Sunday, January 30, 2011

ADA TAG UNTUK ANDA DI BAWAH INI

gambar ini hanyalah untuk penyedap mata


assalamualaikum...2,3 hari jugak aku tak buka blog...banyak perkara yang tertangguh..yang di rancang tak terlaksana...kita cuma boleh merancang..tapi bukan kita yang menentukan..ok aku nak post pasal cerita kali ni..n3 ni panjang sikit...tapi ni kesah benar.hehe aku nak tulis dalam blog ni..sebab ada perkara penting yang aku nak ingat.

selepas aku siap post n3 hari ini, seminggu sebelumnya pada tahun lepas, aku dengan sepantas kilat bersiap.. hajat hati ingin ke kuala lumpur hampir nyata..sebenarnya aku dah buat perjanjian dengan yulley dan mak aku untuk pergi ke kuala lumpur dan rumah kakak aku di wangsa maju...tapi di sebabkan kereta aku belum siap lagi di bedah siasat, aku jadi buntu di antara dua persimpangan..satu jalan mati..satu jalan bahagia..tapi tanpa di sangka, pomen kereta cakap kereta dah boleh ambik..masa tu dah nak maghrib...aku terus meluru laju bagaikan peluru sesat.

dalam pukul 8 malam aku terus gerak ke terengganu....jarak lebih kurang 100km lebih tu tak bisa memadamkan semangat aku..memandu seorang diri memang lain cabarannya...mengantuk...bosan..pening..sudah cukup untuk menguji tahap kekuatan aku yang tak berapa kuat ni..dalam sejam setengah aku sampai sana..tu pun setelah aku bertungkus lumus bertarung dengan lori jalanan.

sampai je kat rumah..aku macam biasa la..pening..mabuk bawak kereta..penyakit mabuk ni rasanya aku baru dapat..lagi pantang kalau aku yang duduk kat belakang jadi penumpang..pernah tu aku naik ambulans, mabuknya mengalahkan ibu yang mengandung. ok tamat cerita pasal mabuk.


dah la tu tulis..sambung esok pulak...aku nak buat tag dari melatidaisy pulak ni..
tag ni aku baru tengok...tengok punya tengok..boleh tahan jugak tag ni...


apa benda penting dalam hidup korang?

benda...ic kot...
kad bank..
hp..
banyak benda jugak tu..


benda terakhir yang korang beli gune duit korang?

pagi tadi aku beli minyak kereta kat petronas masa nak datang kerja..
aku isi 30ringgit je..
minyak kuning.
yang hijau mahal..


dimanakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?

nak kawin mesti la kat rumah pengantin perempuan kan..
jadi tu la jawapannya.hehe
Tema..sederhana cukup sempurna.. 

adakah korang sedang bercinta sekarang?

cinta....mesti la..tiap masa..
cinta itu tak ada batas..


berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?

sepatutnya dari dulu lagi..kini dan selamanya...
eh macam slogan tu pulak...


di manakah korang selalu jumpa kekasih korang?

di mana mana...


novel/buku/majalah terakhir dibeli?

baru 2hari lepas aku beli...
7 rahsia langit dan bumi..


apakah nama penuh korang?

err tak pe kan tak bagitahu...
ok aku tukar soalan lain..

apa nama penuh kuceng korang?
err aku tak ada kuceng..


antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?

mak..ayah pun mesra jugak.


namakan orang yang betul² korang nak jumpa dalam hidup korang?

Kekasih yang di cintai...rasulullah s.a.w


adakah korang basuh baju korang sendiri?

tak..mesen yang basuh


dimanakah tempat yang betul2 korang nak pergi?

Makkah Al Mukarramah


pilih salah satu, peluk atau cium?
 
dua dua aci tak..


beritahu 3 benda tentang orang yang beri tag?

1) seorang yang baik..
2) bayak ilmu..sebab kat blog dia banyak cerita yang bermanfaat.
3) dia orang terengganu.

Lima benda yang paling disayangi dalam hidup anda?
 
benda yang paling di sayangi..banyak ni...
 laptop ni..sebab pakai duit sendiri beli..
hp..hari hari aku guna..
kereta..aku nak ulang alik..
buku..sebab aku suka buku..
err banyak lagi ni...
cukup la tu eh...hehe


lagu yang paling anda suka dan selalu dengar?
 
aku kurang sikit pasal lagu ni...
emm masa blaja dulu aku selalu dengan butterfinggers..
masa sekolah dulu aku suka raihan..
sekarang ni tak ada rasanya..


bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas?

