entri ini adalah kesinambungan daripada entri lepas...
Sejak akhir akhir ini seiring kali mata kita melihat kes bunuh diri di kaca TV...hari tu kes pelajar cina terjun bangunan..lepas tu emak buang anak dari bangunan dan lepas tu dia pulak yang terjun..
menurut statistik, purata 6 orang bunuh diri setiap hari, 2500 setiap tahun dan 50000 kes cuba bunuh diri setiap tahun... kalau ikutkan kes bunuh diri di negara kita semakin serius dan membimbangkan...
tekanan adalah satu punca berlakunya kes bunuh tinggi... di tengah kemodenan dan kecanggihan teknologi hari ni masih ramai yang mengalami tekanan..tekanan di tempat kerja, tekanan di sekolah, tekanan putus cinta, tekanan hidup di sebabkan harga barang naik dan macam macam lagi...
tekanan ini juga mungkin berlaku sebab kurangnya pengetahuan agama dan tidak tahu cara untuk meredakan tekanan..bagi umat islam solat adalah jalan terbaik untuk menghilangkan tekanan...tapi hari ini amat mendukacitakan ramai yang membunuh diri dari kalangan melayu beragama islam...
untuk yang ni aku nak sentuh tentang kenaikan harga barang...kebanyakan daripada kita adalah golongan pertengahan iaitu tidak kaya dan tidak miskin..golongan ini berpendapatan dalam purata 2ribu sebulan..akibat kenaikan harga barang dan harga minyak sudah semestinya akan merubah hidup mereka..bagi yang mempunyai anak yang ramai, mempunya hutang kereta serta rumah suduh cukup untuk memberi tekan di kepala mereka...bagi yang berpendapatan tinggi perkara seperti ini tidak menjejaskan kehidupan mereka.
tapi yang peliknya di negara kita bila harga barang naik, harga minyak naik, kita masih lagi tersenyum gembira.. tidak seperti negara lain.. jika ada kenaikan harga barang mereka akan protes tanda tidak setuju..dan kerajaan mereka akan berfikir dua kali untuk melakukan sebarang kenaikan harga barang.. tidak seperti negara kita..
jadi rasanya sudah menjadi keperluan untuk kerajaan mengkaji semula gaji minimun.. tidak kira la untuk sektor swasta atau pun kerajaan sebab kedua duanya rakyat malaysia dan perlukan duit untuk membeli barang barang keperluan.. aku begitu respek kat CUEPACS sebab bertungkus lumus untuk membela "anak buah" bagi meningkat lagi gaji bulanan..ingat tak masa bajet dulu dia mintak bonus dengan PM..tapi PM kita cuma bagi 500ringgit...
pelbagai alasan di cipta dan di beri bagi mengelak kenaikan gaji dan menurunkan harga barang..katanya ekonomi kurang baik..katanya harga pasaran dunia meningkat..katanya harga di negara jiran lebih mahal berbanding negara kita..tak apa..kita kena akur..tapi yang malangnya kenapa hendak di bina menara 100 tingkat..apa gunanya kepada rakyat..apa guna jejantas yang mahal...walaupun bukan duit rakyat, tapi petronas tu sedut minyak kat tanah air kita..kenapa royalti di negeri tertentu di tarik balik...apa guna beli kapal perang mahal sedangkan masih ada yang lebih murah dan lebih baik..tapi kita masih berdiam dan membisu..aku bukan nak ajak korang buat rusuhan..jangan salah faham ye.hehe
mungkin benar dan tepat Ramalan ISRAEL tentang POLITIK MALAYSIA bahawa apa yang berlaku di mesir tidak akan berlaku di malaysia kerana kurang cerdik politik...tapi lain pula pendapat Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainol Abidin..beliau mengatakan tidak mustahil apa yang berlaku di mesir akan berlaku di malaysia...untuk mengelakkan keadaan yang lebih buruk berlaku, kita sama sama kena fikir yang terbaik..yang mana yang terbaik tu serah la kepada korang...
last, ni bukan blog politik... aku cuma ingin melepaskan apa yang terbuku dan terpEndam dalam kepala otak ni.. aku tak ada pengalaman bab politik.. aku cuma setahun jagung.. jadi kalau ada salah dan silap di harap korang tegur dan buat pembetulan ye...
P/S: korang sensetif tak aku tulis pasal ni? perlu ke aku tulis lagi lepas ni atau berhenti je...
