Monday, January 10, 2011

HILANGKAN MELAYANG


ahad 09/01/2010,lepas solat maghrib....

sujudku padamu
setiap hari bersilih waktu
dalam hati niatku satu
perhambakan diri padamu
tapi hamba hampa...
kadangkala jiwa melayang..
kadangkala tumpuanku hilang
kadangkala jiwa kosong
kadangkala tumpuanku terpesong




"telah berjayalah orang orang yang beriman, iaitu orang orang yang khusyuk dalam sembahyangnya"
(al-mukminun ayat 12)

"maka kecelakaanlah bagi orang orang solat, (iaitu) orang orang yang lalai dari solatnya"
(al-ma'un ayat 4&5)

Rasulullah s.a.w bersabda: "berapa ramai orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam solatnya."


sila abaikan tulisan di bawah ni jika anda seorang yg khusyuk dalam solat.


aku cuma tulis apa yg aku ingat..kalau sape2 tahu lagi cara nk khusyuk, sila tambah kat ruangan komen ye...
untuk aku sendiri dan sape sape yg nk ambik...

aku nk letak 4je..

1- bayangkan, ni solat yang terakir yg akan kita buat..
sebab lepas ni kita tak tahu kita hidup ke mati..jadi andaikan ni solat yg terkahir....
yg terakhir msti kita akan buat yg terbaik kan...

2-tanamkan dalam hati,yg kita sedang mengadap Allah.
dan Allah tu ada kat depan kita...
kalau raja, MB, PM kita boleh hormat..
 raja semesta alam kita msti lebih horamat dan bg tumpuan.

3-andaikan kita tengah berdiri di atas titian sirat..
di bawah kita neraka...depan kita syurga
tapi kalau kita lalai, kita akan jatuh kat neraka..

4-last...sempurnakan air smyg..
solat di awal waktu... solat berjamaah di surau@masjid..


kalau aku ada salah tolong betulkan...kalau kurang tolang tambahkan..aku cuma hamba yg selalu lalai..




Saidina Ali k.w terlalu khusyuk dalam solat, sampaikan orang cabut panah kat kaki dia pun dia tak rasa apa apa..kalau kita..nyamuk sekor je yang gigit..dalam hati dah macam macam dah menyumpah kat nyamuk tu..tu aku la..korang semua tak macam aku kan..jahilnya aku.....


err maaf..aku x pandai sangat nk karang cerita panjang2...BM aku pun x berpa cantik dlu...
cuma aku harap mksud yg aku nk sampai dn kongsi tu sampai..kalau nk lagi jelas sila pg ke blog ni



Ya Allah, izikanlah aku khusyuk dalam solatku, berikanlah aku kemenangan dalam ibadahku, dan teguhkanlah aku dalam keimananku, sesungguhnya aku serahkan diriku padamu Ya Allah, tiada daya dan kekuatan kecuali Allah.

7 comments:

eZmALiZa said...

andai tadi merupakan solat terkahirku, ku pohon pada ALLAH agar menerima segala taubatku..menerima segala amalanku...

ayat dalam blog ni buat bulu roma meremang... :)

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

sedap kate2 indah....

kiwi said...

bgus la..nice entry.. ^^

- zuriey - said...

setan selalu menghasut dalam solat.memang payah nak khusyuk

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

teringat masa solat kat surau... masa tu aku lalu tepi bdk yg tengah solat sunat... lepas tu dia pandang aku... aku lambai tangan kat dia.... terus budak tu tgk kat tempat sujud.... huhuhuhuh....

Cik SHiNJU said...

Nak lebih kyusuk elok kalau hafal maksud setiap bacaan dalam solat tu..x gitu?

Wahidah said...

yg 1st tu mmg agree sgt2..berbekas dlm hati ne