30jun1980-an
aku tak sambut pun...
buat diam diam je.hehe


rakan Blogger yang korang nak tag

ok dah..ni kerja rumah untuk korang pulak.hehe
kena rajin rajin buat ye..



p/s: broadband lembab..sebab aku tak bayar lagi bil...
tak boleh serang 1juta blog malam ni.





Wednesday, January 26, 2011

HARI INI, SEMINGGU SEBELUMNYA PADA TAHUN LEPAS

Tuesday, January 19, 2010


pada hari itu...tertulislah cerita ini...





Cahaya senja....



aku memandang tepat ke muka casio mtp-1192...jarum pendek jam hampir menyamai garis yang ke 7...terasa jarum saat berputar begitu pantas sekali...perjalananku merentasi belukar semak semakin tiba ke penghujung...suasana senja begitu mengasyikan..aku semakin gila...gila dengan pemandangan cahaya...di temani kamera cabuk..aku merakam sedikit gambar...aku tidak pasti..mengapa aku begitu tertarik dengan tempat ini...walhal..ini bukan kali pertama aku ke mari....mungkin tempat ini jauh daripada pencemaran...jauh dari deruan enjin bermotor...jauh dari kesesakan...jauh daripada kerakusan manusia...masih semulajadi...walaupun telah ada sedikit hasil tangan petani...penternak...keasliannya masih terjaga...

jauh di lubuk hati..aku merakamkan rasa syukur kepada maha pencipta...engkau berikanku mata untuk melihat...menghayati hasil ciptaanMu....indah....tak terjangkau keindahan syurga kelak...aku meneruskan perjalanan..aku memandang sekitar dengan penuh takjub...limpahan cahaya itu menyapa wajahku...rumput yang segar menghijau itu menjadi kuning keemasan...sungai kecil yang jernih itu memancar sinar....bagaikan tersimpan sejuta berlian di bawah sana....airnya yang tenang mengalir....memberi kesegaran kepada minda...dinginnya seperti mencecah tubuhku...ingin sekali aku menjejak kaki ke dasar sana....burung burung yang bebas terbang begitu riang sekali....mereka sudah lama bersaudara dengan alam....lembu lembu itu menjadi sahabat karibnya...semuanya berlaku begitu pantas...tidak sempat untuk ku rakam semuanya....

jarum jam tidak henti henti menari....sebelum maghrib aku mesti sampai ke rumah..aku tinggalkan semua keindahan ini di situ...kekallah untuk sementara waktu...kongsikan pada semua...khabarkan pada mereka tentang ciptaan tuhan...ajarkan mereka tentang pencipta...perlihatkan semuanya sementara masih sempat..semantara belum tumbuh hutan konkrit...sebelum berdiri pencakar langit....sebelum mengalir sungai batu....sebelum di cemari udara hitam....sebelum merangkak kereta kancil....teruskan bercerita pada yang berakal...pada yang mahu berfikir...pada yang mahu melihat...tumbuhkan rasa kagum di dalam hati....biarkan mereka terpesona dengan ciptaan Ilahi....biarkan mereka terpukau... hingga bibir mereka melafazkan syukur...lafaz yang ikhlas dari lubuk hati...akhirnya...Subhanallah.....




















p/s: pada masa tu aku betul betul terpesona dengan susasana di situ..jauh bezanya macam dalam gambar.


malam ni aku tak boleh nak bw dan balas komen.aku kena balik kg.



Tuesday, January 25, 2011

TENANG


penat.....
sakit urat...
mana tak nya.. main futsal separuh mati..
bersenam tak, apa tak terus main..

aku baru balik...
tadi main dengan team cekgu, team klink, team budak wakil sekolah...
baru aku tahu..
aku nak wakil kampung pun tak lepas...

sambil tengok kat perut..
aku muda lagi..
tapi nape macam orang dah 40 ke atas..
patut la berat je aku nak lari..

tapi ok la..
untuk permulaan.
keluar peluh..
bakar lemak..
buang kolestrol jahat...

tadi ada satu ensiden
legamen budak tu terpelewoks...
err terpelewoks tu bahasa apa eh?
aku hentam je.hahaha
tapi kesian jugak dia..
tak boleh jalan dengan ok..
nak dua tiga minggu jugak tu rehat..

kesimpulannya..
tiap apa yang kita buat,
kena hati hati..
dalam tengah tengah suka,
datang sedih dan sakit..
tak nak la macam tu..
mintak di jauhkan..

korang pun..
kena rajin rajin bersenam
Kementerian Kesihatan Malaysia pun ada cakap..
kena bersenam..
kat malaysia ni ramai orang yang obes..
tak baik untuk kesihatan..

oh baru aku sedar
aku meleret leret malam ni..
aku nak mandi..
semayang...
lawat blog orang..
tido....

terima kasih sebab sudi lawat blog aku..
aku sangat hargai..
serius...
aku benar benar maksudkannya..

ok aku nak berhenti..
dah meleret leret ni...
makin panjang.
titik.




