salam semua.. harap sehat dan ceria semua di akhir ramadhan..
macam mana puasa tahun ni.. dapat markah penuh? separuh? atau kosong je..
apa apa pun harap kita jumpa lagi ramadhan yang akan datang..
sekarang syawal hampir tiba.. mood raya dah hangat membara..
pelita raya.. baju raya.. duit raya.. ketupat raya.. dan lagu raya..
selalu kita dengar lagu raya kat radio kan..
tapi yang lekat kat hati mesti la lagu raya yang lama lama..
lagu baru... bukan nak kata tak bagus..tapi macam tak ada semangat raya dalam lagu tu..
nak lagu lama jugak baru terasa meriah raya.. err betul tak?
ke aku sorang je yang rasa macam tu..hehe
dalam banyak banyak lagu raya, lagu apa yang korang paling suka..
atau ada kenangan tersendiri.. ada nostalgia yang tak boleh lupa..
atau ada keistimewaan.. kira specel la..
kalau tak dengar lagu tu macam tak lengkap je raya tahun ni..
kira macam tu la...hehe
kalau aku... kebanyakan lagu raya yang lama lama semua aku minat..
tapi yang penuh makna sekali bagi aku lagu musafir di aidilfitri.. nyayian S. Jibeng.
korang minat tak lagu ni? lagu ni old school kan...
lagu ni specel bagi aku sebab arwah ayah aku selalu nyanyi lagu ni time raya..
nyanyi sorang..aku curi curi dengar je.hehe
dia selalu nyanyi yang part korus tu..
sekarang bila teringat, sayu je hati... kalau dengar lagu ni mesti aku teringat..
teringat saat saat dulu..masuk ni dah 5 tahun aku beraya tanpa dia...
korang yang masih ada ayah tu, kena hargai dia baik baik...
bila dia tak ada korang mesti rasa..rasa yang tak best...
jadi..hargailah ibu bapa anda...
meh kita layan lagu ni...
di kesempatan ni.. aku nak ucap SELAMAT HARI RAYA kepada semua blogger yang sudi singgah dan setia dengan blog buruk aku ni... aku mohon beribu juta kemaafan sekiranya ada tersalah kata atau maksud di dalam setiap penulisan aku selama aku berblog.. maaf sebab tak balas komen..tak teringat buat tag ke..tak sempat follow atau apa sahaja yang terbit dari aku..
semoga di hari raya nanti korang ceria gembira dan bahagia di samping keluarga...
yang balik kampung tu, pandu cermat..hati hati.. baca doa..
semoga semuanya selamat..amin...
20 comments:
lagu lama adalah terbaek...
bro sabar ye.. Tuhan lebih menyayangi beliau.. Aku pun minat jugak lagu ni.. huhu
;P
ps: salam lebaran... maaf kalau ada salah silap...
salam lebaran awak.. tak moh sedih ok... semoga lebaran ni beri kamu keindahan.... maaf kalau ada silap sepanjang saya mengdropkan komen....
Selamat hari raya utk kamu juga.
Jgn bersedih..kerana kita juga akan pergi bertemu-NYA satu hari nanti
Sedehnya lagu. Akak pun suka lagu ni.
Selamat hari raya aidilfitri Para. Semoga bergembira di hari raya ini.
selamat hari raya juga!
aku nak lagu rock... dah muak pulak dengar lagu raya...
i suka lagu m nasir 1 hari ni hari raya
Slmt hari raya gak! maaf andai pernh trksr bahs ye ^^
erm...lgu pe er..Lgu M.nASIR kott XD
@♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫
terbaikk..
:)
@Zul Fattah
:)
@Bidadari Syurga
maaf jgk kalau ada tersilap seadanya..
:)
@Nazsabrina Iman Zulfikar
betul tu nazs...
:)
@Kunang-Kunang
selamat hari raya kak..
:)
@Azroy Kassim
duit raya?
:)
@Tukang Karut
nak rock kita layan may..hehe
@velasrizal
lagu m. nasir pun best..
:)
@Novelgurl
:)
ramai jgk peminat m.nasir..
TIKET KAPAL TERBANG
Post a Comment