Showing posts with label lama. Show all posts
Showing posts with label lama. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

WAJAH WAJAH SEMALAM



imbas kembali jalan yang pernah aku lalui
terlihat wajah wajah yang selalu ku mimpi
masih terbayang saat aku di sana
memutar roda bersama mereka



teman, aku rindukan kalian semua...
terutamanya kamu...
ya,kamu..



p/s: kalau kamu ada satu permintaan, apa yang kamu inginkan?


Thursday, May 5, 2011

DI BAWAH SINAR CAHAYA


 

Bila mentari mula menangis
Terpejam cahaya tiada kata
Hujan membasahi malam menghampiri
Redup hati tak terubati
Bila bulan membuka cerita
Berjalanlah seorang hamba
Dengan linangan air mata
Memikirkan nasib yang menimpa
Tiada yang ingin bertanya
Tiada yang sudi membantu
Hanya kesunyian malam bersuara
Simpati kepada manusia
Di bawah sinar cahaya
Dia berdoa pada yang kuasa
Mengadu penuh syahdu
Mengharapkan sesuatu






:(

Sunday, March 27, 2011

BAYANGANKU

bayanganku



Aku bagai melihat dirinya Sedang mengenag kisah semalam Sambil melihat ke bulan Air matanya jatuh berguguran       Pada siapa nak di luahkan Segala penyesalan bermain di fikiran Hatinya bersuara dalam diam Ampunkan aku Yang Maha Penyayang             Andainya dia diberi pilihan Untuk kembali kemasa silam Pasti dia gunakan peluang Untuk baiki segala kesilapan             Namun semuanya takkan terjadi Dia insafi kelemahan diri Aku juga turut menyesali Kerana dia adalah bayanganku sendiri        
perlukan cahaya untuk hilangkan bayang itu..

Wednesday, March 16, 2011

PENDEKAR ZAMAN MODEN

 
hari tu aku main buka buka gambar kat internet.. pastu jumpa la gambo kereta... proton lima... hehe aku rasa korang dah lama tahu kan pasal kereta konsep ni.. aku je baru tahu.. tapi kalau tengok nampak cun jugak kereta ni kan... tapi kenapa tak pasarkan terus... err aku kurang faham sikit bab bab ni... yang aku tahu nampak cun je..hehe jom layan gambo..


proton jebat
proton kasturi
proton lekiu
proton tuah
proton lekir






























































































































































err tak berkenan ke sebijik? hehe

Sunday, January 16, 2011

ADA HIKMAHNYA

sehari dua ni, aku macam dah kematian idea. tulis sikit, buntu. sambung lagi, jem. mungkin sekarang ni bukan masa yang sesuai. sedikit sibuk. letih penat dan sewaktu dengannya. tapi tu bukan penghalang untuk aku update blog. harap idea tu cuma hilang sekejap.

balik dari pasar malam, aku terus makan. memang dah lapar tahap dewa. tapi aku pasti masih ada lagi orang lain yang lapar dan tidak dapat menjamah makanan. semoga aku tak lupa bersyukur. ok mungkin mulai hari ni aku nak tulis ayat penuh. atau kata lain ayat skema. hari tu aku ke blog Shinju Lala dan terbacalah kat situ. ada satu kempen untuk blogger. kalau nak tahu apa kempen tu, kena rajin rajin jenguk ke sana ye.

ok tutup cerita bab tu. sekarang aku nak sambung cerita pasal perenggan pertama. sementara cari idea, aku belek kat draft blog aku ni. tengok puisi/sajak/pantun/ atau tulisan aku yang dulu. jadi aku ambik keputusan nak ambik cerita dulu dulu dan post balik. sebab masa tu aku tak pandai lagi main blog. tak ada orang pun masuk sini. aku sorang je dengan dunia aku. mungkin tak ada orang baca dan langsung tak masuk sini.aku pun tak tahu.

sebenarnya sebelum SYAIR SI PARA PARA wujud, aku dah ada blog lain. blog pertama. CERITERA. tapi blog tu tak sentuh sangat pasal puisi/sajak/pantun macam dalam blog ni.blog tu banyak cerita pasal diri aku. sekarang blog tu aku simpan buat stok. sebab banyak kenangan aku kat blog tu.sayang pulak nk padam.ok  bila aku rasa macam aku sorang sorang je yang baca dan buka blog tu, aku cuba buat blog lain. maka terlahirlah blog ni. warna putih macam sekarang ni la.terima kasih untuk NICK IRFAN. bagi aku dia tu pemangkin semangat aku untuk berblog.aku minat giler cerita hantu dia.

