Wednesday, March 3, 2010

RINDU SEORANG LELAKI



derita
bukan kerana sakit
tapi kerana rindu
rindukan kunjungan anak anak
yang jauh di perantauan
kenapa sampai sekarang belum pulang?

sendiri
bukan bila tiada sesiapa di sisi
tapi rasa sunyi di dalam ramai
sepi di tengah kesibukan hidup
kerana yang di tunggu belum tiba
bagaimanakah kamu di sana?

berjalan
bukannya bergerak ke sana
tapi fikiranku yang melayang
teringat ingat dan terbayang
setiap saatmu masa kau kecil
adakah kau ingatkan aku?

menangis
tiada air mata dan tidak berlagu
tapi di dalam hati siapa yang tahu
gelora menahan sebak
menghukum diri sendiri
pernahkah kau alami?

masa
kini telah pun tiba
kamu terlambat untuk mengubat rindu
kerinduan itu ku bawa pergi
bersama jasadku yang sepi
usahlah kau bersedih hati.......












kepada mereka yang bekerja jauh di sana dan masih mempunyai ibu bapa..
pulanglah untuk menjenguk mereka selagi mereka masih bernyawa...
selagi senyuman tua mereka boleh kita hayati....
jangan pulang untuk melihat tubuh kaku....













al fatehah untuk arwah (03/03/2010 08:15am)

4 comments:

Anonymous said...

semoga aku takkan tergelincir dr tanggungjawab

si para para said...

kita di ganjarkan pahala apabila menatap wajah mereka..tapi masih ada yang menolak...
semoga aku dan anak anakku kelak tidak begitu..

Anonymous said...

semoga kita semua jd anak2 yg soleh n solehah... bru bjya d dunia n akhirat....

si para para said...

insyaallah...sama sama kita berdoa dan berusaha menjadi insan yg berbakti pada ibu bapa...