Showing posts with label ceritera. Show all posts
Showing posts with label ceritera. Show all posts
Tuesday, January 3, 2012
Cuai
masuk ni dah 2kali rumak aku di kunjung penyamun. tak sampai sebulan. kali pertama gelang tangan, duit dan hp. kali ni nasib tak menyebelahi mereka. ok titik.
bila dah jadi macam ni mula la orang orang bermulut mulut. "tu la.. barang barang letak merata rata..." tu la..cuai sangat.." dan macam macam lagi ayat pemanis mulut di lontar. ok aku terima.
contoh. gelang tangan tu aku bawak. letak dalam kocek seluar. lalu hilang atau jatuh.. "tu la.. lain kali simpan la kat rumah..benda benda macam tu pun nak bawak.."
bila hilang kat rumah, ayat sama berulang... "tu la... lain kali barang beharga bawak la pergi mana mana.."
sekarang mana satu yang betul? semua tak betul kan.. bawak salah, tak bawak pun salah..
tapi, tu kan rumah kita.. mesti la barang barang semua kita tinggal kat rumah... takkan nak bawak semua letak dalam poket..
bagi aku, ni satu ujian.. dan pasti ada hikmah.. sebab aku percaya, kat mana mana pun aku letak, bila DIA kata hilang, pasti hilang...
mungkin aku ada buat salah silap.. mencuri masa.. kerja tak ikhlas... dan macam macam lagi.. aku terima dengan seadanya.. reda dan pasrah.. semua yang aku ada bukan milik aku.. semua tu hanya pinjaman.. dan DIA berhak untuk ambik balik pada bila bila masa...
tapi aku sebagai hamba yang lemah lagi dhoif, tetap mengadu dan berharap, agar di beri kekuatan untuk hadapi semua ni..
orang kata, kalau rezeki kita, ada la tu.. kalau dah tak dapat semula, nak buat macam mana.. betul tak?
"syg, gelang tangan tu abg belikan untuk syg.. ingatkan nak buat surprise kat syg.."
si dia kelu...
Monday, January 2, 2012
Pelita kecil di tahun baru
pelita kecil
di tengah pekat malam;
kau hembus nafas nafsu
hingga terpadam cahaya iman
rela teraba raba dalam kegelapan.
kau sentuh yang haram
kau nikmat yang di larang
selagi usia muda di beri pinjam
fikirlah sesaat,
sebelum terlambat.
Thursday, December 29, 2011
Masa yang tinggal
masa yang membawa aku kemari. namun jarak yang memisahkan kita. syukur kerana kita masih di sini. melangkaui masa dan waktu. merentasi jarak dan kilometer.
aku masih sama. cuma ada yang berbeza. dulu pada mulanya sendiri. kini lengkap merpati sejoli. tahu apa maknanya?
siang malam kemana saja. 100 kilometer memisahkan aku dan dia. dan masa ligat berputar. jiwa dan raga penat bergetar. aku akui, jarak itu bukan batu penghalang asalkan ada kesungguhan.
3bulan bersama. 2purnama cahaya mata. tertunggu dan ternanti nanti. kelahiran seorang penyeri. moga moga di rahmati.
oh hidup kini tak seperti dulu. ada waktu mengelamun jauh. banyak masa untuk merangka cerita. termenung memikirkan khyalan mimpi. hanyut di dalam diri sendiri.
sekarang aku dengan si dia ada buka satu perniagaan. khidmat basuh pakaian. atau dalam bahasa saintifiknya kedai dobi. dah masuk sebulan. alhamdulillah. mungkin rezeki kami. cuma banyak benda yang perlu buat. masa tenaga. komitmen sangat sangat penting.
tapi, aku pasti mencuri masa untuk kesini. bertemu kalian semua yang berwajahkan tulisan cerita. kerana bagi aku, kalian semua adalah teman terbaik sepanjanag usia.
Thursday, September 29, 2011
LUPAKAN SEMUA
![]() |
saat sendiri di rumah besar. di bilik kecil. ada dinding, katil, kipas, meja dan kerusi. di sini, tempat aku merehatkan jasad, tempat aku terkenang semalam dan memikirkan esok.
kadang kadang jiwa rapuh ini mengeluh. lemah. melihat jalan yang berliku. kiri dan kanan penuh paku dan duri - aku sendiri. walau kanan dan kiri ada teman, ada orang, tapi mereka ada yang menolak aku kelembah dalam. perit.
oh mereka itu sentiasa ada di sisi aku. mana boleh aku mengelak. mesti.. aku mesti hadapi..
oh mereka itu sentiasa ada di sisi aku. mana boleh aku mengelak. mesti.. aku mesti hadapi..
kini guruh mula bersuara. malam ini bertambah dingin. mungkin sampai masanya untuk aku melelapkan mata. lupakan dunia. lupakan semua. tapi bukan lupakan kamu - sahabat.
tuhan..kuatkan aku yang lemah ini...
27/09/2011 - 11.50am
tuhan..kuatkan aku yang lemah ini...
27/09/2011 - 11.50am
Thursday, September 15, 2011
Antara Flowerhorn dan Sindrom down
![]() |
Setelah beberapa generasi, bentuk ikan ini berubah daripada induk asalnya. Setelah itu penternak ikan mula-mula mengabungkan ikan tersebut dengan Blood Parrot yang merupakan hibrid dari C. citrinellum X C. synspilum. Dari hasil kawin silang inilah lahirlah Luo han yang dikenali masa kini.
Pada awalnya, hasil kawin silang tersebut tidak diterima secara luas, tapi setelah dilakukan "penyempurnaan" maka terhasilah bentuk dan corak warna yang disukai. Kemudian ikan tersebut diberi nama "Flowerhorn" atau "Luohan". Proses pemilihan dan kawin silang terus berlangsung sehingga dihasilkan berbagai jenis Luo Han dengan beraneka warna dan corak.
(wikipedia)
ok dah tahu kan sikit sikit pasal flowerhon dan sindrom down ni.. tapi macam biasa la..cerita ni bukan pasal benda tu.. kalau nak tahu kenal la tekan bawah ni..hehe
Wednesday, September 7, 2011
DARAH MANIS

menurut Dr.wikipedia, kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus) merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.
atau bahasa mudahnya, kandungan gula tinggi dalam darah - Diabetes
ok sekarang dah faham kan apa tu penyakit kencing manis. cuma yang aku tak faham, kenapa darah yang manis tapi kencing dapat nama... ke dah ada komplot antara mereka? kita tinggalkan persoalan ini untuk di jawab oleh anak cucu kita nanti ye..
sekarang aku bukan nak cerita pasal kencing manis. tapi pasal darah manis. nak tahu macam biasa la kena klik kat bawah ni...
Tuesday, September 6, 2011
PARAMESWARA
sudah semestinya semua sedia tahu siapa itu parameswara. menurut wikipedia yang aku search, beliau merupakan seorang Raja Temasek yang berketurunan diraja Srivijaya yang menubuhkan kerajaan Melaka pada 1402. korang tahu? aku tahu. cuma tak ingat je..hehe
ok ini bukan cerita pasal parameswara melihat seekor kancil menendang seekor anjing ketika baginda berehat di bawah pohon Melaka. bukan jugak cerita sang kancil dan sang buaya.
habis tu cerita apa?
kalau nak tahu klik la benda kat bawah ni...
Friday, September 2, 2011
MENCARI INGATAN SEMALAM
![]() |
semalam.. penuh cerita.. penuh peristiwa.. kisah senang payah suka duka.. dan aku juga ada bersama mereka.. menconteng dunia.. melakar kisah.. memahat sejarah.. dan kerana waktu itu sentiasa berputar.. aku kini menjadi dewasa.. teman teman bertebaran di setiap pelusuk bumi...dan hari ini...aku mula kembali.. kembali pada mula...mula bercerita..
Tuesday, August 30, 2011
RAYA DI PERANTAUAN
Tuesday, August 16, 2011
MANA SATU PILIHAN KALBU
MENU 1
IKAN BAKAR @ IKAN STIM @ IKAN 3RASA (2 EKOR)
TOMYAM AYAM @ DAGING
KAILAN IKAN MASIN
AYAM @ DAGING MASAK MERAH
KERABU MANGGA
TELUR DADAR
NASI PUTIH
DESSERT
AIR CINCAU @ SELASIH
MENU 2
IKAN BAKAR @ IKAN STIM @ IKAN 3RASA (2 EKOR)
TOMYAM UDANG @ SOTONG
SAYUR CENDAWAN GORENG
AYAM @ DAGING MASAK HALIA
KERABU AYAM
TELUR DADAR
NASI PUTIH
DESSERT
AIR CINCAU @ SELASIH
MENU 3
IKAN BAKAR @ IKAN STIM @ IKAN 3RASA (2 EKOR)
TOMYAM CAMPUR
SAYUR GORENG CAMPUR
AYAM @ DAGING MASAK MERAH
KERABU IKAN BILIS
TELUR DADAR
NASI PUTIH
DESSERT
AIR CINCAU @ SELASIH
mana satu korang berkenan.. menu 1, 2 atau 3?
Friday, July 29, 2011
BERAT
![]() |
masa aku mula mula jejak kaki ke sini....aku rasa cepat cepat nak pergi....
bila sampai masanya untuk aku pergi....rasa berat sangat untuk aku angkat kaki...
hari ni aku balik kg..dah hampir sebulan tak balik jumpa mak dan adik2... tapi bila dah balik tak boleh la nk main blog.
dah tak lama kita nak puasa.. syukur sebab kita masih lagi berpeluang utk bertemu dengan ramadhan... ada yang lain tak sempat nak jumpa... al fatehah untuk mereka...
last, terima kasih buat cik ten10...
Thursday, June 30, 2011
8760 Hari Aku Hidup
Thursday, June 23, 2011
HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU
![]() |
cuma nak lipatkan dalam entri ni..yang bulan 6 bagi aku sangat sangat mencabar... awalnya aku pergi melaka. pertengahan pulak aku pergi johor.. akhir aku kena pergi kuala lumpur.. bulan 7 mendatang aku kena pergi merang. pertengahan pulak melaka lagi... yang tak bestnya bila seluk poket cuma tinggal syiling je.. hari ni dapat gaji baru aku bayar bil broadband yang tertunggak...
ok cukup la tu.. tak nak la cakap banyak banyak...emm AkuMuzikFilem, pasal plagiat tu rasanya aku nak tutup buku..lagi pun anak tuan blog tu ada mintak maaf pasal ni..dan benda tu memang bukan salah dia.. ok dah la...aku malas fikir sangat pasal ni.. harap apa yang berguna dalam blog ni menjadi buah tangan aku untuk korang.. kalau mendatangkan keburukan atau cuma membuang masa, aku mohon maaf.. apalah aku ni kalau tak ada anugerah yang dipinjamkan olehNya..
oh lagi satu.. sebelum masuk bulan 7 ni aku dengan beberapa orang kena siapkan apa ntah...untuk projek inovasi. kena pergi bertanding wakil terengganu tak silap aku.. kat kuala lumpur rasanya.. err nampak tak ketidak perihatinan aku...siyes..aku tak ambik kisah sangat benda2 tu sekarang.. lupa pulak.. esok aku kena pergi perak..sepupu aku kawin... sabtu ni kawan aku kat johor pun nak kawin.. tak pergi tak sedap jugak kan. kawan baik tu... kalau tak ada aral aku akan pergi..insyaallah...
penutup, semoga korang sehat dan ceria setiap masa.. walau apa pun yang kita buat, kena ingat..DIA sentiasa memerhati gerak geri kita..
wassalam...
jom terjah blog AkuMuzikFilem - blogger prihatin dan best.. tapi sekarng beliau sedikit bz..hehe sama macam aku.
