Sunday, February 13, 2011

PILIHANRAYA LAGI - KERDAU




rasanya dah lebih dari sepuluh kali negara kita adakan pilihanraya kecil..perasan jugak...untuk penggal ni ramai wakil rakyat yang meninggal...tapi tu dah fitrah kan..tiap yang bernyawa pasti merasai mati...kita pun tunggu giliran je...

belum pun sempat pilihanraya di merlimau melaka berlangsung, kali ni di kerdau pahang pula menyusul berikutan kematian adun kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Umno. beliau disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung..al fatehah untuk beliau dan salam takziah untuk kaum keluarga..

ok sebelum tu aku nak bagitahu..dalam entri ni aku tak sebelah mana mana parti politik..sebab ni bukan blog politik...aku nak korang lihat apa kesan, akibat, hikmah, atau sebagainya di sebalik pilihanraya kecil..sikit je la aku sentuh...sebenarnya aku menang tak layak pun nak cakap pasal ni..aku budak setahun jagung je.hehe

sebenarnya pilihanraya kecil ni membawa rahmat kepada penduduk di sesebuah kawasan tu..tengok contoh yang lepas lepas.. di johor (Tenang) hari tu... penduduk di kawasan tu banyak mendapat manfaat...banyak projek projek untuk rakyat di tabur...jalan raya di turap...macam macam lagi..

kali ni dekat merlimau..hari penamaan calon belum berlangsung, tapi rezeki mereka telah mencurah curah..Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) parlimen Jasin antara agensi yang awal-awal lagi mengumumkan hasrat mengagihkan pinjaman perniagaan berjumlah RM800,000 tahun ini. lagi..Sebanyak RM500,000 telah diluluskan menerusi Dana Satu Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi menampung projek membaik pulih rumah rakyat kurang berkemampuan di Merlimau...  

masyarakat nelayan turut menarik nafas lega apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak meluluskan peruntukkan sebanyak RM5.6 juta bagi menaik taraf jeti nelayan ketika melakukan lawatan ke Jeti Pengkalan Samak baru-baru ini... bayangkan sebelum ini mereka tak pernah mendapat layanan yang begitu istimewa..tapi berikutan adanya pilihanraya kecil, hidup mereka bakal berubah...banyak lagi faedah yang mereka dapat..nanti korang akan tahu sendiri bila tengok TV atau baca surat khabar...

ok aku tak nak cerita panjang panjang..kalAu tulis semua mesti penuh dalam entri ni...jadi korang fikir la sendiri ye keadaan kar kerdau nanti...mesti meriah jugak kan..kalau nak majukan tempat atau kampung korang, kena la tunggu pilihanraya kecil datang.. macam santa clause pulak kan.hehe


p/s: korang dah daftar mengundi belum?


.

16 comments:

Nora Shahaira said...

ha ah kan..rasa mcm dah selalu sgt..nak jd citer byk yg meninggal..innalillah..

Nora Shahaira said...

ha ah kan..rasa mcm dah selalu sgt..nak jd citer byk yg meninggal..innalillah..

IMANSHAH said...

salam takziah buat adun kerdau

KUREKURE COMEL said...

xcukup umur lg...oppsss...hehehe

Anonymous said...

tu memancing undi namanyerrr~

Sham said...

alfatihah untuk allahyarham...hem dapat durian runtuh ler kg deme tak lama lagi...

zati embong said...

yup, macam tula kebiasaanya, mana x nya, semua mata terarah ke sana, masing2 nak menang, pihak yg bnyak duit lah yg untung.

Al - Fatihah utk arwah.

mikeon9 said...

huhu.. aku rasa tahun ni dah banyak kali PRK. Kalau selalu sangat PRK,banyaklah bajet habis ke PRK je. Sekali kempen ribu-riban. Aku pun tak daftar lagi since aku tak tahu nak daftar pengundi kat mana.

My recent post: Najwa Latif Pencetus Fenomena 2011

ghost said...

berebut lagi....aiiilar!

zulkbo said...

انّا للہ و انّا الیہ راجعون
semoga di tempatkan di kalangan
orang yang beriman..al-Fatihah

Unknown said...

salah komen td hehehehe sy xcukup umo lg nak daftar this novmber bu cukup 21 lalalala

Raden said...

apekah ini semua?!!!!

Unknown said...

byk btol pilihan raya...

Anonymous said...

Setuju,

white rose said...

dah daftar...
tuk kawasan aku je la...


aku pembangkang...





hahahahahahaa...

NasQ said...

undi tu rahsia...






tapi aku pengundi KERAjaan...