Thursday, May 26, 2011

SELAMAT JALAN







alangkah indahnya perjalan ini..
andainya ada teman di sisi menemani..
memimpin tangan ke jalan sufi...
mengajar diri mengenal ilahi...





hari ni aku balik kg.. sory ye sebab tak balas kunjungan korang lagi.. kat shoutMix tu memang dah tak terlayan.. kat komen pun ada yang termiss.. tapi yang kat komen aku akan terjah blog korang bila aku balik sini semula...oh ahad dan isnin mungkin aku cuti kerja..hehe korang yang kerja tu jangan jeles ye..hehe




:)

SEHARIAN HARI INI DAN SEMALAM

sekadar hiasan

semalam, aku ke kuatan. cari kasut untuk kawan aku. dia nak pakai masa kawin. kasut untuk hari bersejarah memang susah untuk di temui bukan? tiga empat tujuh buah kedai aku dengan dia pergi.tapi hampeh. satu pun tak berkenan. kasut yang dia nak tu tak ada. 

last last dia beli kasut kat kedai yang pertama kitaorang pergi. oh inilah namanya jodoh. ok habis cerita pasal kasut.

esok pagi aku kelam kabut nak pergi kerja. dah la terlewat bangun, aku cari kunci kereta tak jumpa jumpa. ahh sudah. time macam ni la nak hilang. hampa, memang tak jumpa. aku pergi kerja jalan kaki. tapi sekurang kurangnya dapat la jugak bakar kalori di pagi yang indah. 

masa rehat aku balik rumah kejap. cari kunci kereta. aku try buka pintu kerata. tak berkunci. eh macam mana boleh tak berkunci ni. gila..gila..memang gila.. ke hulu ke hilir aku cari. tapi tak jumpa. aku cari dalam bilik.. tak ada jugak.. ahh biar la..kunci spare? ada kat kampung.. memang saje je aku cari penyakit ni.. aku rehat.mandi semayang.aku keluar rumah..cari sekali lagi..akhirnya..ting!! kat sini rupanya..di celahan rumput hijau,terselit dikau.syukur.tamat bahagian ni..

 dan tadi..beberapa jam kebelakang..kawan aku yang lain pulak, ajak pergi  makan. aku ikut je la.. tapi..jeng jeng jeng.. nah kau..dia bawak aku pergi dengar ceramah pasal MLM.. ahh buang masa betul la malam ni.. tapi kan...tak patut la..dia cakap nak pergi makan. tapi melencong ke lain.. siyes aku tak suka macam ni..

 emm penutup.. aku harap korang semua sehat hendaknya.. aku banyak menulis sekarng ni kan.. idea? hmm bukan tak ada idea untuk tulis puisi, pantu dsb, cuma..ahh biar la.. sampai masa aku post jugak.. harap ada yang sudi baca.. 



sebulan income dapat 30k..korang tak nak ke? haha


Wednesday, May 25, 2011

MUNIR - BUGER




sambungan dari entri lepas...



15minit perjalanan..akhirnya sampai la mereka kat McD...

mak: hah apa lagi..turun la...

munirah: (turun dari motor)

mak: eh irah..mana abang kamu..

munirah: abang? aik.. rasa macam ada kat belakang tadi...

mak: ahh sudah.. jom kita balik...


15minit seterusnya.....di rumah..


mak: eh munir..

munir: (diam)

mak: kenapa tak ikut tadi?

munir: (diam)

munirah: abang tak nak makan McD ke..

munir: nak la... waaa mak pergi cepat sangat. munir tak sempat naik pun tadi.waaaaa

mak: @#$%^&

munirah: err abang jangan nangis.. ni haa mak ada beli beger pak mat kat simpang jalan besar.

munir: beger pak mat? waaaa nak beger McD....

mak: err esok kita pergi lagi..dah dah..hari ni makan beger ni dulu.




moral: ?




jangan makan McD.. setuju?

