Thursday, July 12, 2012
Tertanam mati..
di sapa kawan lama.. teman kecil sepermainan kala.. tapi maafkan aku.. kerana tak mengenalimu...
mungkin jarak dan waktu terlalu memisahkan kita.. hingga kini kau besar dewasa... atau mungkin ingatan ini belum cukup kuat untuk menyemak kembali.. ingatan yang tertanam mati...
terima kasih teman.. kerana masih ingat dan tak lupakan aku.. terima kasih kawan.. untuk masa lalu...
Tuesday, July 10, 2012
Kita ini tidak sendiri
kenangan semalam, terbang di sapa bayu senja, ku kutip kembali satu persatu, untukku hadiahkan pada esok.
jika esok datang bersua, pulangkan semula cerita kita, terimalah seadanya, moga kita dapat kongsikan bersama; cahaya mata - yang bakal terbit setelah luput gerhana.
dan nanti, waktu kita duduk bersila - di beranda usia, sambil mengukir senyuman - di pohon cemara, ku harap kita masih lagi mengenggam erat kesah semalam, dan nikmati kembali, saat indah kita bersama - meredah dunia.
andai esok tak mampu untuk bangkit lagi, ingatlah; "kita ini tidak sendiri, dia sentiasa menemani, saat sedih susah payah kita, saat senang senyum dan gembira. semoga hubungan kita ini di rahmati YME". (03/07/05) - inc
Subscribe to:
Posts (Atom)

