Saturday, March 5, 2011

REALITI HIDUP 2

bagi yang belum baca bahagian satu, sila baca dahulu bahagian satu.
bahagian satu ada di bawah ini.

makcik limah menarik nafas panjang sebaik sahaja matanya terbuka. seperti baru di selamatkan dari mati lemas dengan menggunakan kaedah CPR. "astaghfirullahalazim. aku bermimpi rupanya" makcik limah bangkit dari mimpi buruk itu setelah terlena. mungkin kerana terlalu letih apabila berkemas dapur dan halaman rumah seorang diri. biasanya pak mail menjadi pembantu setia. mata makcik limah segera menatap muka jam di dinding. "baru pukul 10.30" makcik limah terus bergegas menuju ke dapur. hajat hatinya mahu sediakan cekodok bagi menyambut kepulangan suami tercinta.

mentari semakin meninggi. pak mail masih lagi memperjuangkan nasibnya. sesekali kepalanya di gosok gosok. sakit akibat jatuh tergelincir tadi bukan kepalang. batu batu sungai yang licin itu mencari peluang menjatuhkan pak mail. air pula sedikit laju. mungkin kerana hujan malam tadi. harapan untuk membawa hasil untuk isteri tersayang mungkin sudah retak. "mungkin bukan rezeki aku hari ni" keluh pak mail. pak mail memutuskan untuk pulang sahaja dengan tangan kosong. bimbang makcik limah risau di rumah. kali ini pak mail lebih berhati hati meredah sungai. takut kejadian yang tidak di ingini berlaku.

sementara di rumah, makcik limah baru sahaja selesai membuat cekodok. kesempatan yang terluang itu di isi dengan segera. sambil berehat makcik limah memasang televesyen lama. kadang kadang gambar menjadi hitam putih. bila di ketok, warna warna menghias kembali kaca bergambar itu. ada kala di biarkan saja hitam putih itu berterusan. mungkin sudah biasa dengan perkara itu. habis sahaja cerita melayu, berita 1.30 menyusul. minat benar makcik limah mengikuti siaran berita lebih lebih lagi sekarang musim pilihanraya kecil. "untung betul rakyat di kerdau dan merlimau. banyak dapat bantuan. bagus PM kita. prihatin betul. kalau la ada pilihanraya kecil kat kg ni, mesti aku pun dapat bantuan" puji makcik limah. sedar tak sedar jarum pendek sudah menghampiri pukul 2.

makcik limah tersentak. "eh dah nak pukul 2 ni. mana suami aku tak balik balik lagi ni. ke pergi ke pekan dulu beli barang dapur" fikir makcik limah. maklum la. dah seminggu pak mail tak ke pekan untuk membeli barang dapur. gara gara babi hutan, habis tanaman pak mail dan makcik limah rosak. terpaksa mereka berlapang dada. nak di marah tidak terluah. apakan daya, hanya itu pekerjaan yang mampu mereka lakukan. dulu ada jugak hasil dari kebun mereka. kalau kena musim, senyum lebar la mereka berdua. dapur kayu mesti sentiasa berasap. walaupun dah moden, makcik limah dan pak mail masih teguh dengan dapur kayu.

pak mail pula mula mempercepatkan langkah. dia sedar bahawa sudah terlalu lewat untuk dia pulang ke rumah. jarak antara rumah ke sungai jeram tidak lah begitu jauh. tetapi bila menggunakan kudrat sendiri, sedikit mengambil masa. "kalau aku bawak motor mesti dah sampai ni" kata pak mail sendirian. tanpa di sedari pak mail di lintas oleh budin. "laju benar budak ni. macam kena kejar hantu je" pak mail teruskan langkah tanpa hiraukan budin. pak mail kenal benar dengan si budin tu. budin kawan baik anaknya, rahman. sejak anaknya ke ibu kota melanjutkan pelajaran, jarang budin ke rumahnya. kalau dulu hampir tiap petang. pergi mana mana mesti bertiga. seorang lagi anak makcik lijah, husin.husin pula ke johor bharu, ikut bapa saudaranya bekerja.

di rumah, makcik limah mundar mandir. sekejap matanya memandang jarum jam. dan sambung lagi ulang aliknya itu. berhenti. dan melihat lagi jarum jam di dinding. "dah pukul 2lebih ni..tak pernah lagi sampai lewat macam ni tak balik balik lagi" hati makcik limah tak tenang. tiba tiba makcik limah terdengar suaranya di panggil dengan keras sekali. "makcik limah!! makcik limah!!" terus makcik limah meluru laju ke muka pintu. kenal benar makcik limah akan suara itu. "hah ada apa ni budin?" tanya makcik limah panik. budin yang tercungap cungap itu meneruskan kata "makcik limah...orang kampung jumpa mayat pak mail kat muara sungai." makcik limah terus jatuh terjelopak.

pak mail yang baru tiba di halaman rumah sempat melihat makcik limah rebah. dengan pantas pak mail belari ke sana. budin pun sama meluru ke arah makcik limah. pak mail memanggil manggil isterinya. tapi hampa. tiba tiba pak mail melihat orang kampung datang ke rumahnya. mereka bukan orang lain. kenalan pak mail jugak.selalu ke surau dan lepak di kedai kopi. pak mail terpaku apabila melihat sesuatu yang ganjil. kelibat seseorang sedang di usung dan di arak kerumahnya. bila di amati betul betul, pak mail tersentak. orang yang di usung itu sangat tidak asing bagi pak mail. "eh tu aku".


klik bahagian 3. episod akhir

22 comments:

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

Oh my..he doesn't know that he is already dead? this is a sad one... :(

KUREKURE COMEL said...

laa...ingt kan mimpi....rupa2 nya..
sedihnya....huhuhu..

Faaein Himura said...

dua2 lom baca.. tapi nak tinggal jejak dulu..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

sedih abes....
:(

A.s.t.i.n.a said...

mcm cete khurafat nehh... dier tak sedar dier sudah meninggal... mcm itu ker kite nanti Para..? sedih kan...

± said...

teringat pada 1 episod ghost whisperer...aku suka cerita yg direct camni

Yaya said...

Sedihnyerrr! rupa rupanya dia memang dah meninggal!

para para, ada typo sikit laaa.
walaupun dan moden, makcik limah dan pak mail masih teguh dengan dapur kayu

*Walaupun DAH moden

Anonymous said...

gua suka2... sebab makcik limah masak cekodok.. hahahah.. menarik cite ni...

zati embong said...

kesimpulannya, 2x tertipu la ni?hihi

darl sepet said...

ala wak??dia betol2 mati ea??? mcm cta jalil hamid ngan allahyarham M.rajoli..cta aper tuh..erm,lupa la nama dia...cyan.sedih weh.
anyway, best sgt!!!5 star.

si para para said...

@Nazsabrina Iman Zulfikar


sedih kan kalau betul2 jadi macam ni..

si para para said...

@KUREKURE COMEL

mimpi di dalam mimpi.. :)

si para para said...

@Faaein Himura

tak aci.mana aci tinggal jejak je.haha

si para para said...

@♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫

relek ceroi..nak tisu..

si para para said...

@A.s.t.i.n.a

filem melayu memang macam tu..skrip lebih kurang sama je..tapi tak habis lagi cerita ni.. :)

si para para said...

@Dark Half

tapi kalau direct sangat tak best jugak kan..mesti ada suspen jugak..err cerita ni tak abis lagi.hehe

si para para said...

@Yaya

tQ yaya..dah betul kan..10markah utk yaya :)

si para para said...

@Cekodok

hehe cekodok..lepas ni kena sponser cekodok lagi.hehe

si para para said...

@zati embong

bukan 2x..hehe

si para para said...

@darl sepet

:)

Cik SHiNJU said...

aiseh...dah terbaca part 3 dulu td..
x saspen dah..huhuh :P

si para para said...

@Cik SHiNJU

tak aci la macam tu..hehe