Showing posts with label bebas. Show all posts
Showing posts with label bebas. Show all posts
Wednesday, December 21, 2011
Tak Seberapa
telah datang pada aku
sebuah jalan berliku liku
lama kini terdiam
hati ini menjadi batu
seribu kata terlepas
melayang layang di angkasa
dan aku tercari cari
mana ruang nak di daki
moga ia mekar semula
seperti bunga cempaka
yang kau puja..setiap masa
mana kini teman setia
aku hilang seorang diri
tak siapa peduli
dunia kini dah tak sama
waktu aku mula mula
dah tak serupa...dah berbeza..
gapai tangan gapai cinta
cinta kini milik semua
cinta kita sesama saudara
aku datang tanpa apa apa
sudikah kau terima
diriku kini tak seberapa
Friday, September 16, 2011
Mulut meletup
salam semua.. nak tanya.. mulut korang penah meletup tak? tak pernah? ok kalau tak pernah tak pe.. duduk diam diam. ni nak citer sikit. mulut aku tengah meletup ni.. bukan sebab makan kuih bom.. ape? tak paham?
ok meh sini nak citer betul betul.. korang pernah kena ulser mulut tak? pernah kan... haa sama la maksud ulser mulut tu dengan mulut meletup.. kalau dalam bahasa lagi mudah "netup mulut" korang tahu? haha
dah 2,3hari aku kena ulser ni.. pedih tu tak payah cerita la.. kalau korang pernah kena mesti korang tahu kan... nak makan pun seksa.. tapi korang tahu tak apa punca dia? tahu macam mana nak rawat? tak tahu kan.. kalau nak tahu macam biasa la.. tekan kat bawah ni ye.hehe
Read more >>
Monday, September 5, 2011
TUTORIAL BLOG - CARA MENUKAR TEMPLATE BARU KEPADA TEMPLATE LAMA
![]() |
ada sape sape yang perasan? nampak pelik..? tak ada ke?
tapi aku perasan... tengok blog aku dah jadi mcam apa ntah..
ni la gatal tangan sangat tadi.. kan dah lari setting..
korang tahu tak macam mana nak tukar template..
aku tak nak yang ni..aku nak template aku yang asal..
yang basic blog tu... korang tahu tak?
macam mana ye... ada sape sape boleh tolong..
nak nagis dah ni.hehe
TUTORIAL BLOG - CARA MENUKAR TEMPLATE BARU KEPADA TEMPALTE LAMA
korang tahu?
Sunday, August 28, 2011
MARI BERAYA
![]() |
| klik gambar untuk ke sana |
SALAM LEBARAN AIDIL FITRI
TANGAN DI HULUR MOHON AMPUNI
SEMOGA UKHWAH TERJALIN MURNI
DI HARI MULIA KITA SYUKURI
MARI BERAYA DISINI..
Thursday, August 25, 2011
Sunday, August 14, 2011
Contest Aku Berpuisi - AKU HAMBA
![]() |
Ya Allah
Engkaulah yang menciptakan aku
Dan kau berikan aku dengan
kelebihan
Ya Allah
Engkaulah yang memberi petunjuk
Dan kau tunjukkan aku jalan
kebenaran
Namun aku gagal dalam petunjukMu
Aku berdosa dan kecewa sepanjang masa
Aku hancurkan hidupku dengan dosaku
Tanpa fikirkan pemberianMu padaku
Dan aku teringat, lalu ku bertaubat
Aku kembali padaMu, dengan izinMu
Ya Allah
Aku berdiri di pintuMu
Dan ku mohonkan keampunan, keredhoan
Ya Allah
Janganlah engkau menolakku
Dan mereka yang berdiri bersamaku
salam semua.. sehat? harap2 sehat semuanya... hari ni aku ada join satu contest..contest puisi.. selama setahun lebih aku berblog, ni yang kedua aku masuk contest puisi. di sebabkan keperihatinan aku, aku nak ajak korang masuk sekali.hehe baru bahasa jiwa bangsa.
TAG
dan sape sape yang nak join boleh klik sini
sejuta kemaafan sebab tak dapat terjah blog korang lagi... nanti aku pasti terjah.
sejuta kemaafan sebab tak dapat terjah blog korang lagi... nanti aku pasti terjah.
Thursday, August 11, 2011
NAK HADIAH?
dah lama tak join kontesmengote kan..dipendekkan cerita entah macam mana tersepak batu tersadung kaki, terjumpa la blog SWEETTWINZ lalu aku pun terjoin kontessasi ini..
tanpa membuang masa, aku pun mengopypastekan entri beliau...
Hi dears, salam Ramadhan kepada semua pengunjung2 blog Sweettwinz yg amat dikasihi...^_^...Sempena bulan yg penuh dgn 1001 kebaikan & keberkatan ini, Sweettwinz nak anjurkan GA...my 1st GA...hehe...
cute kan gambar Chocolate Cake Box kat atas nie...sbb apa Sweettwinz guna gambar cake box nie??? ce teka ce teka...hehe...mesti la sbb nk kasi kt pengunjung yg bertuah...best kan..best kan...^_~
hadiah lain pon ada gak...
sapa nak? sapa nak?...^^,
klik SINI
aku dah, korang bila lagi.hehe
kalau tak nak join pun, jom g terjah blog dia.
tak rugi pun kan..
ok dah selesai..aku nk g makan jap..
eh silap.. bagi adik aku makan.hehe
Monday, August 8, 2011
Jom tambahkan FOLLOWER!"
Apa yang perlu dilakukan?
klik je gambar kat atas tu..
:)
munir: cekgu..korek idung batal pose tak?
p/s: nanti aku follow balik blog korang. jangan bimbang ye..
Friday, April 1, 2011
CONTEST SANTAI - KISAH AKU DAN JARUM
![]() |
| klik gambar untuk SANTAI |
jarum. semua orang kenal jarum. jarum peniti. jarum jahit baju. jarum cucuk orang. jarum ape lagi ye..haa mami jarum. lada jarum. dan banyak lagi.
mungkin sejak kecik lagi aku tak suka jaram. tapi masa aku masih baby dulu, tak ingat la pulak aku suka ke tak kat beliau. tapi aku agak memang tak suka la. korang suka ke? hehe
kali pertama aku bermusuh dengan jarum masa aku sekolah menengah. masa tu kita kena cucuk apa eh. lupa pulak aku BCG kan. aku takut giler. muka pucat macam nampak raksasa. last last aku kena paksa jugak cucuk benda tu. aku sangat malu. sebab yang cucuk tu kak kak misi. oh masa tu aku sekolah agama. semua laki. dan perempuan tu macam makhluk asing bagi aku. tapi cekgu pempuan aku rasa tak asing pulak. pelik jugak kan. mungkin aku tak balirgh lagi kot masa tu..
lepas tu aku kena cucuk lagi. emm masa tu aku sakit. lupa sakit apa. masuk hospital. masuk kat bilik kecemasan. M.A nak ambik darah. besar giler dia punya jarum. mungkin jarum tu la yang orang guna untuk injek gajah. sekali masuk kat pergelangan tangan ni, aku dah layu. tapi aku tak pengsang lagi masa tu. oh aku lupa. masa tu cucuk untuk masuk air. lepas tu aku duduk atas kerusi roda. ahh apa orang panggil benda tu. lupa lagi. aku tak leh jalan. sebab hampir pitam bila kena cucuk. sakit wooo.. eh jap, pitam ngan pengsang sama je kan..
masak wad. masa tu seminggu jugak aku duduk hospital. hari hari misi ambik darah aku. lepas kiri, kanan. pastu tukar pulak. nak nangis pun ada. tapi kena buat macho sikit. kan misi cun yang ambik. tahan.. tapi dalam hati ni dah macam macam. rasa nak jerit je. sakit tu..
masa kat sekolah lagi. time derma darah. masa tu kat sekolah agama jugak. tapi dah campur laki pempuan. malu la beb laki tak pergi derma darah. maklum la masa tu puteri idaman ada. jadi kena la tunjuk keperihatinan sikit.hehe bila misi cucuk je aku dah jerit. ambik kau satu dewan dengar. malu beb. jatuh saham aku 50sen masa tu. kenapa cucuk kuat sangat.. sakit ni... aku tutup muka masa tu.haha
time aku prektikal. kat hospital. aku buat persediaan. dah siap kena la kemas balik. masa tu jarum memang banyak la. aku nak buang dalam tong kuning tu. tup tup satu batang jarum jatuh atas kaki aku. terpacak wa cakap lu. aku ingat tak tembus la. sebab dah pakai banyak lapis masa tu. dan tak rasa sakit pun. ambik kau bila bukak je stoken..err dia tak panggil stoken benda tu. oh aku lupa lagi. bila buka je.. nahh kau darah dah tersembur sembur kat situ. banyak. nasib baik aku "kuat" masa tu.
