Sunday, April 29, 2012

Selesa di dalam gelita


sejak dari mula kau tak kenal cahaya, lahirmu di dalam gelita, kanan dan kiri hitam semua, hidupmu selesa di dalam gelita, tak pernah terfikir adanya cahaya; cahaya di luar sana.

dan bila datangnya cahaya, menghapus gelap yang kau puja, hatimu mula berkata, "gerangan apakah yang menduga, mana gelap yang ku suka, kerana sinar itu menyilaukan mata, tak perlu kau hadir cahaya, hidupku selesa di dalam gelita".

-jika ada seorang pewira yang gagah perkasa, ingin mengubah fenomena dunia , cuba dahulu ubah mentaliti penghuniya, yang sanggup mati demi kebodohan mereka. - sedarkan mereka.

duduk dan tenang seketika, fikir di luar kotak yang nyata, usah terpengaruh dengan bisikan dusta, lalu bangkit dan bersuara, kerana suara "kita" akan menggegarkan dunia.

Sunday, April 22, 2012

Antara peluang dan perikemanusiaan


ada satu ketika. saat aku bersama terchinta meronda ronda bandar kotaraya. maka terlihatlah satu situasai yang jarang jarang di nikmati. di deretan parking bermacam macam model kerta yang megah dan yang di banggakan tersadai. waktu itu situasi sangat sangat genting. masing masing menanti dan menunggu salah satu daripada berjuta juta kereta keluar dari kotak putih.

apabila masa yang lama di tempoh. seolah olah kereta kereta tidak mahu bergerak selama lamanya, tiba tiba sebuah kereta 'proton preve' keluar perlahan lahan dengan memasukkan gear mengundur ke belakang. dan sebuah honda cr-v yang sedari tadi menanti dengan sabar seolah olah menemui sinar baru dalam kehidupan.

namun kegembiraannya tidak berkekalan apabila sebuah honda accord meluncur laju memenuhi parking kosong yang di sangkakan khas untuknya. hon panjang kedengaran datangnya dari cr-v yang kepenatan menunggu hampir seharian namun sedikitpun tidak di endahkah.

aku hanya menggeleng kepala sekuat tenaga. "eh abg, tu kan makcik ha" kata chinta kepada aku sambil melambai lambai tangannya kepada penumpang kereta honda accord tadi. aku yang cuba mengatur langkah terus memimpin tangan chinta agar menjauh dari situasi yang hangat.

'dah2 buat tak tahu je. jom kita balik' rengus aku sambil memegang erat tangan bakal ibu. sebelum masuk kedalam honda city, aku sempat menjeling tajam ke arah sana. dan terlihat pemandu honda accord yang aku kenali keluar dari kereta sambil tersenyum kepada pemandu cr-v itu. mungkin ini yang di fikirkannya.

"kita harus bijak mengambil peluang"




Thursday, April 19, 2012

Penawar rindu



perbezaan antara dua membuatkan hati tercari cari cara untuk memahami antara kita.
muka pucat, tangan sejuk, jantung berdegup kencang, tubuh menggigil ketakutan, fikiran ligat mencari jalan.

kenapa la time time macam ni...

jasad padu ini menurutkan sahaja rutin. jari lemah menekan nekan huruf di keyboard sambil mata memerhati huruf dan angka keluar di jendela bercahaya. punat enter di ketok sekuat rasa. lalu keluarlah kertas putih yang di cicah dakwat hitam. kemas, tak sekemas tulisan tangan Dr. Ramziey.

untuk melebelkan seseorang memang sesuatu yang mudah. begitu jugak untuk menampal kertas putih yang berpelekat di muka antidote. punggung gebu di hempap perlahan lahan di kerusi empuk yang beroda. mata bertentang mata.
ahh sudah, lidah aku kelu.

setelah di tambah tolak darab dan bahagi, akhirnya selesai.

memang parah kalau dah lama kita tak basahkan lidah dengan bahasa asing. tapi hari ni tiba tiba terpaksa. tapi Alhamdullih, kalau masuk exam balik, 60% aku pass. pass je bukan dapat full mark pon.

last, err where u kome prom? ...pakistan. ...

 ceh. cakap la arab. err pakistan tu cakap arab ke?





5minit kemudian datang pulak sorang lagi kawan mamat tu.. ahhhh sudahhh


Akhirnya


terkulai layu akhirnya hilanglah hijau. warna segar yang di nilai setiap mata. jatuh berguguran berterbangan. di gigi jalan sayu melihat panorama alam. sedih melihat dendam dan dengki kini menguasai diri.

dia hanya memerhatikan saja. setiap saat silih berganti bergeraknya dunia. dan dia, hanya memerhatikan saja apa yang berlaku di depan mata. tingkah laku yang merobek dada. insan manusia bergelar pendosa menconteng arang ke muka.

dan dia bagai tidak wujud di dunia nyata. tak siapa peduli akan keluhannya. tangisannya di tutupi suara yang bergema di telinga. lalu angin membawanya ke dunia lain. di sisi gelap dia memerhati bandar cahaya yang tak pernah mati.penuh alunan dan warna warni menyilaukan mata hati.

akhirnya, dia mereput di hujung sana. menanti takdir yang di janjikannya...

Wednesday, April 18, 2012

PAHITNYA UBAT


tangisan anak kecil yang tak mengerti akan kesakitan di hari esok. ronta dan meronta pinta di lepaskan dari gengaman ibu yang tersayang. derai air matanya membasahi segenap hamparan hati, tapi ku tahu kau belum mengerti. susah derita hidup di dunia ini tak pernah kau alami.
senyum di beri, agar dapat merawat resah di hati. namun takut yang kau rasa lagi hebat menguasi. tapi tak mengapa, aku tahu kau belum dewasa. ibu bapa yang mengisi kekosongan di hati suci. jika indah lakarannya, ku doakan agar kau menjadi insan yang berjaya. di dunia.. di akhirat.. moga jadi pelita buat menerangi kegelapan.. di hati dan di mata...


telan la ubat tu dik walaupun pahit...