Showing posts with label semasa. Show all posts
Showing posts with label semasa. Show all posts
Wednesday, August 1, 2012
Warna hujung usia
Indah berwarna; sinar mata menangkap pesona
dunia, ku sangka kekal, rupanya hanya sementara, gugur layu lemah tidak
bermaya, kini tidak lagi menjadi pujaan si pencinta. Masa usia, kita
pasti akan tiba ke penghujungnya, sudahkah kita bersedia, untuk hadapi
segala yang telah di janjikanNya...
Thursday, July 12, 2012
Tertanam mati..
di sapa kawan lama.. teman kecil sepermainan kala.. tapi maafkan aku.. kerana tak mengenalimu...
mungkin jarak dan waktu terlalu memisahkan kita.. hingga kini kau besar dewasa... atau mungkin ingatan ini belum cukup kuat untuk menyemak kembali.. ingatan yang tertanam mati...
terima kasih teman.. kerana masih ingat dan tak lupakan aku.. terima kasih kawan.. untuk masa lalu...
Sunday, April 29, 2012
Selesa di dalam gelita
sejak dari mula kau tak kenal cahaya, lahirmu di dalam gelita, kanan dan kiri hitam semua, hidupmu selesa di dalam gelita, tak pernah terfikir adanya cahaya; cahaya di luar sana.
dan bila datangnya cahaya, menghapus gelap yang kau puja, hatimu mula berkata, "gerangan apakah yang menduga, mana gelap yang ku suka, kerana sinar itu menyilaukan mata, tak perlu kau hadir cahaya, hidupku selesa di dalam gelita".
-jika ada seorang pewira yang gagah perkasa, ingin mengubah fenomena dunia , cuba dahulu ubah mentaliti penghuniya, yang sanggup mati demi kebodohan mereka. - sedarkan mereka.
duduk dan tenang seketika, fikir di luar kotak yang nyata, usah terpengaruh dengan bisikan dusta, lalu bangkit dan bersuara, kerana suara "kita" akan menggegarkan dunia.
Sunday, April 22, 2012
Antara peluang dan perikemanusiaan
ada satu ketika. saat aku bersama terchinta meronda ronda bandar kotaraya. maka terlihatlah satu situasai yang jarang jarang di nikmati. di deretan parking bermacam macam model kerta yang megah dan yang di banggakan tersadai. waktu itu situasi sangat sangat genting. masing masing menanti dan menunggu salah satu daripada berjuta juta kereta keluar dari kotak putih.
apabila masa yang lama di tempoh. seolah olah kereta kereta tidak mahu bergerak selama lamanya, tiba tiba sebuah kereta 'proton preve' keluar perlahan lahan dengan memasukkan gear mengundur ke belakang. dan sebuah honda cr-v yang sedari tadi menanti dengan sabar seolah olah menemui sinar baru dalam kehidupan.
namun kegembiraannya tidak berkekalan apabila sebuah honda accord meluncur laju memenuhi parking kosong yang di sangkakan khas untuknya. hon panjang kedengaran datangnya dari cr-v yang kepenatan menunggu hampir seharian namun sedikitpun tidak di endahkah.
aku hanya menggeleng kepala sekuat tenaga. "eh abg, tu kan makcik ha" kata chinta kepada aku sambil melambai lambai tangannya kepada penumpang kereta honda accord tadi. aku yang cuba mengatur langkah terus memimpin tangan chinta agar menjauh dari situasi yang hangat.
'dah2 buat tak tahu je. jom kita balik' rengus aku sambil memegang erat tangan bakal ibu. sebelum masuk kedalam honda city, aku sempat menjeling tajam ke arah sana. dan terlihat pemandu honda accord yang aku kenali keluar dari kereta sambil tersenyum kepada pemandu cr-v itu. mungkin ini yang di fikirkannya.
