Thursday, June 30, 2011

8760 Hari Aku Hidup





berputar putar..... hitam dan putih....... atas dan ke bawah.... akhirnya.... sendiri.....



p/s: semoga hari ini lebih baik dari semalam..

Thursday, June 23, 2011

HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU


salam semua..lama jugak aku tak update blog ni..ingatkan blog ni dah tak wujud..rupanya masih ada. bak kata orang lama hidup segan mati tak mahu. err kata kata tu agaknya sesuai untuk aku jugak sebenarnya..

cuma nak lipatkan dalam entri ni..yang bulan 6 bagi aku sangat sangat mencabar... awalnya aku pergi melaka. pertengahan pulak aku pergi johor.. akhir aku kena pergi kuala lumpur.. bulan 7 mendatang aku kena pergi merang. pertengahan pulak melaka lagi... yang tak bestnya bila seluk poket cuma tinggal syiling je.. hari ni dapat gaji baru aku bayar bil broadband yang tertunggak...

ok cukup la tu.. tak nak la cakap banyak banyak...emm AkuMuzikFilem, pasal plagiat tu rasanya aku nak tutup buku..lagi pun anak tuan blog tu ada mintak maaf pasal ni..dan benda tu memang bukan salah dia.. ok dah la...aku malas fikir sangat pasal ni.. harap apa yang berguna dalam blog ni menjadi buah tangan aku untuk korang.. kalau mendatangkan keburukan atau cuma membuang masa, aku mohon maaf.. apalah aku ni kalau tak ada anugerah yang dipinjamkan olehNya..

oh lagi satu.. sebelum masuk bulan 7 ni aku dengan beberapa orang kena siapkan apa ntah...untuk projek inovasi. kena pergi bertanding wakil terengganu tak silap aku.. kat kuala lumpur rasanya.. err nampak tak ketidak perihatinan aku...siyes..aku tak ambik kisah sangat benda2 tu sekarang.. lupa pulak.. esok aku kena pergi perak..sepupu aku kawin... sabtu ni kawan aku kat johor pun nak kawin.. tak pergi tak sedap jugak kan. kawan baik tu... kalau tak ada aral aku akan pergi..insyaallah...

penutup, semoga korang sehat dan ceria setiap masa.. walau apa pun yang kita buat, kena ingat..DIA sentiasa memerhati gerak geri kita..


wassalam...

jom terjah blog AkuMuzikFilem - blogger prihatin dan best.. tapi sekarng beliau sedikit bz..hehe sama macam aku.

Tuesday, June 14, 2011

MUNIR - DOKTOR FAUZAN




di sebuah klinik kerajaan....
di bilik dr. fauzan..

doktor: hah munir..macam mana.dah habis makan ubat hari tu....

munir: dah doktor..tapi tak naik pun berat saya..

doktor: ye ke.. cuba timbang berat awak tu kat sini..

munir: .....................


56...62....75..94kg.....

doktor: haaa tu...tengok...kan dah makin berat..

munir: habis tu doktor naik sekali atas penimbang..memang la berat..

doktor: eh..hehe ok.. duduk..

munir: emm...

doktor: ok munir..jom..saya belanja awak mcd.

munir: mcd?? hehe


p/s: ni bukan doktor kat malaysia ye. tak ada kena mengena antara yang hidup atau yang telah pergi.





bulan ni aku cuma boleh buka blog sekali sehari masa rehat.. aku korbankan masa makan semata mata untuk blog.gila ahh.. tak makan ni..diet..hehehe

Monday, June 13, 2011

DI SUATU SENJA



terjaga aku di suatu senja
pabila mata menangkap cahaya
silaunya terpancar menusuk jiwa
sayu hati terkunci rasa

terdengar sayupnya suara
memanggil aku ke daerahnya
tersimpan rahsia sejuta makna
hanya aku yang tak terduga




bayangku hilang bersama sinar duka
yang akan terpadam buat selamanya
kini terbentang jalan yang indah nyata
cuma tinggal untuk melangkah ke sana.





semalam aku di permainkan
oleh diri bernama kawan
berdarah hati dan perasaan
seribu sesalan membalut insan

musim kembali bersinar lagi
aku disini masih mencari erti
penghujung jalan penuh dugaan
semoga selamat menempuh ujian



salam semua..sory sebab jarang update dan jarang balas kunjungan korang. err sebenarnya munir tak bayar lagi aku punya bil broadband bulan ni.. tak boleh harap punya budak. jadi aku tak boleh nak online.cuma ngadap laptop macam tu je la..sangat bosan..

apa apa pun, aku doakan korang semua sehat dan ceria selalu... :) 

Thursday, June 9, 2011

MUNIR - KENA LAGI




sambungan yang lepas....



munir: mak..cepat la..cakap nak pergi mcd...

mak: ye la..mak dah siap ni..adik kamu tu tengah siap tu.