MUNIR - MENGIDAM



munir: mak, mengidam nak makan McD la...

mak: kamu ni munir,, nasik kat dapur tu kan ada mak masak..

munir: emm hari hari mak masak lauk sama..ikan goreng, kuah singgang. sekali sekala nak jgk makan beger.

mak: beger la.. kebab la...

munir: kan doktor suruh makan banyak..kena la dengar cakap doktor.

mak: ye la.. petang ni kita pergi..

munir: (senyum kambing)


petang yang sepoi sepoi bahasa.. pada waktu dan saat yang di janjikan...

mak: munir...oii munir..cepat laa.. lamanya siap. mengalahkan pomuan. adik kamu tak lama macam ni..

munir: coming...

mak: O.M.G...anak mak ke ni...

munir: hehe sekali sekala nak jgk bergaya mak.

munirah: mak, tu seluar irah tu..

munir: hehe habis tu ni je yang muat..

mak: dah dah...cepat naik. dah panas enjin motor ni..




bersambung

Tuesday, May 24, 2011

Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides




hujan renyai renyai.. aku baru je melabuhkan jasad.. penat.. pening...perkara biasa aku rasa..beberapa jam sebelumnya aku dengan kawan aku ke sebuah tempat di pantai timur.. satu satunya tempat yang ada layar besar untuk anak anak muda remaja macam aku ni menghabiskan masa... jp, ni kali pertama aku datang tengok wayang kat sini. nasib baik tak sesat je.hehe

oh sempat jugak aku jumpa kawan aku.. dia nak tengok cerita nur kasih... err korang dah tengok ke? best ke? aku tak tengok cerita tu.. sebab aku dengan kawan tadi. kawan aku tak minat. jadi aku pun buat buat tak minat. ok aku biar dia tengok sorang sorang cerita nur kasih. sebab aku nak tengok cerita pirates ot the carribbean. tapi kawan aku pulak nak tengok cerita kongsi. tapi aku dah tengok hari tu masa pergi selangor. last last aku berjaya menghasut beliau.hehe

sebelum masuk aku jumpa lagi dengan kawan lama masa sekolah rendah dulu.. wah tak sangka dapat jumpa..

ok. dah rasa pedih mata ni. pasal cerita jack sparrow tu.. cerita dia kali ni bagi aku kurang sikit la.. tak macam yang lepas lepas.. cerita kali ni banyak berlaku kat atas darat.. tak ada yang perang perang kapal... cerita dia mendatar je.. sampai kawan aku siap tido berdengkur lagi tu.. tapi ni pendapat aku je.. lagi pun aku jarang sangat tengok wayang.. jadi kalau nak tahu kena la tengok sendiri..


sory.mata ni dah pedih.






err moral ada tak malam ni?

Monday, May 23, 2011

KALI PERTAMA


malam tu..entah macam mana aku ikut sekali masuk ke dalam ambulans.. walaupun bukan kali pertama, tapi untuk malam tu, adalah kali yang pertama aku duduk di bahagian depan sebelah driver. lampu menari nari. pekat malam itu bagaikan berpesta. panggilan telefon yang kami terima sebentar tadi memaksa kami bertindak pantas. kemalangan memang tak berbau.

sepanjang perjalanan, di dalam hati aku tertanya tanya keadaan di sana. siyes. aku trauma dengan darah dan keaadaan yang tak ingin aku lihat. gila! kereta kat depan langsung tak hiraukan ambulans di belakang. ingat main main ke! akhirnya, dalam laju perlahan dan berhati hati kami sampai di tempat kejadian. suasana suram tapi kelam kabut.

terlihat limpahan lampu biru dari kereta peronda. aku melangkah kaki keluar. mangsa berbaring kaku. tidak bernafas. celaka! siapa punya lembu ni. kejadian seperti ini bukan sepuluh kali, tapi dah lebih. ramai yang pergi tak kembali kerana jasa lembu lembu yang berkeliaran. lembu yang tidak bertuan saat ini, tapi ada yang mengaku tuan bila tiba musim raya korban. 

di penjuru sana terbaring satu lagi jasad. tidak bergerak. terbit darah di kawasan muka. dan orang ramai, ramai yang memerhati di sekeliling. di sebelah sana motokar yang tewas menentang lembu, tersungkur bisu tidak di hiraukan. aku cuma memerhati. empat orang sudah cukup untuk menguruskan keadaan. tak perlu aku sebok sebok campur tangan. keaadaan terkawal.

ahh sakit badan pulak taip sambil meniarap. oh rasanya dah lama aku tak menaip. maaf. aku hilang arah di balik pantasnya waktu.

