kompang berbunyi riuh sekampung
ayam bertelur tidak menjadi
sepasang pengantin duduk bersanding
tersenyum gembira raja sehari
ralik bersilat si anak muda
habis tertewas anak menteri
dulu berkompang hingga ke senja
sekarang berkaraok sampai ke pagi
bunga telur sebagai bekalan
buat makan dalam perjalanan
berpada pada dalam pekerjaan
jangan di ikut amalan syaitan
semakin layu daun semalu
kerana tersepit di celah lembah
sila menjamu janganlah malu
kalau tak cukup bolehlah tambah
membina masjid di tanah lapang
masuk waktu kita sembahyang
berdoa kita kepada tuhan
moga bahagia jodoh berpanjangan
No comments:
Post a Comment