5minit kemudian...

munir: kali ni biar munir pulak yang bawak motor..

mak: eh kamu mana ada lesin lagi..

munir: tak pe la mak.. kan dekat je...

mak: ye la..ye la...


maka mereka 3beranak pergi la ke mcd...

masa dalam perjalanan...


munir: mak..ada pulis la kat depan..

mak: haa tu la.. degil sangat nak bawak..

munir: macam mana ni mak..

mak: buat slumber je...



en pulis: berhenti berhenti...tunjuk lesin..

munir: mak, lesin..

mak: nah..

en pulis: eh ni lesin mak kamu...kamu ada lesin tak?

munir: err tak ada..mak saya ada...



5minit kemudian..


mak: hari ni tak ada mcd...kita balik makan nasik lauk kicap je...saman ni sape nak bayar..




p/s: hati hati di jalan raya...

Wednesday, June 8, 2011

AKU BUKAN UNTUKMU




lihat mata hitamku
ada dirimu di situ
tak sejernih dahulu
pudar seperti aku

jatuhkan pandanganmu
pejam rapat derita itu
biar angin bayu bicara
tenanglah seketika

kini terbit cahaya
ayuh bangun segera
kita lari kesana
mengejar yang kau cinta

tinggalkan aku di sini
rebah seorang diri
capai segala cita
yang pernah kau cerita

usahlah kau peduli
aku masih di sini
asalkan kau bahagia
aku pasti gembira

lihat senyuman ini
lihat juga di dalam hati
kau tahu aku tersiksa
tapi itu tak mengapa

jangan kau berduka
andai jatuh semula
larilah kau berlari
kejarlah yang kau impi

aku tetap di sini
masih teguh berdiri
hinggalah suatu hari
aku pergi seorang diri


aku adalah aku, dan dia adalah dunia......

Monday, June 6, 2011

APA YANG SEPATUTNYA KITA CARI





seharian aku di sini. berbicara pada angin lalu. melihat dunia. sentiasa berubah setiap saat. setiap detik. ada yang baru merasai nikmat dunia. ada yang pergi buat selamanya. 

di sini ada yang aku sayang. yang aku rindu. yang aku cinta. dan yang ingin aku miliki. tersangat ingin aku miliki. tapi ada yang tak mampu aku kejar. bukan kerana mereka pantas berlari. tapi kerana aku memang tak terdaya untuk memilikinya. lantas aku biarkan sahaja di situ. cuma memerhati. walau di dalam hati masih tersimpan harapan.

memang benar. sungguh. sifat cintakan dunia. harta benda. terlalu susah untuk di pisahkan. bagaikan sudah sebati di dalam hati. bagaikan sudah melekat di dalam jiwa. celik mata semua di depan mata. menarik dan menggoda. ada yang terlupa tujuan asal kerana tergilakan material.

kadang. diri ini cemburu. pada mereka yang memilik. pada mereka yang mempunyai segalanya. tapi aku sedar. di sebalik semua yang mereka miliki itu, ada satu yang mereka hilang. yaitu ketenangan. terlukis di wajah bersih mereka. tersimpan di sudut hati mereka. jiwa yang kosong. dan mereka masih tercari cari. nilai sebenar erti bahagia. bahagia yang hakiki.

semalam aku lihat lagi. satu nyawa sedang melayang pergi. padahal di tangannya sudah sempurna segala jenis harta. tapi mengapa di tinggalkan saja semua benda yang di cari. yang di kumpul. dan yang di gila. mengapa begitu. benar, mati itu pasti. sampai saatnya kita aku pergi begitu sahaja tanpa membawa harta dan benda. jadi, mengapa pada mula mereka mengejar material sedangkan semua itu tidak berguna. tidak dapat membantu walau sedikit pun di saat memerlukan.

semua harta benda dunia itu bukan yang utama. bukan yang sepatutnya kita kejar dan kita cari. tapi yang sepatunya kita kejar dan cari ialah..........