Tuesday, March 22, 2011
AKHIRNYA
![]() |
dalam hujan |
melangkah pergi dalam derai hujan menutup titisan jernih di mata ini. seakan berat kaki ini melangkah. mahu sahaja aku pergi dari sini selamanya. rasa hiba begitu menekan dada memaksa nafas yang dalam di hela. memang aku tidak menjangkakan semua itu. dan memang aku tidak mahu semua itu berlaku. tapi apakan daya. aku cuma insan yang lemah dan tak terdaya untuk mengukir senyum kepada mereka sehinggakan senyum di bibir sendiri melayang pergi.
segala pertimbangan telah aku lakukan. kerana waktu yang menekan membuatkan aku bertindak sedemikian. mungkin keputusan itu membuatkan hatimu koyak rabak. memang sukar untuk engkau menerimanya bila mana engkau orang yang cuba berusaha menjernihkan suasana. aku akui apa yang engkau lakuakan itu. namun perkiraan aku cuma selangkah. rasa belas itu menjeratkan aku. aku lemas. tidak sedikit terdetik diri ini untuk membelakangimu. aku menjadi mangsa. tewas pada rasa yang pernah aku rasa.
memang benar. segalanya telah terbukit. kesilapan kata membuatkan semunya berubah makna. aku sendiri tidak mengerti mengapa kata itu yang lahir dari bibir ini. aku leka. jika sekiranya engkau tahu betapa sulitnya aku di saat itu, pasti engkau turut sama bersetuju dengan apa yang aku lakukan. atau mungkin saja aku ini ego tidak mahu mengalah. jika benar begitu. maka akulah orang yang rugi satu hari nanti.
maafkan aku. aku sesali apa yang berlaku. aku tahu kau takkan lupa setiap detik masa itu. tak mengapa. ingatlah. mungkin ingatan itu nanti yang akan mengingatkan engkau. bahawa aku pernah hadir dalam hidupmu.
mood masih mendung.
perlukan masa untuk berdiri semula.
tapi aku janji tak lama.
sekejap cuma.
ini bukan cerita seorang kekasih kecewa dengan kekasih hatinya. ini cuma cerita yang jarang berlaku. aku abadikan di sini.
Monday, March 7, 2011
REALITI HIDUP 3 - episod akhir
bagi yang belum baca bahagian satu dan dua, sila baca dahulu bahagian satu dan dua.
bahagian satu dan dua ada di sini.
bahagian satu dan dua ada di sini.
Pak mail menjerit sekuat hati."tidakkkkkkk!!!!!". "pang!!" tiba tiba pak mail terasa ada sesuatu yang hinggap di pipinya. pedih bukan kepalang. pak mail ketakutan "tolongggg!!!" tidak semena mena pak mail merasa dingin sekali. "sejukkk..sejuk" pak mail terketar ketar kesejukan. pak mail memejam mata serapatnya. pak mail tidak pernah mengalami keadaan seperti ini. pak mail tidak mampu berbuat apa apa. hanya menyerah diri kepada keadaan. pak mail tahu hidupnya sudah berakhir.
dalam keadaan yang mencemaskan itu, pak mail terdengar suara isterinya, makcik limah. dalam benaknya berfikir "isteri aku?" pakmail sedih sekali. mungkin makcik limah turut pergi bersamanya setelah jatuh pengsan tadi. pakmail terbaring di atas tanah. pak mail cuba membuka matanya perlahan lahan apabila suara isterinya makin hampir kedengaran. seperti berada di sebelah sahaja. dan tidak semena mena satu das lagi hinggap di pipi pak mail "pang!!" kali ni lebih kuat. pak mail tersentak dan terus bangun dari tidor.
"amboi..kalau mengigau tu tak sedor diri..habis satu baldi air saya curah.tak bangun bangun jugak.kan saje je dapat penampo free" rengus makcik limah. pak mail terus bangung dan memeluk isterinya. air matanya mengalir. "buang tebiat ke apa orang tua ni" fikir makcik limah dalam hati. "tapi ok jugak sekali sekali kena peluk" senyum makcik limah.
azan subuh memecah kesunyian pagi. pak mail dan makcik limah berjemaah di rumah. biasanya pak mail akan ke surau. kali ni pak mail berjemaah di rumah bersama isteri tercinta. hari ini makcik limah lah paling gembira. "teringat waktu mula mula kawin dulu" melayang fikiran makcik limah pagi itu sambil tersenyum.
pagi itu pak mail tidak jadi ke sungai. tetapi mereka berdua turun sama sama ke belakang rumah mencari pucuk paku dan ulam kampung. hajatnya ingin menjualnya ke pasar. cukuplah untuk mereka berdua meneruskan sisa sisa hidup.
3 tahun kemudian rahman anak makcik limah dan pak mail telah tamat pengajian di menara gading dengan jayanya. dia telah di tawakan kerja di sebuah syarikat besar di ibu kota. sejak itu hidup makcik limah dan pak mail berubah. rahman anak makcik limah dan pak main telah menghadiahkan sebuah motosikal untuk ayahnya. kat tangki motor tu tertulis "abah punya"
TAMMAT
moral; cari sendiri ye..hehe
sory aku tak balas komen dan jejak blog korang lagi. bz skit.esok lusa insyaallah aku terjah.
Saturday, March 5, 2011
SECARA SERTA MERTA
assalamualaikum...harap semua sehat hendaknya..aku nak sambung cerita pasal hari tu..cerita ni dah lama. aku lupa nak post. kalau lupa, boleh klik sini untuk baca yang sebelumnya...
lepas je solat isya, aku terus siap..mak dengan adik adik aku dah kemas semua barang barang...masa tu dah dalam pukul 11pm...aku turun dari rumah dengan keresahan...pada mulanya aku nak balik ketengah jaya dulu..nak tido kat sana dan gerak esok paginya..tapi ntah kenapa aku buat satu keputusan gila...dalam keadaan tak berapa stabil, aku bertekad untuk terus ke kuala lumpur..
hati kecil aku kadang kadang berbisik..seakan ada sesuatu yang tak kena..lagi pun aku baru sahaja memandu dari ketengah jaya ke terengganu..dan sekarang dari terengganu terus ke kuala lumpur...rasa yang tak sedap di dengar itu aku lontar jauh jauh ke sudut maya...memang mak dan adik adik aku pelik..sebab 100peratus lari dari rancangan awal..tapi mereka relakan sahaja..sebab aku yang pegang stering kereta ni...kalau tak nak ikut sudah..pergi balik. walau pun kedengaran agak kejam, tapi itu cuma satu jenaka sahaja..jangan ambik serius ye..
masa dalam perjalanan, hujan renyai renyai seribu rindu..terasa dingin aircond kereta mencucuk cucuk sudut sanubari...sesekali mata aku malap bila di suluh cahaya yang terang...biasa la..pemandu prihatin yang suka guna lampu tinggi..kadang kadang aku balas jugak lampu tinggi kat diaorang. aku kan baik hati.hehe dalam keadaan selesa dengan deruan enjin, tiba tiba tujahan ke atas pedal brek terpaksa di lakukan...sretttt kereta depan aku brek. oh bukan..kat depan aku bukan kereta..tapi sebuah lori..di selekoh yang tak berapa tajam tulah aku menyaksikan satu kemalangan..hadapan lori treler itu rosak...tak la hancur sangat.. maklum la..lori...besar punya..aku tak pasti apa yang melanggar lori tu...dalam 10 minit jugak jalan jem...aku mengambil kesempatan untuk makan roti yang aku beli masa isi minyak...
dalam hati aku masih resah...aku tak tahu kenapa...mak aku seringkali memberi ceramah free..tapi aku sangat sangat hargai...aku masih tekad..namun, aku cuma insan lemah..mata yang sedari tadi bersinar, kini makin layu...aku cuba melawan kehendak mata sendiri...bertahan dan terus bertahan..coklat cedbury tu aku ratah satu persatu...aku memang suka makan benda ni masa memandu..air pun dah bergelen aku telan...tapi aku tak boleh nak lawan fitrah...perjalanan masih jauh...
ok la...aku sambung lepas ni pulak ye..sebab ada tag dari nick irfan...jom kita tengok tag pulak..mana tahu nama korang ada naik.hehe

tak jugak..masa lapang boleh la..
kalau masa sebok memang tak buka pun blog.
5) Tag 5 orang rakan blogger yang korang rasa cool like a snow~
korang perasan tak..sejak dua menjak ni aku kerap je tulis entri panjang. sampai aku pun bosan duk baca. tak pe..nanti aku buat entri pendek giler.ok.
tag.. jalankan tanggungjawab anda sebagai rakyat malaysia. kalau rakyat zimbakwei tak payah buat ye.hehe
sila lawat blog di atas. mereka adalah insan yang terpilih. tak rugi bw kat blog mereka.
REALITI HIDUP 2
bagi yang belum baca bahagian satu, sila baca dahulu bahagian satu.
bahagian satu ada di bawah ini.
bahagian satu ada di bawah ini.
makcik limah menarik nafas panjang sebaik sahaja matanya terbuka. seperti baru di selamatkan dari mati lemas dengan menggunakan kaedah CPR. "astaghfirullahalazim. aku bermimpi rupanya" makcik limah bangkit dari mimpi buruk itu setelah terlena. mungkin kerana terlalu letih apabila berkemas dapur dan halaman rumah seorang diri. biasanya pak mail menjadi pembantu setia. mata makcik limah segera menatap muka jam di dinding. "baru pukul 10.30" makcik limah terus bergegas menuju ke dapur. hajat hatinya mahu sediakan cekodok bagi menyambut kepulangan suami tercinta.
mentari semakin meninggi. pak mail masih lagi memperjuangkan nasibnya. sesekali kepalanya di gosok gosok. sakit akibat jatuh tergelincir tadi bukan kepalang. batu batu sungai yang licin itu mencari peluang menjatuhkan pak mail. air pula sedikit laju. mungkin kerana hujan malam tadi. harapan untuk membawa hasil untuk isteri tersayang mungkin sudah retak. "mungkin bukan rezeki aku hari ni" keluh pak mail. pak mail memutuskan untuk pulang sahaja dengan tangan kosong. bimbang makcik limah risau di rumah. kali ini pak mail lebih berhati hati meredah sungai. takut kejadian yang tidak di ingini berlaku.
sementara di rumah, makcik limah baru sahaja selesai membuat cekodok. kesempatan yang terluang itu di isi dengan segera. sambil berehat makcik limah memasang televesyen lama. kadang kadang gambar menjadi hitam putih. bila di ketok, warna warna menghias kembali kaca bergambar itu. ada kala di biarkan saja hitam putih itu berterusan. mungkin sudah biasa dengan perkara itu. habis sahaja cerita melayu, berita 1.30 menyusul. minat benar makcik limah mengikuti siaran berita lebih lebih lagi sekarang musim pilihanraya kecil. "untung betul rakyat di kerdau dan merlimau. banyak dapat bantuan. bagus PM kita. prihatin betul. kalau la ada pilihanraya kecil kat kg ni, mesti aku pun dapat bantuan" puji makcik limah. sedar tak sedar jarum pendek sudah menghampiri pukul 2.
makcik limah tersentak. "eh dah nak pukul 2 ni. mana suami aku tak balik balik lagi ni. ke pergi ke pekan dulu beli barang dapur" fikir makcik limah. maklum la. dah seminggu pak mail tak ke pekan untuk membeli barang dapur. gara gara babi hutan, habis tanaman pak mail dan makcik limah rosak. terpaksa mereka berlapang dada. nak di marah tidak terluah. apakan daya, hanya itu pekerjaan yang mampu mereka lakukan. dulu ada jugak hasil dari kebun mereka. kalau kena musim, senyum lebar la mereka berdua. dapur kayu mesti sentiasa berasap. walaupun dah moden, makcik limah dan pak mail masih teguh dengan dapur kayu.
pak mail pula mula mempercepatkan langkah. dia sedar bahawa sudah terlalu lewat untuk dia pulang ke rumah. jarak antara rumah ke sungai jeram tidak lah begitu jauh. tetapi bila menggunakan kudrat sendiri, sedikit mengambil masa. "kalau aku bawak motor mesti dah sampai ni" kata pak mail sendirian. tanpa di sedari pak mail di lintas oleh budin. "laju benar budak ni. macam kena kejar hantu je" pak mail teruskan langkah tanpa hiraukan budin. pak mail kenal benar dengan si budin tu. budin kawan baik anaknya, rahman. sejak anaknya ke ibu kota melanjutkan pelajaran, jarang budin ke rumahnya. kalau dulu hampir tiap petang. pergi mana mana mesti bertiga. seorang lagi anak makcik lijah, husin.husin pula ke johor bharu, ikut bapa saudaranya bekerja.