"kita harus bijak mengambil peluang"
Thursday, April 19, 2012
Penawar rindu
perbezaan antara dua membuatkan hati tercari cari cara untuk memahami antara kita.
muka pucat, tangan sejuk, jantung berdegup kencang, tubuh menggigil ketakutan, fikiran ligat mencari jalan.
kenapa la time time macam ni...
jasad padu ini menurutkan sahaja rutin. jari lemah menekan nekan huruf di keyboard sambil mata memerhati huruf dan angka keluar di jendela bercahaya. punat enter di ketok sekuat rasa. lalu keluarlah kertas putih yang di cicah dakwat hitam. kemas, tak sekemas tulisan tangan Dr. Ramziey.
untuk melebelkan seseorang memang sesuatu yang mudah. begitu jugak untuk menampal kertas putih yang berpelekat di muka antidote. punggung gebu di hempap perlahan lahan di kerusi empuk yang beroda. mata bertentang mata.
ahh sudah, lidah aku kelu.
setelah di tambah tolak darab dan bahagi, akhirnya selesai.
memang parah kalau dah lama kita tak basahkan lidah dengan bahasa asing. tapi hari ni tiba tiba terpaksa. tapi Alhamdullih, kalau masuk exam balik, 60% aku pass. pass je bukan dapat full mark pon.
last, err where u kome prom? ...pakistan. ...
ceh. cakap la arab. err pakistan tu cakap arab ke?
5minit kemudian datang pulak sorang lagi kawan mamat tu.. ahhhh sudahhh
Thursday, January 12, 2012
Kecewa
ada kala diri rasa sempura
tiada salah cacat dan cela
seperti kain putih tiada warna
berjalan megah mendabik dada
memang benar engkau berkuasa
memang benar engkau berjaya
tapi sayangnya mengapa engkau lupa
semua itu adalah anugerah dari Dia
senang benar mencari khilaf
mudah benar meluahkan marah
adakah kau terlupa ungkapan maaf
sedangkan Dia maha pemurah
ingat juga di satu masa nanti
pasti kau meronta mohon simpati
pinta di beri peluang kedua
untuk kau betulkan dari mula
Sunday, January 1, 2012
Dalam kenangan
sorakan saling bersahutan di tanah tinggi CH memecah kesunyian. detik 12 malam di rai dengan percikan bungan api yang mewarnai langit malam. angin dingin bertiup lembut menyapa wajah. aku memimpin tangan si dia melalu jalan lurus yang sedikit becak; memerhati gelagat sebahagaian warga dunia mengucapkan selamat jalan kepada tahun 2011.
jika di hitung, pasti banyak kenangan kita yang telah tertulis pada tahun semalam. banyak cerita, peristiwa, pahit manis telah kita lalui dan nikmati.syukur tak terhingga pada yang mengatur dan memberi kurnia kepada kita semua hingga saat dan detik ini kita masih lagi di beri masa dan peluang untuk menikmati terang mentari dan gelapnya malam. semua itu kita bukukan di dalam hati sanubari. tersimpan rapi di kotak ingatan menjadi kenangan dan pedoman.
tapi seharusnya ada terlintas juga di hati dan ruang fikiran kita; apa yang telah kita lakukan pada tahun dan hari hari sebelumnya. adakah kita bersedia untuk menempuh hari esok yang pasti lebih mencabar. adakah bekal untuk kita bawa dan persembahkan pada Dia di satu masa nanti. tahukah kita bahawa saat itu semakin detik semakin hampir.
imbas kembali. ramai teman yang telah pergi mengadap pencipta. adakah kita sudah bersedia. yang pasti, bersedia atau tidak kita mesti ke sana. ke tempat abadi. maka sangat sangat beruntung bagi mereka yang berjaya itu.dan moga moga kita tergolong bersama orang orang yang berjaya.
semasa perjalan pulang menuruni tanah tinggi CH aku berbual bual dengan si dia. rasa sedikit kecewa kerana kamera lomo kesayangan aku rosak. banyak gambar gambar yang terakam mungkin tidak dapat di selamatkan lagi. tapi si dia menjawab. "biarlah kenangan kita bersama abadi di ingatan kita"
Sunday, August 28, 2011
LAGU RAYA PALING ISTIMEWA
salam semua.. harap sehat dan ceria semua di akhir ramadhan..