Sunday, June 5, 2011

KELAM KABUT




diam terpisah sepi tanpa bicara. seharian disini aku matikan rasa. mata lemah merenung esok. terlakar cerita kabur bagaikan bayang bayang. hitam legam tanpa warna. dapatkah aku kesana....

ruang legar ini memenjara. pandangan dan fikiran ini makin terbatas. panas hangat menyengat setiap rongga. senyum yang di lempar tidak terbalas. haruskah rasa ini di terjemah. berbicara pada jasad yang tiada jiwa. adakah ia akan mengerti...

cukuplah apa yang di miliki. sekadar untuk memenuhi mimpi. bukan. semua ini bukan milik aku. aku cuma di beri pinjam nikmat yang terhebat. tapi sayangnya. nafsu tidak pernah cukup pada satu. dua. tiga dan empat. gunung emas habis di rampas. tapi sayang, nafsu tidak pernah puas.

hakikat hidup ini terlalu sulit untuk aku pecahkan. mungkin sampai satu masa aku akan mengerti jua. sebelum jasad ini di pecahkan.


kerana hidup hari ini adalah untuk esok.

Wednesday, June 1, 2011

Transformers 3: Dark Of The Moon

30 JUN 2011


malam yang dingin.. hujan yang pada mulanya merintih lembut akhirnya bertukar garang..tapi semua tu tak dapat mematahkan semagat aku yang seteguh gunung. seusia solat maghrib, aku terus bergegas ke kerusi empuk kereta kesayangan..bunyi enjin yang berderau bila di hidupkan..masih lagi bunyi hujan memenuhi gegendang.

aku terus kerumah kawan aku.. petang tadi aku telah kukuh berjanji untuk sama sama keluar menonton skrin besar.. oh ni kali kedua aku terpaku di sana...bukan kepalang berkobar kobar semagat di hati. masakan tidak. cerita Transformers yang ingin di saksi.. di dalam kereta sempat kami bersinopsis episod pertama dan kedua..dan yang ketiga malam ni akan aku khatam dengan khusyuk sekali...setiap ruang pasti tidak akan terlepas pandang..

sampai di sana..kami terus ke terminal membeli tiket.mata aku melilau lilau mencari tajuk cerita Transformers.. oh alangkah hampa.. hati aku hancur luruh bagaikan kelopak mawar yang kering kelayuan... kenapa tak main lagi cerita tu malam ni.. aku hampir tak percaya.. segala kesungguhan aku seakan sia sia belaka.. aku cuma sempat melihat replika optimus prime yang terjulur kakinya di lantai.. aku berlalu sugul..macam orang putus cinta dengan puteri raja.. aku duduk di bangku..

akhirnya kawan aku membuka cerita... "tahu tak?" tanya dia dengan muka seposen. aku dengan ikhlas hati menjawab "tak" pastu dia diam.. aku pun diam.. akhirnya dia buka mulut untuk kesekian kali.. "sekrang ni bulan berpa?" aku bagaikan terkena sentakan halilintar. "eh bulan 5" hari ni 31hb 5,2011.. kat situ tulis 30hb 6 2011.. "err korang rasa ada beza tak bulan 5 dengan bulan 6?"

ok aku malas nak cerita part last tu..korang imagine sendiri la ye... kalau korang kat tempat aku macam mana.. kempunan beb... ok dah..tamat. lepas tu bagi menutup kealpaan yang aku buat, aku ambik keputusan untuk tengok cerita kungfu panda je.. walaupun hati sayu dan malu, aku terpaksa menerima.


tapi siyes cakap kat korang. citer kungfu panda 2 memang best.. terubat luka lara di jiwa.. kalau tak caya tanya la kat sape2 yang dah tengok..hehe mungkin sebab aku minat kartun. sebab tu aku cakap best..hihi tapi kalau nak bandingkan dengan cerita lanun hari tu, yang ni lagi best..  mesti korang dah tengok kan.. kalau tak tengok lagi, pandai pandai la ye..hehe

oh esok aku nak tengok cerita nur kasih pulak.hehe orang ajak, aku ikut je..tak salah kan.hehe. mesti korang dah lama tengok kan..aku baru je nak tengok..tak pe kan..kan..kan.. ok la..mata dah ngantuk ni..esok kerja masuk pukul 7.30...tak boleh lewat. err komen korang aku KIV dulu ye.. nanti kita jumpa lagi...harap korang sehat dan ceria sentiasa...


:)


p/s: jangan eksited sangat....