harimau malaya |
esok hari last bayar saman...di pendekkan cerita, kereta aku pun kena saman jugak. RM150 kena bayar. tu tak masuk van kat rumah aku lagi. 3saman. gila. baik aku belanja member makan daripada aku bagi duit kat 'kamu'. dah aku malas nak cerita. aku sakit hati.
ni cerita lain pulak.
masa dalam kereta. kawan aku bercerita. pasal saman jugak. ni kan musim saman orang.
kawan aku cakap :"masa aku kat kelantan hari tu, aku pergi kedai kereta. lepas tu ada pakcik cina. tapi dia dah masuk islam. dia dapat surat saman." dia tanya aku. "kamu pas ke kerajaan?" aku cuma senyum je..
pastu pakcik tu sambung lagi cerita. "ayyaaa tengok ni. saya tangan pun cacat, macam mana nak bawak motor. (kawan aku buat gaya macam kangaru. cuba bayangkan ok) motor pun tak ada. tiba tiba je dapat saman tak pakai topi keledar" macam tu lebih kurang pakcik tu cakap. kesian dia wooo. tangan cacat, motor tak ada. tapi kena saman tak pakai topi keledar.
kawan aku sampok "pakcik saman je dia balik. saman 20juta. masuk tv3.. mesti menang pakcik. 10juta tu pakcik simpan. 10juta lagi pakcik bagi saya" baik punya cadangan kan.
macam tu la ceritanya lebih kurang. korang fikir la ye..aku bukan nak cakap pasal politik. korang dah besar boleh fikir sendiri. dah la barang mahal. gaji ciput. nak bayar saman pulak. aku pun dah terasa bahang asmara saman menyaman ni. kalau pakcik makcik kat kg tu macam mana. yang berpendapatan rendah. lagi seksa. nak tanggung anak lagi.
ok last, korang tahu tak, duit saman yang juta juta tu akan di salurkan kat mana?
semangat aku keluar kg nak tengok bola. tapi tak ada pulak siaran langsung. malaysia oh tanah airku...
video wajib tonton - pasal saman
30 comments:
masuk kt mne ek...share together k...huhuhu...
saman oooo saman ....
entahlah....
erm... siapa lagi nak guna... tu projek besar2 sapa mau biaya... duit saman la tu... projek besar2 tu sapa yang punya... sendiri jawab la... hhaha...
kesian kat pokcik tuh...huhu
Ok sy menuggu sambungannya :)
La tahzan , inallaha maa'ka .
Jgn bersedih aty , Allah ada bersama kamu :)
duit bayar saman tuh untuk urusan politik lar..sapa nak tanggung semua perbelanjaan masa berkempen nanti...
@KUREKURE COMEL
hehe penuh la poket kita nanti...mat boleh beli lamborgini yang baru tu.hehe
@e. indah
emm entah la e..eh lama tak nampak..mana menghilang ni e..
@Nasriq
hehe betul tu..opsss tak perlu jawab kat sini kan...ni bukan blog politik.. hehe
aku cuma rakyat jelata.
@M a W a D D a H
tau tak pe...tapi tak tahu ending cerita tu macam mana..pakcik tu bayar saman ke buat tak tahu je,
@Wuucin Kimora
oh dah tak ada sambungan. cuma kemas kini semula..hehe
@wanythyra.
syukran. insyaallah..innallahamaana. :)
@ghost writer
emm hari tu dah bayak keluar duit kat merlimau dan kerdau..so sekarang kena kutip untung balik la.hehe
bro, aritu kene gwa kne saman rm70 atas kesalahan motor tk pasang lampu
Lokas: Tol Sungai Besi
Waktu: 11 Pagi
Keadaan: Cuaca baik
bukan tanak pasang lampu..
tp tk perasn lampu terbakar. kalu malam mgkin la salah. ni siang hari. cerah plak tu..
tu pn kene saman
tukar mentol baru rm3 je kt kedai cine...
biasala...
duit kerajaan tgh gawat ni...
tu je laa cara nak dapatkan smula duit2 yg telah dilaburkan oleh mereka2 yg berjoli
bila dah besar...
pikir snediri..
jgn kabur mate jew...
@yusuf
tu la..kita tengah sesak, dia tambahkan sesak lagi..oh beratnya ujian di akhir zaman..
nak tolong rakyat ke nak kelentong rakyat.
ish tak boleh jadi ni, kan komen panjang panjang kan lain cerita pulak.
sekarang kita kena pandai pandai fikir...
jadikan apa yang terjadi sebagai iktibar.
bayar saman kena saman,
suruh bayar buat diskaun,
hari-hari kena saman,
sampai kena buat bayar ansuran.
@white rose
kita jugak yang jadi mangsa..
@♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫
betul tu ceroi.kita dah besar.dah boleh jadi bapak budak.eh silap.haha
@KHRLHSYM
saman menyaman..
hidup pun tak senang..
sama lah mcm abg sy, hari2 mengomel pasal saman...dh lama tertunggak, tetiba nk minta sekali gus..pengsann...
hi si umah oren yg dh tkr color...dulu2 slalu dtg cni :)
mubruk alaik :)
Esok ialah hari ini.. cakkkk saya ade.....
seua ada pertikaian.. andai disaman itu pasti kita ade salah.. jgn salahkan PAS.. eh..
Duit saman tu salur kat ermmmmmm.. Ntah! Bayar gaji penjawat awam kot.. A'ah sy pun terpaksa gigihkan mata sampai jam 11, tengok2 takde bola live.. Takpe2.. Tunggu entry buat stesen televisyen.. Ggggrrrrrrr.. Percuma je tak dapat tidur 10 jam!
Entry Terbaru 1 : Krisdayanti Follow Twitter Aku???
Entry Terbaru 2 : Kentut Punya Pasal Orang Tersayang Dilupakan
@Keyyah
hehe masih ada yang tak lupa rupanya.. :)
@wanythyra.
:)
@A.s.t.i.n.a
:(
@d_tieah
pukul 11 takpe..ni pukul berapa entah..pergi ke bandar nak tengok skrin besar punya.nk spport malaysia punya pasal.
Post a Comment