Tuesday, December 21, 2010

JAUHI RASUAH



langitku runtuh
harapanku musnah
mohon berteduh
di bawah rumah

tanahku basah
kompasku punah
mencari arah
bimbang tersalah

duniaku parah
diriku pasrah
biar pun susah
takkan mengalah

tekadku teguh
ranjauku redah
perjalanan jauh
mencari hidayah

mentariku merah
hatiku cerah
tersembunyi hikmah
di sebalik musibah


ujian itu lumrah
sabar itu indah
bercakap mudah
membuatnya payah




P/S..

terus berdakwah
jauhi rasuah
tiada faedah
merosakkan ummah

5 comments:

alinac lover said...

rasuah itu x perlu kan

Kunang-Kunang said...

Salam Para,

Rasuah rezeki yang haram dan tidak berkat.

cemomoi said...

angkara pengkhianat
perasuah laknat
bangsa jadi melarat
negara tak slamat
rezeki tak berkat
idop dunia akhirat
jauh dari rahmat

NICK IRFAN said...

ape2pun rasuah jgn ambik! hehe

cemomoi said...

maruah runtuh
negara runtuh
bangsa dicemuh