Thursday, March 31, 2011

CERITERA WARNA

apakah warna hidupmu?


salam ukhwah semua. harap korang semua sehat sejahtera. hehe skema ayat. sory semua sebab aku sebok sikit sejak akhir akhir ni. sory mawaddah sebab tak sempat nak join contest. sory sangat sangat.

ok entri lepas, kurekurecomel dan wahidah ada reques. nak dengar petikan gitar secara live? haha aku perasan ke apa ni. sebenarnya aku tak pandai sangat pun main benda tu.main syok sendiri boleh la.hehe jadi tak boleh la nak main live. sumbang je melodinya nanti. sory ye..

sekarang aku dah kematian idea nak tulis puisi ke sajak ke syair ke. tak macam dulu. sebenarnya, kalau korang perasan la. sajak aku yang dulu tu lebih terarah kepada lagu. memang betul tu lirik lagu. ada jugak yang tanya aku dulu dan perasan, bentuk puisi tu macam boleh buat lagu. err ke aku je yang perasan.haha

ada jugak sajak yang aku sayang nak post kat blog. aku simpan je. sebab sajak tu dah jadi lagu. dan aku suka lagu tu. aku sorang je suka.hehe kebanyakan entri yang berlebel lama tu adalah lirik sebenarnya. masa tu aku sangat obses ke arah ketuhanan. sekarang je banyak mengarut. ok dah la tu. aku tak nak bertambah mengarut.

last, aku nak ucap terima kasih kat ska dan khairulantasha sebab tolong aku bagitahu cara cara nak buang nama sendiri kat list komen (terbaik). korang memang terbaik. yang aku lupa nak sebut tu, aku mintak maaf banyak banyak. apa apa pun aku hargai tiap kunjugan dan komen korang kat blog pucat aku ni.




lepas ni aku nak tulis pasal apa aku takut jarum. dulu ada sorang tu reques. tapi aku lupa nak buat.hehe
oh esok lusa ada kursus. bilakah masanya untuk aku berblog dengan selesa.


p/s: hargai sebaiknya sementara ada.

Wednesday, March 30, 2011

AKU BETUL BETUL AKAN TIDUR

ini bukan aku.



semalam aku bermimpi lagi
dalam mimpi itu aku sedang lena bermimpi
dan mimpi itu sangat aneh
kerana aku di katakan tidur saat aku jaga

lalu aku terjaga
memikirkan suatu petanda
atau hanya mainan tidur
lalu aku sambung tidur.



ok ayat kat atas tu tak ada ape.macam hampasgas je..
aku nak tanya ni... korang tengok belah kiri kanan blog aku ni..
aku baru letak.. yang TERBAIK tu.. nampak tak?
aku nak tanya.. macam mana nak buang nama kita sendiri dalam tu.
korang tengok. yang si para para.
haa aku la tu.. nampak kan..
ada 4ratus lebih komen.aku rasa macam tak logik je.
ada orang nak sabotaj ke.haha
aku nak buang. sape tahu?meh bagitahu aku.



aku kurang lawat blog korang. sory.

LAGU YANG SAMA

penat


aku petik tali gitar ini
mainkan lagu semalam
berterbangan asap bagaikan awan
melayang hati dan perasaan



sudah lama aku hidup sendiri
bertemankan bulan dan matahari
kanan kiri peristiwa berlaku
aku di sini hanya membatu




sesekali hati berkaca
bila debu hinggap di mata
beginilah sebuah kehidupan
ada duka tawa dan hiba




aku bangun dan berlalu
pulang ke rumah rehatkan diri
di sini bermula segala cerita
fantasi dan realiti tiada beza





aku aman di sini
walau ada di luar sana datang mencaci
aku berjaga hingga lewat mimpi
untuk mencari sebuah erti




aku petik tali gitar ini
mainkan lagu yang sama
setiap hari setiap masa
hingga lupa apa tajuknya.




aku bukan gitar itu...

Tuesday, March 29, 2011

DARI KERANA MATA

ini adalah mata


Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri.
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga.
Sesuatu yang berharga dan bernilai perlu dijaga dengan baik.
Semakin dibuka semakin kurang nilai harganya..
Bajailah ia dengan iman dan takwa semoga membuahkan hasil yang sungguh bernilai.


قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ (٣٠)

30. Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.

(Surah An Nur : Ayat 30)


وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (٣١)



31. Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.

(Surah An Nur : Ayat 31)


يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لأزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا (٥٩)

59. Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Surah AL Ahzab : Ayat 59)


يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنْزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ ذَلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ (٢٦)

26. Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian Yang berupa taqwa itulah Yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).

(Surah AL A'raaf : Ayat 26)

Akhir kalam,Wahai wanita Muslimah jagailah pakaian mu dan akhlak mu supaya mudah Muslimin menjaga mata dan nafsunya.

Wallahua'lam.



SUMBER DISINI
 

Sunday, March 27, 2011

BECAUSE OF YOU

Dear Nurulbadiah Lai,

semalam aku seorang diri
berjalan di lorang yang sepi
kanan dan kiri lalang melambai
aku sendiri di tengah ramai

dan bila mentari menyinar ke wajah
aku terleka memerhati keindahannya
terpesona oleh senja yang indah
hampir terlupa janji yang aku terima

kerana dia aku bermula
mengenal erti sebuah persahabatan
kau hadir kerana takdirnya
penghapus sepi dalam kehidupan

kini aku sudah berteman
bersama melihat senja di taman
dan bila bintang berkerlipan
aku hadiahkan buatmu teman

suka duka tersemat di jiwa
kita tempuhi bersama sama
kau ukir senyum di pelusuk dunia
buat tatapan aku saat gelora

hari ini kau di hati
menjadi teman sehidup semati
aku harap esok lebih ceria
menjadi teman hidupku selamanya...




entry contest ini telah ditaja oleh :




munie tag aku.. dah lama.. tapi baru buat.. sory ye munie.. ni baru ada kesempatan... lagi pun aku tak ada kawan baik atau bff.. aku ada dia... aku buat benda ni je.. dah ok kan..hehe


aku dan dia
KHRLHSYMROK kata, kosong itu pasti akan ada isinya. 




Tag. 

KAU TIPU AKU

penipu


saat mula berjanji
kau sanggup apa sahaja
mudahnya aku percaya
kerana aku yakin kau ikhlas
hari berganti hari
bayangmu entah di mana
aku menanti menuntut kata
kerana aku benar benar berharap
sayangnya kawan
semurah ini nilai persahabatan kita
aku seakan tak percaya
benar, aku tak percaya
kali kedua kau berjanji lagi
menghulurkan tangan yang sama
adakah aku harus menyambutnya?



kepercayaan itu sangat mahal harganya...sekali retak, hancur berkecai...



mencari masa untuk mengadap blog. maaf aku sedikit sebok.

BAYANGANKU

bayanganku



Aku bagai melihat dirinya Sedang mengenag kisah semalam Sambil melihat ke bulan Air matanya jatuh berguguran       Pada siapa nak di luahkan Segala penyesalan bermain di fikiran Hatinya bersuara dalam diam Ampunkan aku Yang Maha Penyayang             Andainya dia diberi pilihan Untuk kembali kemasa silam Pasti dia gunakan peluang Untuk baiki segala kesilapan             Namun semuanya takkan terjadi Dia insafi kelemahan diri Aku juga turut menyesali Kerana dia adalah bayanganku sendiri        
perlukan cahaya untuk hilangkan bayang itu..

Thursday, March 24, 2011

ANTIDOTES

sakit


lemah jasad saat menangkis putaran dunia
melalui denai denai kehidupan penuh rahsia
ada yang terluka dan menahan bisa di dada
sakitnya menyerang memusnahkan minda

jiwa parah di pilih memegang kuasa
ramai juga yang mencari penawarnya
mereka berjalan hingga ke hujung usia
sakit dan penat hilang begitu sahaja

warna putih bulat dan pahit
jalan mudah menghilangkan sakit

saraf itu berhenti berlari ke sana
pesanan itu musnah sekelip mata
mangsa moden telah hilang rasa
kita tertipu oleh ilusi kimia

pembunuh dalam diam kini berkuasa
di mana mana jiwa yang sakit mencarinya
tersilap langakah kita pasti merana
aku terluka tapi aku biarakan sahaja

warna putih bulat dan pahit
jalan mudah menghilangkan sakit





pain killers or silent killers?

MARILAH PULANG KEPANGKUAN

alam semesta


mengapa tiada yang peduli.
apa yang berlaku pada dunia.
sehingga dunia mula berkata kata.
menegur perilaku kita.

kita memahat wajah alam.
kita mewarnakan pudar semalam.
dengan cara kita sendiri.
tanpa hiraukan aturan hakiki.

dunia sarat mengendong masa.
kita hebat mengejar semasa.
dunia penat dan mahu pergi.
kita belum bersedia lagi.

usah salahkan alam.
bila dunia menjadi suram.
tanya pada diri sendiri.
apa yang kita buat selama ini.


p/s: kembali kepada petak pertama.

PERPERANGAN DI SANA DAN DI SINI


Perperangan di sana

Semenjak akhir akhir ini, dunia telah di gemparkan oleh bom yang maha dahsyat malahan lebih dahysat daripada bom atom yang pernah di gugurkan oleh Amareka Syarikat kepada Jepun pada tahun 1945. bom ini telah memberi kesana dan tamparan yang hebat buat mesir dan tunisia. kebangkitan kaum yang di tindas terutamanya golongan muda mudi sudah tidak dapat di bendung. akhirnya "pemberontakan" mereka berbaloi.

pergolakan di libya tidak kurang hebatnya. Moammar Gaddafi yang telah berkuasa selama 42 tahun di tentang hebat oleh sebilangan besar rakyatnya. tidak cukup dengan itu, campur tangan dari kuasa barat makin merumitakan lagi keadaan. terbaca di dada akhar beberapa hari lepas, pihak perikatan yang di kepalai oleh Amareka Syarikat telah melancarkan Operasi Odesi bagi menumbangkan Gaddafi dan menyelamtkan rakyat. pihak perikatan yang di anggotai oleh sekutu rapat AS itu Britain, Perancis, Kanada dan Itali telah menghadiakan rakyat Libya dengan peluru berpandu TomaHawk. jika di teliti, dua persoalan akan muncul.

pertama mengapa sejak mutakhir ini semakin merebaknya kebangkitan rakyat menentang pemimpin sedangkan setipa negara itu mengamalkan sistem perundangan yang berpaksikan kepada keadilan. ada pilihanraya bagi memelih pemimpin. namun mengapa mereka masih menentang? pada hemat aku, setiap penentangan berlaku akibat dari rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara. jika sesebuah kerajaan itu melaksakan keadilan yang sebenar, mengapa sebilangan rakyat menentang. kebebasan mereka di sekat. hidup di beban dan di tekan. seperti sebijik bola yang di tekan ke dalam air, semakin di tekan semakin kuat bola itu melawan. dan akhirnya? lihatlah sendiri hasilnya.

penentangan ini sebenarnya berpunca dari sikap pemimpin itu sendiri. lihat sahaja di negara kita. di sarawak contohnya. 50tahun lebih kita merdeka, apa yang terjadi. pemimpin kaya raya tetapi rakyat masih di takuk lama. pulau borneo kaya dengan hasil hutan dan hasil minyak. dan mereka adalah punyumbang terbesar hasil minyak kepada negara. hasil hutan seperti balak, semakin hebat di tebang. hasilnya kemana? begitu juga dengan pemimpin lain terutamanya yang lama duduk di kerusi empuk. untuk mengekalkan kuasa, mereka akan melakukan apa sahaja. pilihanraya? kalau pilihanraya itu dapat mengubah apa apa, pasti sudah lama pilihanraya di haramkan. jadi mereka memilih jalan raya bagi menyuarakan ketidakpuashatian mereka kepada pemimpin.

kedua, mengapa kuasa barat beria ria bertandang dan campur tangan dalam krisis di libya. untuk menyelamatkan nyawa rakayat? jika begitu mengapa peluru berpandu TomaHawk di gugurkan ke sana. tidak pelik jika PBB memberi lampu hijau kepada mereka. mereka semua sama. tidak boleh di harap. dunia tahu libya kaya dengan hasil minyak. lupakah kita apa yang berlaku pada Iraq pada satu masa dahulu. AS melancarkan serangan ke atas Iraq untuk menentag pengganas. tapi kita semua tahu. ada udang di sebalik mee. dengan mudah mereka mengambil kesempatan di atas pergolakan yang berlaku di sana.



Perperangan di sini


Di negara kita tidak kurang hebatnya. di sana sini bom di lepaskan. perang media makin menjadi jadi semenjak pilihanraya sarawak di umumkan. tidak cukup dengan kes DNA, kini timbul pula kes video seks pemimpin pembangkag. jika di lihat, ternyata negara kita mengamalkan budaya politik yang kotor lagi jijik. fitnah menfitnah menjadi makanan bagi mereka. aku tidak mengata kepada mana mana pihak. cuma dari pemerhatian aku sebagai seorang rakyat, jelas sekali negara kita masih lagi mundur dan kuno dalam soal politik.

mengambil contoh kes anuar ibrahim, ahli politik yang terbanyak mendapat dugaan dalam keriernya. kes liwat 1.. yang pernah mengejutkan negara kita pada satu masa dahulu. terbukti anuar tidak bersalah. maka beliau di bebaskan. kes liwat 2, yang masih dalam perbicaraan dan di gembar gembur ke sana kemari, masih belum terbukit beliau bersalah. tapi mengapa media dan pihak tertentu menghentam beliau seolah olah anuar ibrahim benar benar besalah. jika mengikut undang undang, seseorang itu tidak boleh di katakan bersalah selagi belum di buktikan dia bersalah. dan kita lihat sendiri perjalanan mahkamah yang tidak melambangkan mahkamah yang sebenar serta keraguan yang melampau. ini adalah satu punca berlakunya pemberontakan seperti mana yang berlaku di asia barat.

terbaru kes video seks yang di katakan pemimpin pembangkan terlibat mengegarkan lagi politik negara kita. perang media yang masih berterusan menyerang peribadi anuar ibrahim sekali lagi mencamarkan nama negara di mata dunia. aku yang turut mengikuti perjalan kes ini amat hairan. seoalah olah negara kita tiada pihak berkuasa untuk menyelidik dan mengambil tindakan pantas. tapi sayangnya, kes yang meletup baru dua tiga hari akhirnya pecah tembelang apabila orang yang persis muka anuar ibrahim mengaku dirinya menjadi pelakon di dalam cerita porno itu. apa tindakan polis selepas itu? nampak jelas di sini ada konspirasi untuk memburukkan anuar ibrahim.

keadilan media melaporkan berita juga di ragui. kita boleh lihat sendiri apabila tibanya pilihanraya kecil yang lepas. setiap berita hanya berkisar tentang kerajaan dan kerajaan. adakah ini di namakan demokrasi? pembangkang di serang oleh segenap penjuru. tapi mereka masih lagi mampu bertahan. pembangkang telah menuntut pilihanraya yang lebih adil dan telus, seperti penggunaan dakwat, pemansuhan undi pos dan lain lain lagi bagi menjamin keadilan proses pilihanraya. tapi mengapa cadangan itu tidak di laksana?

setiap laporan yang di buat oleh pihak anti kerajaan seoalah olah tidak di layan. lihat sahaja kes perwaja, kes PKFZ, kes pembunuhan altantuya, kes komisyen pembelian kapal selam, kes kehilangan enjin jet, dan kes rasuh berprofil tinggi di siasat acuh tidak acuh. akhirnya kes itu menjadi sejuk dan dilupakan begitu sahaja.  apabila orang berkepntingan di tangkap di kenakan tidakan yang tidak setimpal atas apa yang telah mereka lakukan. kes stadium runtuh di terengganu, ingat lagi, apabila kertas siasatan akan di umumkan dan di dedah. namun sampai ke hari ini masih belum di dedah. orang tertentu terus menikus dan rakyat di perbodoh. harga stadium RM280JUTA itu adalah duit rakyat, dan kerja baik pulih juga menggunakan duit rakyat. tapi kita tidak merasa apa apa. sebab kita dididik oleh kerajaan. ini adalah harta kerajaan. projek ini adalah projek kerajaan. padahal duit yang di gunakan untuk membangunakan sesuatu tempat menggunakan duit kita. tapi kita tidak terasa yang duit itu duit kita bukan?

sebenarnya kes yang berlaku itu di sebabkan oleh kesilapan kita sendiri. contoh, bila harga minyak naik, kita buat biasa je. buat tak tahu. tak ambik peduli..bila harga barang naik, kita melatah sekejap, lepas tu diam. tindakan kita sendiri yang menyebabkan semua itu berlaku. 50 tahun itu satu jangka masa yang lama. jika negara kita ini adalah orang. mesti orang itu telah mempunyi cucu.

kesimpulan? tanya diri anda sendiri..hehe


apa cerita di jepun? asap hitam dah keluar dari reakter nuklear 3. bahaya ke tak?


maaf kalau ada sebarang kesilapan. ini adalah pendapat aku sendiri. kalau salah tolong betulkan.

syabas kepada 9239 calon SPM yang dapat semua A..dan yang kurang berjaya jangan putus asa.

Wednesday, March 23, 2011

MUNIR - EMERGENCY

TANDAS


pagi yang dingin. hujan gerimis.
di dalam sebuah kelas..cikgu bahasa inggeris tengah mengajar.

cikgu halina: yes..what.. no..thank you..bla..bla...understand??

murid: yesssss..


cikgu halina: ok..any question?


murid: noooo...


cikgu halina: good...

tiba tiba munir angkat tangan...


cikgu halina: yes munir..

munir: err ticer..nak g tandas kejap...

cikgu halina: speak english munir...

munir: err tak jadi la tecer...




15minit kemudian..


amir: cikgu, munir kencing dalam kelas...

cikgu halina:
hah....

munir: emm emergency tecer....


