Wednesday, March 24, 2010

ENGKAULAH RAJA DRAMA YANG SEBENAR



engkaulah king
di sisimu adalah queen
engkaulah raja
permainan ini engkau yang punya

engkaulah tangan yang di atas
menggerakkan boneka yang di bawah
kadangkala tali itu tersimpul
kadangkala lidahmu tersasul

di depanmu itu askar upahan
di ikat bagai anjing kelaparan
menjadi perisai pertahankan diri
ada kala memakan diri sendiri

engkau menunggang kambing hitam
angkat sembahmu kepada raja katak
demi memusnahkan lawan
kau sanggup korbankan kawan

engkaulah raja drama yang sebenar
lidahmu itu bercabang lima
topengmu persisi muka pendekar
sepuluh katamu tiada satu pun yang benar

6 comments:

chokio_nia said...

kalo mcm tu, jgn la caye ape raja tu ckp..senang kan??huhu

shameel Iskandar said...

Dalam maknanya sajak saudara ni. Tak tercapai akal jika tak dihayati. Di hayati pula dengan hati yang suci. Yang pasti, Ada pengertian berselirat seribu yg perlu diambil tahu. Ada frasa2 maknawi yg perlu diambil peduli.

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

ambik adiah ko tue...

annfrendly said...

mendalam maksudnya nie

~yna_kawaii~ said...

x pndai men catur..x dpt kalahkan raja drama ituu~:)

sugar2 kapas strawberry said...

paham puisi ni..tp xtaw nk ckp cmner kt para..hihi