Friday, February 19, 2010

AKU TAHU





Di saat aku keliru mencari arah hidupku

Di saat aku keliru mengenal tuhan yang satu

Aku cuba untuk mengembara ke seluruh pelusuk dunia

Mencari di mana pencipta yang mencipta segenap semesta

Ketika di dalam perjalanan tersungkur aku di dalam kegelapan

Terasa dingin yang mencengkam hingga menggigil aku sendirian

Lemahnya aku tak bermaya terasa bagai hilang nyawa

Namun dengan semangat yang ada aku tetap gagahkan jua

Di saat angin menyapa terasa terlalu dinginya

Walau ia tiada di mata namun ada pada zahirnya

Menangis aku sendirian kerana aku temui jawapan

Ku insafi segala kesilapan dan harapkan keampunan

Kini ku bangkit dari lena dan ku sedari kesilapan nyata

Sesuatu yang ada di dunia tak semestinya nampak di mata

Begitu jua dengan pencipta Yang maha berkuasa

Walau tiada di mata kini ku tahu kewujudannya

No comments: