Thursday, December 29, 2011

Masa yang tinggal



masa yang membawa aku kemari. namun jarak yang memisahkan kita. syukur kerana kita masih di sini. melangkaui masa dan waktu. merentasi jarak dan kilometer.

aku masih sama. cuma ada yang berbeza. dulu pada mulanya sendiri. kini lengkap merpati sejoli. tahu apa maknanya?

siang malam kemana saja. 100 kilometer memisahkan aku dan dia. dan masa ligat berputar. jiwa dan raga penat bergetar. aku akui, jarak itu bukan batu penghalang asalkan ada kesungguhan.

3bulan bersama. 2purnama cahaya mata. tertunggu dan ternanti nanti. kelahiran seorang penyeri. moga moga di rahmati.

oh hidup kini tak seperti dulu. ada waktu mengelamun jauh. banyak masa untuk merangka cerita. termenung memikirkan khyalan mimpi. hanyut di dalam diri sendiri.



sekarang aku dengan si dia ada buka satu perniagaan. khidmat basuh pakaian. atau dalam bahasa saintifiknya kedai dobi. dah masuk sebulan. alhamdulillah. mungkin rezeki kami. cuma banyak benda yang perlu buat. masa tenaga. komitmen sangat sangat penting.

tapi, aku pasti mencuri masa untuk kesini. bertemu kalian semua yang berwajahkan tulisan cerita. kerana bagi aku, kalian semua adalah teman terbaik sepanjanag usia.

Wednesday, December 21, 2011

Tak Seberapa



telah datang pada aku
sebuah jalan berliku liku

lama kini terdiam
hati ini menjadi batu

seribu kata terlepas
melayang layang di angkasa

dan aku tercari cari
mana ruang nak di daki

moga ia mekar semula
seperti bunga cempaka
yang kau puja..setiap masa

mana kini teman setia
aku hilang seorang diri
tak siapa peduli

dunia kini dah tak sama
waktu aku mula mula
dah tak serupa...dah berbeza..

gapai tangan gapai cinta
cinta kini milik semua
cinta kita sesama saudara

aku datang tanpa apa apa
sudikah kau terima
diriku kini tak seberapa