pastu time aku mula dapat kerja. kena cucuk vaksin h1n1. gila.. aka dah lari. tapi misi bagi aku borang suruh isi. aku ambik borang, aku buat diam je. tak isi. esok tu dia tanya aku. borang dah isi ke? ahh sudah. petang tu dia paksa jugak aku cucuk. masuk bilik, semua pempuan. misi cun cun pulak tu. dia tegur. nape muka nampak pucat je. gila tak pucat. jarum tu nape g tayang depan aku. dah la aircond sejuk tahap kutub utara. nah aku kena cucuk sedas lagi. lepas je misi tu cabut jarum, aku terus keluar. tobat aku tak nak masuk bilik tu lagi. esoknya, misi misi tu "nganjing". malu siot. aku buat muka sposen je. dua tiga hari jugak lenguh lenguh kat bahu. lagi pedih bila jadi bahan kat misi misi tu.
terbaru. aku kena buat pemeriksaan kesihatan. kena cucuk lagi. ambik darah. ahh sudah. kena lagi. masa tu buat kerja dah macam apa ntah. tak senang duduk. esoknya aku pagi pagi lagi dah serah diri. apa nak jadi, jadi la.. sekali cucuk. nah kau... aku mintak MC dua hari. tapi haram.. sehari pun dia tak bagi.
oh dah malam.. patut la rasa pedih pedih je mata ni. dah nak kena titik ni. nak tido awal. esok pagi kena pergi kursus. lusa pun. mungkin aku tak post entri dalam sehari dua lepas ni. sory sebab tak dapat terjah blog korang. ada masa aku terjah balik.
eh..tapi sebenarnya tak sakit pun kan kena cucuk.. tapi, aku bila tengok jarum je dah kecut perut. adakah ini namanya alergik jarum? hmmm
p/s: jom derma darah.haha
oh ni bukan cerita kelakar sangat. tapi ni cerita realiti aku. kelakar ke? ce kabo.. ce kabo..
aku pernah mengarut kat entri lepas pasal jarum. dan CikGadis yang repuest entri pasal jarum. jadi aku buat sekali dengan contest. aci kan.hehe
Thursday, March 31, 2011
CERITERA WARNA
![]() |
| apakah warna hidupmu? |
salam ukhwah semua. harap korang semua sehat sejahtera. hehe skema ayat. sory semua sebab aku sebok sikit sejak akhir akhir ni. sory mawaddah sebab tak sempat nak join contest. sory sangat sangat.
ok entri lepas, kurekurecomel dan wahidah ada reques. nak dengar petikan gitar secara live? haha aku perasan ke apa ni. sebenarnya aku tak pandai sangat pun main benda tu.main syok sendiri boleh la.hehe jadi tak boleh la nak main live. sumbang je melodinya nanti. sory ye..
sekarang aku dah kematian idea nak tulis puisi ke sajak ke syair ke. tak macam dulu. sebenarnya, kalau korang perasan la. sajak aku yang dulu tu lebih terarah kepada lagu. memang betul tu lirik lagu. ada jugak yang tanya aku dulu dan perasan, bentuk puisi tu macam boleh buat lagu. err ke aku je yang perasan.haha
ada jugak sajak yang aku sayang nak post kat blog. aku simpan je. sebab sajak tu dah jadi lagu. dan aku suka lagu tu. aku sorang je suka.hehe kebanyakan entri yang berlebel lama tu adalah lirik sebenarnya. masa tu aku sangat obses ke arah ketuhanan. sekarang je banyak mengarut. ok dah la tu. aku tak nak bertambah mengarut.
last, aku nak ucap terima kasih kat ska dan khairulantasha sebab tolong aku bagitahu cara cara nak buang nama sendiri kat list komen (terbaik). korang memang terbaik. yang aku lupa nak sebut tu, aku mintak maaf banyak banyak. apa apa pun aku hargai tiap kunjugan dan komen korang kat blog pucat aku ni.
lepas ni aku nak tulis pasal apa aku takut jarum. dulu ada sorang tu reques. tapi aku lupa nak buat.hehe
oh esok lusa ada kursus. bilakah masanya untuk aku berblog dengan selesa.
p/s: hargai sebaiknya sementara ada.
Wednesday, March 30, 2011
AKU BETUL BETUL AKAN TIDUR
![]() |
| ini bukan aku. |
semalam aku bermimpi lagi
dalam mimpi itu aku sedang lena bermimpi
dan mimpi itu sangat aneh
kerana aku di katakan tidur saat aku jaga
lalu aku terjaga
memikirkan suatu petanda
atau hanya mainan tidur
lalu aku sambung tidur.
ok ayat kat atas tu tak ada ape.macam hampasgas je..
aku nak tanya ni... korang tengok belah
aku baru letak.. yang TERBAIK tu.. nampak tak?
aku nak tanya.. macam mana nak buang nama kita sendiri dalam tu.
korang tengok. yang si para para.
haa aku la tu.. nampak kan..
ada 4ratus lebih komen.aku rasa macam tak logik je.
ada orang nak sabotaj ke.haha
aku nak buang. sape tahu?meh bagitahu aku.
aku kurang lawat blog korang. sory.
Sunday, March 27, 2011
BECAUSE OF YOU
Dear Nurulbadiah Lai,
semalam aku seorang diri
berjalan di lorang yang sepi
kanan dan kiri lalang melambai
aku sendiri di tengah ramai
dan bila mentari menyinar ke wajah
aku terleka memerhati keindahannya
terpesona oleh senja yang indah
hampir terlupa janji yang aku terima
kerana dia aku bermula
mengenal erti sebuah persahabatan
kau hadir kerana takdirnya
penghapus sepi dalam kehidupan
kini aku sudah berteman
bersama melihat senja di taman
dan bila bintang berkerlipan
aku hadiahkan buatmu teman
suka duka tersemat di jiwa
kita tempuhi bersama sama
kau ukir senyum di pelusuk dunia
buat tatapan aku saat gelora
hari ini kau di hati
menjadi teman sehidup semati
aku harap esok lebih ceria
menjadi teman hidupku selamanya...
entry contest ini telah ditaja oleh :
munie tag aku.. dah lama.. tapi baru buat.. sory ye munie.. ni baru ada kesempatan... lagi pun aku tak ada kawan baik atau bff.. aku ada dia... aku buat benda ni je.. dah ok kan..hehe
![]() |
| aku dan dia |
Tag.
Wednesday, March 2, 2011
KALA CINTA BERBISIK DI KALBU
kini aku di hinggap oleh rasa cinta.. datangnya pekat dan melekat di hati... cinta yang tersemat ini akan aku teruskan sehingga ke alam seterusnya.. alam rumah tangga... sebelum ke sana.. aku harus mengumpul duit... kerana hajat di hati ini amat besar untuk ku hadiahkan sebuah kereta honda intergra kepadanya.. kerana nanti boleh juga aku tumpang sekaki... pasti singkat untuk ku ke tempat kerja...cadangnya nanti telah ku tetapkan bulan madu di pulau bahagia... di sana tiada siapa mengaggu...
lepas bersama, akan ku suprisekan si dia dengan kek 12tingkat setiap ulang tahun... pasti mak dan ayah aku gembira lihat kita bahagia... pasti.. aku tak akan sia sia kan hidup insan yang istimewa... sekali kali tidak.. akan ku sarungkan cincin kebahagian ini di hatimu.. moga kan bersinar selamanya di rumah rasa...
nanti aku akan masak untuk dia dan dia akan masak untuk aku.. aku tahu aku tak pandai masak.. kalau tak sedap.. aku akan bawa si dia ke kedai mamak... eh apa kelas kedai mamak.. ke restoran nasik kandaq la.... aku akan suap dia makan dan dia suap untuk aku pulak..err korang jangan jeles.. kalau pelayan perempuan datang aku janji takkan kenyit mata kat pelayan tu... (time ni la pelayan cun nak datang)
sebelum tido aku akan baca buku cerita tentang sang kancil dan sang buaya. semoga si dia akan terulit mendengar aku bercerita dengan sepenuh jiwa... kalau dah bosan aku akan tukar jalan lain cerita pulak.. cerita kura kura dengan arnab pergi berbulan madu.. ok kan sayang...
kita sama sama lalui jalan ini... menuju ke puncak niaga bahagia.... saat malam akan ku pimpin tangan lembut itu ke taman bunga... berbaring di rumput hijau.. kita saksikan bulan dan bintang bercengkerama... saat tu kita dah tak perlu takut kat pencegah maksiat.. sebab kita dah sah jadi suami isteri... kita nantikan saat munculnya mentari pagi menyebar cahaya.. menghapus gelapnya malam yang membungkus.. kita sama sama merasai limpahan sinar itu yang menyimbah ke wajah engkau dan aku.. kita ukir senyum mesra dia kaki awan.. dan biarkan angin yang sepoi sepoi bahasa itu sebarkan cerita kita keseluruh pelusuk dunia..
jika aku telah mati.. pergi untuk selamanya... aku harap si dia tak bersedih hati.. ingatlah saat saat indah kita bersama.. saat aku kucup keningmu tika kali pertama kita melangkah ke alam baru.. ingatkah kau lagi... semoga ingtan itu akan sentiasa melukis senyum di bibirmu...
sekian, terima kasih...
ikhlas daripada, munir...
oh akhirnya siap jugak aku buat benda ni....sakit wooo kepala ni nak fikir....
