Sunday, February 21, 2010

EMAS HITAM



emas hitam menjadi rebutan
tidak kira halal dan haram
ramai orang menjadi syaitan
sanggup khianati amanah tuhan

telah termaktub dalam perjanjian
siap di turunkan tanda tangan
tapi sekarang engkau khianati
menafikan hak rakyat pertiwi

emas hitam melambung tinggi
jadi kegilaan si tamak haloba
bila iman tiada di dalam hati
sanggup lakukan apa sahaja

jangan khianati bangsa sendiri
bimbang nanti memakan diri
jika di dunia engkau berjaya
usahlah di lupa akhirat sana


No comments: