Saturday, February 20, 2010

AKU TAK MAMPU



Teriknya mentari

Panas membahang

Bagai membakar kulitku

Membuatku lesu kepenatan

Berteduh aku

Dipohon menghijau

Dan aku terfikir

Bagaimanakah nanti

Sanggupkah aku menghadapinya

Panas yang tak terkira di akhirat sana

Oh aku tak mampu

Oh tuhan

Aku menggalas dosa

Banyak tak terkira

Dan aku menambah dosa

Hampir setiap masa

Tuhan

Jadikan taubatku dan air mata ini

Buat membasuh dosa dan penyejuk jiwa

Jauhkan aku dari azabMu

Kerana aku tak mampu menghadapinya

Oh aku tak mampu


No comments: