aku tak kan berpaling
dari cahaya yang terang
menyuluh malam seperti bulan
memukau setiap yang memandang
dan aku adalah bayang
sentiasa ada bila di suluh cahaya
takkan berpisah selagi bernyawa
takkan bercerai untuk selamanya
kerana saksiku pernah di hadapanMu
kerana engkau adalah tuanku
walau di sapa ribut dan badai
takkan terhakis pendirian ini
seteguh karang di dasar laut
seteguh hati di balut iman
walau di rendam ke laut dalam
takkan sekali berubah warna
takkan keruh setitis airnya...
kerana cintaku cinta rabbi
hidup matiku untuk ilahi
Al-An’am[162] ……Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.[163] Tiada sekutu bagiNya dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)
20 comments:
indahnya kata2 ni..... :))
para2 wat ke??
indahh
segalanya demi Dia...
=)
good job ;)
salam..
bait2 kata yg menyentuh rasa..
aku pun tidak mahu berpaling ;D
indah..
sape kata puisi hanya sesuai utk jiwang2 je kan?
teruskan
=)
suke ²
wah! best kata2 dalam ni! terbaiklah! :)
ullyana
ye...cuba cuba buat...untuk diri sendiri dan semua..hehe
♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫
:)
sugar2 kapas strawberry
TQ :)
sekamar rindu
untuk hati yang sepi :)
abid_pm
samalah kita :)
NuR
puisi dari hamba kepadaNya...
Aiza
:)
NICK IRFAN
hehe nick...ko pun terbaik..
surah al-an'am msok pkse 1/2 twon..
tka pon da hafal mkne die.. alhamdulillah..
sgt indah mksd puisi en.fauze buat..
cnta, idop dan mati hnya ntok ilahi..
cinta kepadaNYA kekal buat selamanya :)
nak copy...ekeke..
mmg puitis sangt. interesting :)
Post a Comment