Saturday, February 27, 2010

DENGARLAH



Setitis air mata yang menitis
Terkandung seribu cerita sedih
Hidup di dunia tak semua indah
Tidak seperti yang kita harapkan

Dengarlah suara rintihan manusia
Lemah tersiksa batinnya sengsara
Cuba selami hati mereka
Cuba kau rasa derita di sana

Bantu segera tangan yang meminta
Kerana kasih sesama saudara
Tanpa mengharap balasan dunia
Hanya akhirat yang utama

Andai dirimu didalam derita
Usah bersedih banyakkan doa
Itu semua ujian dariNya
Sebagai hamba harus bersabar

Bila kau senang hidup di dunia
Usah kau lupa kepada mereka
Yang memerlukan sebuah pertolongan
Yang mengharapkan kasih sayang

No comments: