Wednesday, March 10, 2010

KEHANCURAN DUNIA



Masa pantas berlalu meninggalkanku
Di saat gembira di alam dunia
Berdiri megah pencakar langit
Oh indahnya dunia di kala itu

Tanpa ku sedari perubahan alam
Bintang matahari terbit di barat
Dan terbenam di ufuk timur
Oh itu semua lumrah alam

Lihatlah bintang
Indah berguguran
Hampiri bumi
Di sambut mesra

Dengarlah bunyi
Sangkakala bergema
Sebagai tanda
Kehancuran dunia

Sedarlah kita semua
Sebelum hari itu menjelma
Kembalilah pada yang esa
Bertaubatlah sebelum terlambat



aku semakin hilang arah....

12 comments:

Unknown said...

sajk2 ko mmg aku xleh kata2 ape la mmg terbaik!!!

shameel Iskandar said...

Sekiranya kehancuran dunia diimani sepenuhnya oleh setiap manusia.Pasti sahaja setiap jejak langkahnya akan diatur dengan penuh waspada. Sebabnya, mereka pasti tidak ingin melangkah sengsara dan mengusung duka di alam sana.

Sengsara dan duka yang tiada akhirnya. sebab di alam sana, kehidupan tiada noktahnya.

MR.Z said...

dunia kita sudah semakin uzur...

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ said...

salam..selamat pagi..semoga mendapat hari yang ceria dan gembira...! huhu..nape kamu komen macam tu kat sye? kamu takde wat salah kat sye pon...hehe..salam perkenalan dari sye ye.. have a nice day friend

miss lolly a.k.a luvfareda said...

insaffff dah ni . ngeeeee

wanita mutalib said...

takutnyer..

sama2 la kita beringat yer..

si para para said...

nick...hehe time kasih...harap kita semua berwaspada...



kiamat dtg tanpa kita sangka...secara tiba tiba..walaupun kita dah nampak tanda tanda..

tapi kenapa kita masih tak sedar sedangkan dah nampak tanda tanda?

mungkin sebab masa tu kita lalai atau leka dengan kehidupan...

si para para said...

shameel Iskandar....
benar kata saudara....andainya kita tahu esok tiba ajal kita..esok tiba kehancuran dunia...pasti kita tidak bersenag lenang seperti sekarang...kerana rasa takut dan gerun..bimbang diri ini kecewa di sana...



mintak beri tunjuk ajar dan teguran...

si para para said...

Mr.Z...
dunia seperti perempuan tua yg membongkok...uzur dan tak bermaya...

tapi mengapa masih ramai yg mengejarnya??

si para para said...

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤
salam..trma kasih..smga ❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ sehat2 selalu..

bimbang tersalah cakap..hehe salam ukhwah.

si para para said...

miss lolly a.k.a luvfareda..

sama sama la kita insafi diri..sebelum terlambat..

si para para said...

Wanita Itu ...

peringatan untuk diri sendiri dan mereka yg mahu mengambilnya..