macam mana puasa tahun ni.. dapat markah penuh? separuh? atau kosong je..
apa apa pun harap kita jumpa lagi ramadhan yang akan datang..
sekarang syawal hampir tiba.. mood raya dah hangat membara..
pelita raya.. baju raya.. duit raya.. ketupat raya.. dan lagu raya..
selalu kita dengar lagu raya kat radio kan..
tapi yang lekat kat hati mesti la lagu raya yang lama lama..
lagu baru... bukan nak kata tak bagus..tapi macam tak ada semangat raya dalam lagu tu..
nak lagu lama jugak baru terasa meriah raya.. err betul tak?
ke aku sorang je yang rasa macam tu..hehe
dalam banyak banyak lagu raya, lagu apa yang korang paling suka..
atau ada kenangan tersendiri.. ada nostalgia yang tak boleh lupa..
atau ada keistimewaan.. kira specel la..
kalau tak dengar lagu tu macam tak lengkap je raya tahun ni..
kira macam tu la...hehe
kalau aku... kebanyakan lagu raya yang lama lama semua aku minat..
tapi yang penuh makna sekali bagi aku lagu musafir di aidilfitri.. nyayian S. Jibeng.
korang minat tak lagu ni? lagu ni old school kan...
lagu ni specel bagi aku sebab arwah ayah aku selalu nyanyi lagu ni time raya..
nyanyi sorang..aku curi curi dengar je.hehe
dia selalu nyanyi yang part korus tu..
sekarang bila teringat, sayu je hati... kalau dengar lagu ni mesti aku teringat..
teringat saat saat dulu..masuk ni dah 5 tahun aku beraya tanpa dia...
korang yang masih ada ayah tu, kena hargai dia baik baik...
bila dia tak ada korang mesti rasa..rasa yang tak best...
jadi..hargailah ibu bapa anda...
meh kita layan lagu ni...
di kesempatan ni.. aku nak ucap SELAMAT HARI RAYA kepada semua blogger yang sudi singgah dan setia dengan blog buruk aku ni... aku mohon beribu juta kemaafan sekiranya ada tersalah kata atau maksud di dalam setiap penulisan aku selama aku berblog.. maaf sebab tak balas komen..tak teringat buat tag ke..tak sempat follow atau apa sahaja yang terbit dari aku..
semoga di hari raya nanti korang ceria gembira dan bahagia di samping keluarga...
yang balik kampung tu, pandu cermat..hati hati.. baca doa..
semoga semuanya selamat..amin...
Thursday, August 11, 2011
BERITA PENTING!!
![]() |
macam mana nak cerita ye..
senang cerita, korang buat sendiri..
macam ni..edit alamat blog korang..
contoh aku punya..
http://syairsiparapara.blogspot.com
korang buang huruf s kat blogspot tu...
= blogpot
contoh
http://syairsiparapara.blogpot.com
pastu search internet.
apa yang korang jumpa..
aku pun terkejut...
try la kalau nak tahu...
p/s: aku tak tahu benda ni korang dah tahu ke tak.. atau aku je yang baru tahu...
perlu ke aku tulis pasal ni..? rasa macam tolong sebarkan web tu je...
Monday, August 8, 2011
BINTANG DAN HARAPAN
kau juga turut sama.. melihat bintang suria.. ada yang tak tercapai, lalu jatuh, hancur berkecai..
memang mudah bagi dirinya.. mengenggam harapan maya.. kerana dia sudah miliki, sepasang tangan sakti..
apa salahnya sesekali.. kau hadiahkan aku budi.. biar pula kami merasa.. hangat dingin bintang di sana.
kite rase kite susoh doh, tapi orang lain lagi susoh dari kite...
'jangan sedih, selalu tersisih; bukan kau saja, di timpa malang' hijjaz
kepada pemilik tangan sakti..
ingatlah satu hari nanti..
kau pasti akan terlepas juga bintang yang kau puja.
