Monday, March 7, 2011

REALITI HIDUP 3 - episod akhir



bagi yang belum baca bahagian satu dan dua, sila baca dahulu bahagian satu dan dua.
bahagian satu dan dua ada di sini.

Pak mail menjerit sekuat hati."tidakkkkkkk!!!!!". "pang!!" tiba tiba pak mail terasa ada sesuatu yang hinggap di pipinya. pedih bukan kepalang. pak mail ketakutan "tolongggg!!!" tidak semena mena pak mail merasa dingin sekali. "sejukkk..sejuk" pak mail terketar ketar kesejukan. pak mail memejam mata serapatnya. pak mail tidak pernah mengalami keadaan seperti ini. pak mail tidak mampu berbuat apa apa. hanya menyerah diri kepada keadaan. pak mail tahu hidupnya sudah berakhir.

dalam keadaan yang mencemaskan itu, pak mail terdengar suara isterinya, makcik limah. dalam benaknya berfikir "isteri aku?" pakmail sedih sekali. mungkin makcik limah turut pergi bersamanya setelah jatuh pengsan tadi. pakmail terbaring di atas tanah. pak mail cuba membuka matanya perlahan lahan apabila suara isterinya makin hampir kedengaran. seperti berada di sebelah sahaja. dan tidak semena mena satu das lagi hinggap di pipi pak mail "pang!!" kali ni lebih kuat. pak mail tersentak dan terus bangun dari tidor.

"amboi..kalau mengigau tu tak sedor diri..habis satu baldi air saya curah.tak bangun bangun jugak.kan saje je dapat penampo free" rengus makcik limah. pak mail terus bangung dan memeluk isterinya. air matanya mengalir. "buang tebiat ke apa orang tua ni" fikir makcik limah dalam hati. "tapi ok jugak sekali sekali kena peluk" senyum makcik limah.

azan subuh memecah kesunyian pagi. pak mail dan makcik limah berjemaah di rumah. biasanya pak mail akan ke surau. kali ni pak mail berjemaah di rumah bersama isteri tercinta. hari ini makcik limah lah paling gembira. "teringat waktu mula mula kawin dulu" melayang fikiran makcik limah pagi itu sambil tersenyum.

pagi itu pak mail tidak jadi ke sungai. tetapi mereka berdua turun sama sama ke belakang rumah mencari pucuk paku dan ulam kampung. hajatnya ingin menjualnya ke pasar. cukuplah untuk mereka berdua  meneruskan sisa sisa hidup. 

3 tahun kemudian rahman anak makcik limah dan pak mail telah tamat pengajian di menara gading dengan jayanya. dia telah di tawakan kerja di sebuah syarikat besar di ibu kota. sejak itu hidup makcik limah dan pak mail berubah. rahman anak makcik limah dan pak main telah menghadiahkan sebuah motosikal untuk ayahnya. kat tangki motor tu tertulis "abah punya"

TAMMAT

moral; cari sendiri ye..hehe

sory aku tak balas komen dan jejak blog korang lagi. bz skit.esok lusa insyaallah aku terjah.

26 comments:

Anonymous said...

gua tgh pikir apa moral cerita ni.. ngee.. tapi gua rasa mcm nak sekeh je ending mcm ni... haha... sadis siyott...

walau apa pun taraf kehidupan kita.. berusahalah untuk memajukan diri dan keluarga atas hasil usaha sendiri...

KUREKURE COMEL said...

sekeh kang....tak tau nak gelak ke..
nak nangis....adoooiii...hihihi....


sabau2.....ingt pak mail mati la td...stress...hahahaha....


pandai ye buat cerita....sila la buat lg...lepas ni lbh berhati hati...hahaha...

. said...

macam cerita inception tapi lagi cool hehe, bagus karya ni.

A.s.t.i.n.a said...

Tiba2 saya mau jadi Mak Limah sebab suami sgt romantik.. boleh kami pergi ronda2 naik moto baru.. anak kami bagi.. heh Astina.. pang!

ch!natsu said...

okeh bule wat drama.. hehe~

ghost said...

jangan mengigau di atas motor di siang hari..haha

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

Awwww..so sweet anak dia kan. Anak Pak Mail tu single lagi ke ;) ?

azieazah said...

Bab kena “pang” tu memang trajis sungguh. Sadis giler.. hehehehe

apapun mesti syiok dapat motor baru. (tingat kat tv dulu kalu motor besar “Abah punya” ni, adalah Afdlin Sauki)

si para para said...

@Cekodok

haha apa moral dia cekodok.. ceciter..ceciter...

si para para said...

@KUREKURE COMEL

hehe tak best la ending dia sedih sedih..tu yang konak cerita sikit tu.hehe

si para para said...

@KHRLHSYM

karya tersepak ni.hehe

si para para said...

@A.s.t.i.n.a

tak boleh..tak boleh..pak mail nak naik sorang sorang je.hehe pang! pak mail bagi lempang free "makcik limah kau tu kena bawak sekali. nanti dia ingat aku pergi cari bini muda"

aku:hahahha padan muka.

si para para said...

@ch!natsu

tak nak buat drama..kena buat filem terus.hahaha

"pang!" adoii kena pelempang free lagi

pakmail: komisyen kena bagi dua.

aku: boleh..boleh blah.haha

si para para said...

@ghost writer

okeh GW, nanti bagitahu pakmail.hehe

si para para said...

@Nazsabrina Iman Zulfikar


single lagi...

pakmail: makcik limah dah sedia borang untuk calon menantu...

aku: haha

si para para said...

@azieazah

hehe memang pinjam motor tu pun kak :)

Adinda Amy Sensei said...

patut aaaaa nama pak mail la...pak teh la...eehehhehe...

zati embong said...

haha,jat rasa jat yg plg kena tipu baca cite ni.senang betul nak belit jat!

tp best!jat suka!

wanythyra. said...

nice st0ry . nice ending t0o =)

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

bile nak drama kan???
pak abu nak wat profit nieh...

Cik SHiNJU said...

Alhamdulillah...
seperti citer2 melayu yg lain..happy ending..huhuh :)

si para para said...

@Adinda Amy Sensei

hehe tu nama glemer je tu..

si para para said...

@zati embong


hehe cerita yang bengkang bengkok..

si para para said...

@wanythyra.

tq :)

si para para said...

@♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫

ni tengah kumpul bajet dengan cari pelakon..watak pakmail kosong lagi.hehe

si para para said...

@Cik SHiNJU

hehe :)