dah panjang aku melencong ni. rasanya ni la post yang paling panjang dan skema aku pernah tulis.ok la. kesian orang yang baca. mesti bosan kan. tak apa. dah nak habis ni. aku nak cerita sikit sebab apa aku buat sajak kat bawah ni. tajuk, ada hikmahnya. 

masa tu aku tengah belajar lagi. aku buat sebab masa last sem tak silap aku, motor kawan aku kena curi. baru beli la jugak. tak sampai setahun. memang sedih la. sebab aku selalu jugak bawak motor tu. pergi kelas. pergi pusing satu KL. memang banyak kenangan la. tapi nak buat macam mana kan. CCTV ada pun tak boleh nak kesan sape yang ambik. tak nampak pun motor tu keluar dari bangunan. mungkin tu ujian untuk dia. apa yang kita boleh kata, bersabarlah...



ni header blog aku yang dulu


Telah tersurat semuanya
Semenjak dari azali lagi
Perjalanan hidup kita
Harus tempuh suka dan duka
Hentikanlah air mata
Berserah pada yang Esa
Semua telah terjadi
Tiada guna bersedih lagi
Pasti ada hikmahnya
Disebalik yang terjadi
Mengajar diri kita
Menjadi lebih dewasa
Ingatlah waktu bahagia
Saat kau rasa gembira
Jadikan pengubat duka
Hilangkan semua sengsara
Hari ini harus dilalui
Untuk bertemu hari esok
Rintangan harus dirasa
Agar hidup lebih bermakna



p/s: kalau ada salah ejaan tu mintak di abaikan ye. aku tak ambik BM dulu.hehe




pernah di post pada 17/02/2010.

Sunday, January 9, 2011

JALAN SEBENAR



mengapa..hujan turun juga di tengah terik mentari..
sedangkan hati ini masih mampu menahan sebak...menahan duka...
luka yang dalam itu menjadi satu pengajaran..
sebagai bekalan menempuh hari yang mendatang...
hingga akhirnya..sampai ke pintu syurga...

tuhan...aku mengerti..dunia ini hanyalah penjara...
sebagai tempat menanggung ujian...sebuah tempat pementasan..
janganlah aku bersama mereka yang kerugian...
lupakan asal usul dan kejadian...
hingga akhirnya...aku sendiri yang menderita...


semoga...kekallah seadanya...di atas jalan yang sebenar...
jauhkanlah dari mereka yang engkau murka..yang engkau benci..
bagaikan layang layang terputus tali...semakin tinggi lupakan diri..
terumbang ambing..kesana kemari...
hingga akhirnya..hancur jua di mamah bumi..

Friday, December 17, 2010

AKU SEORANG



yang sepi yang hilang
hanyalah aku seorang
engkau yang rasa
kita tak sama

aku bersalah tersilap langkah
engkau tunjukkan arah
tapi aku tak terdaya
tak mampu aku terima
segala yang kau ucap
mampu ku dengar
aku hanya perlu terima
segala yang terjadi
anugerah dariNya

bukan terpaksa bukan merana
aku perlu jalani
hari berlalu pergi
senyum di ukir
tapi pahit yang ku telan
engkau ketawa aku pun sama
tapi jiwa kita berbeza
luarnya sama tak mengapa

terhenti langkahku mati
aku berfikir tak pernah pergi
masih berdiri melawan arus
dunia tidak selalu denganku
biarpun awan menurunkan hujan
kadangkala hati tak sehaluan
musnahkan segala keraguan

berpaling melihat jalan ke seberang
ia terlindung menghalang pandangan
kabur di hadapan hilang tujuan
ramai yang pergi takkan kembali
hanyut pada permainan
dunia ini tempat persinggahan
hanya sesaat seumur hidup
tiada masa untuk di tangguhkan
sampai waktu ia menjelma
tiada maknanya harta


yang pergi yang hilang
hanyalah aku seorang...

Tuesday, July 6, 2010

SANDARANKU



Aku pertahankan hidup ini
Bagai mengengam bara api
Menanti terbitnya mentari pagi
Dengan harapan yang tak pasti


Biarpun hampir terlucut gengaman
Kerana beratnya menggalas bebanan
Namun peganganku tak pernah berubah
Yakinku hanya pada satu arah


Kadangkala air mata ini mengalir
Kerana rintangan tak pernah berakhir
Terasa diri terlalu lemah
Hingga sukar untukku melangkah


Selagi hidup masihku nikmati 
Selagi itu aku takkan berhenti 
Kekuatan hati tetap bersamaku 
Kerana sandaranku hanya padaMu







