Saturday, February 27, 2010

KEMANISAN HIDUP



rasai manis kehidupan
walaupun dalam kesakitan
biarkan air mata kesedihan
terus mengalir hingga kekeringan
kerana syukur kepada tuhan
atas nikmat yang di berikan
tak mampu untuk ku hitungkan
tak terbalas segala pemberian

selagi masa ini berjalan
jangan berhenti berpesan pesan
walau ada seribu halangan
hadapi penuh kesabaran
agar nanti tidak kerugian
menjadi insan di akhir zaman
banyak cabaran dan dugaan
yang menanti di tengah perjalanan

lemparkan semanis senyuman
ketika harungi duri ujian
selagi punya kekuatan
gengamlah masa hadapan
seperti hidup kekal berpanjangan
kejarlah seribu impian
asalkan tidak melanggar arahan
patuhi segala larangan


No comments: