Monday, January 17, 2011

SATU PERTIGA



terjaga aku dari bahaya
seakan ada yang mengejar kita
terputus putus nafas ini berhembus
di basahi peluh kedinginan

terfikir aku seketika
apakah maksud di sebaliknya
ataukah ini hanya mainan tidur
untuk menggangu malamku yang kosong

terbayang sekilas di ingatan
bayangan hitam itulah yang mengejar
katanya dia adalah amalanku
tapi mengapa hodoh dan hina

masih menitik peluh di dahi ini
jasad dan jiwa terkunci mati
dan tiba tiba air mata mengalir
tak dapatku bayang bila ku disana.

masih sunyi di saat ini
satu pertiga malam makin berakhir
takkan ku sia walau sesaat lena
sebelum aku benar benar terlena




“Wahai orang yang berselimut! 
Bangunlah solat tahajjud pada waktu malam, selain daripada sedikit masa (yang tidak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan tartiil”
(al-Muzammil ayat 1-4)

“Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui (wahai Muhammad) bahwasanya engkau bangun (solat Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya”.
(Al-Muzammil : 20)

Aisyah ra berkata “ Rasulullah SAW bangun apabila telah mendengar suara berkokok yakni ayam jantan”. Keterangan ini menunjukkan bahwa baginda saw mengerjakan ibadat malam selama satu perenam malam atau kurang sedikit dari itu.



“Sesungguhnya orang yang bertakwa ditempatkan dalam syurga, dengan mata air mata air terpancar. Mereka mengambil apa yang diberikan oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan diakhir malam mereka beristighfar kepada Allah.”
(az-Zariyat:15-18)




yang berminat sahaja. KLIK

11 comments:

MuNie said...

qun fa anzir. :)

MuNie said...

ehhh qum. fa anzir. :) (al-mudatsir:2) silap taip plak. huhu

terokai seni said...

slalu gak mikir camana orang dulu-dulu tido sikit je tapi kuat dah gagah malah boleh perang dalam posa lagik

Farhan Zulhusmi said...

insyaallah...
amin...kita amalkan bersama erk...amin....

::nuRuLaDHar:: said...

hmm sangat bermakna. =)

zulkbo said...

salam..
menarik sungguh
sajak ini..penuh
keinsafan..terima
kasih mengingati
perkara yang kita
mudah lupa dalam
hidup seharian..
jazakallah khair..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

renungkan2...

Anonymous said...

follow & blogwalking..

meh la jenguk belog ai..

salam kenal! (^_^)

Kakzakie Purvit said...

telah lama ditelek
mengabdi diri
pada yg esa
merapak sujud
mohon diperkuat iman
perjalanan ini tidak jauh mana
akhirnya di sana jua
pengabdian kita
biar kepekatan malam ini
menyinari kegelapan
di alam pengkhiran hayat kita....

Anonymous said...

Salam Para.

Alhamdulilah, satu pertiga malam dipergunakan sepenuhnya.

- zuriey - said...

saya ni memang kuat tido..kena ada somebody to push me