TOILET


p/s: korang tak pernah ke? hehe

Tuesday, March 22, 2011

AKHIRNYA

dalam hujan


melangkah pergi dalam derai hujan menutup titisan jernih di mata ini. seakan berat kaki ini melangkah. mahu sahaja aku pergi dari sini selamanya. rasa hiba begitu menekan dada memaksa nafas yang dalam di hela. memang aku tidak menjangkakan semua itu. dan memang aku tidak mahu semua itu berlaku. tapi apakan daya. aku cuma insan yang lemah dan tak terdaya untuk mengukir senyum kepada mereka sehinggakan senyum di bibir sendiri melayang pergi.

segala pertimbangan telah aku lakukan. kerana waktu yang menekan membuatkan aku bertindak sedemikian. mungkin keputusan itu membuatkan hatimu koyak rabak. memang sukar untuk engkau menerimanya bila  mana engkau orang yang cuba berusaha menjernihkan suasana. aku akui apa yang engkau  lakuakan itu. namun perkiraan aku cuma selangkah. rasa belas itu menjeratkan aku. aku lemas. tidak sedikit terdetik diri ini untuk membelakangimu. aku menjadi mangsa. tewas pada rasa yang pernah aku rasa.

memang benar. segalanya telah terbukit. kesilapan kata membuatkan semunya berubah makna. aku sendiri tidak mengerti mengapa kata itu yang lahir dari bibir ini. aku leka. jika sekiranya engkau tahu betapa sulitnya aku di saat itu, pasti engkau turut sama bersetuju dengan apa yang aku lakukan. atau mungkin saja aku ini ego tidak mahu mengalah. jika benar begitu. maka akulah orang yang rugi satu hari nanti.

maafkan aku. aku sesali apa yang berlaku. aku tahu kau takkan lupa setiap detik masa itu. tak mengapa. ingatlah. mungkin ingatan itu nanti yang akan mengingatkan engkau. bahawa aku pernah hadir dalam hidupmu.




mood masih mendung. 
perlukan masa untuk berdiri semula. 
tapi aku janji tak lama. 
sekejap cuma.


ini bukan cerita seorang  kekasih kecewa dengan kekasih hatinya. ini cuma cerita yang jarang berlaku. aku abadikan di sini.

MENGHARAP ESOK BERSINAR LAGI

bulan


bulan terang malam ini. cahayanya indah berseri seri. menggamit hati sedang sepi. fikiran melayang tidak bertepi. jarang sekali aku begini. termenung di jendela hanya memerhati. menikmati malam seorang diri.
.
daun nyiur berhenti melambai. angin dingin kian pergi. bulan terang terlindung awan. membungkus hati menjadi rawan. aku mengalihkan perhatian. merenung ke dalam diri sendiri.mencari kekurangan yang harus di perbaiki.

malam ini bertambah sunyi. tiada lagi nyanyian alam. aku rindu pada alunan hujan. tenang dan mendamaikan. aku terkunci. kerana ada kata yang tak terungkap. ada rasa yang tak terluah. aku nokhtakkan semuanya di sini.

kunang kunang itu memberi harapan. dengan cahaya kecil. di hujung malam aku harapkan mimpi. agar esok yang datang. muncul mentari yang menerangi. menembus gelap. aku tersenyum. bila jiran rumah sebelah menegur. "termenung teringat buah hati ke?" aku menutup jendala lalu post entri ini.



.: cuba bangun dan berlari semula dengan senyuman. terima kasih atas sokongan kalian.

Monday, March 21, 2011

KOTAK CAHAYA

menuju cahaya


saat diri ini mengejar kisah semalam untuk mencari jejak aku yang tertinggal. aku rebah. terpaku melihat apa yang pernah berlaku. aku bangkit dan terus berlari. agar aku jauh dan tak pernah ke sana.

dan bila aku ingin menoleh semula ke belakang, seakan tersekat nafas ini di kerongkong. aku mencari punca mula. mungkin ada sesuatu yang aku tertinggal di sana hinggakan aku menjadi sukar untuk gembira. 

di tangan ini masih lagi memegang erat. satu lembaran kertas putih. semakin lama semakin hancur dan reput. aku bentangkan kembali. cuba mencari makna sebenar. erti sebuah kehidupan. yang selama ini aku tersasar jauh.










di sudut kanan meja kecil ini ada sekotak cahaya. aku cuma melihat dan melihat. tidak membukanya....




kau hampir..
tapi sayang tak kelihatan.