Jul 019

MUNIR - UBAT KUAT




satu hari tu..munir pergi jumpa doktor...

doktor: kamu tak sehat ke..sakit apa...

munir: err sehat doktor..cuma saya nak ubat kuat....

doktor: hah ubat kuat??

munir: ye doktor...ada tak doktor...?

doktor: tapi kamu bawah umur lagi...tak elok ambik ubat kuat..

munir: kenapa doktor...?

doktor: ubat kuat untuk orang yang dah kawin je..

munir: takkan nak ubat kuat ingatan kena kawin dulu doktor...?

doktor: ohh ubat tu...



aku pun nak kena cari ubat untuk kuatkan daya ingatan..selalu je lupa....
kat bawah ni ada tip sikit...baca sambil lalu je la ye.hehe


TIP MENGUATKAN DAYA INGATAN

Amalkan Tidur Yang Cukup

Mengawal Tekanan

Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan

Bersenam

Elakkan Kemurungan

Awasi Pengambilan Ubat

Belajar Sesuatu yang Baru

Banyak Membaca

Fokus

Membaca Al-Quran



Kalau nak tahu dengan lebih lanjut dan mendalam boleh la KLIK SINI

NUFFNANG



Assalamualaikum...

hari tu ada cerita pasal nuffnang kan...pasal TIGER VS PARA PARA tu..
ada yang bagi respon...ada yang bagi solusi..terima kasih ye...

memang ada cara nak setting kan...tak nak bagi eklan mengarut masuk kat blog kita.
cuma aku je yang tak tahu..sory ye...hehe aku ni tak pandai sangat bab bab tu...

so hari ni aku dah setting betul2 punya...tak keluar lagi eklan mengarut...dan aku tepek balik la nuff tu...
tapi kalau kluar dia buat hal lagi, aku akan ke bakul sampahkan dia.hehe kejam jugak aku ni..

ok terima kasih kat mereka ni...







p/s: singgah la blog diaorang..sebab diorang memang perihatin...  



cara cara nak tukar / edit eklan kat nuffnang yang di ajar oleh KUREKURE COMEL

1. masuk kat nuffnang.

2. klik kat blog manager / pengurusan blog

3. pastu klik kat kemaskini tinjauan / dalam BI aku lupa pulak.

4. pastu tengok kat soalan no 7. klik tidak.

5. kalau tak jalan jugak report je kat nuffnang.senang cerita.hehe




p/s: saya budak baru belajar..salah silap tolong maafkan.

p/s lagi: petang ni aku masukkan nuffnang balik.tak sempat dah nak masuk keje.

LUCKY LINKER BY AMIEY LEE


200 blogger terawal tglkan link di Myster Linky dapat satu peluang cabutan bertuah... hmmm salah satu cara nak blogwalking paling senang sekarang adalah tglkan link..
ok..nak mudahkan korang supaya snang nak jalan2 g blog kawan2 yang lain kan...
jgn malu2 jgn segan.. korang amat amat amat amat djemput tglkan link korang
kt blog aku yg tk berapa nk jadi blog ni kekekekekekeke...
sila2 la ye... aku nak wat cabutan lagi ni....
ni suma sempena My Qaisarah is turning 2 Yearssss

hadiahnye adalah sehelai T-SHIRT.......
TETAPI JIKA ANDA ADALAH FOLLOWER..
HADIAH AKAN JADI DOUBLE...
MAKSUDNYE 2 TSHIRT UNTUK ANDA DAN PASANGAN ANDA
JIKA ANDA BUAT ENTRY....
(copy keseluruhan entry ini sahaja dan tulis tajuk "LUCKY LINKER BY AMIEY LEE")
HADIAH AKAN JADI TRIPLE....
2 HELAI T-SHIRT + HADIAH MISTERI UNTUK BUAH HATI ANDA
(buah hati : anak/ibu/ayah/MIL/FIL/siblings/bff)


err semua yang diatas adalah di copy paste je..harap maklum.


p/s: yang tak ada idea nak post n3 macam aku ni boleh la join ye..hehe




p/s lagi: jom terjah blog beliau.. KLIK SINI

 

Monday, January 24, 2011

PERJALANAN SEBUAH KEHIDUPAN



bermula dari terbitnya daun pertama
tumbuh dah bercambah segar hijau
sehingga ia tinggi dan merimbun
berbuah lebat merah masak ranum
berpusing pusing waktu dan musim
dedaunan mula luruh ranting pun kering
akhirnya tumbang di sapa angin lintang
tinggal kenangan reput dan kesepian..

itulah kehidupan...





p/s: Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah

TIGER VS PARA PARA

tadi aku bukak blog..macam biasa..nak bersihakan sesawang kat celah celah cermin...
mata aku sempat menagkap sesuatu...inilah dia...





sila guna kanta pembesar untuk besarkan gambar :)


ok tu gambar blog aku...nampak tak apa yang aku nak fokus...benda tu la..nuffnang tuh...ye memang tak ada orang klik pun. tapi tu...gambar tu...tiger...bukan tiger wood tu..haha tiger yang setan minum tu la..aduhh tak suka betul la aku benda alah tu masuk dalam blog aku...

aku rasa tak ok kan benda tu..ye la..ni blog aku..orang masuk..tengok..kiranya aku iklan benda tu la kan.. kira ada saham jugak la kan...

ke ada cara yang aku tak tahu tapi korang tahu..cara tak nak bagi iklan yang tak best masuk dalam blog kita..maklum la..aku ni bukan pandai sangat bab bab setting ni..hari hari masuk blog main hentam je..tulis..pastu publish...

di sebabkan tu aku rasa lebih baik aku buang je nuffnang..



Dari Annas bin Malik katanya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

“ Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai arak :-
  1. Pembuatnya,
  2. pengedarnya,
  3. peminumnya,
  4. pembawanya,
  5. pengirimnya,
  6. penuangnya,
  7. penjualnya,
  8. pemakan wang hasilnya,
  9. pembayarnya
  10. dan juga pemesannya.” (Hadis Riwayat Imam Tirmidzi)

            

CINTA ITU DI MANA


cinta itu ada..
tapi dimana?
di hati?
belahlah hati..
adakah cinta di situ?
tiada..
kerana cinta itu bukan benda..
cinta itu rasa yang indah..





p/s: cintailah cinta yang sebenarnya..pasti tiada kecewa




n3 ni telah di post semalam, tapi di tarik balik atas sebab yang tak dapat di elakkan..

Sunday, January 23, 2011

DENDA TIDAK KURANG 2TAHUN PENJARA




zaman sekolah tu memang best kan..bagi aku la...bila dah keje ni rasa rindu pulak zaman sekolah..macam macam kenangan..macam macam peristiwa...

tapi aku tak nak cerita pasal belaja..tengok buku..kerja rumah..tau aku culas sikit.hehe maklum la lelaki sejati...
hari tu aku duduk sorang sorang..dan senyum sorang sorang.. "memang sah budak ni tak betul" kata pesakit tu dalam hati.. aku bukan apa..cuma teringat zaman sekolah..time kena denda..bila imbas balik memang jadi kelaka...masa kena tu memang la tak best..tapi bila ingat balik...tu yang jadi nostalgia tu...

ok aku rasa semua orang pernah kena denda kan..melainkan orang tu best student...aku la salah sorang dari tu..err bukan best student.tapi pelajar yang selalu kena denda..yang paling aku ingat kena berdiri luar kelas..sorang sorang..memang terasa tu...malu giler... kena denda depan perhimpunan lagi bisa...satu sekolah tahu..memang glemer la.hahaha kena duduk bawah meja..kena baling dengan pemadam papan hitam..nasib baik aku pandai mengelak... kena denda berdiri atas kerusi tu dah biasa..lupa buat kerja sekolah..lupa hafal..
rasanya tak habis nk sebut..tak sempat ni...

korang pulak macam mana..takkan tak pernah kena denda..mesti pernah kan...
tapi sebenarnya dengan denda tu la dapat bentuk aku sebagai aku yang sekarang..nakal nakal pun aku tak pernah  lagi bakar sekolah.haha

ok la..dah lewat nak masuk kerja..kan tak pasal pasal kena denda lagi...




p/s:hari ni pesakit ramai giler..macam nak pergi mengundi je...


