Friday, January 7, 2011

JARI JARI YANG KAKU



jari jari yang kaku
cuba membuka lembaran semalam
mengunkap kembali kisah hitam
tapi sayang..
ingatan itu telah padam.

jari jari yang kaku
terkapai kapai mencari arah
terketar ketar memegang tongkat usia
darahnya mengalir laju
selaju air yang mengalir dari kelopak matanya

jari jari yang kaku
membulat harapan tangan di tadah
mengait seribu simpati
meronta ronta di dalam hati
kerana hidupnya bagaikan di hujung tanduk

jari jari yang kaku
dulunya putih lembut dan gebu....
kini dingin sejuk membeku
terlukis seribu garis kenangan
tersimpan sejuta parut kepedihan

jari jari yang kaku
pasti engkau mampu tersenyum
segala perit dan kesusahan
telah engkau lalu satu persatu
semuanya tersemat rapi di dalam gengaman


Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda; "Sedekah yang terbaik adalah yang berlebihan dari keperluan, dan mulakanlah dengan orang di bawah tanggungan engkau".
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Barang siapa yang mengerjakan kebebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.

Barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula.
(az Zalzalah, ayat 7& 8)

4 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

Barang siapa yang mengerjakan kebebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.

Barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula.
(az Zalzalah, ayat 7& 8)

[memang patut selalu ingat....]

Cik SHiNJU said...

Touching..sob :'(

terokai seni said...

jari itu semakin berkedut sebelum ia kaku dan kemudiannya ditanyai sesuatu... apakah yang telah kamu lakukan di dunia lalu

Unknown said...

lama x nmpk ko? ape2pun sajak2 ko tetap terbaik!! eh! lagi 1 ko kena tag!!!!!!!