Friday, July 29, 2011
TEWAS
Wednesday, July 27, 2011
TERBAIK
Monday, July 25, 2011
JANJI
Sunday, July 24, 2011
TAK BERBAU
![]() |
yang kunjung datangnya tidak di sangka
kita sering alpa pada celaka
yang di undangnya tidak di jemput tiba
hati hancur luruh bila di hidangkan berita
kesah tragis anak kecil di gilis kereta
hati pedih sedih saat ia di depan mata
nyawa insan tersayang melayang begitu sahaja
mungkin saja saat ajalnya telah tiba
tapi kecuaian kita menjadi persoalannya...
Friday, July 8, 2011
BANGKIT MENUNTUT JANJI
![]() |
nyawa suci harus di tukar ganti
sudah berkali diri terkorban dan tergadai
air mata dan perit hidup masih belum lunyai
harta kemewahan milik setiap jiwa
di berkas dan di kumpul menjadi hak berkuasa
titis peluh dan darah menjadi tontonan semata mata
sesekali tidak pernah terguris di benak sanubari durjana
kini suara suara kecil bangkit menuntut janji
tangan tangan lemah berpaut pada dahan berduri
biar di cantas dan di tebas hati mereka tak pernah rebah
pengalaman di tanah gersang melupus erti menyerah kalah
Monday, June 6, 2011
APA YANG SEPATUTNYA KITA CARI
![]() |
seharian aku di sini. berbicara pada angin lalu. melihat dunia. sentiasa berubah setiap saat. setiap detik. ada yang baru merasai nikmat dunia. ada yang pergi buat selamanya.
di sini ada yang aku sayang. yang aku rindu. yang aku cinta. dan yang ingin aku miliki. tersangat ingin aku miliki. tapi ada yang tak mampu aku kejar. bukan kerana mereka pantas berlari. tapi kerana aku memang tak terdaya untuk memilikinya. lantas aku biarkan sahaja di situ. cuma memerhati. walau di dalam hati masih tersimpan harapan.
memang benar. sungguh. sifat cintakan dunia. harta benda. terlalu susah untuk di pisahkan. bagaikan sudah sebati di dalam hati. bagaikan sudah melekat di dalam jiwa. celik mata semua di depan mata. menarik dan menggoda. ada yang terlupa tujuan asal kerana tergilakan material.
kadang. diri ini cemburu. pada mereka yang memilik. pada mereka yang mempunyai segalanya. tapi aku sedar. di sebalik semua yang mereka miliki itu, ada satu yang mereka hilang. yaitu ketenangan. terlukis di wajah bersih mereka. tersimpan di sudut hati mereka. jiwa yang kosong. dan mereka masih tercari cari. nilai sebenar erti bahagia. bahagia yang hakiki.
semalam aku lihat lagi. satu nyawa sedang melayang pergi. padahal di tangannya sudah sempurna segala jenis harta. tapi mengapa di tinggalkan saja semua benda yang di cari. yang di kumpul. dan yang di gila. mengapa begitu. benar, mati itu pasti. sampai saatnya kita aku pergi begitu sahaja tanpa membawa harta dan benda. jadi, mengapa pada mula mereka mengejar material sedangkan semua itu tidak berguna. tidak dapat membantu walau sedikit pun di saat memerlukan.
semua harta benda dunia itu bukan yang utama. bukan yang sepatutnya kita kejar dan kita cari. tapi yang sepatunya kita kejar dan cari ialah..........
Sunday, June 5, 2011
KELAM KABUT
![]() |
diam terpisah sepi tanpa bicara. seharian disini aku matikan rasa. mata lemah merenung esok. terlakar cerita kabur bagaikan bayang bayang. hitam legam tanpa warna. dapatkah aku kesana....
ruang legar ini memenjara. pandangan dan fikiran ini makin terbatas. panas hangat menyengat setiap rongga. senyum yang di lempar tidak terbalas. haruskah rasa ini di terjemah. berbicara pada jasad yang tiada jiwa. adakah ia akan mengerti...
cukuplah apa yang di miliki. sekadar untuk memenuhi mimpi. bukan. semua ini bukan milik aku. aku cuma di beri pinjam nikmat yang terhebat. tapi sayangnya. nafsu tidak pernah cukup pada satu. dua. tiga dan empat. gunung emas habis di rampas. tapi sayang, nafsu tidak pernah puas.
hakikat hidup ini terlalu sulit untuk aku pecahkan. mungkin sampai satu masa aku akan mengerti jua. sebelum jasad ini di pecahkan.
kerana hidup hari ini adalah untuk esok.
