Thursday, September 29, 2011

LUPAKAN SEMUA


aku, bermain dengan kata kata. kata kata yang membentuk ayat. ada makna. bagi aku, tapi bagi kamu, mereka, dan dia cuma kata kata yang bersendikan nista. di reka reka, menari nari di minda, palsu - tapi bukan kamu semua.

saat sendiri di rumah besar. di bilik kecil. ada dinding, katil, kipas, meja dan kerusi. di sini, tempat aku merehatkan jasad, tempat aku terkenang semalam dan memikirkan esok.

kadang kadang jiwa rapuh ini mengeluh. lemah. melihat jalan yang berliku. kiri dan kanan penuh paku dan duri - aku sendiri. walau kanan dan kiri ada teman, ada orang, tapi mereka ada yang menolak aku kelembah dalam. perit.

oh mereka itu sentiasa ada di sisi aku. mana boleh aku mengelak. mesti.. aku mesti hadapi..

kini guruh mula bersuara. malam ini bertambah dingin. mungkin sampai masanya untuk aku melelapkan mata. lupakan dunia. lupakan semua. tapi bukan lupakan kamu - sahabat.


tuhan..kuatkan aku yang lemah ini...



27/09/2011 - 11.50am

Tuesday, September 20, 2011

Berserah


bukan semudah kata untukku laksanakan semua
bukan selemah rasa untukku berputus asa
kerana telah aku mencuba sedaya upaya
kini ku serahkan semua pada Dia...



Friday, September 16, 2011

Mulut meletup


salam semua.. nak tanya.. mulut korang penah meletup tak? tak pernah? ok kalau tak pernah tak pe.. duduk diam diam. ni nak citer sikit. mulut aku tengah meletup ni.. bukan sebab makan kuih bom.. ape? tak paham?

ok meh sini nak citer betul betul.. korang pernah kena ulser mulut tak? pernah kan... haa sama la maksud ulser mulut tu dengan mulut meletup.. kalau dalam bahasa lagi mudah "netup mulut" korang tahu? haha

dah 2,3hari aku kena ulser ni.. pedih tu tak payah cerita la.. kalau korang pernah kena mesti korang tahu kan... nak makan pun seksa.. tapi korang tahu tak apa punca dia? tahu macam mana nak rawat? tak tahu kan.. kalau nak tahu macam biasa la.. tekan kat bawah ni ye.hehe

Read more >>


Thursday, September 15, 2011

Antara Flowerhorn dan Sindrom down


Menurut pakcik wikipedia - Ikan Lou Han (bahasa InggrisFlowerhorn) diartikan dari bahasa China yaitu Lou Han. Luo han pertama kali muncul di Malaysia sekitar tahun 1996-1997. Ikan ini adalah keturunan dari Amphilophus trimaculatus

Setelah beberapa generasi, bentuk ikan ini berubah daripada induk asalnya. Setelah itu penternak ikan mula-mula mengabungkan ikan tersebut dengan Blood Parrot yang merupakan hibrid dari C. citrinellum X C. synspilum. Dari hasil kawin silang inilah lahirlah Luo han yang dikenali masa kini.

Pada awalnya, hasil kawin silang tersebut tidak diterima secara luas, tapi setelah dilakukan "penyempurnaan" maka terhasilah bentuk dan corak warna yang disukai. Kemudian ikan tersebut diberi nama "Flowerhorn" atau "Luohan". Proses pemilihan dan kawin silang terus berlangsung sehingga dihasilkan berbagai jenis Luo Han dengan beraneka warna dan corak.


Sindrom Down atau trisomy 21 merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21. Ianya dinamakan sempena John Langdon Down, doktor British yang pertama kali menggambarkannya pada tahun 1866. Keadaan ini bercirikan oleh gabungan perbezaan besar dan kecil pada struktur badan. Sering kali Sindrom Down dikaitkan dengan kelemahan keupayaan berfikir (kognitif) dan tumbesaran kanak-kanak dan juga perwatakan muka. Sindrom Down biasanya dikenal pasti semasa kelahiran.
(wikipedia)


ok dah tahu kan sikit sikit pasal flowerhon dan sindrom down ni.. tapi macam biasa la..cerita ni bukan pasal benda tu.. kalau nak tahu kenal la tekan bawah ni..hehe

Thursday, September 8, 2011

DI KAKI PELANGI


di kaki pelangi aku berdiri
memerhati jalur cahya bewarna
merasai nikmat anugrah pencipta.



nota kaki

  • tak balas lagi komen korang
  • tak singgah lagi blog korang
  • tak follow lagi blog korang
  • tak tukar lagi template blog ni
  • tak pergi raya lagi kat rumah korang
  • tak dapat duit raya lagi tahun ni

sebelum aku buat semua tu, aku nak rehat dulu 2,3hari ni..


p/s: korang ada idea tak pasal template blog aku ni.. bagi cadangan skit..

Wednesday, September 7, 2011

DARAH MANIS


menurut Dr.wikipediakencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus) merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.

atau bahasa mudahnya, kandungan gula tinggi dalam darah - Diabetes

ok sekarang dah faham kan apa tu penyakit kencing manis. cuma yang aku tak faham, kenapa darah yang manis tapi kencing dapat nama... ke dah ada komplot antara mereka? kita tinggalkan persoalan ini untuk di jawab oleh anak cucu kita nanti ye..

sekarang aku bukan nak cerita pasal kencing manis. tapi pasal darah manis. nak tahu macam biasa la kena klik kat bawah ni...

Tuesday, September 6, 2011

PARAMESWARA


sudah semestinya semua sedia tahu siapa itu parameswara. menurut wikipedia yang aku search, beliau merupakan seorang Raja Temasek yang berketurunan diraja Srivijaya yang menubuhkan kerajaan Melaka pada 1402. korang tahu? aku tahu. cuma tak ingat je..hehe


ok ini bukan cerita pasal parameswara melihat seekor kancil menendang seekor anjing ketika baginda berehat di bawah pohon Melaka. bukan jugak cerita sang kancil dan sang buaya. 
habis tu cerita apa?


kalau nak tahu klik la benda kat bawah ni...

Monday, September 5, 2011

TUTORIAL BLOG - CARA MENUKAR TEMPLATE BARU KEPADA TEMPLATE LAMA



ada sape sape yang perasan? nampak pelik..? tak ada ke?
tapi aku perasan... tengok blog aku dah jadi mcam apa ntah..
ni la gatal tangan sangat tadi.. kan dah lari setting..
korang tahu tak macam mana nak tukar template..
aku tak nak yang ni..aku nak template aku yang asal..
yang basic blog tu... korang tahu tak?
macam mana ye... ada sape sape boleh tolong..
nak nagis dah ni.hehe


TUTORIAL BLOG - CARA MENUKAR TEMPLATE BARU KEPADA TEMPALTE LAMA
korang tahu?

Sunday, September 4, 2011

LIKU HIDUP


engkau lihat air itu tenang mengalir.. tapi sedarkah engkau apa yang telah ia harungi untuk terus mengalir... engkau menilainya di permukaan cuma.. cubalah engkau selami sedalamnya.. dan rasai gelombang yang bisa menolak bangkah batu besar.. terfikirkah engkau dari mana datangnya daya kekuatan itu..?

Friday, September 2, 2011

MENCARI INGATAN SEMALAM


semalam.. penuh cerita.. penuh peristiwa.. kisah senang payah suka duka.. dan aku juga ada bersama mereka.. menconteng dunia.. melakar kisah.. memahat sejarah.. dan kerana waktu itu sentiasa berputar.. aku kini menjadi dewasa.. teman teman bertebaran di setiap pelusuk bumi...dan hari ini...aku mula kembali.. kembali pada mula...mula bercerita..