di rumah, makcik limah mundar mandir. sekejap matanya memandang jarum jam. dan sambung lagi ulang aliknya itu. berhenti. dan melihat lagi jarum jam di dinding. "dah pukul 2lebih ni..tak pernah lagi sampai lewat macam ni tak balik balik lagi" hati makcik limah tak tenang. tiba tiba makcik limah terdengar suaranya di panggil dengan keras sekali. "makcik limah!! makcik limah!!" terus makcik limah meluru laju ke muka pintu. kenal benar makcik limah akan suara itu. "hah ada apa ni budin?" tanya makcik limah panik. budin yang tercungap cungap itu meneruskan kata "makcik limah...orang kampung jumpa mayat pak mail kat muara sungai." makcik limah terus jatuh terjelopak.
pak mail yang baru tiba di halaman rumah sempat melihat makcik limah rebah. dengan pantas pak mail belari ke sana. budin pun sama meluru ke arah makcik limah. pak mail memanggil manggil isterinya. tapi hampa. tiba tiba pak mail melihat orang kampung datang ke rumahnya. mereka bukan orang lain. kenalan pak mail jugak.selalu ke surau dan lepak di kedai kopi. pak mail terpaku apabila melihat sesuatu yang ganjil. kelibat seseorang sedang di usung dan di arak kerumahnya. bila di amati betul betul, pak mail tersentak. orang yang di usung itu sangat tidak asing bagi pak mail. "eh tu aku".
klik bahagian 3. episod akhir
klik bahagian 3. episod akhir
Wednesday, March 2, 2011
BOLT SI RAJA PECUT
ok tajuk kat atas tu tak ada kena mengena dengan lumba lari... cuma aku sedikit ceria sebab internet aku dah laju mengalahkan raja pecut.hehe
tadi aku telefon dengan pakcik celcom.. bagi salam.. dia jawab selamat petang en.ahmad.. ok tak pe.. aku faham.. beliau bukan seorang muslim.. tapi aku dapat tangkap yang dia tu ada gelabah sikit.. biasa la tu kan.. aku pun cuak jugak nak telefon operator.. err betul ke eja operator tu..hah hentam je la.. janji broadband aku dah laju.hehe
aku tanya operator tu..nape internet lembab..ada problem ke..pastu dengan berdebarnya beliau menjawab "en.ahmad dah guna lebih dari 5G... sebab tu la internet lembab".. aku cakap balik..."kan saya dah bayar hari tu"... belia menjawab lagi sambil terketar ketar.."err kita akan update setiap 8haribulan..jadi 8haribulan ni baru boleh laju"...dia tanya aku pulak..."en.ahmad nak tambah 1G tak?" aku cakap "kena tambah la..kalau tak macam mana nak bw malam ni..tu pun nak tanya ke"..
(jalan cerita dia atas telah di olah dengan teruk sekali oleh en.ahmad)
terima kasih kat korang yang selalu datang sini walaupun aku tak balas sangat kunjungan korang.. korang memang best.. antara yang best ialah:
Penyair SenjA (raja syair)
A.s.t.i.n.a (tuan president)
KUREKURE COMEL (err arnab dia memang comel)
KHRLHSYM (kata kata keramat)
♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ (sempoi)
Kunang-Kunang (orang lama)
melatidaisy (berilmiah)
zati embong (cerita best)
| cik azeya | (penunggu bulan)
sugar2 kapas strawberry (aku suka kek strawberi dia)
white rose (sporting giler)
ok cukup la tu eh setakat tu.. yang tak termasuk dalam senarai tu jangan marah eh.. akan ada senarai menunggu. hehe jasa korang semua yang memeriahkan blog aku ni memang tak boleh aku nak balas... kalau boleh belanja ABC kat korang mesti aku dah belanja ni..hehe
ok internet dah laju.. tapi petang ni aku tak nak serang lagi blog korang.. aku nak pergi jalan jalan petang jap.. ambik angin..nikmati keindahan alam.. rugi pulak rasanya petang petang macam ni duduk nagadap benda ni je..hehe
p/s: bagi yang baru tu, sila la lawat blog yang aku listkan kat atas.. diaorang memang best.. err best macam mana tu aku tak tahu la.. kalau nak tahu kena masuk blog diaorang dulu.. baca entri dan komen seikhlas hati.. jangan main komen maca tu je.. hehe macam buat tutor la pulak..
last... aku nak tanya..korang ada pernah jumpa tak blogger berbangsa cina? emm jarang kan.. aku pernah jumpa sekali dulu.. tapi dah lama..korang?
yang berdakawat tebal tu aku baru update...
