![]() |
Tuesday, August 30, 2011
RAYA DI PERANTAUAN
Monday, August 29, 2011
RAMADHAN
![]() |
duduk termenung lagi.. mengira gira waktu..mencongak congak angka.. dapatkah aku bertemu dengannya semula.. di dalam liku liku hidup yang perit penuh dugaan dan kejutan.. mampukah aku bertahan.. andai suratannya menjemput aku pergi.. mungkin ini yang terakhir kali..
kita ini insan terpilih..lahir kedunia kerena di pilih..dan aku di sini kerana telah di pilih.. ingatkah lagi saat ia berlumba lumba sesama sendiri untuk menjadi juara.. kita lah si juara itu.. kita lah yang membesar dari sekecil kecilnya menjadi seperti sekarang.. kita lah yang terpilih..
di bulan ini segala kelebihan di beri.. segala ganjaran di kurnia... segala nikmat di janji... tapi sayang untuk kali ini.. aku tidak terpilih untuk berada bersama mereka.. kecewa.. mungkin sahaja seribu alasan boleh di beri..tapi akhirnya aku juga yang rugi..
di penghujung ramadhan ini aku bermohon dan berdoa semoga ini bukan ramadhan yang terakhir buatku...
hargai kehadiarannya.. sebelum ia pergi selamanya... rindui pemergiannya.. moga moga kita akan bertemu dengannya semula..
Sunday, August 28, 2011
MARI BERAYA
![]() |
| klik gambar untuk ke sana |
SALAM LEBARAN AIDIL FITRI
TANGAN DI HULUR MOHON AMPUNI
SEMOGA UKHWAH TERJALIN MURNI
DI HARI MULIA KITA SYUKURI
MARI BERAYA DISINI..
LAGU RAYA PALING ISTIMEWA
salam semua.. harap sehat dan ceria semua di akhir ramadhan..
macam mana puasa tahun ni.. dapat markah penuh? separuh? atau kosong je..
apa apa pun harap kita jumpa lagi ramadhan yang akan datang..
sekarang syawal hampir tiba.. mood raya dah hangat membara..
pelita raya.. baju raya.. duit raya.. ketupat raya.. dan lagu raya..
selalu kita dengar lagu raya kat radio kan..
tapi yang lekat kat hati mesti la lagu raya yang lama lama..
lagu baru... bukan nak kata tak bagus..tapi macam tak ada semangat raya dalam lagu tu..
nak lagu lama jugak baru terasa meriah raya.. err betul tak?
ke aku sorang je yang rasa macam tu..hehe
dalam banyak banyak lagu raya, lagu apa yang korang paling suka..
atau ada kenangan tersendiri.. ada nostalgia yang tak boleh lupa..
atau ada keistimewaan.. kira specel la..
kalau tak dengar lagu tu macam tak lengkap je raya tahun ni..
kira macam tu la...hehe
kalau aku... kebanyakan lagu raya yang lama lama semua aku minat..
tapi yang penuh makna sekali bagi aku lagu musafir di aidilfitri.. nyayian S. Jibeng.
korang minat tak lagu ni? lagu ni old school kan...
lagu ni specel bagi aku sebab arwah ayah aku selalu nyanyi lagu ni time raya..
nyanyi sorang..aku curi curi dengar je.hehe
dia selalu nyanyi yang part korus tu..
sekarang bila teringat, sayu je hati... kalau dengar lagu ni mesti aku teringat..
teringat saat saat dulu..masuk ni dah 5 tahun aku beraya tanpa dia...
korang yang masih ada ayah tu, kena hargai dia baik baik...
bila dia tak ada korang mesti rasa..rasa yang tak best...
jadi..hargailah ibu bapa anda...
meh kita layan lagu ni...
di kesempatan ni.. aku nak ucap SELAMAT HARI RAYA kepada semua blogger yang sudi singgah dan setia dengan blog buruk aku ni... aku mohon beribu juta kemaafan sekiranya ada tersalah kata atau maksud di dalam setiap penulisan aku selama aku berblog.. maaf sebab tak balas komen..tak teringat buat tag ke..tak sempat follow atau apa sahaja yang terbit dari aku..
semoga di hari raya nanti korang ceria gembira dan bahagia di samping keluarga...
yang balik kampung tu, pandu cermat..hati hati.. baca doa..
semoga semuanya selamat..amin...
