Monday, April 25, 2011

MENCARI JEJAK



mencari mimpi
tempat aku mula jejak pelangi
bermain awan di langit tinggi
tempat aku jatuh ke seberang sana
di sebuah alam indah pesona
memintal kata menjadi permata

tapi sayang kini
aku terjaga dari mimpi
alam bertukar menjadi realiti
hilang seribu ilham kata
lidah kelu menjadi tanda tanya
jawapan yang sukar aku terima








aku cuba berbaring semula.. agar kembali lena... moga aku dapat menyambung mimpi... mimpi yang benar benar aku berada di sana...


maaf atas kehilangan... aku tak berdaya melawan...

16 comments:

The Norah said...

lelahkah bintang mu kawan?
ini bukan kau yang kukenal
kau selalu titipkan semangat buatku
andai kau lelah
kau akan kalah
semangat dear....salam hati,dan aku hadir menyapamu :)

si para para said...

@Penyair SenjA


cuba mencari jejak sendiri...
mungkin hilang ditelan malam...
menanti mentari esok bersinar lagi...
moga lebih terang dari semalam...

terima kasih sahabat...atas kunjungan...

. said...

mimpi sahaja yang boleh lihat indah-indah. yang sempurna semua mimpi. hehe

si para para said...

@KHRLHSYM

hehe aku suka ayat tu....
khrlhsym..meh sini aku nak sedut idea ko..hehe

ghost said...

semoga kau menemui semula mimpi2 kamu yang hilang dalam kerealitian yang sirna.

LiFe KaMi said...

semoga mimpi yang indah dapat merubahkan hidup realiti kita menjadi lebih indah..

I N S P I R A T I O N A L E F E K S said...

klau letih. mimpi slalu indah .. betul x?

HEROICzero said...

kalau saja dengan rebah bisa buat lena selama, silakan.

=)

KUREKURE COMEL said...

haip...ni bukan si para para yg mina pernah kenal....


smile...

Nurul EL-Huda said...

mimpi mmg indah.....
tp x seindah realiti......

percaya lah.....
realiti suatu yg pasti......
mimpi hanya illusi.....

kembali ke alam yg nyata.....
tinggal kan yg dusta.....

kemanisan menunggu andai ketabahan diiring bersama.....
(=

Anonymous said...

mimpi yang indah membuatkan kita terbuai di awangan.. kadang membuatkan kita hidup dalam alam fantasi.... jika ingin menjadi. berusahalah sobat :) mimpi lalu memeritkan

Anonymous said...

Semoga mampi indah menjadi realiti.

Khaisya said...

ingin juga menyambung "mimpi"...

Melatidaisy said...

entah kenapa sedari dulu lg setiap kali menjejak ke sini sy seolah2 melihat diri sy disini. mungkin kerana suara hati yg ingin dilontarkan adalah sama meskipun x kesemuanya..

salam dr sahabat..

Wahidah said...

namapun mimpi kan..so bgn la dr mimpi tu...hadapi sumernya dgn senyuman...yakinlah anda bole hadapi sumernya dgn bantuanNYA..:)

Nadia Mashuri said...

mimpi itu mmg indah..
kalaulah mmpi tak mungkin akan berakhir mesti lagi indah..
=)