Saturday, January 22, 2011

MUNIR - AIR KOSONG



pada satu hari...
di tengah terik mentari....
ada seorang budak lelaki....
munir nama di beri...

maka bermulalah satu peristiwa..
selepas loceng sekolah bergema...
di sebuah warong cik kiah glemer...
terdengarlah satu suara...



munir: err makcik..nk air batu kosong satu...

cik kiah: okeh siap!

munir: wah cepatnya..berapa ni makcik..?

cik kiah: 50sen

munir: aik..semalam kan 20 sen je saya beli..

cik kiah: ish kamu ni munir..kan minyak dengan gula dah naik harga..budak2 mana tahu..

munir: tapi saya mintak air kosong je ni..bukan air gula....

cik kiah:(banyak cakap pulak budak ni) nah belen 30sen..pg main jauh2..





p/s: selamat mengundi kepada semua warga tenang.semoga semua bertenang ye.hehe




nak tahu rahsia air kosong.. KLIK SINI

Thursday, January 20, 2011

WARKAH TIADA NAMA



assalamualaikum..
semoga semua sehat hendaknya...
mula mula aku nk mintak maaf..sebab sehari dua ni sebok sikit.
tak sempat nk bw dan reply komen korang..
sekarang ni pun tak berapa sehat..
batuk, selsema datang lagi..

esok, lusa tak online jgk.
aku nk balik kampung halaman..
insyaallah ahad ni aku online balik..
kalau ada apa apa yang tertangguh tu aku harap di halalkan.
ye la..kita tak tahu bila waktu kita pergi kan..
ok apa apa pun harap korang ceria dan bahagia selalu.
hehe macam orang kawen je...

wassalam.


p/s: hari ni belah pantai barat cuti.. tapi aku kat belah pantai timur MC.hihihi

Wednesday, January 19, 2011

HATIKU TAK SIAPA TAHU


aku
bukan dari sini,
tapi aku tercampak kemari.
aku cuma
orang biasa,
tapi aku bukan tak berguna...








P/S: saya ini tak sempurna, tapi saya tahu.. 
dosa dan pahalaku tuhan saja yang tahu...

JOM GEGAR BLOG!





Assalamualaikum..
tadi g jalan2..
jumpa benda ni..
semua orang kenal dia kan.
dia memang hebat..
dia ada buat segmen.
jom gegar blog..
so aku pun join skali.hehe
sape sape nk join jangan memalu ye..

untuk keterangan lanjut,
sila klik kat bawah ni....

JOM GEGAR BLOG!


Monday, January 17, 2011

SATU PERTIGA



terjaga aku dari bahaya
seakan ada yang mengejar kita
terputus putus nafas ini berhembus
di basahi peluh kedinginan

terfikir aku seketika
apakah maksud di sebaliknya
ataukah ini hanya mainan tidur
untuk menggangu malamku yang kosong

terbayang sekilas di ingatan
bayangan hitam itulah yang mengejar
katanya dia adalah amalanku
tapi mengapa hodoh dan hina

masih menitik peluh di dahi ini
jasad dan jiwa terkunci mati
dan tiba tiba air mata mengalir
tak dapatku bayang bila ku disana.

masih sunyi di saat ini
satu pertiga malam makin berakhir
takkan ku sia walau sesaat lena
sebelum aku benar benar terlena




“Wahai orang yang berselimut! 
Bangunlah solat tahajjud pada waktu malam, selain daripada sedikit masa (yang tidak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan tartiil”
(al-Muzammil ayat 1-4)

“Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui (wahai Muhammad) bahwasanya engkau bangun (solat Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya”.
(Al-Muzammil : 20)

Aisyah ra berkata “ Rasulullah SAW bangun apabila telah mendengar suara berkokok yakni ayam jantan”. Keterangan ini menunjukkan bahwa baginda saw mengerjakan ibadat malam selama satu perenam malam atau kurang sedikit dari itu.



“Sesungguhnya orang yang bertakwa ditempatkan dalam syurga, dengan mata air mata air terpancar. Mereka mengambil apa yang diberikan oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan diakhir malam mereka beristighfar kepada Allah.”
(az-Zariyat:15-18)




yang berminat sahaja. KLIK

RAHSIA BUKU JINGGA



semalam aku bermimpi
di datangi seorang lelaki tua
di tangannya ada sesuatu
berkilau dan bercahaya

sangat aneh mimpi ini
rasa bagai jelas dan nyata
aku terjaga memegang buku
buku jingga seratus rahsia

Sunday, January 16, 2011

ADA HIKMAHNYA

sehari dua ni, aku macam dah kematian idea. tulis sikit, buntu. sambung lagi, jem. mungkin sekarang ni bukan masa yang sesuai. sedikit sibuk. letih penat dan sewaktu dengannya. tapi tu bukan penghalang untuk aku update blog. harap idea tu cuma hilang sekejap.