Thursday, August 25, 2011
Tuesday, August 23, 2011
MENAHAN DIRI
![]() |
di hujung sana;
terlihat benang putih bercahaya
bersinar bersama rahmat suci
permulaan hari yang di nanti
hangat mentari membakar dosa
lapar dahaga peneman rasa
harum bau semerbak kasturi
sebiji benih di gandakan lagi
lihatlah pintu luas terbuka
menjemput kita ke taman syurga
tinggal sahaja kita ke sana
sudikah atau sebaliknya?
berjuta bintang di angkasa
ada satu yang paling istimewa
carilah rahsia di dalam rahsia
malam indah sejuta makna
malam indah sejuta makna
di hujung sana;
terlihat benang hitam datang
membawa seribu satu kenikmatan
pada hambaNya yang mengharapkan keredhoan
semoga sisa sisa ramadhan di gunakan sebaiknya..
p/s: zakat dah bayar belum?
semoga sisa sisa ramadhan di gunakan sebaiknya..
p/s: zakat dah bayar belum?
Sunday, August 21, 2011
MUNIR - LEMBAB
![]() |
mak: eh dari tadi asyik tengok jam je...dah tak tahan ke munir...
munir: emmm lapar..
mak: sabar la..puasa mesti la lapar...lagi 2jam nak berbuka..
munir: rasa macam lambat je jam ni bergerak... macam siput...
mak: ye la...jam tu kan mati.. mak tak tukar lagi bateri baru..
munir: oh patut la macam tak bergerak...
p/s: korang masa kecik2 dulu selalu tengok jam tak...nak2 masa nak berbuka..rasa lambat je jam tu bergerak kan..
Friday, August 19, 2011
KESAH HITAM
![]() |
dingin angin menusuk ke dalam
fikiran melayang mencari bulan
jalan yang cemas telah di lupakan
namun masih resah menjelang
satu kesah yang takkan berulang
bila terkenang air mata bergenang
hati gelisah duduk pun tak senang
terbaring kaku jasad di tilam
sesaknya nafas diri terdiam
ku insafi sejarah di masa silam
moga putihlah hati yang hitam
kini telah setahun ke hadapan
segalanya pantas laju berjalan
langit berubah membawa harapan
ku sambut dengan rasa kesyukuran
syukur kerana kita masih di beri peluang dan kesempatan...
MUNIR - SELAMAT BERSAHUR
![]() |
mak: munir... bangun... makan sahur...
munir: ye la...emm.. mak buat HO.. HO.. HOLICK ek..
mak: tak ada maknanya mak nak buat HO.. HO.. HOLICK..dah cepat bangun.. ni mak buat air MI..MI.. MILO ni ha..
munir: sejak bila mak gagap ni..
mak: hehe dah2 bangun.. makan..
p/s: korang minum HO..HO..HOLICK tak time sahur.hehe
Tuesday, August 16, 2011
RAHSIA RAMA RAMA
![]() |
sudah semestinya kita tahu bahawa untuk menjadi seekor rama rama yang cantik itu memerlukan perubahan demi perubahan. sebelum lahirnya beluncas, telur adalah rumah terawal bagi sang rama rama. seminggu di sana pasti cukup mengujakan. kerana selepas itu, mereka harus bersedia untuk menghadapi cabaran dunia yang penuh tipu daya.
melalui fasa metamorfosis, beluncas yang kecil akan melaksanakan tugas (makan dan makan) yang seharusnya mereka tahu sejak mula penciptaannya lagi. dalam tempoh dua minggu sahaja beluncas telah mula menjejak kaki ke alam dewasa. pertukaran kulit sekerap 5 hingga 6 kali sudah cukup untuk mematangkan beluncas.
setelah itu, beluncas yang menggelikan bagi sesetengah manusia (aku pun geli) akan terus mengembara ke fasa selanjutnya. inilah yang kita selalu lehat di bawah daun pokok, tersembunyi dari pemangsa dan manusia; kepompong. proses ini sangat penting untuk merubah seekor ulat menjadi seekor rama rama. 2 minggu yang penuh mendebarkan bagi bakal seekor rama rama. adakah berjaya atau kecundang di pertengahan.
akhirnya, saat yang di nantikan telah tiba. kepompong tempat beluncas berlindung dan berhibernasi mula pecah dan retak. inilah hidup baru yang bakal di tempoh oleh seekor beluncas. meninggalkan kehidupan lamanya untuk kehidupan yang lebih indah. menjadi seekor rama rama.
makanya, dengan empat peringkat itulah terlahirnya seekor rama rama. apa yang ingin di serapkan dalam kehidpan kita melalui kesah ini ialah; perubahan demi perubahan amat perlu bagi memperbaiki diri dalam kehidupan. kita tidak seharunya menjadi seorang hamba yang hari ini lebih buruk dari semalam atau semalam dan hari ini adalah sama sahaja tiada perubahan. oleh itu berubahlah seperti rama rama, daripada buruk menjadi lebih baik. terbang indah...
setelah itu rama rama terbang lagi di taman bunga. dari satu kelopak ke kelopak bunga yang lain; menghisap madu. tapi sebenarnya, di sebalik itu, tahukah kita bahawa rama rama menjalankan satu tugas yang besar dalam kehidupan. mereka menyebarkan debunga untuk di cambahkan. untuk mewarnai alam dengan warna warna segar dan menenangkan. merekalah yang membantu proses pendebungaan untuk buah buah yang enak. begitu besar manfaat mereka pada kita. apakah alasan untuk kita daripada tidak mencontohi rama rama?
yang terakhir kiranya, seekor beluncas hanya di pandang sepi dan geli oleh kebanyakan kita. tiada istimewa dan hanya merosakkan tanaman pokok bunga. namun apabila beluncas itu bertukar menjadi rama rama, kita semua terpesona dan kagum melihat keindahannya.
konklusinya, apa yang utama bukannya cara bagaimana kita bermula, tapi bagaimana kita mengakhir kehidupan ini. jika baik kesudahannya, maka, insyaallah baiklah seterusnya disana.
p/s: kali ini terlebih panjang sikit..tapi apa2 pun harap sampai maksud..
hari ni aku berbuka kat kedai... ingat tak yang aku tanya pasal menu tadi tu.. dan aku pilih menu 1...
ok selamat berbuka semua.. dah masuk waktu baru makan ye.hehe
p/s: kali ini terlebih panjang sikit..tapi apa2 pun harap sampai maksud..
hari ni aku berbuka kat kedai... ingat tak yang aku tanya pasal menu tadi tu.. dan aku pilih menu 1...
ok selamat berbuka semua.. dah masuk waktu baru makan ye.hehe
MANA SATU PILIHAN KALBU
MENU 1
IKAN BAKAR @ IKAN STIM @ IKAN 3RASA (2 EKOR)
TOMYAM AYAM @ DAGING
KAILAN IKAN MASIN
AYAM @ DAGING MASAK MERAH
KERABU MANGGA
TELUR DADAR
NASI PUTIH
DESSERT
AIR CINCAU @ SELASIH
MENU 2
IKAN BAKAR @ IKAN STIM @ IKAN 3RASA (2 EKOR)
TOMYAM UDANG @ SOTONG
SAYUR CENDAWAN GORENG
AYAM @ DAGING MASAK HALIA
KERABU AYAM
TELUR DADAR
NASI PUTIH
DESSERT
AIR CINCAU @ SELASIH
MENU 3
IKAN BAKAR @ IKAN STIM @ IKAN 3RASA (2 EKOR)
TOMYAM CAMPUR
SAYUR GORENG CAMPUR
AYAM @ DAGING MASAK MERAH
KERABU IKAN BILIS
TELUR DADAR
NASI PUTIH
DESSERT
AIR CINCAU @ SELASIH
mana satu korang berkenan.. menu 1, 2 atau 3?
WAJAH WAJAH SEMALAM
terlihat wajah wajah yang selalu ku mimpi
masih terbayang saat aku di sana
memutar roda bersama mereka
teman, aku rindukan kalian semua...
terutamanya kamu...
ya,kamu..
p/s: kalau kamu ada satu permintaan, apa yang kamu inginkan?
teman, aku rindukan kalian semua...
terutamanya kamu...
ya,kamu..
p/s: kalau kamu ada satu permintaan, apa yang kamu inginkan?
Sunday, August 14, 2011
Contest Aku Berpuisi - AKU HAMBA
![]() |
Ya Allah
Engkaulah yang menciptakan aku
Dan kau berikan aku dengan
kelebihan
Ya Allah
Engkaulah yang memberi petunjuk
Dan kau tunjukkan aku jalan
kebenaran
Namun aku gagal dalam petunjukMu
Aku berdosa dan kecewa sepanjang masa
Aku hancurkan hidupku dengan dosaku
Tanpa fikirkan pemberianMu padaku
Dan aku teringat, lalu ku bertaubat
Aku kembali padaMu, dengan izinMu
Ya Allah
Aku berdiri di pintuMu
Dan ku mohonkan keampunan, keredhoan
Ya Allah
Janganlah engkau menolakku
Dan mereka yang berdiri bersamaku
salam semua.. sehat? harap2 sehat semuanya... hari ni aku ada join satu contest..contest puisi.. selama setahun lebih aku berblog, ni yang kedua aku masuk contest puisi. di sebabkan keperihatinan aku, aku nak ajak korang masuk sekali.hehe baru bahasa jiwa bangsa.
TAG
dan sape sape yang nak join boleh klik sini
sejuta kemaafan sebab tak dapat terjah blog korang lagi... nanti aku pasti terjah.
sejuta kemaafan sebab tak dapat terjah blog korang lagi... nanti aku pasti terjah.
Saturday, August 13, 2011
POHON KEHIDUPAN
![]() |
dua biji benih di tanam, di dalam bekas kehidupan. di baja dan di biarkan tumbuh dengan segar bebas. sekian lama, kedua duanya tumbuh deras sepantas masa. benih yang pertama, tumbuh sehat hijau hebat; daunnya lebar lebat, batangnya kuat padu. benih kedua, tumbuh layu: daunnya kecil sugul, batangnya lemah rebah.
namum keduanya masih lagi di beri masa untuk tumbuh membesar tanpa halangan. baja dan cahaya di beri sama rata tanpa sekatan. masa terus kedepan dan terus berjalan. tiba musim berbuah, pokok pertama; berbuah banyak. pokok kedua berbuah cermat.
tiba masanya tuan empunya tanah datang. di depannya ada dua bakul rotan berisi buah dari pohon pertama dan kedua. hasilnya di nilai satu persatu. pohon pertama; buahnya di kira, isinya di rasa. terpapar jelas di wajahnya. kedutan mencuka. mungkin saja isinya masam kelat atau tiada rasa. buah itu di baling ke dalam tong sampah sekuat tenaga.
pohon kedua; buahnya juga di kira, isinya di rasa. namun, terpancar jelas di wajahnya. senyuman yang luar biasa; berseri seri. rasa yang teruja, di cuba lagi dan lagi. akhirnya tuan empunya tanah itu berkata, 'inilah yang aku mahukan'.
sekarang. apa yang kita mahu, buah yang banyak, tapi isinya masam, atau buah yang sedikit, tapi isinya manis..
Friday, August 12, 2011
SI PEMILIK WAJAH
wajah yang muram mata berkaca
merenung tajam tepat ke mata;
di dalam mata ada cerita
senyum ketawa penuh ceria,
kini retak hancur semua
luruh bersama derai air mata
hati terluka menahan sengsara.
tangisan malam seribu sesalan
mengadu pada pencipta malam
moga terhapus segala kesilapan.
Thursday, August 11, 2011
BERITA PENTING!!
![]() |
macam mana nak cerita ye..
senang cerita, korang buat sendiri..
macam ni..edit alamat blog korang..
contoh aku punya..
http://syairsiparapara.blogspot.com
korang buang huruf s kat blogspot tu...
= blogpot
contoh
http://syairsiparapara.blogpot.com
pastu search internet.
apa yang korang jumpa..
aku pun terkejut...
try la kalau nak tahu...
p/s: aku tak tahu benda ni korang dah tahu ke tak.. atau aku je yang baru tahu...
perlu ke aku tulis pasal ni..? rasa macam tolong sebarkan web tu je...
MUNIR - BERBUKA
![]() |
munir: ehh kan dah berbuka mak..
mak: berbuka apa nya baru pukul 5...
munir: tadi tengok tv.. kat sabah berbuka pukul 4.30...
mak: tu sabah..bukan kat tempat kita...
munir: tak sama ye mak..hihi
p/s: time ramadhan,kita siap ingat lagi kan waktu maghrib pukul berapa.. esok pukul berapa.. lusu pukul berapa... peka gila2 masuk waktu berbuka...hehe
yang duduk kat sabah untung la... maghrib awal... tapi sebenarnya sama je kan..hehe
:)
selamat berbuka kepada semua yang berpuasa only.
p/s:hari ni aku balik kg..boleh bukak pose ngan mak sama adik2..
NAK HADIAH?
dah lama tak join kontesmengote kan..dipendekkan cerita entah macam mana tersepak batu tersadung kaki, terjumpa la blog SWEETTWINZ lalu aku pun terjoin kontessasi ini..
tanpa membuang masa, aku pun mengopypastekan entri beliau...
Hi dears, salam Ramadhan kepada semua pengunjung2 blog Sweettwinz yg amat dikasihi...^_^...Sempena bulan yg penuh dgn 1001 kebaikan & keberkatan ini, Sweettwinz nak anjurkan GA...my 1st GA...hehe...
cute kan gambar Chocolate Cake Box kat atas nie...sbb apa Sweettwinz guna gambar cake box nie??? ce teka ce teka...hehe...mesti la sbb nk kasi kt pengunjung yg bertuah...best kan..best kan...^_~
hadiah lain pon ada gak...
sapa nak? sapa nak?...^^,
klik SINI
aku dah, korang bila lagi.hehe
kalau tak nak join pun, jom g terjah blog dia.
tak rugi pun kan..
ok dah selesai..aku nk g makan jap..
eh silap.. bagi adik aku makan.hehe
MANIS DI DALAM
![]() |
terasa ada sesuatu yang tidak kena dengan diri ini.
seperti tali tersimpul mati mengikat leher sendiri. sesak nafas dan tindakan terbatas..
takut untuk bersua muka, bimbang terbongkar rahsia.
dan bila kita berlaku jujur, seolah olah semua bebanan yang di pikul hilang begitu sahaja.
umpama terlepas dari segala bahaya, musibah dan bala.
tenang, lega..
jadi, berkata benarlah walaupun masam.
kerana kemanisannya akan terasa selepasnya seperti gula gula sweet and sour (tapi masam dulu kan baru manis).
![]() |
| korang pernah makan? |
Wednesday, August 10, 2011
MUNIR - HARI KE SEPULUH
Tuesday, August 9, 2011
SALAH DAN KALAH
![]() |
kesalahan dan kekalahan itu sangat sukar untuk di terima. namun di sebalik apa yang menyedihkan itu tersembunyi makna yang mendalam. kerana dengannya kita menjadi lebih matang dan berhati hati.
dan jarang sekali kita memasukkan tangan kedalam lubang ular yang sama setelah patukan yang pertama menyedarkan kita. kecuali jika kita memang mahu merasainya untuk kali kedua.
namun, perkara pertama yang perlu kita buat selepas melakukan kesalahan atau kekalahan ialah, belajar untuk menerima dengan hati yang terbuka. jangan meraung raung macam orang gila ye.. simpan air mata tu untuk meraikan kemenangan di satu masa...
tapi kalau boleh, jangan 'cuba cuba' buat salah dan kalah ye....
oh ye..aku ada tambah benda merah kat atas tu..ok tak? hehe harap ada manfaat...
p/s: hari ni aku tak jenguk sangat blog korang... bz skit.. komen pun tak balas lagi..sory ye..
oh ye..aku ada tambah benda merah kat atas tu..ok tak? hehe harap ada manfaat...
p/s: hari ni aku tak jenguk sangat blog korang... bz skit.. komen pun tak balas lagi..sory ye..
Monday, August 8, 2011
MUNIR - HARI KELAPAN
![]() |
namum suasana yang ceria itu hanyalah pada permulaan sahaja. pagi yang tenang itu bertukar menjadi kelam kabut. "tertinggal bas lagiiiiii...."
terpaksa la saya berbasikal sendirian kesekolah. jarak 2km itu bukan jauh bagi saya yang tidak kenal penat lelah. dan rintangan yang terpaksa di hadapi itu bukan mudah. "rantai basikal ni...semalam ok je..hari ini buat hal pulakkk"
akhirnya dengan segala usaha dan pengorbanan, saya tiba di sekolah dengan selamat. tapi kena tahan pulak dengan cikgu disiplin.. "kenapa datang lambat???" "err jalan jem" alasan mudah tapi jarang berjaya.. pagi itu saya telah di paksa berlari keliling padang bersama rakan seperjuang yang lain..
"penat cikgu..sebab tu la saya tak pose hari ni..."
semalam? "semalam tak sahur cikgu.."
ye la tu...ada je alasan kamu...
untuk pengetahuan kalian, munir baru nak belajar pose.. harap kalian bagi sokongan..
jom terjah blog tot tot kecik
jom terjah blog tot tot kecik
Jom tambahkan FOLLOWER!"
Apa yang perlu dilakukan?
klik je gambar kat atas tu..
:)
munir: cekgu..korek idung batal pose tak?
p/s: nanti aku follow balik blog korang. jangan bimbang ye..
BINTANG DAN HARAPAN
kau juga turut sama.. melihat bintang suria.. ada yang tak tercapai, lalu jatuh, hancur berkecai..
memang mudah bagi dirinya.. mengenggam harapan maya.. kerana dia sudah miliki, sepasang tangan sakti..
apa salahnya sesekali.. kau hadiahkan aku budi.. biar pula kami merasa.. hangat dingin bintang di sana.
kite rase kite susoh doh, tapi orang lain lagi susoh dari kite...
'jangan sedih, selalu tersisih; bukan kau saja, di timpa malang' hijjaz
kepada pemilik tangan sakti..
ingatlah satu hari nanti..
kau pasti akan terlepas juga bintang yang kau puja.
Sunday, August 7, 2011
KHILAF
![]() |
Tersalah memilih warna kerana mata yang melihat itu buta atau hati yang menilai tidak dapat membezakan mana merah atau jingga.
hidup ini adalah antara satu pilihan; kiri atau kanan, hitam atau putih, betul atau salah, dosa atau pahala, syurga atau neraka. dan kesilapan memilih hari ini biasanya memberi penyesalan yang berpanjang pada masa hadapan.
maka bersyukurlah jika kita di beri peluang kedua.
hitam itu putih..itulah yang buatkan aku salah..
hitam tetap hitam..putih tetap putih..
khilaf tetap khilaf..salah tetap salah..
ya Allah.. ampunkan aku..
Thursday, August 4, 2011
SESAT DI PADANG PASIR
ditengah gersang padang pasir..sekujur jasad tersesat di perjalanan.. mencari cari arah jalan pulang.. saat mentari berdiri tegak di kepala.. peluh mudanya mengalir laju tidak terhenti.. hampir sahaja dia mahu merebahkan tubuh.. tapi itu bukan pilihan yang terbaik..
di hujung sana.. terlihat fatamorgana bermain main di mata.. lantas di kuatkan tekad.. melangkah tanpa lelah.. semakin jauh semakin jelas.. akhirnya lembah hijau bertali air di temui.. dengan pantas air jernih itu di teguk...lalu.........
mak: munir!!!! kamu tak pose ke???
munir: eh..ngigau pulak..
mak: ngigau apanya sampai buka peti ais...
munir: hihi
moral: jangan ikut macam munir..
BERMULA SEMULA
cahaya bersinar di hujung dunia.. menghapus embun di kelopak bunga.. saat bermula siang menjelma.. hari baru telah bermula...
dan kisah semalam kita sematkan di sana... untuk pedoman di hari muka.. sebagai kenangan di masa tua.. saat kita tak lagi muda...
semailah harapan di dalam jiwa.. lafazkan syukur pada yang esa.. moga rahmatnya memayungi kita... setiap hari setiap ketika...
oh ya..kamu,jangan lupa senyum... nampak comel ok.
:)
Wednesday, August 3, 2011
BATU JALANAN
![]() |
terlihat di sana... wajah ceria... senyumannya sungguh pesona... merawat hati yang luka... indahnya warna... anugerah darinya... ku hayati sempurna...
namun masih ada... garis garis duka... menanggung derita... ada cerita di balik air mata... tak sanggup untukku bertanya... ku tahu kau tersiksa...
kata ku sambil memandang ke arah anak bulan "dunia tetap berjalan... walau apa pun yang datang, cuba sedaya untuk bertahan...hadapi rintangan hingga ke garisan..."
hari ini aku datang lagi... mencari wajah semalam... tapi sayangnya dia tak kelihatan....
Tuesday, August 2, 2011
MUNIR - SAHUR
![]() |
pukul 4.30pagi....
mak: munir..bangun.. sahur...
munir: zzzzzz
mak: bangun la munir.. semalam suruh mak kejut sahur...bangun la..
munir: zzzz
mak: munirrrrr.. bangunnnnnn...sahurrrrrrr...
munir: zzzz
mak: eh budak ni..buat donnow je...
splashhhhh (bunyi air)
mak: eh aku siram air pun tak bangun jugak..betuah punya budak....
1 jam kemudian...
mak: lantak la...dah puas aku kejut..tak bangun2 jugak....
7.00pagi...
munir: mak..kenapa tak kejut munir sahur..
mak: @#$%^&*
Monday, August 1, 2011
SETITIK
Subscribe to:
Posts (Atom)





