Tuesday, February 22, 2011
BEKU
biarkan angin ini berbisik di telinga.. "tidurlah.. lupakan dunia seberang sana..."
sebelum itu biarkan aku berteriak dalam hati... "@#$%%!!!!!"
p/s: biarkan aku jauh...jika dekat aku benci..
Tuesday, February 15, 2011
HARIMAU MALAYA KE MELAYU?
entri lepas MENTANG MINYAK YANG SALAH, aku ada masalah dengan si Z..tapi sekarang alhamdulliah..aku dah kembali ok..tapi tak la macam dulu..cakap pun ada batas..tak bergurau macam dulu..tapi tak apa.aku rela begini daripada bermasam muka..kita kena ingat.kalau kita tak tegur orang tu lebih dari 3 hari, dosa kan..aku ibaratkan persahabatan aku dengan dia macam sekeping kertas yang aku renyuk dan aku buka semula..
kertas tu takkan sma macam dulu lagi walaupun kertas tu kertas yg sama
petang tadi elok sangat kita kiranya bermain bola di taman bunga..tapi yang hebat aku tak tahu apa tujuan aku main bola...adakah untuk menjaringkan gol atau untuk mengeluarkan peluh..aku tak pasti apa tugas aku..adakah seorang permain pertahanan atau pemain di bangku simpanan..aku masuk dalam padang dan aku sepak bola sesuka hati..mungkin di sebabkan itu aku cuma pernah manjaringkan gol sebanyak sekali dalam beberapa bulan aku bermain bola...
hidup kena ada matlamat dan tujuan hidup
betul..hidup kita kena ada tujuan dan matlamat..apa tujuan kita hidup...mestinya untuk mengabdikan diri kepadanya..setiap amalan dan perbuatan mestilah berlandaskan agama..kalau berblog, kena selit sikit ilmu yang berguna.soal ada yang baca ke tidak no 2..yang penting kita kena lakukan amal maarof dan nahi mungkar. betul kan.
dan matlamat hidup kita secara kasar adalah untuk berjaya di dunia dan diakhirat..aku percaya setiap orang ada matlamat hidup..dan matlamat kita berbeza.aku tak nak sentuh yang tu.korang boleh tetapkan sendiri matlamat hidup korang kan..aku pun sama..
hidup tanpa matlamat ibarat air teh tiada gula
dan hari tu aku main bola..dengar la perbualan budak budak ni..oh ye aku main bola dengan budak budak sekolah..dan aku tiap hari di permaikan oleh mereka..mereka semua pandai main bola..ok balik kepada budak budak tadi..mereka cakap pasal keputusan peperiksaan dan mereka bangga sebab tak lulus subjek subjek susah macam matematik tambahaban dan lain lain..
sebenarnya tak pelik..aku dulu pn begitu..rasa bangga bila matematik tambah aku dapat G..semua pakat pakat gelak..aku tak tahu kenapa..tapi sekarang bila fikir balik kenapa aku macam tu eh..macam bengong je..sekarang bila dah besar baru aku tahu betapa ruginya aku tak belajar betul betul...
menyesal dahulu berpendapatan menyesal kemudian tak ada guna
memang tepat penyataan tu..sekarang memang tak ada guna...tapi aku masih bersyukur sebab tak terus jatuh.Ok dah la tu..err kejap..akhir akhir ni aku selalu post entri yang panjang panjang..korang bosan tak baca...mesti bosan kan...sebab aku tengok makin lama makin tak ada orang masuk kat sini. apa guna tulis panjang panjang kalau tak ada orang baca kan.aku pun fikir dua kali nak baca ke tak,hahaha
last, tajuk dan gambar kat atas tu tak ada kena mengena dengan entri ni ye..buat penyedap mata je tu.hehe
err kenapa tak letak harimau malaysia ke harimau melayu ke..hehe
err kenapa tak letak harimau malaysia ke harimau melayu ke..hehe
p/s: nak entri lagi panjang ke lagi pendek?
Subscribe to:
Posts (Atom)