Wednesday, May 30, 2012
Daun kecil kelabu
sepuluh tali terikat rapi, tangan kecil kelabu gigih membuka simpulan mati, satu persatu tanpa jemu, sehinggalah sampai ke ikatan yang terakhir, tangan kecil kelabu berhenti berusaha, berhenti bergerak dan bergetar, biru kaku dan dingin membeku, keras terbujur kaku sebatang jasad, masih terlihat tangan kecil itu masih lagi memegang tali terakhir, kemas tersimpul rapi di lehir.
daun kuning kering gugur di sebelah jasad kaku, lalu bertanya pada semua, mengapa tiada yang membantu tangan yang kecil itu, untuk membuka tali yang terakhir, harapan yang terakhir.....
Sunday, May 27, 2012
Sedih
mencari bayang di dalam bayang, merungkai seribu rahsia yang terpendam, robek hati di siat dan di gali, tapi sayang tak siapa yang mengerti.
"kerana hidup ini sebuah perjalanan, aku dia dan kalian adalah turut sama berjalan. menempuh hari hari yang datang dan berlari.kadangkala jatuh lemah dan mati, namum kita masih lagi di beri masa, untuk di uji dan di cuba akan segala kekuatan yang ada - daya dan tenaga yang di pinjam seketika."
dan yang paling menyedihkan, saat kita berputus asa dari rahmat tuhan, sedangkan kita tahu...dia itu amat maha penyayang, kerana dengannya, kita sentiasa ada peluang, selagi kita masih di beri kesempatan, sebelum di tutup segala pintu harapan. pohonlah ampun atas segala kesilapan; mengakui semua dosa dan kealpaan..
"tuhan.. banyak dosa yang telah aku lakukan.. aku mohon ampun atas segala kelalaian... ampunkan aku tuhan..ampunkan kami.. ampunkan kami..."
Subscribe to:
Posts (Atom)