Wednesday, June 1, 2011
Transformers 3: Dark Of The Moon
![]() |
| 30 JUN 2011 |
malam yang dingin.. hujan yang pada mulanya merintih lembut akhirnya bertukar garang..tapi semua tu tak dapat mematahkan semagat aku yang seteguh gunung. seusia solat maghrib, aku terus bergegas ke kerusi empuk kereta kesayangan..bunyi enjin yang berderau bila di hidupkan..masih lagi bunyi hujan memenuhi gegendang.
aku terus kerumah kawan aku.. petang tadi aku telah kukuh berjanji untuk sama sama keluar menonton skrin besar.. oh ni kali kedua aku terpaku di sana...bukan kepalang berkobar kobar semagat di hati. masakan tidak. cerita Transformers yang ingin di saksi.. di dalam kereta sempat kami bersinopsis episod pertama dan kedua..dan yang ketiga malam ni akan aku khatam dengan khusyuk sekali...setiap ruang pasti tidak akan terlepas pandang..
sampai di sana..kami terus ke terminal membeli tiket.mata aku melilau lilau mencari tajuk cerita Transformers.. oh alangkah hampa.. hati aku hancur luruh bagaikan kelopak mawar yang kering kelayuan... kenapa tak main lagi cerita tu malam ni.. aku hampir tak percaya.. segala kesungguhan aku seakan sia sia belaka.. aku cuma sempat melihat replika optimus prime yang terjulur kakinya di lantai.. aku berlalu sugul..macam orang putus cinta dengan puteri raja.. aku duduk di bangku..
akhirnya kawan aku membuka cerita... "tahu tak?" tanya dia dengan muka seposen. aku dengan ikhlas hati menjawab "tak" pastu dia diam.. aku pun diam.. akhirnya dia buka mulut untuk kesekian kali.. "sekrang ni bulan berpa?" aku bagaikan terkena sentakan halilintar. "eh bulan 5" hari ni 31hb 5,2011.. kat situ tulis 30hb 6 2011.. "err korang rasa ada beza tak bulan 5 dengan bulan 6?"
ok aku malas nak cerita part last tu..korang imagine sendiri la ye... kalau korang kat tempat aku macam mana.. kempunan beb... ok dah..tamat. lepas tu bagi menutup kealpaan yang aku buat, aku ambik keputusan untuk tengok cerita kungfu panda je.. walaupun hati sayu dan malu, aku terpaksa menerima.
![]() |
tapi siyes cakap kat korang. citer kungfu panda 2 memang best.. terubat luka lara di jiwa.. kalau tak caya tanya la kat sape2 yang dah tengok..hehe mungkin sebab aku minat kartun. sebab tu aku cakap best..hihi tapi kalau nak bandingkan dengan cerita lanun hari tu, yang ni lagi best.. mesti korang dah tengok kan.. kalau tak tengok lagi, pandai pandai la ye..hehe
oh esok aku nak tengok cerita nur kasih pulak.hehe orang ajak, aku ikut je..tak salah kan.hehe. mesti korang dah lama tengok kan..aku baru je nak tengok..tak pe kan..kan..kan.. ok la..mata dah ngantuk ni..esok kerja masuk pukul 7.30...tak boleh lewat. err komen korang aku KIV dulu ye.. nanti kita jumpa lagi...harap korang sehat dan ceria sentiasa...
:)
p/s: jangan eksited sangat....
p/s: jangan eksited sangat....
Thursday, May 26, 2011
SEHARIAN HARI INI DAN SEMALAM
![]() |
| sekadar hiasan |
semalam, aku ke kuatan. cari kasut untuk kawan aku. dia nak pakai masa kawin. kasut untuk hari bersejarah memang susah untuk di temui bukan? tiga empat tujuh buah kedai aku dengan dia pergi.tapi hampeh. satu pun tak berkenan. kasut yang dia nak tu tak ada.
last last dia beli kasut kat kedai yang pertama kitaorang pergi. oh inilah namanya jodoh. ok habis cerita pasal kasut.
esok pagi aku kelam kabut nak pergi kerja. dah la terlewat bangun, aku cari kunci kereta tak jumpa jumpa. ahh sudah. time macam ni la nak hilang. hampa, memang tak jumpa. aku pergi kerja jalan kaki. tapi sekurang kurangnya dapat la jugak bakar kalori di pagi yang indah.
masa rehat aku balik rumah kejap. cari kunci kereta. aku try buka pintu kerata. tak berkunci. eh macam mana boleh tak berkunci ni. gila..gila..memang gila.. ke hulu ke hilir aku cari. tapi tak jumpa. aku cari dalam bilik.. tak ada jugak.. ahh biar la..kunci spare? ada kat kampung.. memang saje je aku cari penyakit ni.. aku rehat.mandi semayang.aku keluar rumah..cari sekali lagi..akhirnya..ting!! kat sini rupanya..di celahan rumput hijau,terselit dikau.syukur.tamat bahagian ni..
dan tadi..beberapa jam kebelakang..kawan aku yang lain pulak, ajak pergi makan. aku ikut je la.. tapi..jeng jeng jeng.. nah kau..dia bawak aku pergi dengar ceramah pasal MLM.. ahh buang masa betul la malam ni.. tapi kan...tak patut la..dia cakap nak pergi makan. tapi melencong ke lain.. siyes aku tak suka macam ni..
emm penutup.. aku harap korang semua sehat hendaknya.. aku banyak menulis sekarng ni kan.. idea? hmm bukan tak ada idea untuk tulis puisi, pantu dsb, cuma..ahh biar la.. sampai masa aku post jugak.. harap ada yang sudi baca..
sebulan income dapat 30k..korang tak nak ke? haha
Tuesday, May 24, 2011
Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides
![]() |
hujan renyai renyai.. aku baru je melabuhkan jasad.. penat.. pening...perkara biasa aku rasa..beberapa jam sebelumnya aku dengan kawan aku ke sebuah tempat di pantai timur.. satu satunya tempat yang ada layar besar untuk anak anak muda remaja macam aku ni menghabiskan masa... jp, ni kali pertama aku datang tengok wayang kat sini. nasib baik tak sesat je.hehe
oh sempat jugak aku jumpa kawan aku.. dia nak tengok cerita nur kasih... err korang dah tengok ke? best ke? aku tak tengok cerita tu.. sebab aku dengan kawan tadi. kawan aku tak minat. jadi aku pun buat buat tak minat. ok aku biar dia tengok sorang sorang cerita nur kasih. sebab aku nak tengok cerita pirates ot the carribbean. tapi kawan aku pulak nak tengok cerita kongsi. tapi aku dah tengok hari tu masa pergi selangor. last last aku berjaya menghasut beliau.hehe
sebelum masuk aku jumpa lagi dengan kawan lama masa sekolah rendah dulu.. wah tak sangka dapat jumpa..
ok. dah rasa pedih mata ni. pasal cerita jack sparrow tu.. cerita dia kali ni bagi aku kurang sikit la.. tak macam yang lepas lepas.. cerita kali ni banyak berlaku kat atas darat.. tak ada yang perang perang kapal... cerita dia mendatar je.. sampai kawan aku siap tido berdengkur lagi tu.. tapi ni pendapat aku je.. lagi pun aku jarang sangat tengok wayang.. jadi kalau nak tahu kena la tengok sendiri..
sory.mata ni dah pedih.
err moral ada tak malam ni?
Subscribe to:
Posts (Atom)



















