Tuesday, February 23, 2010
CINTA
cinta itu buta
tak melihat tapi berkata kata
berjalan hanya bertongkat sahaja
di pimpin teman insan setia
setiap masa pasti bersama
cinta itu indah
bila melihat rasa bertuah
untuk melintas pastinya mudah
berjalan kemana pasti berhemah
terbit jalinan lahirlah ukhwah
cinta itu luar biasa
hati dan jiwa penuh cahaya
kadang kala mengalahkan kita
bersusah payah tapi gembira
hidup ceria tiada sengketa
cinta itu palsu
bila susah ramai membisu
tiada sifat ingin membantu
hanya melihat terus berlalu
ramai orang berhati batu
cinta itu merana
hidup melarat tersiksa jiwa
orang terdekat ramai yang lupa
tanggungjawab kita sesama saudara
tiada rasa tiada jiwa
cinta itu tak di pinta
tidak mengenal siapa sahaja
mungkin hari ini hari dia
esok lusa mungkin hari kita
hendaklah kita berwaspada
cinta itu gila
bila lupa pada yang Esa
melanggar batas hukum agama
alpa pada suruhan pencipta
apa guna hidup di dunia
cinta itu satu anugerah
haruslah bersyukur kepada Allah
tiap yang berlaku pasti berhikmah
untuk menguji hamba yang lemah
agar mendapat taufik hidayah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
cinta itu byk tafsirannya..
cinta jugak adlah satu teka teki yang sukar untuk di mengerti.. tapi cinta pada Ilahi adalah cinta yang hakiki..
betol2...
teka teki..penuh warna warni...penuh rahsia tersembunyi...
cintalah cinta hakiki..
Post a Comment