Sunday, February 28, 2010
LAJU
seharian kini bagaikan sekejap
tahun yang lepas sudah bertangkup
kini kita sedang dalam perjalanan
gear 3 baru sahaja di masukkan
adakah jam kita semakin pantas
masa kita bagaikan di cantas
sedar tak sedar waktu hampir senja
sedangkan baru tadi pagi menjelma
tidur malam baru nak lena
tiba tiba azan bergema
adakah hanya aku sahaja yang merasa
seperti aku di planet yang berbeza
semuanya semakin laju
kereta motor jet bagaikan peluru
tapi kita masih lagi ketinggalan
ya..semakin jauh ketinggalan
[1]
Demi Masa!
[2]
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar
(al-'asr)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment