Thursday, January 19, 2012

Hampir



hampir terpisah jasad dan nyawa
sedikit pun tak pernah kau duga
hidup indah terasa baru bermula
tapi kini kau di jemput ke sana
semua melayang di depan mata
yang di kejar dan yang di cita
apa guna kau kasihkan dunia
akhirnya di tinggalkan begitu saja

dan kini kau terjaga dari lena
mimpi ini mimpi yang nyata
mengalir air mata pun tiada guna
seribu sesalan sudah tidak bermakna

andai ajalmu di tangguh seketika
adakah mahu kau ubah semula
atau masih teruskan cara hidup lama
atau mungkin kau kelemasan selamanya

Monday, January 16, 2012

Cahaya



seluruh nafas kini terhenti
jejak kaki terpadam lagi
seluas lautan aku selami
mencari setitis kasih suci

berlari lari di dalam mimpi
terasa bisa duri menanti
hingga retak jernih mata ini
merayu rayu pada yang sudi

dingin hujan membasahi
jiwa kosong tiada erti
hati ini tandus dan mati
suburlah semula mekar mewangi

warna hitam di dalam mata
lemas di bungkus segala rasa
hadirlah wahai sinar cahaya
hapuskan ruang gelap gelita




Cahaya adalah sumber penyuluh di dalam kegelapan.
Ia boleh dicari bahkan boleh datang secara sendiri.
Hidayah juga adalah sumber cahaya yang menerangi hati seseorang
untuk menuju jalan mencintai Allah SWT.

Saturday, January 14, 2012

Pesona dunia di mata kita



rimbun hijau pohon harapan
kanta mata hanya memandang
lora lora kita mentafsir
mana datangnya angin yang kencang

cuba usha kita halangnya
tangan kecil menghadang cahaya
dalam gelap kita mencari
kemana hilangnya api yang menari

bermainlah si ombak kecil
jangan berhenti sampai esok pagi
laut tenang camar pun riang
mana pula datangnya ombak yang girang

berbaringlah semangat yang lemah
mimpikan bulan di taman larangan
jangan pula kita mengira
berapa agaknya bintang di sana

yula yuli dunia ini
indah pesona penuh warna warni
kita di sini hanya sementara
mengapa di himpun harta yang sia sia

Thursday, January 12, 2012

Kecewa


ada kala diri rasa sempura
tiada salah cacat dan cela
seperti kain putih tiada warna
berjalan megah mendabik dada

memang benar engkau berkuasa
memang benar engkau berjaya
tapi sayangnya mengapa engkau lupa
semua itu adalah anugerah dari Dia

senang benar mencari khilaf
mudah benar meluahkan marah
adakah kau terlupa ungkapan maaf
sedangkan Dia maha pemurah

ingat juga di satu masa nanti
pasti kau meronta mohon simpati
pinta di beri peluang kedua
untuk kau betulkan dari mula


Wednesday, January 11, 2012

Jauh



kanan dan kiri menguris hati
saat sukar kau lalui sendiri
aku ada tapi tak selalu di sisi
hanya berdoa agar kau kuat hadapi

Sunday, January 8, 2012

SAKIT



nasihat itu menyembuhkan seperti ubat, tetapi sedikit sahaja yang sanggup menelannya.

Tuesday, January 3, 2012

Cuai



masuk ni dah 2kali rumak aku di kunjung penyamun. tak sampai sebulan. kali pertama gelang tangan, duit dan hp. kali ni nasib tak menyebelahi mereka. ok titik.

bila dah jadi macam ni mula la orang orang bermulut mulut. "tu la.. barang barang letak merata rata..." tu la..cuai sangat.." dan macam macam lagi ayat pemanis mulut di lontar. ok aku terima.

contoh. gelang tangan tu aku bawak. letak dalam kocek seluar. lalu hilang atau jatuh.. "tu la.. lain kali simpan la kat rumah..benda benda macam tu pun nak bawak.."

bila hilang kat rumah, ayat sama berulang... "tu la... lain kali barang beharga bawak la pergi mana mana.."
sekarang mana satu yang betul? semua tak betul kan.. bawak salah, tak bawak pun salah..

tapi, tu kan rumah kita.. mesti la barang barang semua kita tinggal kat rumah... takkan nak bawak semua letak dalam poket..

bagi aku, ni satu ujian.. dan pasti ada hikmah.. sebab aku percaya, kat mana mana pun aku letak, bila DIA kata hilang, pasti hilang...

mungkin aku ada buat salah silap.. mencuri masa.. kerja tak ikhlas... dan macam macam lagi.. aku terima dengan seadanya.. reda dan pasrah.. semua yang aku ada bukan milik aku.. semua tu hanya pinjaman.. dan DIA berhak untuk ambik balik pada bila bila masa...

tapi aku sebagai hamba yang lemah lagi dhoif, tetap mengadu dan berharap, agar di beri kekuatan untuk hadapi semua ni..

orang kata, kalau rezeki kita, ada la tu.. kalau dah tak dapat semula, nak buat macam mana.. betul tak?

"syg, gelang tangan tu abg belikan untuk syg.. ingatkan nak buat surprise kat syg.."
si dia kelu...



Monday, January 2, 2012

Pelita kecil di tahun baru



pelita kecil
di tengah pekat malam;

kau hembus nafas nafsu
hingga terpadam cahaya iman
rela teraba raba dalam kegelapan.
kau sentuh yang haram
kau nikmat yang di larang
selagi usia muda di beri pinjam
fikirlah sesaat,
sebelum terlambat.


Sunday, January 1, 2012

Dalam kenangan



sorakan saling bersahutan di tanah tinggi CH memecah kesunyian. detik 12 malam di rai dengan percikan bungan api yang mewarnai langit malam. angin dingin bertiup lembut menyapa wajah. aku memimpin tangan si dia melalu jalan lurus yang sedikit becak; memerhati gelagat sebahagaian warga dunia mengucapkan selamat jalan kepada tahun 2011.

jika di hitung, pasti banyak kenangan kita yang telah tertulis pada tahun semalam. banyak cerita, peristiwa, pahit manis telah kita lalui dan nikmati.syukur tak terhingga pada yang mengatur dan memberi kurnia kepada kita semua hingga saat dan detik ini kita masih lagi di beri masa dan peluang untuk menikmati terang mentari dan gelapnya malam. semua itu kita bukukan di dalam hati sanubari. tersimpan rapi di kotak ingatan menjadi kenangan dan pedoman.

tapi seharusnya ada terlintas juga di hati dan ruang fikiran kita; apa yang telah kita lakukan pada tahun dan hari hari sebelumnya. adakah kita bersedia untuk menempuh hari esok yang pasti lebih mencabar. adakah bekal untuk kita bawa dan persembahkan pada Dia di satu masa nanti. tahukah kita bahawa saat itu semakin detik semakin hampir.

imbas kembali. ramai teman yang telah pergi mengadap pencipta. adakah kita sudah bersedia. yang pasti, bersedia atau tidak kita mesti ke sana. ke tempat abadi. maka sangat sangat beruntung bagi mereka yang berjaya itu.dan moga moga kita tergolong bersama orang orang yang berjaya.

semasa perjalan pulang menuruni tanah tinggi CH aku berbual bual dengan si dia. rasa sedikit kecewa kerana kamera lomo kesayangan aku rosak. banyak gambar gambar yang terakam mungkin tidak dapat di selamatkan lagi. tapi si dia menjawab. "biarlah kenangan kita bersama abadi di ingatan kita"