menahan cahaya terang mata terpejam
silau menanti setelah di bukakan mata pasti
berjalan kaki lemah rebah kembali berdiri
inilah kehidupan yang harus kita tempuhi
bukannya enak merasa nikmat susah payah
kemewahan melayang siang malam sering terbayang
meneguk air jernih terasa pahit tapi sayang untuk di ludah
apa yang ada kita bantalkan untuk melepas lelah
mata berkaca memerhati susuk tubuh berdiri
berpakaian kemas serbak mewangi menusuk rongga ini
di lemparnya kertas biru yang di kejarnya setiap hari
inilah milik kita yang selama ini dia khianati
maaf semua..aku cuma sempat mencuri sisa sisa masa untuk bersama kalian... sekali lagi maaf...
8 comments:
Semoga mereka yg memiliki kemewahan itu sedar bahawa di dalam setiap rezeki yg diperolehi ada hak mereka2 yg susah itu..
lama x ke sini wehhhhh...
mung pekabo? :P
sebahagian rezeki milik org lain...
tp bukan utk pengkhianat..
ada tempat tinggal,ada makan pakai yang cukup, entah berapa org yg begitu betul2 menghargai dan mensyukuri nikmat ini.
bermewah selepas bermewah .. dan aku merasakan sesuatu yang dilakukan oleh manusia adalah sebaliknya.. sebaliknya seperti positif akan ada negatif dan negatifnya pula berlawan dengan positif...
nice one bro!
Kita berhak ke atas apa yang memang mutlak hak kita. Jangan ambil hak orang lain.
Apalah Maknanya..
sedihnye tgok gmbar tu... semoga Allah menjadikan hati2 kita ni hati yg pemurah :)
pahit. tapi tetap ditelan.
manis. diludah juga.
Post a Comment