat gelak..aku tak tahu kenapa..tapi sekarang bila fikir balik kenapa aku macam tu eh..macam bengong je..sekarang bila dah besar baru aku tahu betapa ruginya aku tak belajar betul betul...

menyesal dahulu berpendapatan menyesal kemudian tak ada guna

memang tepat penyataan tu..sekarang memang tak ada guna...tapi aku masih bersyukur sebab tak terus jatuh.Ok dah la tu..err kejap..akhir akhir ni aku selalu post entri yang panjang panjang..korang bosan tak baca...mesti bosan kan...sebab aku tengok makin lama makin tak ada orang masuk kat sini. apa guna tulis panjang panjang kalau tak ada orang baca kan.aku pun fikir dua kali nak baca ke tak,hahaha

last, tajuk dan gambar kat atas tu tak ada kena mengena dengan entri ni ye..buat penyedap mata je tu.hehe

err kenapa tak letak harimau malaysia ke harimau melayu ke..hehe


p/s: nak entri lagi panjang ke lagi pendek?

Kisah Pelaut Terlampau Pilihan




Salam 1 Malaysia!! Contest kini bermula. Hanyalah "simple contest" dan mudah saja untuk menyertainya. Tiga pemenang akan dipilih dan antara hadiahnya boleh rujuk [ senarai hadiah ] Syarat-syaratnya seperti berikut;

1. Buat 1 entry bertajuk "Contest : Kisah Pelaut Terlampau Pilihan"
{sudah}

2. Letakkan banner diatas di dalam entry dan link kan ke entry ini.
{sudah}
3. Pilih 1 "Kisah Pelaut Terlampau" dibawah dan nyatakan sebab pilihan anda [just simple]
sebabnya ialah..jeng jeng jeng.....haha gila suspen..
eh sebab apa eh..haa sebab aku tak pernah raya atas kapak tengah laut..muntah ada la..aku mabok laut..
lagi satu time raya kan..jauh dengan keluarga..mesti perasaan tu lain macam sikit..
tipu la kalau sikit pun tak ingat mak ayah kat kampung..
kalau aku mesti sedih..tapi tak nangis la..aku cool.haha
memang nak kena kuat la..lagi satu..raya tengah laut tak best macam raya kat darat.
tak boleh main mercun..tak boleh main meriam buluh..
tak boleh duit raya..tak boleh lawat rumah jiran..
banyak lagi la...err macam dah lebih lebih je ni...
cukup la tuh eh..

4. Tarikh tutup : 28 Februari 2011

klik gambar di atas untuk join.


p/s: kalau aku naik kapal mesti muntah kaw kaw punya...haha

SIPUT YANG COMEL - im sorry



err salam maulidur rasul semua..sebenarnya..tujuan aku tulis entri ini sebab ingin memohon seribu kemaafan kepada en. siput...di atas keterlanjuran kata aku pada entri lepas..aku tahu korang tak salah...aku pun tak salah..tapi mereka yang salah..betul kan en siput...hehe

jadi di hari yang mulia ini marilah kita sama sama menghulur tangan memohon kemaafan..meh la siput..jangan memalu..ke aku tak cukup iklas lagi ni....aku datang nak mintak maaf betul betul ni...meh la salam..meh la...
hmmm aku tau la aku ni tak hensem...jangan la buat aku macam ni...aku betul betul nak mintak maaf ni...

sampai hati ko en siput tak nak salam ngan aku...tak ape la..biar la aku pergi membawa diri...


p/s: lepas ni korang jangan salahkan en.siput lagi ye...