siren di bunyikan. ambulans memecut laju. perut aku sedikit kecut. kali pertama aku merasai keadaan seperti ini. aku hanya tediam. sesekali di dalam hati sempat menyumpah kereta kat depan yang tak reti reti nak mengelak. ok, ini bukan main main. kat belakang ada mangsa yang perlukan rawatan segera. kalau la ahli keluarga korang kat dalam tu, baru korang tahu mcam mana. bisik hati kelabu aku ni. 

telinga aku rasa sedikit bingit. kuat jugak bunyi siren ni. rasanya sampai esok pagi bunyi neee nooo neeee noooo ni melekat kat dalam kepala aku. sesekali aku menjenguk ke belakang. melihat keadan mangsa. sepi. agaknya dah tido. kena bius. perjalanan sejauh setengah jam ke hospital itu menyebabkan aku pening pening.. ahh sudah. sakit biasa aku datang lagi...

dalam keterpaksaan tu aku tahan jugak. buat macam tak ada apa apa.. akhirnya sampai di hospital... mangsa di bawa masuk ke ICU... err wad kecemasan kot.. ke sama je.. hentam je la... 

siap karangan kisah benar aku.. semoga orang tu selamat hendaknya... last, walaupun penat, tapi aku tetap gembira dengan pengalaman yang aku dapat.

harap semua dapat ambik iktibar dan pengarajan daripada cerita ni.... err sebenarnya aku tak reti nak buat penutup. mata dah ngantuk. esok kerja lagi. tapi gaji tak naik. opssss lari topik.


hah korang dapat tak moral daripada cerita ni?

Wednesday, May 11, 2011

JALAN SEMALAM




jalan semalam aku lalui semula
di lorong gelap yang hilang cahaya
aku melangkah di dalam memori lama
melihat diri sendiri sedang tertawa

hari hari bagaikan di sulam pelangi cinta
masa terindah sentiasa di isi dengan sempurna
gelak tawa suka ria tidak pernah habis di kira
namun hari ini jiwa aku mula bertanya

mana perginya saat aku sedih berduka
tiada satu pun detik aku sedang kecewa
waktu aku menitiskan sisa sisa air mata
menginsafi diri atas segala dosa dan noda

sekali lagi aku bertanya pada hati
akukah insan yang aku lihat ini
terasa malu dengan tingkah laku sendiri
tak ingin lagi aku terus begini

aku terbayangkan di akhirat nanti
semua rahsia dan aibku setiap inci
setiap tutur kata dan juga gerak geri
pasti akan di pertontonkan kembali

tiada lagi muslihat untukku sembunyi
tiada lagi kata dusta dapatku selindungi
setiap jasad akan melihat dan memerhati
dari mula hingga akhir hidupku ini

wahai tuhan yang memiliki seluruh semesta
ampunkan segala dosa yang terbit dari hamba







.:hari ni dan esok aku ada kat selangor.. err tu je nak bagitahu... :)

Tuesday, May 10, 2011

MUNIR - DIET




di suatu pagi yang tenang sepoi sepoi bahasa... di sebuah klinik.. 

setelah 2jam menunggu.. ting tong...4023..bilik 4......

seorang budak lelaki yang murung dan keresahan berjalan lemah menuju ke bilik 4..





di dalam bilik 4...maka berlakulah perbualan seperti di bwah..


doktor: kamu sakit ape?

munir: err saya tak ada selera makan doktor..

doktor: oh patut la berat kamu makin kurang..

munir: betul tu doktor.. seluar pun banyak yang longgar..

doktor: saya tengok ok je seluar kamu pkai tu...

munir: err ni seluar adik saya doktor..

doktor: hmm ok saya bagi kamu ubat..nanti pergi ambik kat farmasi ye..



di bahagian farmasi....

ting tong...6033 kaunter 6..


aku: munir kan..

munir: err ye.. mana tahu nama saya ni..

aku: tengok gaya dah tahu.hehe

munir: ?

aku: ni ubat tambah selera makan.. makan 1bijik, 4kali sehari.. tapi kena makan ubat ni lepas makan nasik.

munir: 1bijik 4 kali sehari?

aku: ye.. 4kali sehari selepas makan nasik.. makan nasik tu sampai kenyang dulu baru makan ubat..

munir: ok. terima kasih...

aku: same same


lepas munir berlalu pergi, aku pun gelak sepuas hati..hahaha


ok, moral? cari sendiri ye... hehe



oh jap, cerita ini adalah rekaan semata mata..