Contest ini adalah daripada Cik Aiza.
| .Banner beliau. |
| .Ayat yang wajib di Copy. |
ayat kat atas 100% aku copy paste daripada blog | cik azeya | si penunggu bulan teragung...sebab dia yang tag aku contest ni...
memandangkan aku ni hari hari cakap "BI" kat rumah..jadi aku segan la nak tulis dalam BI..kan korang tak faham pulak aku tulis.hehe aku tulis dalam bahasa ibunda kita je la ye...
aku nak tag sape eh...
hah dah dapat..terimalah astina si president....sorang lagi ialah...sang penyair senja yang hebat dalam menyusun kata kata..
p/s: tajuk entri aku tak boleh blah kan.haha
Sunday, February 27, 2011
Mak Dara 1st Giveaway (GA)
![]() |
| klik untuk pergi ke blog mak dara |
Sempena sebulan birthday Blog BICARA MAK DARA ni.. Mak Dara ingin menganjurkan GIVEAWAY yang pertama untuk blog Mak Dara yang kira masih Dara ni. Oleh kerana ini adalah GA pertama dari Mak Dara maka Mak Dara buat yang simple, sempoi dan tak semput untuk disertai oleh semua rakan Blogers.
Seperti yang anda tahu dan mungkin juga yang tak tahu, Mak Dara ni bekerja sebagai penulis skrip. Jadi kali ni Mak Dara nak anda mendekati sedikit bagaimana dunia seorang penulis skrip ni. Jadi apa yang perlu anda lakukan untuk menyertai Mak Dara 1st Giveaway (GA) ni ialah....
"BERIKAN SATU TAJUK DRAMA"
tajuk............."esok masih ada"
tag:
aku dapat tag ni daripada KHRLHSYMROX..jom terjah blog dia!!!!!
Tuesday, February 22, 2011
Saya Join Bloglist Falia Shazana
- Content entry korang tu tak kisah la pasal apa... Suka hati korang ok?
- Letak gambar yang korang nak guna (bersaiz tepat taw!)
- Pastu jangan lupa link kan entry korang tu kat ruangan komen ni..
- Lastly, korang letak lah link blog aku ni dalam blog korang ya? :)
p/s: aku baru balik dari gotong royong.... tapi kenapa yang turun dua tiga kerat je....hmmm..
Sunday, February 20, 2011
SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF
aku pun nak join jugak la..rasa idea dah beku jadi ais kepal pulak sekarang..macam tak ada idea..biasa idea mencurah curah ke ladang gandung macam air terjun...di sebabkan aku nak jadi seorang yang aktif, aku jon sekali...
p/s: err korang tak aktif ke? haha
Thursday, February 17, 2011
ULANG TAHUN YANG PERTAMA
bagaikan tak percaya
masa pantas menghambat usia
seharian aku terlena
bagaikan setahun lamanya
tersentak aku seketika
melihat kedut di muka
seperti semalam aku di sini
memulakan perjalanan ini
sedar tak sedar..dah hampir setahun aku main blog...
rasa rasa aku start blog aku kenal nick irfan.
dia salah seorang yang bagi semangat untuk aku main
dulu masa start buat blog aku pakai background putih macam ni la.
tapi dulu lagi ok aku rasa..sekarang ni aku dah banyak buang benda yang memberatkan.
mungkin terlalu simple...tapi tak pe..
asalkan ada pengisian.betul tak.hehe
mungkin ada yang ingat..aku pakai background warna oren..
background tu adik aiza banyak tolong aku
background tu mmg ok..
tapi lepas aku jumpa blog yang sama macam aku,
terus aku tukar.hehehe
sekarang ni putih.tak kisah la ada ramai yang sama pun.
ok la tu..dah panjang melalut...
aku nak ucap terima kasih banyak banyak kepada blogger yang selalu datang sini
bagi komen dan apa apa je la...
aku pun nk mitak maaf kalau ada terkasar bahasa
ada tak terbalas komen..tak terbuat tag..
err aku masih ada ada tag tahun lepas yang tak buat lagi.hehe
ada masa ok aku buat..
maaf atas semua kesilapan..
last aku nak mintak pendapat korang semua...
ada apa apa yang perlu aku buat lagi untuk blog ni..
untuk bagi keselesaan kat korang ke..
tak kira la apa pun..
nk kritik kaw2 pun tak pe...
asalkan utk kebaikan...
ok aku sangat sangat berharap agar ada orang yang bagi pendapat tentang blog ni.
sekian, terima kasih..
terakhir,jom terjah blog Fizalinolie
(iklan tak berbayar)
p/s: aku ingat nak buat contest..korang rasa hadiah apa yang ok..duit ke barang barang lagi ok?