balik dari pasar malam, aku terus makan. memang dah lapar tahap dewa. tapi aku pasti masih ada lagi orang lain yang lapar dan tidak dapat menjamah makanan. semoga aku tak lupa bersyukur. ok mungkin mulai hari ni aku nak tulis ayat penuh. atau kata lain ayat skema. hari tu aku ke blog Shinju Lala dan terbacalah kat situ. ada satu kempen untuk blogger. kalau nak tahu apa kempen tu, kena rajin rajin jenguk ke sana ye.

ok tutup cerita bab tu. sekarang aku nak sambung cerita pasal perenggan pertama. sementara cari idea, aku belek kat draft blog aku ni. tengok puisi/sajak/pantun/ atau tulisan aku yang dulu. jadi aku ambik keputusan nak ambik cerita dulu dulu dan post balik. sebab masa tu aku tak pandai lagi main blog. tak ada orang pun masuk sini. aku sorang je dengan dunia aku. mungkin tak ada orang baca dan langsung tak masuk sini.aku pun tak tahu.

sebenarnya sebelum SYAIR SI PARA PARA wujud, aku dah ada blog lain. blog pertama. CERITERA. tapi blog tu tak sentuh sangat pasal puisi/sajak/pantun macam dalam blog ni.blog tu banyak cerita pasal diri aku. sekarang blog tu aku simpan buat stok. sebab banyak kenangan aku kat blog tu.sayang pulak nk padam.ok  bila aku rasa macam aku sorang sorang je yang baca dan buka blog tu, aku cuba buat blog lain. maka terlahirlah blog ni. warna putih macam sekarang ni la.terima kasih untuk NICK IRFAN. bagi aku dia tu pemangkin semangat aku untuk berblog.aku minat giler cerita hantu dia.

dah panjang aku melencong ni. rasanya ni la post yang paling panjang dan skema aku pernah tulis.ok la. kesian orang yang baca. mesti bosan kan. tak apa. dah nak habis ni. aku nak cerita sikit sebab apa aku buat sajak kat bawah ni. tajuk, ada hikmahnya. 

masa tu aku tengah belajar lagi. aku buat sebab masa last sem tak silap aku, motor kawan aku kena curi. baru beli la jugak. tak sampai setahun. memang sedih la. sebab aku selalu jugak bawak motor tu. pergi kelas. pergi pusing satu KL. memang banyak kenangan la. tapi nak buat macam mana kan. CCTV ada pun tak boleh nak kesan sape yang ambik. tak nampak pun motor tu keluar dari bangunan. mungkin tu ujian untuk dia. apa yang kita boleh kata, bersabarlah...



ni header blog aku yang dulu


Telah tersurat semuanya
Semenjak dari azali lagi
Perjalanan hidup kita
Harus tempuh suka dan duka
Hentikanlah air mata
Berserah pada yang Esa
Semua telah terjadi
Tiada guna bersedih lagi
Pasti ada hikmahnya
Disebalik yang terjadi
Mengajar diri kita
Menjadi lebih dewasa
Ingatlah waktu bahagia
Saat kau rasa gembira
Jadikan pengubat duka
Hilangkan semua sengsara
Hari ini harus dilalui
Untuk bertemu hari esok
Rintangan harus dirasa
Agar hidup lebih bermakna



p/s: kalau ada salah ejaan tu mintak di abaikan ye. aku tak ambik BM dulu.hehe




pernah di post pada 17/02/2010.

SELAMAT MALAM DUNIA



sekarang pukul 2am lebih..aku baru sampai rumah..penat..letih..sakit kepala..smyg pun x lagi...
hari ni baru dapat buka blog...n3 seblum ni aku post secara auto...trma ksih kpd yg sudi baca dan komen..
insyaallah esok aku balas balik kunjungan dan komen korang...

oh lupa...nanti pkul 7am aku kena masuk kerja..rasa kejap je cuti...tapi tak pe..aku mmg kena berbakti.hehehe
ok aku nk smyg dan tido cepat...

selamat malam dunia...



lewat malam begini
jelas terasa sunyi
mata hampir terlena
akhiri sebuah cerita

namun disana
cerita mereka baru bermula
di jalanan yang sunyi
mereka hiburkan hati

mungkin ketenangan yang di cari
di lorong gelap menjadi saksi
ada derita dan hilai tawa
semuanya ada di sana

namun di sini
aku mulai bermimpi
ku akhiri hidup seketika
kerana esok akan menjelma

Saturday, January 15, 2011

BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI PENDERITAAN YANG DI ALAMI




nasi yang putih itu hampir hitam
apabila di gaul dengan lauk kegemaran
kicap manis cap jalin
itulah lauk dan santapan untuk keluarga mereka
hampir setiap hari
jikalu bernasib baik
ada jiran yang perihatin
memberi ikan untuk di jadikan hidangan
maka makan besarlah mereka sekeluarga pada hari itu
kalau harinya tidak baik
nasik yang putih itu tetap menjadi rutin harian
cuma kali ini di gandingankan dengan garam
begitulah kesusahan yang di alami mereka sekuluarga
ibunya hanya memperhambakan diri pada kerja kampung
nasibnya baik dapat lah 10ringgit sehari
tu dah cukup lumyan
tapi pendapatan yang lumanya itu tak selalunya datang
paling tidak sebulan sekali
cukuplah bagi seorang ibu tua untuk membeli alatan dapur
untuk membesarkan dan mempersekolahkan 3orang anaknya
tapi yang pasti
seorang ibu tua itu tidak pernah mengeluh
sama sekali tidak menyalahkan takdir yang menimpanya
melainkan didalam hatinya bertasbih syukur
syukur kerana masih di beri peluang
untuk meneruskan kehidupan
syukur atas segala galanya
kerana dia tahu
ramai lagi di luar sana
mendapat ujian yang lebih berat dan hebat....




skng, minyak naik harga, gula, bawang, dan barang barang lain...mcm mana dgn orang yg hidup kais pagi makan pagi...kais petang makan petang..kita ni kira syukur..sbb masih ada lebihan duit utk bayar bil internet..utk makan sedap2...mmg kita x rasa kesusahan orang lain..tapi sanggup ke kita tengok saudara seagama dgn kita hidup merempat...hidup melarat...
bantulah mereka dengan kelebihan yg kita ada..

Friday, January 14, 2011

BURUNG PATAH SAYAP ATAU SIHAT?




Diceritakan: Ibrahim bin Adham berjumpa dengan Syaqiq al-Balkha di Mekah.
Ibrahim bertanya, "Bagaimana mulanya sehingga kamu jadi demikian?"
Syaqiq menjawab, "aku melalui sebuah padang pasir.
Ku lihat seekor burung patah kedua sayapnay di situ.
Maka aku berkata: Cuba lihat dari mana dia mendapat rezeki.
Lalu aku memerhatikannya.
Tiba tiba ku lihat seekor burung membawa belalang pada paruhnya,
menghampiri dan menyuap burung yang telah patah sayapnya itu.
Maka aku berkata: Sesungguhnya Zat yang menemukan burung itu dan burung ini adalah kuasa memberi aku rezeki di manapun aku berada.
Maka aku tinggalkan bekerja dan aku menyibukkan diriku dengan beribadah."

Ibrahim berkata, "Mengapa engkau tidak ingin menjadi burung yang sihat yang memberi makan kepada burung yang cacat itu,
sehingga lebih mulia daripadanya?
Tidakkah engkau mendengar Rasulullah bersabda: "Tangan yang di atas itu lebih baik daripada tangan yang di bawah"?
Sepatutnya engkau tahu bahawa tanda seorang mukmin selalu mencari yang lebih tinggi di antara dua darjat dalam segala urusannya.
Sehingga engkau mencapai makan orang orang abrar."

Kemudian Syaqiq memegang tangan Ibrahim dan menciumnya seraya berkata,
"Adalah engkau guruku wahai Abu Ishaq."




semoga cerita tu dapat memberi manfaat kepada pembaca.

Thursday, January 13, 2011

KENANGAN PUTIH

ni n3 yg di post sec auto.
nanti aku balas balik komen korang.




tersimpan di balik gumpalan awam
terbang melintasi ruang fikiran
bagaikan burung yang bebas terbang
mudah lewati zaman

semalam aku kutip kembali
baris baris kata yang di tinggalkan
ingin aku hadihkan buatmu bintang
semoga jadi pujaan

tapi langit tidak selalu cerah
hilang sudah mimpi yang indah
luruh hati di tiup taufan
tingal aku sendirian

keringkan embun yang tercemar
kerana mentari menyinari kita
mulakan cerita akhirkan kecewa
ukir senyum sebaiknya





“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” Mafhum Hadith Rasulullah SAW.


"Yang paling jauh, bukannya bintang, mentari pun bukan jua rembulan tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali..kelmarin yang luput menjadi secancang kenangan, semalam yang terluput mengukir sesalan..yang ada hanya hari ini & akan datang..gunakanlah hari ini dengan sebaik mungkin kerana esok belum tentu milik kita, sedangkan semalam telah pergi buat selamanya.." 
yg ni aku selalu dgr kat radio IKIM.fm dulu.tapi tak pasti ni kata kata dari sape..

PERADUAN JOM BALIK KAMPUNG



khms...
sepatutnya skrng aku dah balik..dn mgkin dah sampai terengganu. tapi tadi..pesakit datang last minit. jadi aku terpaksa tnggu.sampai pesakit habis..tadi aku dah masuk kerja awal..dan x rehat masa tengah hari..hajatnya nk balik kerja awal..tapi tak kesampaian..tu la..sebaik2 perancanga adalah Dia..

balik kerja..penat..aku rahat kejap..nah kau...lepas main game aku terus tido...
bangun smyg..rehat lagi..hajat nk balik petang tak jadi lagi..aku tangguh pulak.kalau tak ada aral, malam ni aku balik.minggu lepas aku dah x balik.rasa rindu pulak nk balik..tapi skrng rasa malas pulak nk balik. oh apakah perasaan ini...bercampur baur..

munir: balik je la...jumpa mak dan adk2..

aku: ye..mmg nk balik..

munir: hbs tu x payah la fikir2 lagi.

aku: eh sungguh2 suh aku balik ni.nape?

munir: aku nk tumpang skali.hehehe

aku: ptt la..

ok tinggal la bab tu.. (masa aku tulis n3 ni tengah bising2.jiran sebelah tumbuk lesung nk buat sambal belacahan kot.hahah)


aku: eh munir, apasal ko letak tajuk peraduan balik kampung tu.bila masa pulak aku buat peraduan..

munir: haha gimik je tu...

aku: baik punya budak..ada je yg kena tinggal malam ni...




p/s: balik la jenguk mak ayah kat kg...x rugi walaupun kena keluar belanja sikit2..btl x.. :)
jangan jadi seperti INI

MUNIR - ISI MINYAK



mak: munir..munirah jom kita keluar..mak bosan la duk rumah.
asyik tgk muka kamu je dua orang.hehe

munir: jom mak..munir pun busan jugak tgk muka munirah ni.hehe

munirah: wekkkk :p

vrooommmmm (naik kete kancil..)

kat stesen minyak.

mak: munir, mak nk pg tndas jap.kalau budak minyak tu tnya, cakap nk isi 5ringgit.

munir: ok mak....

budak pam minyak: err dik...nak isi berapa?

munir: dengan komfiden.. "lima" (sambil angkat jari 5)



2 minit kemudian....
(mak munir x sampai lagi..hajat besar punya kot)

budak pum minyak: ok dik..dah siap...

munir: trma ksih bang.. (hulur duit 5ringgit)

budak pum minyak: eh dik..minyak isi 50ringgit ni..

munirah: x tahu.....lalalla~

munir: errr makkkkkk



err gambar ni tak menjolok mata kan..
kalau time emrgnsi boleh la try ye..
(lelaki only)

Wednesday, January 12, 2011

JINKAMEN Giveaway






Sempena 1.1.11, Jinkamen telah melancarkan giveaway pertama. Harapan Jinkamen GA ini akan menambahkan lagi ukhuwah bersama rakan bloggers. jom kita sama sama join.
tapi kena jawab soklan dulu..


Apakah gadjet kesayangan anda & kenapa? 

hp sony J105i...
sebab ada hp ni je..
sebab simple..
ada kemera 2.0 tapi ok la gambar..
boleh pasang lagu...tapi x guna sgt pun.
ada 3G..tapi line 3G jarang ada.
sebab dgn tel ni la boleh berhubung dgn orang jauh di sana.hehe
msj mmg 24jam.
gayut je jarang..
err apa lagi eh..
haa tahan lasak..
jatuh dah berapa kali ni...ok lagi..
last sebab dia best..hehehe

Syarat2 mudah untuk sertai GA ini:-
Semua Follower Jinkamen di alu2kan untuk rembat hadiah ni. Moh rodong koi..

kepada yang belum folow.. Silalah:-
Follow blog Jinkamen
atau
Follow blog AzMask 


Tampal ler banner katak di atas tu di dalam entry anda & link di ruangan komen untuk memudahkan Jinkamen  menyemaknya nanti.

Silalah tag 3 kawan anda utuk ketahui rahsia gadjet kesayangannya.. Yang tidak kena tag, anda jugak sangat di alu-alukan... Moh semua kita jalinkan ukhuwah sesama kita.

Tarikh GA berakhir pada 25 Januari 2011. Pemilihan blogger bertuah akan dipilih serta merta sebaik GA tamat melalui undian ala-ala main kutu oleh budak kecik yang memakai penyumbat telinga ni.



TAG