KERING

kering sudah air mata
untukku tangisi segala dosa
sepanjang malam aku terjaga
memikirkan nasibku di sana

Monday, May 9, 2011

KU CARI




cuba ku selami sedalam hati
mencari rasa yang tulus suci
saat sakit dan aku terpaksa
senyum manis menutup duka

adakala aku rasa bersalah
di luar indah di dalam punah
masih lagi aku mencari cari
di mana rasa yang tulus suci

sampai bila harus menipu diri
rasa ini harus di buang pergi
aku selami sedalamnya hati
ke mana rasa tulus dan suci


kadang kala semua tidak menjadi
sia sia sahaja apa yang aku perolehi
sakitnya hati tak tertahan lagi
namun senyum masih berseri

sukarnya untuk aku jumpa
bagai mencari sebutir mutiara
kedasar lautan ke ruang angkasa
namun usha ini masih hampa




susah kan nak dapat sifat ikhlas bila kita tertindas.. bila kita banyak kerja.. rasa buat kerja macam terpaksa je..

ikhlas tu penting.. kalau buat kerja tak ikhlas... tak bagus kan..



untuk anak nurimanja... saya tak berdendam pun dengan blog ayah saudara.. saya maafkan dan halalkan semuanya.. saya tahu bukan silap saudara kan... mungkin silap saya jugak.. sepatutnya kena tulis dilarang plagiat/ciplak... maaf sebab tak balas email kamu lagi.. sebenarnya saya tak berapa pandai guna email.. siyes.. saya tak pernah guna.. cuma tahu reply je.. tu pun baru2 ni je terguna...harap saudara tak kisah saya tulis kat sini je.. kiranya semua yang terjadi tu kita ambik iktibar.. yang lepas biarkan lepas.. harap kita dapat bersahabat di alam siber ni.. 





maaf semua.. Bz datang cari aku...

TAK PERNAH




biarku telan semuanya
pahit dan luka kisah semalam
asalkan saja kau bahagia di sana
bersama insan yang kau sayang

bukan sengaja aku mengungkit kembali
sejarah kita yang lama telah pun terjadi
aku di sini cuma teringatkanmu di sana
saat terlihat gambar wajahmu di minda

kini dirimu telah pun berpunya
aku di sini hanya berair mata
mana kan mungkin untuk aku lupakan
dirimu yang pernah menjadi pujaan

biarku putar laju roda waktu
agar dirimu tak selalu di hatiku
berat sekali untuk aku menerima
kau pergi meninggalkanku begitu saja



emm jarang kan aku buat puisi macam ni.. sekali sekali nak jugak berfeeling..hehe tapi ni cuma rekaan semata mata ye.. tak ada kaitan dengan diri sendiri.. sebenarnya aku tak suka buat puisi pasal cinta atau yang seperti di atas.. ok dah la tu. moralnya, carilah cinta yang kekal abadi..

oh satu lagi.. aku skrang dah melangkah ke alam sebok... komen dan jejak korang aku dah lama tak balas.. sory sangat.

untuk anak nurimanja.. maaf ye..saya masih tak balas email anda.. nanti ada masa ok saya balas ye..


last, selamat hari ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu, mama, mak, umi, mami dsb.. lelaki tak termasuk ye...

Thursday, May 5, 2011

DI BAWAH SINAR CAHAYA


 

Bila mentari mula menangis
Terpejam cahaya tiada kata
Hujan membasahi malam menghampiri
Redup hati tak terubati
Bila bulan membuka cerita
Berjalanlah seorang hamba
Dengan linangan air mata
Memikirkan nasib yang menimpa
Tiada yang ingin bertanya
Tiada yang sudi membantu
Hanya kesunyian malam bersuara
Simpati kepada manusia
Di bawah sinar cahaya
Dia berdoa pada yang kuasa
Mengadu penuh syahdu
Mengharapkan sesuatu






:(

Tuesday, May 3, 2011

02.05.2011

kerana hidup kita pasti mati...



al-fatehah

Monday, May 2, 2011

OSAMA MENINGGAL?




Tadi terbaca berita Osama Bin Ladin meninggal... betul ke? ke propaganda je...ntah..aku pun tak tahu.


oh lagi satu.. aku tertinggal laptop kat kg..jadi tak boleh nak balas jejak dan komen korang...
sory sangat sangat.. ni pun guna pc tempat kerja time rehat.. nampaknya malap lagi la blog ni..hehe




p/s: MU dapat telor semalam...