23 comments:
salam
Nice entry..
bila2 larva gunung berapi akn meletus
teruskn~
aku juga baru belajar tentang politik...
tapi aku memang minat belajar ini...
kita cuba penuhi rukun Islam yang ke2..Yang pertama InsyaAllah semua mampu... Andai yangke2 itu kita lengkapi, pasti tenang..
betul..pasal barang naik ni kadang-kadnag memeningkan kepala..
xpuas hati pom cam tu jer la..hahah..
gua rasa tak lama malaysia bakal jadi mcm tu... kita punya dua pemimpin sekarang... yang wanita lebih menonjol.. demmm
ok awak tulis isu ini..sekurang-kurangnya ia menyedarkan golongan seperti saya ini
hhmmm...nk komen lbh...
takut pulak kan...
cuma satu je...org kita ni tlh diajar utk menerima seadanya...
kalau marah pun sekadar 1 bln je..
lepas tu senyap je...
so bila pilhanraya, hendaklah bijak memilih...huhuhu...
sbb minyak naik aku brenti study..
ok xde kene mngena sgt..
but its true.. xmustahil..
keep writing..~
adoyai... jangan le depa nak bunuh rakyat pulokkk
kalau soal-soal lain masih boleh pertikai tapi tidak dalam sistem pertahanan negara kerana bajet yang disediakn masih kurang berbanding negara lain.jangan fikir keamanan negara kita kekal selamanya,mana tau bila ia akan berubah corak kerana saingan semakin kuat...
mungkin aku jugak banyak protes terhadap sesuatu hal politik di negara kita sebab ia banyak menjejaskan suatu hal yang lain tapi kalau kita sendiri yang tidak tentukan sapa harus jadi pemimpin ia tak kan ke mana..jawabnya kita hanya mengonggong bukit.
@yusuf
kita tidak terlalu harap merapi itu meletus..kerana bila ia meletus akan banyak kesan lain yang akan menimpa..
tapi kalau itu jalan terakhir, apasalahnya..asalkan letusan itu membawa satu perubahan..
@♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫
aku pun baru belajar..dan jugak sedang memerhati..
@A.s.t.i.n.a
betul..solat itu tiang agama..kalau kita semua menjaga solat pasti hidup lebih aman...
@bunga
daripada situ akan lahir ramai perompak...pencuri...dan lain lain kerana desakan hidup..
bagi yang tak kuat, pasti rebah
@Cekodok
err btul tu..rasanya menonjol dari segala segi..
@sahromnasrudin
terima kasih..semoga artikal seperti ini bermanfaat.
@KUREKURE COMEL
betul tu..sebab tu la mantan PM sebut melayu mudah lupa..
@ch!natsu
betul..kerana desakan hidup kita akan sanggup buat apa sahaja untuk meneruskan kelangsungan hidup..
@cemomoi
bunuh dalam diam tak siapa tahu kan..
@ghost writer
betul tu..tapi dari segi pertahanan, kenapa negara kita membeli contohnya kapal selam yang tidak kena pada harganya..harga mahal tapi kapalnya hampeh..rosak..harga untuk selenggara amat tinggi..mana manfaatnya..
kenapa kita menjual kapal terbang yang hebat dan nak beli kapal terbang yang biasa je...cuba cari pasal ni kat internet..
kenapa nak beli kapal perang yang orang lain beli murah kita beli mahal..kenapa tak beli yang padan dengan harganya...
dan macam mana enjin pesawat kita boleh di curi..nampak kan kelemahan pertahanan negara kita...
aku tak mahu mengata sesiapa..tapi aku tinggal kan persoalan ni untuk di fikir dan di bahas..hehe
salam,
skang ni minyak seliter 2.50rm,bayangkan brape banyak laa seliter tu?alangkan manusia pun minum 8liter air sehari,hehehe
benda ni kalau berterusan tak akan ada noktah,dah macam domino,pemimpin tak lagi ambik berat tentang rakyat,beli kapal perang 6billion tu bagus,memang bagus punyerr,tapi kenapa jalanraya di sarawak dari lundu sampai ke lawas masih ketinggalan 40 tahun dahulu?sedangkan sarawak mengeluarkan hasil yang besar sehingga klcc berdiri teguh,mega tower tu bagus,yer bagus bagi pekerjaan dan bla bla bla,tapi untuk sapa?sebenarnya apa yang kerajaan buat semua bagus,tak yang tak bagus nya bila ada benda yang patut dibuat tapi didahulukan,1malaysia apa?bukan bermakna aku pembangkang,jauh skali tidak mengenang budi macam sesetengah orang,tapi untuk menegur kelalaian kerajaan ni,tunjukkan kuasa anda dipilihanraya.rusuhan boleh membentuk revolusi,tapi percayalah,itu adalah perkara terakhir yang kita semua mahukan.ingat teori trojan?ingat,negara yang lemah dan kacau bilau adalah negara yang sangat senang untuk dijajah.
bercerita tentang politik itu perlu, ada seorang ahli matematik, prof madya hamid yeop yeop zainuddin mengatakan minyak dimalaysia boleh dijual dengan harga rendah sehingga 30sen seliter dan masih lagi mengaut untung. hmm. subsidi minyak itu adalah satu gurauan semata-mata penyejuk hati rakyat. haha
Kalau mula cerita bab politik ni, memang banyak boleh bikin hati panas.... tak tahulah mana satu rakyat yang di dahulukan, dan kawasan mana yang nak dibangunkan.... huhuh... yang pasti, ramai yang hari2 kerja lewat malam sebab carik pendapatan lebih.....tp masih ramai yg behutang.....
Post a Comment