Tuesday, February 23, 2010

APA NAK JADI



tadi aku buka TV
terlihat satu rancangan sensasi
debat dan berdiskusi
antara dua orang lelaki
lagaknya seperti menteri
tapi cakapnya bodoh
mengalahkan budak sekolah rendah
biarlah muka hodoh
tapi jangan bercakap celaru
agak agak la kalau nak menipu
sekarang semua orang tahu
mak cik felda pun dah terbuka
internet depan mata
maklumat di hujung jari
hari hari berita terkini
mengalahkan surat khabar meloya
baca sekali sakit jiwa
putar belit fakta itulah kerjanya
macam mana orang nak percaya
50tahun merdeka apa dia buat
tengok ramai yang merempat
perogol perompak makin menjadi jadi
sampai bila nak terus begini


ini bukan terjadi di negara kita
tapi di negara lain.....harap maklum

No comments: