Wednesday, March 10, 2010
SIAPA SANGKA
ini bukan syair, bukan puisi, bukan sajak, bukan pantun, bukan gurindam... ini ialah.......
hari itu kita mula berkawan
menjadi teman sepermainan
tidak kira pagi dan petang
kita tertawa bergaduh bersama
cukup indah bila di kenang
tapi siapakah kawan pertama aku?
kemana dia sekarng?
sihatkah?
waktu itu aku mula menjejakkan kaki ke sekolah
bertemu ramah dengan teman seusia
lalu terbentuklah sebuah persahabatan
bertemu dan bermain di sekolah
teman untuk meniru
untuk siapkan kerja rumah
teman untuk meminjam buku
untuk mencari setitis ilmu asas
teman pertama semakin di lupakan...
teman baru semakin ramai...
ketika itu aku melangkahkan kaki ke sekolah menengah
teman teman baru datang menghulurkan tangan
menjalinkan ukhwah untuk berperang
menempuh segala rintangan
menyimpan dendam dan harapan
teman sepermainan semakin jauh...
teman di masa kecil semakin di lupakan...
saat itu aku mula melanjutkan pelajaran
jauh dari kampung halaman
teman teman semakin berkembang
yang lama hampir di lepaskan
yang baru silih berganti
mewakili setiap pelusok negara
sibuk dengan pelbagai urusan
mengejar cita cita dan masa depan
teman terdahulu beransur pergi...
kini alam pekerjaan semakin hampir
kita makin terpisah jauh
aku di sini engkau di sana
tapi kita masih berhubung
FB, email, ym, blog sebagai sandaran
kita masih kawan
5 tahun akan datang?
10 tahun?
teman sepermainan masa kecil entah kemana...
teman sewaktu sekolah ramai yang di lupa...
teman sewaktu belajar membawa haluan sendiri...
mungkin kita bertemu di suatu masa
berselisih bahu dan terserempak muka
mungkin kita sudah tidak dapat mengenali antara satu sama lain
mungkin ingat ingat lupa
"kalau kau tak tegur aku td, aku pun tak perasan"
mugkin anak anak kita sekolah bersama
tapi tidak pernah tahu yang ayah mereka pada suatu masa dahulu adalah kawan baik
mungkin anak kita bergaduh
dan kita cuba meleraikannya
terkejut yang anak kita selalu bergaduh tapi ayahnya pernah menjadi terlalu akrab...
mungkin kita terkejut apabila melihat isteri kawan baik kita dulu adalah teman sekolej kita
mungkin isteri dia pernah menjadi skendal dengan kita
dan mungkin isteri kita adalah BF kawan baik kita satu masa dahulu..
siapa sangka?
sekarang kita menafikan...tapi 5tahun..10 tahun akan datang siapa yang tahu...
aku tak berapa pasti apa yg telah aku tulis...mungkin satu hari nanti aku akan lebih memahami..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
oleh itu join la Facebook.. erk?? :p
'mungkin isteri dia pernah menjadi skendal dengan kita'..muahahaha..=)
Hidup penuh dengan kemungkinan. Penuh dengan ketidakpastian. Kawan boleh jadi kawan. lawan boleh bertukar menjadi kawan. Kawan dan teman bersilih ganti sejajar dengan musim yang pantas berlari.
Ada kawan yg sekadar menjadikan kawannya sebagai tongkat utk berdiri. Ada juga kawan yg menjadikan kawannya sebagai titi utk melintas. Bila dah tegak berdiri dan bila dah melintas ke seberang, kawannya akan diluput terus dari ingatan.
erm....
takut ble owg akn lupekan kite..
tp kite pon tnpa sedar akn lupekan dowg sume 1 persatu.. sdey... T.T
jauh pemikirannnnnnnnnnn tuh. bagush !
huhu..tiba2 terigt kt kwn msa kecik2..
yg sama2 tangkap ikan kt sungai..
tp sume laki...
skang jmpa malu nk tegur..hihi ;)
Wanita Itu ...
hehe nk promot nampak..hihi
guna la FB sebaik2nya...manfaatkan.
NARDtheNERD...
hehe mana tahu kan...so elakkan skendel..hehe
shameel Iskandar..
kagum dgn tulisan saudara....
penuh makna...
setip kawan punya personaliti yg berbeza...ada yg ok..ada yg sebaliknya..
harap aku dpt menjadi kawan yg baik..
ice juliette ...
betol tu...kadang2 kita yg lupa...dan sebaliknya...
dia hanyalah sebagai watak sampingan je dalam hidup kita..
tapi bagi dia,kita adalah watak utama...
(mcm merepek je - abaikan)
miss lolly a.k.a luvfareda...
saya di sini tapi fikiran nak ke sana..
mugkin sempat mungkin tidak diri ini sampai ke sana..
sugar2 kapas strawberry...
hehe tu la..opsss saya tak de kawan pempuan masa kecik..semua laki sejati.haha
kenangan masa kecik amatlah indah..
aku tak tau nk ckp ape? jd aku sokong je la pedapat ko.. hhehhehhee
nick..
hehe jgn malu malu bg pendapat nick..kita kongsi sama2..
Post a Comment