Sunday, March 20, 2011

MAKSUD YANG TERGANTUNG

pudar


lupakan kisah semalam yang memberatkan fikiran. kerana hari ini sedang menanti untuk di isi. walau sehebat mana dugaan datang silih berganti. hanyat jasad ini yang tanggung sendiri. aku mengerti. ujian ini untuk menguji.

waktu reda hujan dan panas tiada. tersimbah senyum kaku di bibir. memang benar senyuman itu mahal harganya. tapi mengapa ada yang bisa mencatas sisa sisa tawa. dan bibir itu kembali kelat. aku membisu. dan engkau mengejek.

inilah sebahagian kehidupan yang telah aku lalui. dan perjalanan kita berbeza. tapi duri dugaan yang harus kita tempuh tetap sama. bergantung kepada waktu tempat dan keadaan. kita di ajar untuk sabar... sabar... sabar...

dan sabar itulah yang terbaik jika kita mengerti.

kini aku sedikit kelu. dan baris ayat menjadi beku. mengkin di sini sudah sampai ke penghujung. tidak seperti waktu aku bermula dahulu. dan ini membuatkan aku mengerti. tiap yang bermula pasti akan berakhir. namun aku masih belum mahu berhenti lagi. biarkan sepi di sini. asalkan masih ada tulisan yang terpancar. walau hanya sepasang mata yang melihat. aku rela.

nafas berat di hela panjang. melihat dinding di hadapan yang memisah. aku cuba memandang menembusi tembok itu. dengan harapan dapat aku baca apa yang tersurat di balik kata sendiri. aku memahami. ada sesuatu yang cuba aku sembunyi. ada kata yang aku lindungi. di sebabkan itu ayat ayat ini jadi terbatas. aku tidak mahu ia terbabas.

andai tersilap dan tersalah kata. mohon sahaja aku hulur sepuluh jari kerdil. walau sedikit terpalit selut. maafkan aku setulus rasa. andai kata ini tiada erti. mohon maaf atas pembaziran waktu. sememangnya aku semakin buntu. buntu memikirkan sesuatu.


berkecil hati pada diri sendiri.
bagai lautan tak bertepi.



sekadar termenung di sini. semoga aman di sana...

BERITA YANG TAK DI SANGKA

SEDIH



pagi yang inda..ceria.. tapi pagi itu aku ada sikit sakit sakit badan.. tak larat.. mungkin tu perkara biasa.
tapi sudah lama berlarutan...

dan tiba satu hari..aku pergi jumpa doktor pakar.. periksa.. dan keputusannya begitu mengejutkan.. aku mengidap satu penyakit kronik...

sedih..sayu..tak terkata..hari hari aku kerja di bahagian kesihatan..hari hari mengadap ubat.. tapi bila dapat berita macam ni..hati mana tak sedih..

betul..semua ni satu ujian..tapi hati yang menahan..sangat hebat bergolak didalam...kalau korang semua di tempat aku apa yang korang rasa...

itulah yang aku bayangkan..jika aku di tempat dia...aku tahu kau tabah..tapi air mata itu..tetap menitis walau sekuat di tahan..aku harap kau tabah..sabar..dan mudah mudahan..kau di beri kesembuhan...




aku tulis masa rehat kejap ni..aku sangat sedih bila dengar berita ni...ok.aku nak sambung kerja..aku tak terjah lagi blog korang. nanti ada masa aku terjah.


p/s: hargai nikmat sihat sebelum datangnya sakit..

RAHSIA PIRING HITAM

RAHSIA


piring hitam itu aku pasang kembali. cerita lama. masih segar. memang tak jemu jika di ulang pasang berulang kali...


tapi sayang. kesan calar itu masih tak hilang. merosakkan perjalanan cerita. lagunya menjadi sumbang...


aku gilapkan kembali. agar hilang kesan calar itu. perlahan lahan aku simpan ke dalam almari. terjaga rapi...


dan mungkin. esok atau lusa. aku akan pasang kembali. hayati cerita lama. sebagai pengajaran...




piring hitam sebuah memori
satu satunya kepunyaanku.

Saturday, March 19, 2011

POPAY DAN RASUAH

ini popay..melawan rasuah


pagi..aku bukak tv..cerita rasuah oh rasuah..aku fikir kejap.
yang kena tangkap tu cuma ikan bilis...jerung terlepas..
hari tu aku baca berita..tapi tak ingat seluruhnya...
yang aku ingat..orang tu rasuah cuma beberapa ratus ringgit.
tapi kena penjara lama..dan satu lagi kes...rasuah juta juta..
tapi kena penjara kejap je..setahun kalau tak silap..
kalau fikir dengan kepala lutu pun tak terkesan.
di mana keadilan yang sebenar..langsung tak logik..
tengok kes rasuah besar besar...cepat je sejuk...
kalau libatkan menteri lagi la..buat diam je..
tak kesah la sape sape pun yang buat..kalau "ustaz" sekalipun..
hukum la..dia dah buat keje kotor..

entah la..aku tak pandai sangat nak tulis pasal ni..
yang aku tahu rasuah ni tak elok...bahaya..memudaratkan..
korang boleh terangkan kat aku tak kenapa rasuah bahaya..
kenapa kalau rasuah boleh runtuh sana runtuh sini..
aku nak tengok kartun popay ni...hehe


p/s: aku suka popay..tapi aku tak suka bayam.

err macam mana nak eja popay ni,..betul ke aku eja tu..aku main hentam je..hehe


sory..entri kacau bilau.

Friday, March 18, 2011

KEMARAU DI MUSIM TENGKUJUH

harap yang hpy kat belakang tu adalah korang


sepintas lalu memerhatikan hujan.
mengharap "itu" juga seperti hujan
sentiasa lebat dan mencurah
tidaklah membuatkan aku tertunggu tunggu
bila tarikhnya tiba hujan "itu"

hujan lebat di awal minggu
minggu kedua airnya telah kering
walau besar tempayang di tadah
tapi sayangnya di bawahnya telah di bocorkan
air di tempayang itu cukup untuk makan dan minum

kini musim kering
mentari sana kuat memancar
oh dugaan ini amat hebat sekali
walau setempayang air aku simpan
hanya cukup untuk aku seorang

tempayang dia sudah retak
tempayang aku pun sama
menanti hujan "itu" sangat menyeksakan
ibarat menunggu bulan jatuh ke riba
tapi bila jatuh cuma tinggal habuk je




p/s: aku kat kampung. air di tempayang dah habis. aku punya pun dah hampir kering. menunggu musim hujan lagi. harap aku dapat bertahan.


maaf sebab tak dpt buat kunjung balas lagi setakat ni. nanti aku pasti terjah blog korang.

ghost writer...terima kasih atas kado tu.. aku dah terima.. :)
jom BW ke blog ghost writer.. kat sana korang boleh gerakkan saraf otak.hehe kata kata dia memang hebat.




Thursday, March 17, 2011

MUNIR - RADIASI

sekadar hiasan


cikgu: munir..kenapa tak datang sekolah semalam..kamu demam ke..

munir: hak hahe hak hahi keghu..hahiahi..

cikug: apa kamu cakap ni munir..


munir: hahe hahap hahiahi hegku..

cikgu: emm ok..buka topeng kamu tu dulu..

munir: err mak saya tak bagi cekgu.. bimbang radiasi..

cikgu: emm kamu boleh duduk..





p/s: berjaga jaga..bukan nak buat huru hara.. sentiasa peka.. untuk kebaikan bersama.hehe



NGO yang tentang loji nuklear. apa kata mereka? klik sini



DARI JEPUN KE MALAYSIA

loji nuklear

musibah di jepun benar benar memberi seribu erti dan pengajaran buat kita. pengajaran yang susah dan mahal harganya ini di bayar oleh nyawa dan darah. ia satu peringatan. seperti kematian itu memberi peringatan kepada kita yang masih hidup. maka tidakkah kita mengambil pengajaran daripada jepun di atas kerosakan loji nuklear mereka. 

memang benar itu satu benca alam. tapi tidakkah terfikir kesan buruk daripada benca alam itu boleh merubah sesuatu. sepertinya ombak mengubah pantai. tapi sayang seribu kali sayang. pendirian kita terhadap pembinaan loji nuklear masih sama. adakah kita harus diam membisu tanpa kata. atau menunggu radiasi itu merebak memberi pengajaran kepada kita. datangnya lembut di balik angin. tapi kesannya sangat hebat. mungkin 7 keturunan tak akan hilang.

betul. negara kita jarang terkena benca alam yang besar. kita tiada gunung berapi. puting beliung pun tiada. gempa bumi jarang sekali. dan mintak di jauhkan semua itu dari bumi malaysia ini. tapi tidak bimbangkah kita. kerana musibah itu boleh datang tanpa di sangka sangka. apakah jaminan keselamatan untuk kita pada masa itu. di saat kita masih lagi cuba untuk mengenal apakah itu radiasi, kita telah di sapa oleh "mereka". di saat banyak berlakunya keruntuhan binaan mewah seperti stadium, sekolah, masjid dan banyak lagi, kita mencuba untuk membina sebuah loji nuklear. tidak bimbangkah kita jika berlaku kebocoran, meletup, terbakar dan sebagainya.

iye. pasti akan di kendalikan oleh pakar dari luar. memang tidak di nafikan. akan ada mereka yang hebat untuk mengendalikan loji itu. tapi sehebat jepun, mereka boleh panik apabila berlaku kejadian seperti ini. apatah lagi di negara kita yang masih jauh ke belakang. bukan aku menolak sebarang pembangunan, tapi bangunkan apa yang perlu di bangunkan terlebih dahulu. bangunkan taraf hidup kami. lihat sana sini rumah yang buruk. atap yang bocor. naikkan gaji kami. ringankan beban kami. tolong bantu kami yang sangat memerlukan.

satu lagi alasan adalah untuk kemajuan. adakah dengan membina loji itu negara kita  bertambah maju. adakah selepasa membina loji itu, si pengemis dan si miskin serta merta menjadi kaya. adakah orang yang sakit dan menderita akan menjadi sembuh setelah terhidup asap loji. adakah dengan sisa buangan radioaktif itu taraf hidup kita akan berubah. di manakah kewajarannya. adakah kita perlu sokong atau menentangnya. semua itu terserah kepada kita sendiri yang menilai baik buruk di balik pembinaan loji terbabit.

adakah empangan yang di bina selama ini tidak cukup. jika tidak cukup, tiadakah sumber dan cara lain yang lebih selamat untuk kita semua. adakah setelah loji nuklear itu siap di bina kita semua akan mendapat elektrik percuma. kalau tidak, mengapa tidak? bukan kah wang yang di guna untuk membina loji itu adalah dari wang rakyat. hasil rakyat. mengapa selama ini kita tidak mendapat layanan yang baik di tanah sendiri. hey ini tanah kita. tidak kira mana mana kerajaan, tugasnya adalah menjaga amanah, menjalankan amanah. bukannya menghabiskan wang dan harta rakyat. jika aku silap, tolong tunjukkan aku jalan yang sepatutnya aku fikir.

betul. aku sangat emosi. tak apa. aku akan reda sendiri. tapi ini adalah baris baris ayat yang lahir dari dalam diri aku sendiri. jika silap. tunjukkan aku. betulkan aku. aku sangat sangat perlukan bahan dan petunjuk. ajarkan aku perkara yang sepatutnya. kerana aku baru sahaja ingin menjadi seperti buluh dewasa.



rujukan



p/s: kenapa malaysia tak bawak balik pelajar kita yang berada di sana.. keadaan di sana pun bahaya jugak kan..harap semuanya selamat...



maaf jika ada kasar/salah/ bahasa..
ini bukan blog politik.
kalau salah tolong tunjukkan.


entri lepas mengenai jepun, klik sini

Wednesday, March 16, 2011

SAAT GERIMIS MENGUSIK KENANGAN



lewat petang tadi. gerimis mengusik senja. kalian datang buat pertama kali di tanah yang kami diami. tempat kami mencari rezeki. mungkin sudah lama kita tidak bersua. saat dia berpindah kemari. mungkin ini pertemuan sulong. aku lihat wajah wajah kalian begitu ceria. begitu juga aku. turut sama menambah membualkan cerita.

cukup indah pertemuan ini. dapat aku baca di wajah kalian. rasa rindu yang dalam. aku merasainya. cerita lama yang pernah terjadi di ulang lagi. derai tawa itu membuatkan aku cemburu. ingin sekali aku berada bersama kalian saat itu. aku yang duduk di penjuru bulatan setia mendengar. asap tembakau itu memenuhi ruang kamar. aku sedikit rimas. tapi tak mengapa. untuk saat yang berharga ini aku rela.

pertemuan yang singkat ini berakhir di meja makan. tapi persahabatan itu tak pernah berakhir. kita sama sama berkhidmat untuk masyarakat. kalian ada tugas sendiri di sana. dan aku dan dia juga mempunyai tugas yang berbeza. ingin sekali aku ke sana. merasai sendiri pengalaman kalian. kerana aku hanya mendengar cerita. 

lewat malam. hujan renyai renyai. dan perjalanan kalian yang masih jauh. membataskan waktu untuk kita lebih lama. tangan di hulur. dengan harapan kita akan berjumpa lagi. aku cukup gembira. walaupun ini kali pertama aku mengenali kalian, namun aku sudah dapat membayangkan sebahagian waktu kalian bersama dia di sana. cukup bermakna.

semoga kita berjumpa lagi...

PENDEKAR ZAMAN MODEN

 
hari tu aku main buka buka gambar kat internet.. pastu jumpa la gambo kereta... proton lima... hehe aku rasa korang dah lama tahu kan pasal kereta konsep ni.. aku je baru tahu.. tapi kalau tengok nampak cun jugak kereta ni kan... tapi kenapa tak pasarkan terus... err aku kurang faham sikit bab bab ni... yang aku tahu nampak cun je..hehe jom layan gambo..


proton jebat
proton kasturi
proton lekiu
proton tuah
proton lekir






























































































































































err tak berkenan ke sebijik? hehe