Wednesday, February 16, 2011
PERISTIWA 25HB
tajuk dia atas tak ada apa apa kaitan dengan entri ni ye...hari tu..hari yang dah lama berlalu tu...dulu dulu..lama kan.hehe sebenarnya dah lama tag ni aku peram buat pekasam dalam draft...dan aku boleh lupa save alamat sape yang bagi tag ni..jadi aku kena cari satu satu dan agak sendiri sape yang bagi..dan akhirnya aku jumpa juga tuannya..tag ni daripada ch!na+su hayam! dan hidayati....ok sila bagi aku hadiah sebab berjaya kesan korang sampai basah ketiak jiran sebelah rumah aku ni.hehe
25 RANDOM THINGS ABOUT ME
1. aku seorang lelaki
2. baru setahun jagung main blog
3. suka dengan puisi dan yang sewaktu dengannya
4. suka melukis
5. gitar / piano
6. cipta lagu
7. nikon d90
8. sangat rapat dengan ubat
9. suka baca buku
10. game
11. suka jalan jalan / aktivit luar
12. bola / futsal
13. coklat
14. kumpul stem / duit lama..duit baru pun suka jugak.
15. teringin nak kawin
16. suka kartun
17. butterfingers / monoloque / raihan
18. suka cerita cina
19. ada hubungan kimia dengan no 7
20. cepat pening kalau naik bas
21. takut jarum
22. hijau
23. aku sayang mak aku
24. yulley
25. tak suka internet lembab
perghh berbuh otak aku nak fikir 25 benda..aku nak tag korang pulak..tak buat siap.hahaha ini bukan paksaan tapi ini betul betul...ok mangsanya ialah...
ok cukup sudah 25 orang..yang dah buat tu tak pe la..kalau yang belum buat tu rajin rajin la buat ye..
p/s: malam ni korang nak makan apa? jiran rumah sebelah aku nak belanja.hehe
Tuesday, February 15, 2011
[KAMIKAZE] Kami Blogger Sporting!!
ni yang ketiga aku masuk untuk hari ni..ahh tak kisah la yang ke berapa pun kan..asalkan dapat buat entri baru...time cuti boleh la post banyak entri pun..10 ratus pun tak pe.hehe ok la ni aku jumpa benda ni kat blog erk! ...err sendawa ke tercekik tulang..hehe gurau je..tapi aku suka headerblog dia..simple dan cool..buat la aku sebijik macam tu..boleh la..ok dah dah..aku tak nak melalut..
cun kan header dia...klik gambar tu untuk ke alam sana..
Syarat-syarat
- Sila buat satu entri khas.
- Letak header blog Erk ! dan linkkan ke entri INI
- Tajuk : Ikut tajuk entri atas tu.
- Bagi 5 perkara kenapa korang nak join segmen ini. *dalam bentuk point form*
HasutAjak rakan blogger lain untuk join segmen ini. Lagi meriah lagi bagus..- Pastekan url anda kat ruangan entri INI
5 PERKARA KENAPA AKU NAK JOIN SEGMEN INI IALAH :
- sebab aku gila sikit hari ni..gila update.haha
- err saje nak meriahkan lagi segmen yang erk! buat..
- sebab hari ni aku sporting.hehe
- sebab header blog erk cun..boleh la kan macam ni..
- last, sebab..sebab apa eh..yang last ni susah nak fikir...sebab blog erk best..hehe bolah la kan...ni dah 10 minit fikir ni..hehe
ahh tak kira..aku nak tag 2 orang..kena buat..hehe
cepat pergi blog dia..blog dia ada cerita pasal ketiak.hehe
blog dia cool...sape sape yang hot pergi la sana ye.hehe
p/s: kalau tak buat pun tak pe....saje je nak meriah meriah.hehe
Subscribe to:
Posts (Atom)





















