Monday, June 28, 2010

WAKTU AKU SEUSIA ANAK KECIL




soreh itu menguris hati
bila terkenang waktu semalam
ketika aku seusia anak kecil
menatap indah setiap sentuhan
menikmati setiap perjalanan
akulah yang melukis senyuman
seindah jalinan sang pelangi
mewarnai hidup ini
biar pun dalam payah
aku tetap merangkak ke seberang
mengisi setiap masa terluang
mendalami erti hidup berkawan..

aku tak pernah lelah
meronta ronta lawati alam
meninggalkan jejak seribu
di lopak air di bendang sawah
mencari sebutir permata yang hilang
hingga terpalit selut ke muka
membuatkan aku tersedar
kita asalnya daripada ini
dari tanah yang aku gengam


tapi dengan tanah itu
ada yang menjadi mulia
walau dari setitis air
taat itu yang utama
kerana antara kita tiada beza
dari tanah juga kita kembali
kerana tiada yang abadi
melainkan Dia
yang hakiki....






################################


kat bawah ni aku copy paste je artikal dari sherah's blog...untuk bacaan aku sendiri..mungkin orang lain dah ramai tahu..tapi tak pe kan...permisi tuan blog... :)




KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN REJAB
Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.


* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).





Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.

* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.

* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

* Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

* Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di  hari kiamat.

* Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

* Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

* Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.

* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.

* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.



aku cuba cuba jugak  nk puasa bulan ni...perutku, bersabarlah hari ini untuk hari esok...

9 comments:

miss lolly a.k.a luvfareda said...

puasa ada banyak ag yg tak ganti ag wooiiii


hoho.

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

pose adalah diet yg baek...
;)

ida said...

ganty puase dulu.....

sugar2 kapas strawberry said...

tgh puasa la ni..puasa ganti.hik3

Cik SHiNJU said...

sajak yg best...

peringatan yg baik...baru dpt sehari
posa bln rejab ni...

si para para said...

miss lolly a.k.a luvfareda


adoyaa dah bulan bape nih..nanti dah nk masik syawal..hehe meh nk tolong ganti..

si para para said...

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫

betol2 tu..nape la aku tak terpikir macam yang ko pikir...hehe

si para para said...

ida

haa yang tak ganti tu boleh ganti cepat cepat ye...hehe

si para para said...

sugar2 kapas strawberry

hehe tak pe..teruskan...settle kan yg tu cepat2..