Tuesday, July 26, 2011

TAMAN KACA



ku impikan sebuah taman
di dalam sebuah botol kaca
tembus cahaya; ada air di bawahnya
ada ikan ikan
warna warni ekornya
bermain main dengan karang

aku impikan sebuah taman
di dalam sebuah botol kaca
tembus cahaya; ada udara di atasnya
ada burung burung
mengepak ngepak sayapnya
terbang bebas di atas awan

aku impikan sebuah taman
di dalam sebuah botol kaca
tembus cahaya; ada hamparan di tengahnya
ada tumbuh tubuhan
melambai lambai daunnya
mendamaikan mata memandang

aku impikan sebuah taman
di dalam sebuah botol kaca
untukku hadiahkan pada semua....

5 comments:

Cik TeN10 said...

cantik !! >.<

Faaein Talip Roy said...

impian yang nice..

nak jugakk...

ghost writer said...

tapi ia pasti tidak akan bertahan lama.

CassiaSiamea said...

ku impikan sebuah taman
di dalam sebuah botol kaca
tembus cahaya; ada air di bawahnya
ada tumbuhan menghijau
meliang liuk dibawa arus
ikan ikan berwarna
berenang renang
menyembunyikan diri
di sebalik rerumpai..
tenang...

*sorry for copies..

A.s.t.i.n.a said...

ku tidak mengimpikan taman..
ku impikan apartment pun ok.. syukur..