############################################ 

dah lama aku tak post n3 yg berlebal lama.. kalau ada sape sape perasan la...bulan lepas langsung aku tak post... aku tengok kat simpanan sajak aku..dah tinggal sikit je lagi...sebab bulan 3 aku dah post banyak..bulan tu je n3 aku berjumlah 100 lebih... lepas pada bulan tu n3 aku makin kurang dan kurang..sebab masa tu aku tengah sebok nk masuk kerja...
untuk pengetahuan korang..yg berminat baca sajak / piuisi / pantun / tulisan aku ni la...yg berlebel lama kat bawah tu maksudnya sajak / piuisi / pantun / tulisan aku tu dah lama aku buat..masa aku tengah belajar dulu...aku simpan...banyak la jugak...tapi aku pilih2 jugak masuk dalam ni..sebab ada jugak yang aku sayang nk post, aku tak post...tu untuk aku sorang je..hehe..
kalau yg berlebel baru tu maksudnya aku baru buat ataupun on the spot je aku buat...ok tu je kot...kalau ada apa2 nk tanya jangan memalu nk tnya dan komen/kritik..aku pun tak sempurna kan..ada serba kekurangan..kalau korang kritik boleh jugak aku baiki apa yang tak ok....


wassalam...



Friday, May 21, 2010

PELAYARAN HIDUP



Hidup ini umpama satu pelayaran

Diatas sebuah bahtera usang

Yang merentasi lautan bergelora

Menuju ke pulau yang kekal abadi


Kita yang terpilih dan pernah berjanji

Hidup mati hanya untuk berbakti

Namun kita lupa pada yang Esa

Apa tujuan kita di cipta


Ramai yang hanyut dan juga tengelam

Karam di tengah pelayaran

Kerana melanggar perintah nakhoda

Dan tidak mengikut haluan sebenar


Berbahagilah hidup mereka

Yang berjaya sampai ke sana

Mendapat nikmat yang tak terhingga

Bertemu dengan yang maha Esa





PASTI TIBA



Bila tiba batasan waktu

Jasadku akan terbujur kaku

Hilanglah nyawa terpejamlah mata

Pergi untuk selamanya

Namun perjalananku

Masih belum berakhir lagi

Harusku tempuh jalan yang jauh

Mencari bekalan sebelum pulang


Hidup hanyalah sementara

Menuju akhirat yang selamanya

Hina terseksa hidup di dunia

Akhiratku harapkan bahagia


Aku percaya pasti akan tiba

Dalam sedar atau lena

Mogaku jadi hamba sejati

Agar tidak menyesal nanti


Tuesday, May 18, 2010

NOKHTAH



Telah pun aku tempuhi

Perjalanan yang jauh dari sini
Mengajarku erti kehidupan
Kesusahan dan kesakitan
Dan aku keletihan
Hilang kekuatan
Hanya mengharapkan
Belas ihsan

Aku kini bagai bintang
Semakin hilang cahaya gemerlapan
Menuggu saat untuk binasa
Menjadi debu tak bermakna
Apalah nasih ku nanti
Sesudah nafas ini terhenti
Kemana aku kan pergi
Setelah semuanya mati




semangatku takkan luntur.......



Monday, May 3, 2010

MILIKNYA



Kadangkala aku rasa cemburu

Pada apa yang mereka miliki

Aku juga ingin merasa

Hidup bahagia seperti mereka

Bukannya aku tak mahu bersyukur

Atas apa yang aku miliki

Aku hanya ingin mengadu

Meluahkan rasa di hatiku

Bagaimana rasa bila di tempatnya

Hidup bahagia setiap masa

Pasti hatinya tenang sentiasa

Tiada duka tiada kecewa

Tuhan kurniakalah padaku

Seperti yang kau kurniakan padannya

Kebahagiaan itu adalah milikMu

Dan aku sentiasa berharap padaMu


Tuesday, April 20, 2010

MARI BERCINTA



Indahnya bercinta
Rasa bahagia
Nikmat yang amat bermakna

Walau terpisah
Tak pernah resah
Kerana pertemuan pasti tiba

Seorang pencinta
Sanggup berkorban
Demi buktikan cinta sejati

Cinta sejati
Cinta abadi
Cinta hanya pada ilahi

Hanya cintanya
Tiada kecewa
Bahagia untuk selama lamanya

Wahai semua
Marilah bercinta
Cinta pada yang sebenarnya

Friday, March 26, 2010

LUKA TERCALAR





Kesakitan penderitaan
Tubuh tersiksa menanggung ujian
Luka tercalar mengalir darah
Pedih terasa hanya sementara
Carilah penawarnya
Balutlah setiap luka
Nantikan sembuh seperti biasa
Kembali seperti sediakala

Namun kini hatiku yang terluka
Di mana nak ku cari penawarnya
Walaupun pedih terpaksaku tahan
Walaupun pahit terpaksaku telan
Terasa bagaikan tak terdaya
Untukku teruskan kehidupan

Lantas aku teringat
Pada sabda baginda
Ingatlah Allah hatikan tenang
Berdoalah mohon kedamaian

Sunday, March 21, 2010

KITA

mahsa (2007-2009)


Engkau..

Bagai semalam bersamaku

Mengisi kekosongan waktu

Warnai duniaku

Masih terbayang

Perjalan kita bersama

Mengharungi suka duka kehidupan

Jatuh dan bangun di sepanjang perjalanan

Masa bagai terhenti

Air mata yang menitis

Tak akan berulang lagi semua ini

Walau sekuat mana aku menangis

Kini engkau disana

Perjalan yang berbeza

namun aku percaya

kita pasti tak lupa

pada apa yang telah kita bina

akan aku hargai

kehadiranmu di sisi

kau hadiahkanku permata

persahabatan yang kekal selamanya




aku di antara mereka...

Friday, March 19, 2010

KEMBALI BERSAMAMU

ilham gambar daripada frodo baggins


Saat kita bersama
Tak kan luput selamanya
Walau waktu berlalu
Kau tetap diingatanku

Kita membesar bersama
Tangis tawa bersama
Tak dapat lagi dipisahkan
Bagai siang dan malam

Kini aku berjauhan
Hidup dirantauan orang
Tempuh onak dan duri
Jatuh bangun sendiri

Aku menahan rindu
Ingin kembali bersamamu
Luangkan masa bersama
Sebagai sahabat setia

Aku menghitung waktu
Untuk kembali bersamamu
Luangkan masa bersama
Sebagai sahabat setia

Monday, March 15, 2010

KEMBALI


Kembali menyinari hidup ini
Dengan senyuman yang lama terpadam
Kerana hilangnya hati dan perasaan
Di mamah oleh kezaliman
Dan air mata ini pernah berlinang
Bila ku imbas kembali kenangan
Hidup di masa silam
Penuh benci dan dendam
Kini aku lepaskan semua
Lupakan segala cerita
Takkan lagi kembali berduka
Hanya kerana peristiwa lama
Aku kumpulkan semua sisa-sisa
Untuk ku bina sebuah harapan
Menjadi azimat berharga
Teruskan kembali perjuangan hidup

Thursday, March 11, 2010

KEHILANGAN



Dari awal hingga akhir
Tak akan aku lupa
Saat kita bersama
Lawati indah dunia

Bagai semalam kita bersua
Hari ini engkau tiada
Pergi untuk selamanya
Tiada yang menduga

Adakah dengan air mata
Dapat mengubah segalanya
Hilang ceria senyum mesra
Apa guna terus berduka

Mata hatiku yang buta
Terasa gelapnya dunia
Seperti hilang cahaya
Kerana kehilaganmu

Andai masih ada masa
Untuk kita bersama
Inginku katakan padamu
Engkaulah sahabat sejatiku



alfatehah untuk sahabat yg telah pergi

Wednesday, March 10, 2010

KEHANCURAN DUNIA



Masa pantas berlalu meninggalkanku
Di saat gembira di alam dunia
Berdiri megah pencakar langit
Oh indahnya dunia di kala itu

Tanpa ku sedari perubahan alam
Bintang matahari terbit di barat
Dan terbenam di ufuk timur
Oh itu semua lumrah alam

Lihatlah bintang
Indah berguguran
Hampiri bumi
Di sambut mesra

Dengarlah bunyi
Sangkakala bergema
Sebagai tanda
Kehancuran dunia

Sedarlah kita semua
Sebelum hari itu menjelma
Kembalilah pada yang esa
Bertaubatlah sebelum terlambat



aku semakin hilang arah....

KEDAMAIAN BERSAMANYA




Kesusahan itu mengajar erti kehidupan
Kekayaan banyak menyesatkan
Kedamaian itu yang amat di harapkan
Ketenangan jiwa adalah segalanya

Hidupnya bagaikan terpenjara
Terkurung di dalam kamar derita
Mengintai tenang yang bermain di luar
Meronta ronta mencari jalan keluar

Biarpun terpenjara
Hatinya bebas merdeka
Walaupun tidak berharta
Hidupnya tetap bahagia
Kedamaian bersamanya
Ketenangan di rasa
Bila hatinya sentiasa
Di suluh tuhan yang maha esa